Yer… saya pasti, kalau anda ahli wangcyber.com yang aktif, anda pasti akan perasan, terdapat satu ruangan pengiklanan melalui banner, yang baru saya letakkan dibahagian forum wangcyber.
Sebelum ini saya letakkan google adsense di bahagian tersebut, tetapi memandangkan pedapatan google adsense di bahagian tersebut tidak begitu menghairahkan saya, maka saya mengambil keputusan untuk menukarkannya kepada ruangan iklan berbentuk banner.

Terdapat 2 jenis banner untuk ruangan pengiklanan tersebut, yang besar berukuran 160 x 62 pixel, manakala yang kecil pula berukuran 80 x 31 pixel.
Buat masa permulaan ini, saya memperkenalkan HARGA PROMOSI.. hanya RM7 je seminggu bagi banner kecil manakala RM14 bagi banner yg bersaiz besar.
Percayalah, harga promosi ini tidak akan kekal lama!
Murah giler tu… RM1 je sehari… (kalau kat web bharian, seminggu RM100 woo..)
Kalau ada orang yang kata mahal.. saya tak tahulah nak cakap apa lagi. Saya hanya mampu bersimpati sahaja kepada mereka , kerana nampak sangat mereka itu terlalu miskin… ( Oh! Maafkan saya… kurang pahala saya mengata orang bulan-bulan puasa nie.)
Tempoh minimum sekali iklan pula saya tetapkan seminggu, tujuannya adalah untuk membantu para pengiklan membuat eksperimen. (Alaaaa.. biasalah.. semua orang pun mesti nak test dulu! Kalau berkesan, barulah boleh iklan lama-lama)
Untuk makluman, website wangcyber, mencatatkan pelawat unik sebanyak 7,000 orang pada bulan lepas (Ogos) . Pada bulan ini pula (September), saya menjangkakan pelawat unik ialah seramai 8,000 orang (setakat hari ini, dah sampai 6 ribu lebih, ada seminggu lagi sebelum cukup sebulan).. dan bilangan ini semakin meningkat pada setiap bulan.

Info yang lebih menarik, kebanyakkan pelawat wangcyber.com adalah golongan yang berumur antara 20-39 tahun, iaitu golongan yang mempunyai kuasa beli yang besar, malah lebih menarik lagi.. mereka ini semua pandai membuat bayaran secara bank transfer mengunakan maybank2u.com , ho! ho! ho!..
Oklah.. malas cite panjang lagi… maklumat lanjut.. sila klik url berikut
http://www.wangcyber.com/forum/showthread.php?p=14066
Salam… (Penggunaan Yosh! diberhentikan seketika untuk menghormati bulan ramadhan.. ahak!)
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























Tawaran hebat ni…. shuht sempene ramadah ni kasi 0.50 takleh ke
suhaimy aku nak iklan kat web ko, tapi aku tak tau nak design banner lah, ko leh tolong aku tak?
oh, takde produk lagi mau letak
plus takde budget lagi time nie 
hehe.. memang murah tuh.
eh shuth, apa maksud Yosh tu? sorry, tak tau dan bertanya
cikgubiz > takde.. takde.. RM1 sehari tu dah kira murah sangat dah tu.. ha! ha!
muax > boleh.. aku boleh designkan.. tapi yang simple jer la.. sebab free.. kalau nak power2.. itu kena caj lain.
ramz > takyah ada produk.. kalau nak promote blog pun boleh.. mcm en. aku buat..
rusmaini > YOSH tu maksud dia.. marilah kita sama-sama bertindak dan menuju ke arah kejayaan… ha! ha! ha!..
hehehe… patutle aku cam terasa gatal tangan jer nak type in blog shuth dalam address bar.. rupa2nya nick aku dimentionkan.. hauhauhau…
rakyat mesia kene dididik ntuk tak lokek berbelanja ntuk promosi..
Promosi murah tu..
Rugi kalau xcuba..
en. aku.. hang punya blog tu bila den try nak tulis comment.. dia mesti kuar error.. tension ler.. mngkin sebab tu komen tak banyk kot.. lagi semalam lagi den try nak post comment.. tapi tak leh..
fai.. check PM kat WC…
aku test IE ngan Firefox, ok jer.. siap jadik user biasa lagi.. hmm.. kat mana ye yang tak kene… ko menorrent kot.. hehehe.. (ni kire out of topic dah ni, kuikuikui)
aku pun nak iklan gak….
bro shuth, tlg add in list aku nyer name…
aku nak iklankan 2 iklan….
1) aku nyer blog ader ader ajerrr…
2) company aku
EEZI SHAL M & E AND CIVIL SUPPLY
Specialist (house) : renovation, mosaic, tiling and cornice
factory) : piping and copper tracing works, civil works,
excavation, plumbing and sewage system,
tanks cleaning
For enquiry : eezishal_mecivil@yahoo.com
Tel : 6016-7495433
Fax : 607-2551587
minta tunjuk ajar…