Yang manakah yang akan anda percaya?
A) Menjadi jutawan setelah menjalankan perniagaan internet selama 3-5 tahun…
atau..
B) Menjadi jutawan dalam masa 3 bulan dengan modal pelaburan sebanyak RM100 tanpa perlu buat apa-apa.. hanya perlu 4D (duduk diam dapat duit)… yer.. tak perlu buat apa2… kerana ia adalah autopilot..
Mari kita bincangkan..
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























Eh cam tiru jer ayat 4D tuh (duduk diam dapat duit), ramai orang malaysia yang lebih GHAIRAH untuk jadi jutawan dengan modal RM100 dalam masa 3 bulan. Tidak mengghairah kan langsung .
saya lebih percaya dan yakin jadi jutawan dengan cara A
P.S: Saya harap en suhaimy kita nih bila jadi jutawan tak lak kot pasang 1 lagi ?
Eh.. kenapa tidak boleh pula muax…?
Kalau kita berkemampuan.. apa salahnya… boleh je.. ho! ho! ho!..
Ermm.. Jutawankah saya??
Kalau saya nak jadi jutawan, saya akan pilih pilihan A..
Knapa??
Sebab A tu kita blajar utk berbisnes dari semasa ke semasa utk begelar jutawan tp yg B tu amalkan 4D.. he he
Dah semua cakap A, saya nak cakap B la pulak :p
“Saya cakap B sebab saya lah pembuat website tersebut. Dengan hanya modalkan RM100, saya gunakan mereka untuk mencari 10,000 orang yang mudah ditipu, yang mengharapkan jutawan sekelip mata dan berkemungkinan besar saya akan berjaya. Bukan susah sangat nak tipu orang Malaysia ni, hahaha Pas dah dapat sejuta saya blah la. hahaha sekali lagi”
Oh, begitu “baiknya” saya. Nak jutawan bukan senang tu!!! Pikir2kan
Saya pilih A.
Saya pun nak jadik “baik”lah macam bitol ..
semua pilih A saya nak pilih B.
Kan ke orang Malaysia nih “mudah” kena tipu. Jadi inilah peluang untuk cepat jadi Jutawan.
Dah dapat 3 juta saya blah la.. beli tanah kat luar, beli lot kedai, pecahkan lot tanah… bla bla bla..
Ops.. macam mana pula “nasib” orang yang kena tipu tu?
Ala.. lantak je la diaorang.. kan ker diorang nih pun suka beranggapn “senangnya jadi jutawan”
Meh tanya bitol.. bitol suka “4D” duduk diam dapat duit … semua mesti cakap nak… tuh pasal ada yang main nombor 4D pasal nak cepat jadi “jutawan”
Hehehe..
P.s: Nak Jadi Jutawan Bukan Mudah Wooooooo…..
Saya pun pilih B.
Siapa yang pilih B mmg satu kepala dgn saya yang
‘ORANG MALAYSIA SENANG KENA TIPU’
Pemikiran kita yang terbelenggu di sekolah seterusnya ke pengajian tinggi tidak membolehkan kita boleh berfikiran secara kreatif.
Semua hanya dalam ruang lingkup yang terhad.
Jadi ambillah kesempatan itu dengan menipu orang yang kurang bijak di Malaysia untuk membuat duit.
p/s pastikan tipu itu halal atau tidak menyalahi undang2 negara dan agama
saya pilih dua-dua, bila dah dapat pilihan A, kita akan pergi ke pilihan B. itu saja ler car nak jadi kaya. bila dah otomatik nanti… kelak dan kemudian hari maka bolehlah kita jadi kaya dengan kedua-dua cara tersebut…
jangan percaya skim cepat kaya sudah ler… percaya kepada diri sendiri untuk berusaha dan menjadi kaya dengan gaya dan cara kita yang tersendiri, jangan mudah nak terpengaruh dengan citer itu dan ini…
kaya memang mudah, usaha bukan kepalang…
jom kita jadi kaya… kalu tidak sekarang bila lagi??
wehehehe…. wuhuuuuuuuuu….
selamat berpuasa dan menjadi lebih kaya dalam bulan penuh gemilang ini… wasalam.
kemampuan ? hehe anak baru sorang dah ada plan B nak pasang satu dua tiga lagi. kk k k , ko biar betul . nanti ada perang dunia ke tiga…………….
Pilih cara A - jadi jutawan dan berkekalan…
Pilih cara B - jadi jutawan juga tetapi tersungkur di tengah jalan…
Saya pilih A.
Saya juga pernah terjerebak dalam pilihan B.
Apa yang sebenarnya dikatakan auto pilot tu 99% tak betul.Hakikatnya kalau kita tak buat promosi maka takde lah sale,tapi kalau kita betul2 rajin mmg buleh buat duit.Asal ada usaha kerje apapun buleh mendatangkan hasil kalau kene cara.Tapi kalau autopilot 4D tu saya mmg takbrape nak amik tahu dah.
Saya Pilih kedua-dua A dan B HOHOHO!!!
Tetapi mesti ikut langkah ini:
Mula2 amalkan A lepas jadi jutawan amalkan tips B iaitu 4D(Amaran 4D hanya sesuai bagi jutawan ebiz)
semua pilih A dan B…saya nak pilih “atau”
Saya tambah lagi kata-kata Bitol & Noorizam,
Ala… No hal la..walaupun kita untung juta2.. diorang rugi seratus sorang je pun. Apalah nilai RM 100 tu pada diorang kan? Bukan ke golongan ni yang cakap, “Aku Invest Apa Yang Aku Berani Hilang Je”… haha
dua2 sy pilih..xD..b haram 2…ingat2 la dunia laen
Salam,
Ada perkara yang berkaitan agama takleh wat gurau. Gurau nak pekenakan orang boleh jadi benar jika kita dalam keadaan terdesak. Ingatan abuyya untuk diri sendiri atau sesiapa saja yang Muslim, jangan sekali-kali berniat untuk mendapatkan habuan melalui cara yang salah.”Al-Ghoyah la tubarrirul wasee;ah” (matlamat tidak menghalalkan cara). Mungkin orang anggap ala abuyya ni serius sangat..main-main aje. Bagi abuyya ada perkara yang tidak boleh kita main-main terutama bab membabitkan dosa pahala kerana inilah sunnah Rasulullah. Abuyya sangat sayang kepada anda semua sebab itulah abuyya menegur ni supaya kita tak menjadikan gurauan itu kebiasaan kerana Rasulullah hanya bergurau pada yang benar sahaja. Abuyya mendoakan anda semua berjaya dalam bidang pemasaran internet terutamanya anak-anak muda seperti sabri, bitol dll…mudah-mudahan ekonomi pemasar internet muslim meningkat berpandukan syariat Allah. wallahu a’lam