Jadi Jutawan atau Jadi Kaya?
Apa beza antara jutawan dengan kaya?.. kalau dah jadi jutawan tu.. maknanya kaya lah!.. kalau dah kaya tu pula.. maknanya jutawan lah!..
Itu pendapat orang.. tapi bagi saya.. kaya dan jutawan itu adalah 2 perkara yang berbeza.
Bagi saya.. jutawan itu membawa maksud, seseorang yang mempunyai nilai bersih aset yang terkumpul, bernilai sekurang-kurangnya RM1 juta.
Manakala.. kaya pula, bermaksud, seseorang yang merasakan duit di dalam hidupnya lebih dari cukup. Ini juga bererti, orang yang kaya tidak perlu memiliki harta atau wang sebanyak RM1 juta.. jika anda adalah merupakan seorang pekerja makan gaji dan berpendapatan sebanyak RM2,000 sebulan, dan anda merasakan pendapatan itu sudah lebih daripada mencukupi, maka, anda layak di panggil orang kaya. Jadi, tidak salahlah jika rakan-rakan anda memangil anda.. “Hai orang kaya..!!” ho! ho! ho!
Manakala, bagi orang yang hidupnya hanya cukup-cukup makan sahaja. Iaitu, orang-orang yang cukup bulan.. duit habis… cukup bulan .. duit habis.. cukup bulan.. duit habis.. maka, orang itu tergolong dikalangan orang-orang yang sederhana hidupnya.
Orang miskin?.. orang miskin ialah orang yang asyik tak cukup duit je memanjang dalam hidupnya.. awal bulan tak cukup duit, tengah bulan tak cukup duit, hujung bulan pun tak cukup duit… pendek kata.. memang sepanjang masa lah tak cukup duit. Oh!.. sedihnya.
Kesimpulannya…. orang yang kaya tidak semestinya merupakan seorang jutawan… dan seorang jutawan pula.. tidak semestinya seorang yang kaya.
Untuk jadi jutawan… anda perlukan nilai bersih (aset-liabiliti) sebanyak RM1 juta..
Untuk jadi kaya……. anda perlukan hati yang gembira dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.
Saya?.. saya ingin menjadi seorang jutawan yang kaya!amiiinnn….. ho! ho! ho!..
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

setuju dengan pendapat shuth
Moga tercapai Shuth.. Insyaallah.. Jgn lupa diri dahlah.. Hehehe..
rasa2 shuth ni dah kaya kot.. cuma belum jadi jutawan betul ke?
hehe..
aku nak jadi kaya jer.. tapi jadik jutawan pon orait gak.. hehehe
En suhaimy, ko tak nak ker jadi jutawan yang kaya bini ?
Kiranya orang ‘kaya’ tu orang yang punya kebebasan kewangan lah kan..
Mmg sy nak jadi jutawan, tapi buat sementara ni jadi kaya dulu pon takpe..
Ramai rupanya orag kaya yang tak sedar dirinya kaya.. teori yang bagus..
Assalamu…
bila dah jadi Jutawan yang Kaya. lePah tuu nak buat ape.. ye ! ?
saya nak jadi JutaWang yang beriman…
Tak kisahlah kaya atau tidak, jutawan atau miskin, janji duit yang kita dapat dari sumber yang halal.
Tak guna jutawan kalau duit hasil skim piramid atau cepat kaya.
PS. Shuth, saya rasa blog saya dah bertambah ghairah lah.. Tak cayer? Sila ke blog saya:
http://www.smartusaha.com/seo/2006/09/cerita-ghairah-zul-vs-shuth/
Maaf bagi URL.. hehe..
eh.. zul smartusaha dah jd sul smartusaha..
Takpe.. Tak lama lg akan wujudnya persaingan yg GHAIRAH drp blog saya..
oh ho…ni pasal kaya hati @ kaya duit nie?
Kaya hati: tak kira miskin atau kaya, hatinya selalu redha dan bersyukur.
Kaya Duit: alah..dengar pun dah tau. ;p
Citer pasai kaya nie semua mau kaya yang paling penting tidak lupa asal usul sudah biar apa pun keadaan hidup mesti diteruskan!
aku pun nak jadi kaya… tapi tak kaya duit kaya akhlak pun jadilah..
kaya gak perlu dicari,yg pentng hidup Qta bahagia lahir n bathin sampai kakek ne2k sampai ke anak cucu Qta
nak jadi jutawan ni perlu dapatkan strategi yg betul..kalau tak ada strategi yg betul cuba macam mana pun pasti gagal…saya dah cuba berbagai gaya macam cara nak dapat duit dlm perniagaan internet dan bisnis online tapi gagal sebab saya tak pandai nak dapatkan credit atau debit kad melalui internet. Selalu kena reject. Lagi satu pula cara yg mudah nak apply credoit kad atau mastercard ni bukan mudah nak dapat…yang lain ok..bila bab nak apply credit ni amat susah dan cara bagaimana nak keluarkan duit dari clickbank atau lain2 saya gagal mendapatkan nya..jika ada sesiapa boleh bantu saya bagaimana cara yg senang nak ambil duit dan terus transfer ke account kita?