Buat bisnes buat website..
October 8th, 2006, by shuth

Buat bisnes buat website..

Masuk tahun ini… sudah hampir 6 tahun saya menceburkan diri di dalam bidang membuat website serta grafik design sebagai freelancer. (Walaupun 2 tahun sejak kebelakangan ini saya sudah mengurangkan perkhidatan tersebut). Sepanjang tempoh itu, macam-macam ragam manusia serta pelanggan saya dah jumpa…

Pelanggan saya biasanya terdiri daripada kaun melayu dan cina.. india?.. saya rasa.. saya tak pernah lagi berurusan dengan bangsa india. Tak tahu kenapa.. mungkin belum ada rezeki untuk bekerjasama dengan mereka..

Ada sesetengah pelanggan saya.. sungguh bagus.. belum start kerja lagi dah bayar full settlement.
Ada sesetengah tu.. siap baru bayar.. ini biasalah.
Ada sesetengah tu pula.. dah siap.. 5 bulan selepas tu baru bayar.
Ada juga.. yang dah siap 4 tahun lepas.. tapi sampai sekarang tak bayar-bayar. ho! ho! ho!…

Saya kira ini adalah perkara biasa dan sememangnya asam garam yang perlu kita tempuhi apabila kita menjalankan perniagaan. Semakin lama kita menjalankan perniagaan… semakin banyak pengalaman yang akan kita perolehi dan pengalaman itulah.. yang akan menjadikan diri kita serta perniagaan kita semakin maju dari masa ke semasa… DENGAN SYARAT… kita mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya. (Ada orang yang berniaga bertahun-tahun pun masih lagi kena tipu… ini kes tak belajar dari pengalaman.)

Oklah.. kali ini saya nak kongsi sedikit pengalaman saya di dalam menjadi frelancer membuat website dan grafik design…. mungkin boleh dijadikan panduan bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak di dalam bidang ini..

Secara umumnya… apabila kita berurusan dengan pelanggan.. kita akan menjumpai 3 jenis golongan.
1) Golongan yang aktif.. yg ini bagus
2) Golongan yang pasif.. yg nie jenis yg liat sikit..
3) Golongan yang neutral.. orang kata “yang sedang-sedang sahaja”..

Golongan aktif...
Jika anda mendapat pelanggan dari golongan ini.. anda sememangnya bertuah. Pelanggan golongan ini selalunya amat aktif didalam memberikan feedback serta kerjasama kepada anda untuk menyiapkan website mereka. Mereka akan memberikan anda maklumat yang secukupnya… mereka akan membekalkan anda gambar-gambar yang mereka mahu masukkan ke dalam website.. serta.. mereka juga akan membayar anda pada waktu yang tepat seperti mana yang dijanjikan. Malah ada yang lebih baik lagi.. meraka akan membayar anda penuh walaupaun anda bleum start melakukannya… untuk pelanggan seperti ini memang tidak sukar.. mereka biasanya tidak cerewat dan agak bertolak ansur di dalam menerima sedikit cadangan dari anda.

Golongan pasif..
Hmm.. yang ini susah sedikit.. jika anda berjumpa golongan ini.. anda perlu memainkan banyak peranan dan anda perlu bertindak aktif. Anda perlu kerap menghubungi mereka dan membuat follow-up sekerap mungkin. Golongan ini biasanya.. akan memberikan arahan yang mudah kepada anda seperti.. “Saya nak satu website untuk kompeni saya.”… itu sahaja arahan mereka.. mereka tidak akan memberikan anda gambar-gambar yang diperlukan.. mereka akan menganggap anda akan mencari sendiri gambar yang diperlukan.. jika anda perlukan gambar pintu pejabat mereka.. mereka akan menganggap anda akan datang ke kompeni mereka dan mengambil sendiri gambar tersebut.

Maklumat-maklumat yang ingin dimasukkan di dalam website juga amat sukar diperolehi daripada mereka.. jika mereka beri pun.. mereka hanya akan memberikan anda satu salinan fail kompeni profile mereka kepada anda, kemudian pandai-pandai anda lah mencari maklumat yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam website tersebut.

Mereka ini biasanya akan hanya memberikan feedback sewaktu anda menunjukkan mereka hasil kerja anda.. dimana setelah anda bertungkus lumus menyiapkannya dan bersengkang mata duduk di depan komputer sehingga bergaduh dengan awek anda.

