06
Oct
06

It’s not about the answer…

Bayangkan kini anda sedang memandu di sebuah pekan yang agak asing bagi diri anda… anda tidak pernah sampai ke tempat tersebut… papan tanda jalan yang selalu menjadi rujukan anda juga agak berkurangan di pekan ini.

Setelah hampir sejam berpusing-pusing.. di pekan tersebut, penunjuk aras minyak kereta anda menunjukkan ke tanda E (E for empty.. bagi yg tak tahu). Kini anda mula risau… terdetik di hati anda untuk mencari stesyen minyak yang berhampiran. Setelah setengah jam berpusing-pusing di pekan tersebut, anda masih tidak lagi berjaya menjumpai sebarang stesyen minyak.. papan tanda pun tiada. Hati anda mula terasa panas… “Isk!.. takan takde stesyen minyak kat sini.. #@X*&# betul la..” anda sudah mula menyumpah seranah di dalam hati..

Setelah hampir putus asa.. kini anda mengambil keputusan untuk bertanyakan seseorang di pekan tersebut, dimanakah letaknya stesyen minyak yang berhampiran…

Anda memberhentikan kereta anda di tepi jalan dan mula bertanya kepada seorang budak muda belasan tahun yang sedang menjual air taufu di tepi jalan di pekan tersebut.

“Dik… dik.. abang nak tumpang tanya la.. kat mana yer stesyen minyak yang terdekat?” tanya anda..
“ENTAH!.. TAK TAHU!”.jawap budak tersebut ringkas… dan kemudian memalingkan mukanya dan tidak menghiraukan anda…

Cerita tamat….

Apakah perasaan anda? setelah mendengar jawapan dari budak tersebut?..
Anda bertanya dengan gaya yang penuh sopan santun serta bertatasusila… tetapi pertanyaan anda itu dibalas dengan suara yang agak kasar dan sombong oleh budak penjual air taufu tadi..

Mungkin anda tidak perasan.. Sila baca sekali lagi… budak itu menjawap..
“ENTAH!.. TAK TAHU!”.jawap budak tersebut ringkas… dan kemudian memalingkan mukanya dan tidak menghiraukan anda…

Anda tidak rasa apa2… cuba baca sekali lagi..

“ENTAH!.. TAK TAHU!”.jawap budak tersebut ringkas… dan kemudian memalingkan mukanya dan tidak menghiraukan anda…

Agak-agak.. anda bengang tak?.. nak marah?… tak puas hati? rasa nak lempang je budak tu?.. nak tumbuk? nak suntut?..

Untuk makluman anda… budak tersebut memang tidak tahu dimana stesyen minyak yang terdekat.. sebab dia juga baru sahaja sampai ke pekan tersebut kerana dihantar oleh taukenya untuk menjaga gerai taufu yang berada di pekan tersebut… jawapan budak itu tidak salah.. jawapan dia betul.. sememangnya dia tak tahu.. maka dia cakaplah tak tahu… takkan nak cakap tahu pulak.. betul tak?

Cuma.. kaedah menjawapnya tidak betul… apa salahnya jika dia menjawap begini..
“Maaf lah bang.. saya tak tahu la.. saya pun baru je sampai kat sini.. mungkin abang boleh tanya orang lain.. maaf yer bang..”..

Bagaimana?…

Jawapan kedua-keduanya adalah sama sahaja sebenarnya.. kedua-duanya memberikan jawapan “Tidak tahu”
Tetapi… cara penyampaiannya adalah jauh berbeza ..
Jawapan yang pertama.. menyebabkan rasa tidak puas hati serta marah..
Manakala jawapan kedua.. akan menyebabkan pihak yang bertanya merasa tenang dan sabar walaupun dia tidak mendapat jawapan yang dimahukan.. iaitu.. lokasi stesyen minyak yang berhampiran..

Ini sebenarnya.. adalah merupakan seni di dalam menjawap soalan.. tidak ramai yang memilikinya…
Seni menjawap pertanyaan ini adalah amat penting untuk digunakan didalam kita melayan pertanyaan-pertanyaan daripada pelangan-pelanggan kita… ataupun bakal-bakal pelanggan kita..

