Nak.. bayar dulu
Ok.. saya sambung tips berkenaan buat bisnes buat website. Kali ini saya nak kongsi tips bagaimana nak menangani pelanggan yang pasif & cerewet.
Di dalam bisnes perkhidmatan di internet ini…. adalah amat baik sekali jika anda, mendapatkan bayaran terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kerja untuk pelanggan anda. Perkara ini hampir menjadi standard di dalam bisnes perkhidmatan jika urusan antara anda dengan pelanggan, 100% dilakukan menerusi internet.
Kaedah pay-first ini sememangnya sudah lama diamalkan di dalam urusniaga internet… contohnya seperti di elance.com , voices.com (saya pernah dapatkan perkhidmatan dari sini, dimana saya perlu bayar dahulu.. barulah kerja-kerja recording akan dimulakan) dan banyak lagi.
Tetapi.. itu jika urusniaga anda dijalankan menerusi internet 100%… bagaimana pula dengan perniagaan perkhidmatan membuat website yang konvensional? Dimana kita perlu bertemu bakal pelanggan di kedai2 mamak atau kedai makan… berbincang tentang website yang ingin dibangunkan dan akhirnya mencapai persetujuan untuk berurusniaga… perlukan kita minta mereka bayar dahulu?…
Nasihat saya…. YA!.. sekurang-kurangnya minta mereka membayar anda sedikit deposit… biasanya 10-20% dari harga keseluruhan projek.
Jangan sekali-sekali memulakan kerja anda selagi bakal pelanggan anda itu tidak membayar sebarang deposit. Pastikan, sewaktu di dalam proses perbincangan… iaitu.. sebelum anda memulakan apa-apa kerja.. anda telah pun mendapat persetujuan yang jelas tentang perkara-perkara berikut.
1) Skop website dan skop kerja.
- website berapa page?.
- ada animasi ke tidak?
- ada guna dynamic skrip (php,asp, cfm dan sebagainya) ke tidak? (biasanya untuk buat borang order dan borang feedback)
- maintainance mcm mana? by task? by month? or else?..
- promotion servis include ke tak.. dan sebagainya.
2) Jumlah bayaran
- tetapkan harga betul2.
3) Kaedah bayaran
- dicadangkan… adalah baik dibahagi kepada 20:50:30 iaitu…
20% deposit..
50% selepas siap..
30% selepas proses serahan, iaitu penyerahan dari segi manual, username & password, dan source file jika dipersetujui.
4) Penyediaan bahan-bahan..
-pastikan betul2.. siapa yang akan sediakan apa?
- siapa yg akan bagi maklumat? siapa yang akan bekal gambar? client ataupun anda?
Jadi.. itulah antara beberapa perkara penting yang perlu anda putuskan dengn sejelas-jlasnya dengan bakal pelanggan anda sebelum anda memulakan apa-apa projek. Adalah lebih bagus lagi, jika anda mampu menyedikan surat perjanjian yang ringkas yang ditandatangani oleh kedua-kedua pihak. Tetapi kalau takde pun takper.. janji.. kedua-dua pihak betul2 setuju..
Yer.. kelihatan memang agak leceh… siap nak sign-sign agreement la.. itula.. ini la…
Tapi hakikatnya, itulah amalan bisnes yang baik.. kalau anda tak percaya.. tunggulah anda jumpa pelanggan yang tergolong dari golongan-golongan pelangan yang pasif…
Masa tu.. jangan pula anda nak menyalahkan segala keturunan cucu cicit mak nenek tok kebayan bangsa pelanggan anda itu… lihatlah diri anda.. dan nilai diri anda terlebih dahulu.. anda tidak akan maju jika anda asyik meletakkan kesalahan dan menyalahkan orang lain…
Peace..
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Ya… tepat sekali!
Apa yg Shuth nyatakan dalam post kali ini adalah amalan bisnes yang baik dan wajar di praktikkan, tak kira apapun bidang bisnes kita.
Nanti takdelah dakwa-dakwi sebab semuanya sudah dibincang dan dipersetujui. Kalau ada black & white, kepentingan semua pihak akan terjamin.
