Kita biasa dengar orang kata.. kalau hendak berniaga, berniagalah mengikut apa yang kita minat.
Jika kita minat memasak, mungkin kita boleh membuka restoran makanan.
Jika kita minat muzik, mungkin kita boleh buka kedai muzik.
Jika kita minat menjahit, mungkin kita boleh membuka kedai jahitan.
Jika kita minat menanam bunga, mungkin kita boleh membuka kedai bunga.
dan sebagainya…
Alasan yang paling kerap diberikan mengapa kita perlu berniaga mengikut minat adalah,
Jika kita berniaga apa yang kita minat, kita tidak akan mudah jemu dan kita akan sentiasa bersemangat. Kita akan sentiasa berasa gembira, dan kita tidak akan mudah bosan ataupun merasa tertekan dengan apa yang dilakukan..
Alasan tersebut adalah betul.. tetap bagi saya, ia kurang tepat..
Saya dah jumpa ramai orang yang lingkup perniagaannya disebabkan mereka membuka perniagaan tersebut adalah disebabkan mereka minat terhadap sesuatu perkara semata-mata.
2 tahun lepas, saya ada seorang rakan yaang telah meletakkan jawatan beliau sebagai Senior Eksekutif IT dan membuka perniagaan kedai jual-beli komputer.. tidak sampai setahun, perniagaan beliau bungkus. dan kini beliau bekerja makan gaji semula di tempat lain.
1 tahun lepas.. seorang lagi rakan saya di berhenti kan kerja, beliau amat minat mengambil gambar serta video, berdasarkan minat itu, beliau telah membuka studio gambar. 6 bulan sahaja… kedainya pun tutup. Sekarang beliau sedang mencari kerja.
Saya sebenarnya tidak percaya kita akan berjaya di dalam sesuatu perniagaan itu disebabkan oleh minat semata-mata.
Apa yang saya percaya ialah.. jika kita hendak berjaya di dalam perniagaan, perkara pertama yang kita perlu ada ialah.. ilmu tentang perniagaan. Itulah perkara no 1 yang perlu ada. Bagaimana dengan minat?.. saya rasa minat adalah perkara no 4 atau 5..
Kenyataan “Berniaga mengikut minat” adalah suatu kenyataan yang agak berbahaya dan ia mampu memusnahkan hidup seseorang jika mereka mentafsirkannya dengan tafsiran yang salah.
Baru-baru ini saya di datangi seorang rakan, beliau mengadu kepada saya beliau baru sahaja lepas bergaduh dengan boss beliau. Sekarang, beliau rasa agak tertekan dan rasa ingin berhenti kerja dan membuka bisnes sendiri.
Jadi, beliau meminta pendapat saya, bisnes apakah yang paling mudah dilakukan dan memberikan pulangan yang menguntungkan.
Sudah tentulah jika tanya saya.. saya akan kata “Perniagaan Internet”
Tetapi masalahnya, beliau TIDAK MINAT dan tidak tahu..
Kemudian, saya memeberikan lagi beberapa idea kepada beliau. Dari idea menjual kuih dari rumah ke rumah.. hinggalah kepada idea membuka kedai yang menjual 1001 keropok. Tapi semua idea tersebut dirasakan kurang sesuai.. alasan utama.. Tidak Minat..
Beliau ingin membuka suatu perniagaan yang selari dengan minat beliau, beliau minat muzik.. jadi beliau ingin membuka studio jamming.
Wow.. menarik juga idea tersebut!.
Tetapi.. bagaimana dengan modal? bagaimana dengan marketing? bagaimana dengan pengurusan kewangan? suatu perkara yang saya rasakan amat penting untuk beliau kuasai terlebih dahulu sebelum beliau ingin membuka perniagaan, ini kerana, sebelum ini beliau seringkali mengadu kepada saya tentang masalah beliau yang tidak cukup duit pada setiap bulan.. Oh!
Saya dapat merasakan, jika beliau berhenti kerja dan membuka perniagaan tersebut, 97% kemungkinan beliau akan mengalami nasib yang sama seperti 2 orang rakan saya yang saya ceritakan diatas..
Jadi, bagi saya.. jika kita ingin membuka sesuatu perniagaan, pekara pertama yang perlu dipertimbangkan ialah tentang ilmu mengurus kewangan, sejauh mana kita telah menguasainya, kemudian, ilmu tentang menjalankan perniagaan itu sendiri, bagaimana mencari modal, mencari tapak, menguruskan produk, penentuan harga, kiraan ROI, modus dan sistem operasi, teknik pemasaran dan sebagainya..
Minat?.. itu adalah faktor no 4 atau 5 yang perlu anda fikirkan, jika ada, bagus.. tetapi jika tidak ada.. tidak mengapa, saya pasti.. minat boleh dipupuk dan anda akan melompat-melompat keghairahan kelak sambil terjerit-jerit mengatakan anda sungguh minat terhadap perniagaan tersebut setelah anda melihat duit berduyun-duyun masuk ke poket anda melaluinya…
walaupun sebelum ini anda langsung tidak meminatinya..