Pelanggan-pelanggan yang bertanya sebenarnya tidak kisah dengan jawapan yang anda berikan.. mereka tidak kisahpun sama ada jawapan itu tepat atau tidak…

Apa yang lebih penting adalah… “Bagaimana” anda menjawapnya… bukannya “Apa” anda jawap…

Omputih kata.. It’s not about the answer… it’s about the way you answer it.

Jawapan seperti… “Maaf.. saya tidak tahu.. mungkin anda boleh bertanya kepada pakcik Google”.. adalah lebih baik.. berbanding jika anda menjawap.. “Bengap lah awak nie.. takkan itu pun tak tahu.. pergilah tanya pakcik Google, itulah.. dulu orang suruh belajo tak nak belajo..”..

Jadi… berhati-hatilah apabila menjawap pertanyaan… sedarla… penggunaan gaya mesej yang kasar sebenarnya hanya memburukkan imej anda dan menimbulkan rasa benci orang kepada anda.. walaupun jawapan yang anda berikan itu adalah tepat dan bitol sebitol-bitolnya… eh! maaf.. silap taip.. betul sebetul-betulnya..

Salam..

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


11 Responses to “It’s not about the answer…”


  1. 1 Tazilan Oct 6th, 2006 at 3:08 am

    Hehe! Awatnya Shuth?

    Ada pengalaman dapat jawapan macam tu ke?

  2. 2 ambsmart Oct 6th, 2006 at 3:51 am

    cemane pulak kalu orang yang nampak kita baca sotkabar, pastu tanya kita tgh buat apa. kita jawab la “saya tgh makan nasik” dgn penuh sopan dan senyum..

    contoh biasa dah ni..

  3. 3 Imo Imora Oct 6th, 2006 at 6:36 am

    Ganasnya ‘abang’ tu nak suntut lagi..he2.Mungkin budak tu berpuasa kot.Biasalah..letih ;-P

    Betul apa yang Shuth katakan :-) .

  4. 4 Azhar Oct 6th, 2006 at 12:42 pm

    Yup, absolutely bro shuth..it’s about the way you answer it.real answer sgt kekadang unacceptable.

    Tp, biarlah bepada-pada..jangan terlalu pendek dan jgn pula terlalu panjang berjela-jela…fikir-fikirkan.. :)

  5. 5 hapisol Oct 6th, 2006 at 2:09 pm

    saya sokong shuth. lagipun sbg org malaysia, kita kena jaga adab susila kita yg begitu lemah lembut dan sopan santun.

    biasanya, jawapan yg kasar tu berlaku semasa org yg menjawab tersebut kemungkinan tengah ‘bad mood’ kot ataupun mmg dah menjadi sikap semulajadinya yg sebegitu.

  6. 6 sAf-OnE Oct 7th, 2006 at 2:47 am

    Sopan santun amalan kita.. Barulah orang kata rakyat Malaysia beradab..

    P/S: Asl Shuth, rindu kat Bitol ker?? Hehehe..

  7. 7 jeg Oct 11th, 2006 at 1:47 am

    Pernah sekali, bila saya tanya seorang makcik - makcik, tumpang tanya, tandas kat mana? - dia jawab ‘tuuuu…’ siap tunjuk dengan muncung sekali. Bukannya nak tunjuk dengan ibu jari. Ada ke patut?

  8. 8 leomas May 2nd, 2007 at 9:40 pm

    awal baca cam kelako je cteny…(aku pnh kene)..in the end, mmg betul la pe yg bro shuth cakapkan…

  1. 1 RajaBlog.info » Blog Archive » Jenguk-Jenguk 6 Oktober Pingback on Oct 6th, 2006 at 5:01 am
  2. 2 Mohd Suhaimy | Blog Perniagaan Internet » Sembang-sembang… cari wang. Pingback on Oct 16th, 2006 at 3:27 am
  3. 3 Jenguk-Jenguk 6 Oktober | RajaBLog.info Pingback on Jan 28th, 2007 at 6:35 pm

Leave a Reply




Email Subscriber

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

Twitter Updates


follow me on Twitter

Get a bit of quick cash when you need it with payday loans

Partner links