Eh! Rasanya CheapestCovers tak ambil bayaran dulu melainkan dah setuju dgn final design.
Dgn pelanggan luar dia takde masalah, tapi dgn orang Malaysia… hmm tanyalah dia sendiri.
Orang kita memang masih jauh ketinggalan dlm amalan etika yang baik dan berhemah!
p/s: Tu yang Kidino mengamuk tu!
Err.. Bukan ke cheapestcovers.com buat design dulu baru ambik bayaran..
Oh! ye ke.. nampaknya.. kena betulkan sedikit ayat… i thought cheapet cover terima bayara dulu…. nampaknya cheapestcover kena pertimbangkan kaedah bayar dahulu lepas nie..
betul pendapat shuth, itulah cara penyelesaian yg baik untuk biz
wah.. shuth.. dapat idea menulis kat wangcyber ke hape..
(macam permintaan lagu.. )
ada permintaan ni
kalo shuth ada pengalaman buat JV dengan orang, cemana nak approach? tak pon… penah sub keje, camna handle?
Shuth dptkan khidmat rakam suara kat voice.com?
Ho ho.. Nampaknya shuth dah pnah rakam lagu..
Bole kalah hazami ni..
Cover album pun dah ade.. he he..
Gurau je.. :p
PS: Jgn marah ye shuth.. saya dah PM shuth kat WC td..
Aik!!! First time Shuth salah fakta.. Hehehe.. Apa yang Shuth kata tue betul bg mengelakkan penipuan..
@En.Tazilan. Untuk perniagaan E-book covers kaedah pembayarannya lain sikit. hasil kerja dinilai based on customer satisfaction. kalo dia suka,it ok..if not, nasiblah..sy banyak pehatikan juga orang luar juga mengenakan kaedah yg sama,,even otai2 dlam bidang design2 ni..siap dahulu baru bayar,,
3) Kaedah bayaran
- dicadangkan… adalah baik dibahagi kepada 20:50:30 iaitu…
Saya suka kaedah bayaran begini ..
2) Jumlah bayaran
- tetapkan harga betul2.
Kalau dengan orang luar letak harga mana pun diaorang beli (berdasarkan kualiti dan mutu keunggulan ada umpphhh)
Tapi kalau Malaysia nih.. manjang nak murah sgt2.. kalau boleh nak pree..
Senang, kalau mampu bayar, tak mampu nak buat macam mana?
p.s: Ada tak orang Malaysia yang hargai bakat seseorang? (tanya diri sendiri saya sendiri)
Lebih selamat kalau minta bayaran dulu tapi sebelum minta bayaran kena minta persetujuan dahulu. Katakan yang ini adalah peraturan. Kita beli ebook pun kena bayar dulu.
Best post nih! Pernah gak wat freelance tapi bukan Webdesign , more to multimedia. Betul la cakap Shuth, pelanggan yg jenis pasif nih mmg boleh kecik hati kita di buatnyer. dah siap baru nak komen.. pastuh mintak pelik2.. kecik hati tol. (Dah la bayar ciput+lambat ;( )
Saya biasanya akan buat 3 design. 1 lawa dan 2 buruk, supaya mereka terus memilih yg lawa. Hahaha!! Kalau bawak 1 design, pelanggan yang pasif nih suka nak modify sana-sini. Kalau bagi 2-3 pilihan, tak pulak buat perangai.. tak tahu naper..
Norizam Shah said:
Ader.. tapi 1 dalam sejuta.. (1 beli CD ori, sejuta beli CD pirate) hehehe
Kalau byr dulu pun, customer blh minta refund, kan? So, tak byk beza sbnr antara byr dulu atau byr kemudian ni. Yg penting kepuasan pelanggan. Nak puas hati pelanggan, kena lah pandai kita kompromi. Mcm cth Robotys buat 1 design cantik & 2 design buruk tu pun slh satu teknik/taktik yg bagus. Apabila puas hati, maka majoriti pelanggan akan membyr dgn segera, percayalah!
Thanks!
yer.. tenik macam robotys tu pernah juga saya gunakan.. tapi kalau dapat pelanggan yang betul2 malang.. buatlah 3 ke 4 design.. semuanya di reject… ho! ho! ho!..