Ayat Power…

Kali ini saya ingin menulis mengenai ayat power pula. Saya lihat ramai yang kurang menitikberatkan faktor ini apabila mereka menulis surat jualan di dalam website mereka. Kebanyakkan orang, lebih bimbangkan bilangan trafik yang datang ke website mereka berbanding memikirkan bagaimana hendak menghasilkan ayat yang power bagi salesletter di website mereka.

Menarik trafik ke website anda itu adalah suatu perkara yang penting.. begitu juga dengan menghasilkan ayat yang power di website anda.

Tidak ada gunanya anda mendapat pelawat sehingga 1000 orang sehari tetapi produk anda hanya laku 4-5 ketul sahaja. Ini bermakna conversion rate anda ialah (5/1000)*100% = 0.5% sahaja.

Berbanding, jika anda dapat meningkatkan tahap ke”power”an ayat di dalam salesletter anda, dimana disebabkan faktor itu, anda mampu membuat jualan sebanyak 10 produk dengan kadar pelawat ke website anda seramai 500 sehari. Conversion rate (10/500)*100% = 2%.

Ini adalah kisah benar…. sewaktu saya mula melancarkan website maskahwin.com, saya mendapati.. daripda 100 pelawat yang datang ke website saya, hanya 1 orang sahaja yang akan membeli. CR saya 1%.

Tetapi setelah saya membuat beberapa perubahan pada salesletter.. saya dapati… daripada 50 orang yang melawati website maskahwin.com, 2 orang akan membeli. CR saya kini menjadi 4%.

Kesimpulannya… ayat power memang mempengaruhi kejayaan anda di dalam melakukan sales. Jadi, jika anda dapati.. ramai orang memasuki website anda.. tetapi produk anda masih juga tidak laku. Rajin-rajinlah menyemak ayat-ayat yang anda tulis di dalam website anda… anda rasa.. ayat anda dah cukup power tak?

Ingin menjadi power?… minumlah power root.. ho! ho! ho!…

18 thoughts on “Ayat Power…

  1. betul tu shuth.. kebanyakkan yang menjalankan perniagaan internet cth jual ebook atau apa jua produk, tak ramai yang menumpukan sales letter “membunuh” hehehehe..

    pengalaman saya: kalau dulu memula buat website, langsung mengharapkan impression tinggi, mengharapkan klik yang banyak, suka kalau tgk pelawat ramai masuk,

    tapi lama-lama punggung jadi panas, pasal tak ada orang nak beli produk,

    kini saya tak payah dok pening kepala lagi, kalau tak ramai pelawat pun tak apa.. hehehe kalau 20 orang datang melawat, mesti seorang akan membuat tempahan…

    tapi kalau buat adsense mungkin la siang malam dok berjaga nak tgk impression tinggi melangit.. hehehe

    petua utk orang perempuan: minum kacip fatima untuk kesejahteraan rumahtangga.. hehehehe

  2. Shuth nanti kalo minum Power Root boleh menang motor x?Saya nak menang motor! Muahaha..

    Yap ayat kena power.Lagi satu bagi saya la orang kekadang x suka kita memburukkan pesaing kita.Kata produk 2 x bagus la..apa la sbb mana tahu customer tu dah gunakan.

    Kisah benar..ada sorang member saya, dia nie keja jual barangan syarikat i-berhad pastu saya pun lepak2 la dengan dia tgk cara dia improve pelanggan.Income dia leh la seribu lebih hampir 2 ribu.

    Tujuan saya sebut income dia bukan apa, saya nie sebaya dgn dia pun xde income mcm dia.Tu yang saya respect dia.Ok berbalik pada cerita.Cara dia improve customerkan senang jer..

    DIA CUMA CERITAKAN KELEBIHAN PRODUK DIA SAHAJA DAN CARA MEMBUAT PEMBAYARAN.
    Contoh: kamera digital yang dia promosi.

    Pastu yang mana2 x jadi beli dia mintak no fon pastu saya tanya ko buat apa derngan no tu.Dia cakap ha..camnie la aku nak naikkan jualan aku.

    Jadi moral ceritanya: Ceritakan kelebihan produk kita SAHAJA sampai habis sehingga menarik minat customer dan BIAR customer membuat perbandingan sendiri.

    Woo..customer sekarang dah bijak..bijak! (iklan nestle lak) ;-)

  3. ayat power?

    masa nak mengorat isteri saya dulu, pernah la buat.

    tapi, utk ebiz, baru dok cari ilham sambil membuat kajian ayat2 power pakar2 spt shuth, zul, alang, hasrul, sham dll.
    anyway, tq so much shuth for ur tips.

  4. Imo Imora: improve ke approach?

    hmm.. rasa2 mesti ada petua ntuk ayat power.. apa kat shuth tulis satu post pasal cara2 nak buat ayat power. ;)

  5. wuhoo.. aku pon tak terel da..
    orang-orang cam kita ni.. kene belajar buat ayat power BM dulu la..

    shuth aku tak tahu.. tapi zamri nanyan.. peh.. dalam BI pon power… siot jer (iri hati :P)

  6. hmm…ayat tu ayat juga…memang penting tu…x terer ayat..cakap bnyk silap…so,,bnyak silap…mesti kena reject..haha…ayat penting utuk diri..so,rjin2 lah bca buku2 remaja…@@

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge