Apabila anda tidak tahu melakukannya..
Sememangnya.. tiada seorang manusia pun yang tahu dan bagus di dalam semua perkara. Jika anda handal di dalam membuat wesbite dan design.. belum tentu anda juga handal di dalam teknik pemasaran. Jika anda handal di dalam membuat pemasaran pula.. belum tentu anda handal didalam menguruskan program affiliate.
Setiap manusia sememangnya mempunyai kelebihan tersendiri.. ada sesetengah perkara kita handal di dalam membuatnya, dan ada sesetengah perkara, kita tidak tahu serta agak lemah di dalam melakukannya. Namun begitu, ia tidaklah boleh dijadikan alasan untuk kita berhenti dan melupakan impian kita untuk berjaya.
Jika anda tidak tahu untuk melakukan sesuatu…contohnya seperti..
- tidak tahu membuat website
- tidak tahu menulis ebook
- tidak tahu menulis surat jualan…
- tidak tahu membuat SEO
- tidak tahu mencari idea dan sebagainya..
Maka, anda hanya mempunyai 2 pilihan….
1) Belajar dan buat sendiri…
2) Upah orang lain.
Untuk belajar dan membuat sendiri.. anda memerlukan kesabaran yang banyak. Namun begitu, ia adalah satu tindakan serta pilihan yang agak berbaloi, ini kerana, “proses pembelajaran” adalah merupakan usaha “sekali-seumur-hidup”. Sekali anda sudah mengetahuinya, maka anda akan mampu melakukannya berulang-ulangkali di dalam hidup anda…malah, apa yang lebih menarik.. anda akan menjadi semakin bagus setiap kali anda melakukannya..
Tetapi.. jika anda mempunyai wang dan memerlukan sesuatu itu dilakukan dengan profesional, anda bolehlah mengupahkan orang lain untuk melakukannya. Kadang kala, kita perlu terima hakikat, ada sesetengah perkara kita memang kita tidak langsung berupaya untuk melakukannya, malah adalah lebih mudah dan menjimatkan jika kita mengupahkan sahaja orang lain untuk membuatnya berbanding jika kita melakukannya sendiri. Contohnya… mencetak t-shirt untuk promosi perniagaan/website anda. (Oh!.. yer.. saya tahu ramai yang sedang tertungu-tunggu kemunculan t-shirt wangcyber, sabar-sabar.. tak lama je lagi)
Apa-apa pun… semuanya adalah faktor “masa dan wang”… jika anda ada banyak masa, belajarlah dan lakukannya sendiri. Jika anda ada banyak wang.. upahkan sahaja orang lain untuk melakukannya.
Sentiasalah membuat pilihan dengan bijak. Sekian…
Eh.. tak leh jadi nie.. post kali nie takde perkataan perniagaan internet la… nampaknya, lama lagi lah nak dapat no 1 kat google macam nie. ho! ho! ho!..
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

memang betul tu… kalu dah tak tahu memang tak tahu apa-apa. buat buat tak tahu dan buat buat tahu… entah apa-apa entah…
jangan tak tahu solat sudah ler…
jangan tak tahu puasa dah ler…
tapi ramai jugak yang tak tahu… tahu dan tak tahu…
tauhu tahu ler… wuahhaha
Hehe, shuth , artikel ni ada maksud apa-apa ker?
oh.. mcm tu..
Dalam keadaan tertentu outsource jugak sebenarnya salah satu cara utk belajar.. Kita upah orang dulu buat pastu cuba tgk camne dia buat..
banyak nak belajar tapi lagi banyak tak tahu
kena fokus dan makan masa
bukan tahu dalam seminggu atau sebulan
Hai shuth,
Pada pendapat saya, para peniaga melaui internet kita sudah pun celik mata dari segi penggunaan,aplikasi program yang melibatkan internet. Cuma tahap pengetahuan seseorang sahaja yang membezakan setakat mana kemampuan untuk terus berada di dalam kelompok yang celik penggunaan it.
Ya, kalau ada lebih pendapatan tak salah guna khidmat orang lain untuk bekerja dengan kita maksud membuat kerja untuk kita contoh bayar upah web designer. Kalau rasa nak ilmu lebih, lebih baik buat sendiri semua, dari hosting sampai bina website sendiri. Apa-apa pun fokus penting. Kadang-kadang bila fokus tiada, duduk depan komputer pun dah tak tau nak buat apa.
So, seperti shuth kalau ada masa belajar sendiri, kalau ada wang lebih bolehlah upah orang lain. Bergantung pada diri masing-masing.
hohoho…saya pn dah penat dah nak wat website atau blog (setup). Tapi ilmu yang ada nie pasti berguna tiap2 kali nak buat blog baru ;p
p.s: kalo ade duit, nak jugak merasa orang buatkan. yelah, dapat tgk camne plak kalau orang lain buat. “is it better than me?” hehehe
Perkara terbaik yang patut dilakukan sementara kita masih kekurangan ialah melakukannya satu per satu.
Belajar satu demi satu, bermula dengan asas. Dah dapat asas terus mulakan, jangan ditangguh. Pengetahuan akan meningkat dengan sendirinya apabila kita dah mulakan.
shuth, tahniah.. Blog ni dah berada kat 2nd page google untuk keyword perniagaan internet. Dah tak lama tu nak rampas kedudukan smartusaha.. hehe.. Kalau dah berjaya, bagitah saya k. Tak sabar nak tgk shuth kawin 2.. :p
Benda ni mudah jer. Nak cepat, suruh jer orang. Benda ni sebenarnya ada pro dan kontra sendiri.. Tepuk dada, tanya diri sendiri..
mama seorang ibu yg sibuk,x masa nak buat website2 ni tapi mama nak jual produk2 mama perlu guna website gak,so mama nak tanya kalau nak upah org buat website tu agak2 berapa bayarannya?