Teknik Pemasaran Melalui Artikel

Kita selalu baca.. salah satu cara untuk mempromosikan website dengan berkesan ialah, dengan menulis artikel. Tulis lah apa-apa sahaja artikel yang berkaitan dengan website kita, kemudian, hantarkannya kepada artikel-artikel direktori yang berlambak di internet ini. Dan jangan lupa, pastkan kita menuliskan url website kita di dalam “resource box” di penghujung artikel tersebut.

Teknik ini memang berkesan dan mudah untuk dilakukan jika website anda adalah website berbahasa inggeris dan target visitor anda juga adalah dari seluruh dunia. Bagaimana pula jika website anda berbahasa melayu? Target visitor juga hanyalah setakat untuk orang-orang yang pandai baca dan cakap melayu sahaja? Dan yang paling “mencabar”.. anda hanya pandai menulis artikel dalam bahasa melayu sahaja.. nak tulis artikel bahasa inggeris? Memang ‘hancur’ lah orang kata… nak upah orang pula? “Mana den ada duit.. lagipun den tak tahu nak upah sapo..”

Yer.. yer.. saya memahami masalah anda. (Masalah?.. wah ini boleh buat duit nie! ha! ha! ha!)

Okla…. kalau kita lihat, memang agak sukar untuk kita mencari direktori artikel yang menerima artikel-artikel berbahasa melayu. Kebanyakkan artikel direktori hanyalah menerima artikel-artikel berbahasa inggeris sahaja seperti goarticles.com, articlecity.com dan banyak lagi lah.

Jadi? adakah ini bermaksud.. teknik pemasaran dengan menulis artikel hanya berkesan untuk website-website yang berbahasa english sahaja? Oh!… sabar-sabar… bulan puasa ini kena banyak bersabar.

Di malaysia, memang tidak banyak website direktori artikel.. mungkin boleh dikatakan hampir tidak ada (kalau ada.. sila beritahu saya yer). Jadi, satu cara untuk mengatasi masalah ini….. hantarkan artikel anda ke portal-portal atau website-website komuniti yang berbahasa melayu.

Yer.. di malaysia.. tidak ada website artikel direktori.. yang berlambak-lambak.. hanyalah website-website komuniti yang biasanya dibangunkan dengan menggunakan phpnuke, mambo, joomla dan sebagainya. Website-website seperti ini biasanya mempunyai satu bahagian yang khas untuk sesiapa menghantarkan artikel.

Jadi, tuliskan artikel anda.. dan hantarkanlah ia ke website-website seperti ini. Namun begitu, kena lihat juga, pastikan artikel anda itu berseuwaian.. kalau komuniti itu adalah komuniti tentang orang kahwin.. janganlah hantarkan artikel anda pasal webhosting. Tak sesuwaaiiii laa….

Bagi yang belum tahu, WangCyber.com pun turut menyediakan satu artikel direktori yang khusus utuk topik-topik yang berkaitan dengan dunia keusahawan internet di dalam bahasa melayu. Jadi, sudi-sudikanlah menghantarkan artikel anda disitu yer.. artikel yang berkaitan lah yer.. janganlah pula hantar artikel yang tidak berkaitan seperti “Rahsia Tahi Lalat” pula…

Eh? takkan kat wangcyber je? website lain takde ke?

Oh!.. ada-ada…. kalau anda ingin menghantar artikel anda ke website-website lain yang lebih sesuai untuk artikel anda.. anda boleh mencarinya di google atau yahoo dengan menaip kata kunci.. “hantar artikel” . Dari situ.. anda akan menjumpa banyak lagi website yang sedia menerima artikel-artikel yang menarik dari anda.

Ok! itulah sahaja tips untuk hari ini.. selamat menulis artikel…

Salam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 thoughts on “Teknik Pemasaran Melalui Artikel

  1. Dulu saya ada ruang direktori artikel, tapi subdomain lah macam wangcyber. Tapi asyik kena hack jer.. :(

    Namun demikian, hehe, skang dalam proses nak siapkan semula direktori tu menggunakan sistem lain lak.

    InsyaAllah.

  2. labanon… kalau tengok kat website wangcyber, memang dah ada link untuk \”download\”.. dalam bahagain tu sebenarnya, saya nak letakkan semua ebook-ebook bahasa melayu yang boleh didownload secara percuma…

    tapi tak sempat2 lagi nak siapkant…

  3. Pemasaran artikel adalah langkah yang penting untuk sesiapa yang ingin serius mengenai perniagaan internet .Sekarang ,ada satu direktori yang menerima artikel berbahasa melayu . http://www.ezineartikel.com . Dengan inisiatif yang kecil ini , lebih ramai usahawan kita menceburi perniagaan global ini.SELAMAT MAJU JAYA

  4. Salam,

    saya dah ke wangcyber tapi tak jumpa pula di mana nak submit artikel? Harap dapat bantu. TQ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>