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























Minat xsmestinya mendatangkan hasil perniagaan yang membanggakan jika tidak disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh..
Usaha yg saya maksudkan ialah mencari ilmu perniagaan, mengkaji pasaran dan membuat perancangan yang rapi utk bisnes. Setelah semuanya cukup kita lancarkan perniagaan kita disamping membuat promosi yang berkesan..
Nescaya KEGHAIRAHAN kita mencari duit dgn minat kita akan termakbul..
PS: Hanya sekadar coretan
perlu ghairah sentiasa dan perbaiki skil dan usaha yang berterusan… minat semata2 tanpa sebarang tindakan yang positiv tidak akan menjadi apa2…
minat menda ghairahpun kena usaha … hehhe
assalamualaikum, suhaimy, boleh bagi tau semua idea tersebut kat saya , mungkin ada satu dua idea tersebut dapat MENGGHAIRAHKAN saya untuk buat bisnes internet.
Yup saya dah lama pikirkan pasal benda tu saya sebenarnya ada macam macam minat muzik, melancong, berniaga tapi saya masih keja makan gaji lagi sbb satu tak de pengalaman, dua tak der ilmu pasal niaga ni, ketahanan, dan dot dot…cuma bila nampak peluang ni cuba cuba nak berjinak dgn harapan dapan pengalaman, ilmu, dan minat yang lebih mendalam…..
muax nak tahu yer apa idea yg saya kongsikan dengan rakan saya tu… antaranya..
1) jual kuih dari rumah ke rumah.. especially di kawasan rumah flat atau apartment.. waktu jualan pula.. petang2.. kira sesuailah orang beli untuk minum petang.. dengan kaedah ini.. gerenti.. kalau ada 10 tingkat rumah flast.. sampai tingkat 4 atau 5 mesti dah licin kuih tu..
2)servis potong rumput, kalau malas.. leh pasang kaki.. upah 2-3 orang budak2.. lepastu bagilah keuntungan 70:30 ke.. awak jadi manager.. satu rumah leh caj RM7- RM10 sekali potong..
3) servis urut kaki… 10 minit RM10 tu.. kalau sejam full book.. dapat dah RM60.. itu baru sejam.. kalau 5 jam?.. dapat RM300 untuk kerja 5 jam je.. tapi yg nie kena gi kursus dulu..
4) kedai cuci keta kat stesyen project.. yg nie perlu modal besar skit..
5) kedai dobi kat project.. member tu kata leh mintak pinjaman dengan PUNB kalau nak bukak kedai dobi..
6) kedai makan yg niche.. macam dalam kedai hanya jual keropok sahaja.. segala macam keropok ada.. keropok lekor.. keropok udang.. keropok masin.. keropok pisang…. dan 1001 mcm keropok la.. pendek kata.. kalau orang nak cari keropok.. leh gi kedai nie..
kalau tak nak keropok.. leh ubah.. mcm laksa ke… segala macam jenis laksa ada jual.. tapi yg nie rasanya dah ada orang buat.. kena cari makanan yg takde orang buat lagi..
itu ler antara beberapa idea yg kitorang bincangkan..
Banyak jugak idea shuht ye bagus juga idea2 tu semua…
“Saya sebenarnya tidak percaya kita akan berjaya di dalam sesuatu perniagaan itu disebabkan oleh minat semata-mata.”
“Minat semata-mata” is the key point here..
Tapi bagi saya, bagi sayalah, minat tetap no 1 dan perlu diiringi dengan usaha dan ilmu.
Sebab dengan minat, kita akan usaha lebih kuat dan laju.
But depends, dunia ni kekadang terbalik. Dengan minat, maka dia usaha dan dia berjaya. Tapi ada juga yg tak minat, lama2 jadi minat.. Bahkan yang pelik, orang yg tak minat tu lebih berjaya daripada mereka yang tak minat.
Tapi bila kita lihat balik kepada asas kehidupan ini, kita mesti melakukan sesuatu atas dasar TANGGUNGJAWAB. Kekadang kita MESTI jugak buat sesuatu walau kita tidak suka.. Atau dalam bahasa yang mudah, ‘berkorban’.
Pendek kata, minat semata-mata tidak mencukupi.
Wallahu ‘alam.
bukan idea offbiz tapi idea ebizlah, tak MENGGHAIRAHKAN langsung, bisnes offbiz ni saya dah ada, biz kat night market.
Yang saya nak tanya idea ebiz yang MENGGHAIRAHKAN dari encik Suhaimy (yang dah kahwin ni)
Yer.. betul tu zul.. key point disini ialah.. \”Minat Semata-Mata\”…
Masalah orang yang buat biz berdasarkan minat SEMATA-MATA ini ialah.. mereka kurang berfikir tentang pengurusan risiko.. thinking mereka akan lebih cenderung kepada emosional thinking.. kalau biz tu perlukan modal yang besar.. maka.. mereka sanggup membuat pinjaman bank dan sebagainya… kalau tak lulus sebab tak layak.. sanggup tipu-tipu… guna nama orang lain la dan sebagainya… then.. bila dah lulus pinjaman.. buat joli pula… oh!..