Di waktu presentation itu, mereka akan kata.. “warna nie tak sesuai.. boleh tukar warna lain tak? gambar nie tak elok.. kena tukar lain, nanti i bagi u gambar yg ok (anda perlu tunggu sebulan untuk mendapatkanya).. font ini kecil sangat la.. saya nak besar skit.. menu nie tak nampak kalau letak kat sini.. kena letak kat atas… lagi satu.. i rasa website i nie kena ada aimation sikit la…. animasi meteor jatuh menghempas bumi dan meletup… kemudian keluar logo kompeni i.. u buat tau..”

Ha! ha!..ha!.. memang masak ler anda jawapnya… bagaimana hendak menangani pelanggan seperti ini? ada caranya.. saya akan kongsikan pada entry yg akan datang.. entry yg ini cuma nak cite jenis2 pelanggan dulu..

Oh! satu lagi ciri pelanggan pasif ini… jika anda bernasib baik.. anda akan dapat bayaran anda setelah 2 bulan menyiapkan website mereka.. ho! ho! ho!..

Golongan neutral…
Goongan ini biasanya hanya tahu serba sedikit tentang kehendak mereka.. tetai tidak yakin sama ada idea mereka adalah bagus dan baik. Mereka juga tidak berapa tahu tentang prosedur bagaimana hendak mengupah orang membuatkan website mereka. Untuk golongan ini.. sekali anda tanya sekali dia akan bertindak. Jika anda tidak tanya.. dia tidak akan bertindak.. untuk golongan ini.. anda juga perlu bertindak aktif dan perlu bijak menguasai keadaaan.

Anda perlu kerap bertanya mereka dan perlu kerap memberikan arahan kepada mereka seperti..
Boleh berikan maklumat berkenaan kompeni awak?”.. maka mereka akan berikan maklumat tersebut kepada anda..

Boleh berikan gambar lubang hidung bos awak?.. maka mereka akan berusaha mendapatkannya dan akan memberikannya kepada anda..

Boleh awak bayar deposit 20%?.. mereka akan siap-sipakan check untuk anda dan menyampaikannya kepada anda..

Yer.. golongan seperti ni, sekali anda ketuk.. sekali dia bergerak dan bertindak..
kalau anda tidak tanya atau ketuk.. dia akan diam dan tidak buat apa-apa….

Jadi.. anda memang kena kerap bertanya kepada golongan ini. Golongan ini juga biasanya tidak terlalu cerewet… dan bersedia menerima cadangan-cadangan dari anda.

He! he! he!.. oklah.. itulah sahaja untuk kali ini… lain kali saya cerita lagi..
Semoga anda dapat mengenalpasti bakal-bakal pelanggan anda dan seterusnya dapat bertindak dengan bijak bagi melancarkan urusniaga anda..

Salam.

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

7 comments Subscribe Comments

  1. Aku tergolong dalam golongan yang mana ye…. kadang2 1 kadang golongan 3 kut ;) ikut mood..

  2. Aku golongan Terlalu Aktif kut.. Tp x der plak.. Hehehe..

  3. ini golongan pelanggan la.. bukan golongan untuk diri sendiri…
    nie.. baca ke tak sebenarnya nie… he! he! he!..

  4. Wah.. pelanggan biasalah.. pelanggan adalah raja manakala kita yang berkhidmat a.k.a peniaga ialah hamba ;)

  5. oh ho. dalam kes macam nie, boleh dikatakan mana-mana pengeluar atau ‘penjual’ juga mempunyai masalah yang sama. Tidak kira anda mencipta website, mencipta software atau servis lain.

    saya menantikan post seterusnya dari shuth.

    Saya agak caranya:

    1. buat 1 prosedur atau pengisian borang
    2. buat macam agreement/ down payment dahulu seperti bayar separuh ke kalau nak buat web @ ape-ape camtu.

  6. Eh, baca lah Shuth.. Terpengaruh dengan Cikgulah nie.. Hehehe.. Pelanggan juga adalah manusia, manusia mempunyai banyak ragam..

  7. By Andrew sj on February 22nd 2007

    well..memang macam tu ragam pelanggan, saya penyelia supermarket pun kena berdepan dengan pelanggan yang suka berleter..tensen juga di buat nya……


Add your comment