Blog Usahawan Internet Yang Paling Men”ghairah”kan

Ho! ho! ho!…

Tidak syak lagi!..setelah 2 bulan berturut-turut menduduki tempat teratas keyword “cerita ghairah” di dalam google, saya mengistyiharkan, bahawa blog ini, adalah blog perniagaan internet yang paling menghairahkan! di Malaysia. Ho! ho! ho!…

Carta Blog Ghairah

Untuk makluman…
Keyword “cerita ghairah” mempunyai carian lebih kurang sebanyak 1500 kali sebulan.
Iaitu 3 kali ganda lebih banyak dicari berbanding keyword perniagaan internet yang mencatatkan sekitar 500 carian sebulan.

Yer.. yer… saya tahu!.. Keyword cerita ghairah adalah tidak begitu relevan dengan blog ini yang objektifnya adalah tentang keusahawan dan perniagaan internet. Dan.. saya tahu ramai orang-orang yang mencari-cari cerita ghairah di internet akan bengang dan tak puas hati apabila mereka masuk ke dalam blog ini dan mendapati.. tiada satu pun cerita ghairah yang dapat memuaskan nafsu berahi mereka!… (ha! ha! ha!.. padan muka.. tulah.. cari lagi pasal cerita ghairah…. )

Sebenarnya…. saya menggunakan keyword “cerita ghairah” hanyalah untuk membuat ujian tentang teknik-teknik SEO yang saya pelajari. Tidak berniat pun sebenarnya untuk menggunakan keyword “cerita ghairah” sebagai keyword utama untuk blog ini..

Keyword utama yang saya target adalah keyword “perniagaan internet”.. tetapi.. paham-paham jerla.. keyword ini agak sukar sedikit untuk di rebut kerana terpaksa bersaing dengan website serta blog otai-otai SEO malaysia yang lain seperti saifulsham, zul smartusaha dan yang lain-lain.. tapi tak mengapa.. saya akan usaha lagi.. nampaknya blog ini ada peningkatan dari segi “ranking”nya untuk keyword “perniagaan internet” dari setiap bulan ke setiap bulan..

Perniagaan Internet

Kalau tak silap saya.. zul smartusaha pernah kata.. kalau saya dapat ranking no 1 kat google bagi keyword “perniagaan internet”.. dia akan support segala perbelanjaan perkahwinan saya dengan isteri yang no2 .. ho! ho! ho!…

Nampaknya.. zul dah boleh mula simpan duit dari sekarang!.. ha! ha! ha! ha!…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 thoughts on “Blog Usahawan Internet Yang Paling Men”ghairah”kan

  1. Kajian SEO yang baik..ber blog sambil belajar…macam mana yer perasaan orang yang cari cerita ghairah..bila masuk blog perniagaan internet..hampanya rasa

  2. heeee…so hits banyak ke shuth? sbb sy search cerita ghairah,blog ni kat no 2 then description dia banyak pasal perniagaan internet. tp bagus gak usaha nie,boleh halang orang bwat maksiat,sbb tgh diaorg syok nak puaskan nafsu,terbaca plak pasal netmarketing,then terus terminat blajar pasal net bisnes ni. ni dah kira dakwah nie.bravo!

  3. Hem..bijak gak shuth nie.Ada fakta yang menarik kat sini.

    Beri apa yang orang nak.Bukan setakat benda …tut… jer (x berani nak sebut nanti mak saya marah tau).

    Jom kita duduk2 fikir sejenak.Topik yang hangat diperkatakan masyarakat kita jadikan tajuk blog kita dan tengok trafik meningkat.

    Wow..!!

    P/S: Nasihat saya teruskan usaha murni anda Shuth.Moga berjaya..hu3.Jangan BIARLAH RAHSIA yer :-)

  4. Adoiii, ingat lagi yer…. :lol:

    Shuth, tarik balik janji tu leh? hahaha…

    Ermm, xper. Kalau berani nak pasang satu lagi sila kanlah. ;)

    Kepada en noorizam kita, ada buat servis pelamin kan? Hehe, siap2 kanlah pakej khas untuk shuth. :p Gurau jer..

    Ermm, kalau setakat nak testing keyword SEO takper, tapi kalau nak targeted visitor, kena guna keyword yang betul2 relate dengan blog kita. :) Sebab tak semua kaki ghairah tu suka bisnes.. hohohohoo..

  5. Huh.. Saya nak cuba juga la guna keyword ghairah kat blog saya..

    Jgn marah ye..

    PS: Jgn Salah Faham.. Nak tau Ape blog saya tulis klik kat nama saya.. jgn marah shuth..

  6. shuth ni dah sah nak dapat gelaran mamat ghairah ni. huhuhu..
    shuth, orang kedah cakap, orang lain tak dan nak makan nasik, dia dah pikiaq nak makan nasik tambah.. huh, hebat..

    ni satu soalan bodoh dari aku:
    report tu gune apa? hehehe.. serius tak tau.

  7. wah… banyak cantik punya citer ghairah… kesiannya klik blog yang takder citer ghairah… ghairahkan semangat usahawan anda…\

    sekian terima kasih …

  8. Saya mengalakkan kalau ramai yang guna keyword tersebut. Sebagai ibadah untuk mengelakkan masyarakat terus pergi ke laman2 yang tak sepertinya itu.
    Lain perkataan ianya sebagai laman penampan.

    p/s tengok huruf a dan e betul2

  9. Shuth, hohohohoho…. Blog saya no 10 kalau taip keyword “cerita ghairah” kat google… Yosh!!! hehehe… ;) Menjadi gak satu formula ni.. :p

    Bagak, betul tu.. Good idea!

  10. hehehe satu idea yang menarik………
    kalu boleh luaskan lagi idea agar generasi anak muda yang menjadi tunggak negara tidak akan terpengaruh dgn cerita2 yang tidak masuk dek akal…

  11. saya setuju dan penah jadi salah sowang dari mereka….
    n jangan terkejut peratusan tuh sumernya orang malaysia….
    wakakakaka

  12. [quote comment="3776"]http://www.iliyas.com

    Bagus juga idea tu..Aku juga agak pening pasal cari nama domain ni…
    jual dapat jual tapi taklah banyak dan visitorpun tak ramai..Ada yang boleh ajar aku buat borang tak?

    iliyas.com[/quote]

    ko pening nak cari namer domain….
    aku lagi pening tahap gaban ni…

    dah sign up blog…
    tp cam ner nak cari n masuk balik dlm blog tu pun aku dah tak reti…

    ader sesaper leh tlg aku…?????
    bengong tahap daredevil ni…

  13. salam…welcome 2 JEJAK USAHAWAN (JUSA) 2009 at UKM from 2-6 March…pelbagai aktiviti berbentuk keusahawanan akan dijalankan di UKM kampus Bangi…seminar n bengkel keusahawanan juga disediakan utk para usahawan bagi menambah ilmu ttg bidang ini…jemput meramaikan program ini

  14. Assalamualaikum..selamat menyambut 1 Ramadhan kepada blogger2 yang berkongsi ilmu di sini…Perniagaan internet mnjadi hot topic masa sekarang dan banyak memberi pulangan yang berbaloi2..begitu jugak dengan saya yg merupakan salah seorang yang berminat dalam bidang ini sehingga dengan sendirinya mencuba sesuatu yang baru dalam hidup yang boleh memberikan kebebasan kewangan kepada saya dengan cara yang halal…good luck kpd semua yang menceburi bidang ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>