16
Sep
06

Nak transfer domain.. tapi dah expired!

Ramai juga yang bertanya..

“Bolehkah saya memindahkan nama domain saya ke sempoihosting.com… pendaftar nama domain yang saya gunakan sekarang agak mahal. So.. untuk tahun berikutnya nie.. saya ingat nak transfer domain nie. Boleh ke?”

Err… “Nama domain tu masih aktif lagi ke atau sudah expired?”.. tanya saya bagi men”kompem”kan situasi keghairahannya..

“Oh.. rasanya baru je expired 2-3 hari lepas”… jawap mereka

“Oh!.. jikalau begitu.. saya minta maaf… nama domain anda tidak boleh ditransfer..” jawap saya dengan rasa ghairah yang telah turun secara mendadak.. ho! ho!.. ho!

Yer rakan-rakan… untuk pengetahuan rakan-rakan (kepada yang belum tahu)
Nama domain tidak boleh di transfer kepada pihak lain jika nama domain tersebut telah pun “expired” dan tempoh “expired”nya pula belum lagi melebihi 30 hari. Untuk makluman, nama domain yang telah “expired”, akan diletakkan ke dalam tempoh penembusan semula oleh tuannya.. dimana tempoh penembusan adalah selama 30 hari. Jadi.. dalam masa 30 hari itu, nama domain tersebut tidak boleh di transfer atau dibeli oleh sesiapa pun. Ia hanya boleh di”renew” sahaja.

Ini bermakna… jika nama domain anda expired pada hari ini… anda masih mempunyai tempoh sehingga 30 hari untuk memperbaharui nama domain tersebut. Jika anda tidak memperbaharuinya sehinggalah habis tempoh 30 hari tersebut… maka, barulah nama domain tersebut akan dibebaskan dan akan diletakkan semula di pasaran untuk orang ramai membelinya. jadi, jika anda ingin mendapatkannya semula.. maka, anda perlulah membelinya semula seperti mana anda membeli nama domain yang baru.

Jadi.. persoalannya.. bilakah masa yang sesuai untuk kita membuat domain transfer?
Saya cadangkan, 30 hari sebelum nama domain tersebut expired. Ya.. diulangi… 30 hari SEBELUM nama domain tersebut expired… bukannya dalam masa 30 hari selepas ia expired.

Sekian, terima kasih.

Ada sesiapa nak buat domain transfer? ho! ho!.. YOSH!

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


8 Responses to “Nak transfer domain.. tapi dah expired!”


  1. 1 aku Sep 16th, 2006 at 4:26 am

    hmm… aku secara jujurnya, tak pernah transfer domain :)

    when i buy, i hold.

    satu hari nak transfer, pindah registrar ke apa ke.. bleh mintak tolong shuth yer..

  2. 2 Imo Imora Sep 16th, 2006 at 4:50 pm

    Ohh..maknanya kita leh la lagi nak renew dlm masa 30 hari.Ingatkan terus dilucutkan hak kita. :-o

  3. 3 cikgubiz Sep 16th, 2006 at 9:45 pm

    Baru la aku tau…. thank bro shuth

  4. 4 Noorizam shah Sep 17th, 2006 at 3:02 am

    itu laa yang saya dok pikir.. kalau naj beli domain.. kena la tunggu tempah penembusan.. macam tempoh pantang la pula.. hehehehe

  5. 5 sAf-OnE Sep 17th, 2006 at 5:02 am

    Lama tue nk tunggu..

  6. 6 Noorizam Shah Sep 18th, 2006 at 12:18 am

    zul smartusaha nya web kenapa? prob lagi ker? aiyok

  7. 7 Oraet.com Sep 18th, 2006 at 2:57 pm

    haha.. cik shuth.. ni le ya sy tersilap tu hari.. padahal dah plan baeeekkk punya.. kira cam nak sep bajet aa..

    skali wa sula lupa nengok jadual.. maka terpaksa teruskan bayar dgn penyimpan mohor asal.. aduhh..

    moralnya.. kalu buat plan.. kena buat reminder gak.. haiyaaaa..

  8. 8 Sabri SaifulSham Sep 19th, 2006 at 11:13 am

    Ada seorang kawan saya time mula2 start internet business dulu2.. dia guna GoDaddy.

    GoDaddy tak bgtahu pun dia time tu nak stop transaction dengan orang Malaysia. Last2, tinggal sebulan nak expired, nak renew, baru tahu kad kredit kena rejek.

    Domain tersebut hilang mcm tu je..

    Saya time tu register domain ngan godaddy gak, terus pindah ke namecheap.

    Mesej pertama:

    1) Jangan guna godaddy walaupun dia terima balik pelanggan malaysia. (kalau dah ada pindah la mana-mana)
    2. Sentiasa observe policy change domain registrar dan renew 2 bulan sebelum tamat tempoh (dont worry, dia akan topup dan kita tak rugi)

    Adios! :)

Leave a Reply




Email Subscriber

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

Twitter Updates


follow me on Twitter

Get a bit of quick cash when you need it with payday loans

Partner links