Lor.. muax nak idea ebiz ke… ahak!..
Saya bincang ngan member saya tu pasal biz offline.. sebab dia tak minat e-biz.. so.. perbincangan banyak kepada offline punya biz.. ok per biz offline.. kan nak jadi jutawan tu ada banyak jalan.. bukan hanya dengan satu jalan je…
Saya percaya kepada minat… tapi minat semata-mata tidak akan membawa kejayaan..
Saya percaya pada minat tetapi minat saya bukan duduk di ranking pertama..
Saya setuju dengan shuth .. minat .. sesiapa pun punya minat.. kita punya lebih satu minat.. minat.. kegemaran.. hobi… saling berkaitan..
Tapi dalam dunia perniagaan.. ia bukan hobi.. dunia perniagaan kita perlu pandai merancang.
Tanpa ilmu perniagaan.. berlandaskan kepada minat semata-mata perniagaan kita tidak akan kemana..
Saya melihat diri saya sendiri.. saya amat minat menulis.. dari sekolah rendah sampai la sekarang..
3 minat utama saya .. 1. menulis 2. membaca 3. melukis (3M)
Saya telah menulis berpuluh-puluh blog dan pelbagai topik (suka berpindah randah baru kini tetap pada satu blog)
Saya suka membaca apa jua content dalam laman web seseorang kerana ia adalah ilmu..
Saya suka “melukis” tetapi bukan melukis di atas kertas sebaliknya saya melukis dalam minda saya.
Ilmu perniagaan?
Yup ilmu amat penting.. kalau tidak ada ilmu saya tidak dapat jalankan perniagaan internet saya sekarang..
alkisah: Sedang saya dua berdua berbual bersama abg saya, kami leka berbual mengenai perniagaan internet yang saya cipta, sedang syok saya menceritakan kehebatan mereka yang berniaga di internet tanpa kami sedar.. kami telah memberikan idea perniagaan yang banyak…
Dari yang kecil sampai yang besar..
Apa senarainya perniagaan yang dibincangkan?
Hah, sama la macam mana shuth berbual dengan rakan nya.. itulah kami bincangkan..
Minat itu penting untuk meransang kejayaan.Peniagaan itu gagal bukan kerana salah ikut minat.Perniagaan gagal kerana dia tidak ada networking yang baik,strategi yang bagus dan kemampuan untuk bersaing dipasaran serta perkhidmatan yang boleh berdaya saing.
Minat memang penting.tetapi pendapat saya adalah usaha lebih penting untuk mencapai matlamat. Perniagaan selalu gagal kerana terlalu taksub dan angkuh mengikuti sesuatu business plan yang rigid. Dalam duni perniagaan, kita perlu bengkang-bengkok atau kedang-kadang tukar haluan apabila keadaan memaksa..
Yer.. suhaimy.. minat itu penting.. tetapi ia bukan yang utama.. sebab itu saya kata ia sepatutnya diletakkan pada faktor no 4 atau 5, apabila kita merancang untuk membuka sesuatu perniagaan.. bukannya no 1…
memang selalulah bila kita bagi cadangan, ditolak dengan alasan tak minat.. tanya jer camni kat orang yang tak minat tu: duit, minat tak? hehehe..
hohoho…MINAT.
hurm..pendapat saya: kalau nak tahan lama, tetap kena ada minat sebab nnt buat sikit tinggal, buat sikit dah tak mau.
cuma macam shuth cakap, sebab terlalu ghairah, maka mereka dah tak pk apa dah. aku minat yang nie, bukak web [bukak kedai], tue je. ilmu takmo belajar. susah r sket.
oooo..senang jerkk..nak berniaga..ko kerja ler ngan cina..baru tau nanti..apa untung,apa itu rugi..
Chinese businessman ada kata,buatlah business apa yang orang lain hendak,jangan buat business kerana minat atau syok sendiri.
Itu sebab jika ada satu kawasan banyak orang pakai motor maka ada banyaklah kedai repair motor tumbuh selepas hujan malah ada yang sebelah menyebelah!
Orang Melayu banyak berniaga kerana minat atau hobi,itu sebab tak maju2,contahnya orang cina tak akan berniaga kerana hobi kerana tak banyak orang hobi yang sama dan dan berapa kerat jer orang ada hobi yang sama! Sebagai contoh ,kedai repair kereta MINI,berapa kerat jer orng pakai kereta ini lagi, so marketnya terlalu sempit dan spare partnya mahal2 dan ada dijual lagi,kalau ada pun kena order dari luar negara dan tentulah harganya sangat mahal.
Adalah lebih baik business apa yang orang lain hendak atau orang lain perlukan seperti kedai repair PROTON. Sudah tentu marketnya besar.