Pesta E-Book
October 14th, 2006, by shuth

Pesta E-Book

Bulan ramadhan kali ini nampaknya seperti satu pesta ebook.. ramai betul orang yang bagi ebook-ebook free. Nampaknya.. suatu perkembangan yang sihat dalam industri ebook tempatan.

Okla.. kali ini saya nak ulas ebook-ebok free yang diedarkan oleh rakan-rakan kita..

1) Panduan Asas Paypal.
Penulis : Zulfadhli a.k.a Smartzul
Harga : Percuma
Ebook ini ditulis khas oleh smartzul bagi membantu mereka yang masih lagi pening-pening serta blur-blur tentang penggunaan paypal. Persoalan seperti macam mana nak daftar akaun paypal? Macam mana nak verify akaun? Macam mana nak tambah kad kredit/debit kad dalam akaun paypal.. kini, semuanya sudah dijawap dengan jelas oleh zul di dalam ebook tersebut. Ia memang amat sesuai untuk semua newbie yang ingin memulakan langkah di dalam perniagaan internet.. terutamanya bagi mereka yang merancang untuk memasuki pasaran antarabangsa serta yang merancang untuk bergiat aktif di dalam urusniaga Ebay.

2) Buat Duit Dengan Blog
Penulis : Zulfadli a.k.a Smartzul
Harga : Percuma
Yang ini pula.. buku pasal macam mana nak buat duit dengan blog. Basicly.. buku ini menceritakan tentang bagaimana mendapatkan duit dari blog anda dengan menggunakan adsense dan juga program affiliate. Dengar kata.. ebbok ini diberikan percuma untuk masa yang terhad sahaja. Jadi.. cepat-cepatlah download yer.

3) Dari Sifar Menjadi Usahawan
Penulis : Adly a.k.a Labanon
Harga : Percuma
Buku ini ditulis oleh seorang pelajar tingkatan 4. Pada mulanya.. saya menyangka.. apa lah sangat yang boleh ditulis oleh seorang budak sekolah menengah. Tetapi, apabila saya membuka sahaja ebook ini di komputer saya.. first impression saya.. wah!.. layout ebook ini sunguh profesional… menyebabkan saya tertarik untuk membacanya… selepas selesai membacanya.. saya dapat rasakan.. betapa matangnya serta bersih sucinya pemikiran budak ini di dalam mengejar impiannya menjadi usahawan yang berjaya. Jelas kelihatan.. “mind setting” budak ini sudah bersedia untuk menjadikan dirinya seorang usahawan yang berjaya kelak.. jauh meninggalkan pemikiran abang-abang serta kakak-kakak yang asyik mencari-cari kaedah yang paling mudah, pantas dan cepat untuk menjadi kaya. Syabas saya ucapkan kepada adly..

4) Cara Promote Blog : Beribu2 Pelawat = Beribu2 Ringgit
Penulis : Robotys
Harga : Percuma
Saya rasa ramai yang dah tahu.. robotys sememangnya seorang penulis tips-tips teknikal di dalam bidang perniagaan internet yang baik. Gaya penulisannya memang cukup menarik dan mudah difahami. Saya kira, kini beliau sudah menjumpai niche serta stail penulisan yang tersendiri. Sememangnya, saya amat kagum dengan orang-orang seperti beliau yang sungguh rajin meletakkan gambar didalam penulisannya.. (leceh woo nak buat print screen step by step nie). Bukan itu sahaja… malah tips serta ilmu yang dikongsikan juga memang betul-betul berharga dan berkesan.. orang jawa kata.. very practical. ho! ho! ho!… jadi.. jangan buang masa.. download lah segera.

5) Ezine Saifulsham Oktober
Penulis : Saifulsham
Harga : Free
Eh? Ini E-zine.. bukan ebook.. tapi.. takperla.. janji ia bermanfaat apa salahnya saya masukkan dalam pesta ebook ini. Ezine kali ini nampak jelas peningkatan dari segi “presentation” nya berbanding ezine bulan yg sebelumnya. “Content”nya juga bertambah banyak dan semakin menarik.. tak perlu cakap banyak.. download segera ezine nie.. siapa yang tak kenal saifulsham.. dua orang sahabat yang kini semakin berkembang.. sama ada dari segi pernigaannya ataupun dari segi fizikal tubuh badannya.. oh!..

Itulah antara beberapa ebook & ezine yang telah memeriahkan industri ebook di malaysia. Saya lihat.. ini adalah suatu perkembangan yang sihat.. sekalligus meningkatkan lagi ke”familir”an masyarakat malaysia tentang format buku elektronik… (jangan terkejut.. ramai lagi sebenarnya yang tak tahu mcm mana nak baca ebook dan tak tahu nak guna acrobat reader – salah satu sebab juga kenapa saya buat buku “maskahwin” bercetak , masa saya nak terbitkan buku tu.. orang masih blur-blur lagi tentang apa itu ebook?.. oh!).

Selepas ini.. barulah mudah sedikit penggiat-penggiat industri ebook nak menjual ebook.. sebab orang ramai dah tahu dan dah selesa.. insyallah.. tiada lagi masalah pelanggan mengadu.. “Saya tak boleh bukak lah fail yang awak bagi tu.. awak nie penipu!”.. perghh.. panasnya je dengar.. ho! ho! ho!..

Apa-apa pun.. janganlah jadi orang yang malang… siapa orang yang malang?
Orang yang malang.. ialah orang2 yang berebut-rebut mendownload ebook percuma.. tetapi bila dah dapat.. tak baca pun.. ampehsss…..

Lebih malang lagi.. ialah.. orang2 yang sudah membaca.. tetapi.. tidak membuat sebarang tindakan dan tidak mengamalkan ilmu yang diperolehinya.. maka.. jadilah mereka-mereka itu seperti sebuah perpustakaan yang bergerak ke sana dan ke mari.. pandai.. tetapi pokai..

Sekian.. wassalam…

P/s:- Nantikan sebuah ebook dari saya tang berjudul.. “Buat Duit Dalam Jamban”… insyallah akan terbit pada penghujung tahun 2045.. ho! ho! ho!..

Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

15 comments Subscribe Comments

  1. Thx Shuth for the review n your kind words!… hehehe, kembang sekejap! ;)

    Nantikan sebuah ebook dari saya tang berjudul.. “Buat Duit Dalam Jamban”… insyallah akan terbit pada penghujung tahun 2045.. ho! ho! ho!..

    Saya akan tunggu shuth, walau dah tua ganyut pon saya akan beli jugak!! ;D

  2. Selepas ni tokey ebook senyum2 la… senang sikit kerjanya..

  3. Tajuk ni (BDDJ) boleh digunakan untuk menarik berjuta pembaca (kalau ebuku ni percuma!!!)
    Jangan dilengahkan lagi penerbitannya. :)

  4. Betul ker Shuth?? Aku tunggu.. Hehehe.. Itupun kalo umur panjang.. :-)

  5. wah.. kalau taun 2045 umur saya dah 60 taun.. hu hu.. :)

    kalau mcm tu shuth lg tua la walaupun jiwa muda rumaja.. :P

  6. Thanks Shuth.. Moga2 industri ebook berkembang.. Kalau asyik nak tunggu jer, sampai bila lah kan masa tu.. So, buat apa yg patut..

  7. cantik punya posting… semuanya pasal menda freeeeeeeeeeeee…

    berapa banyak free ataih muka bumi ini?

    teruskan promosi ebook dengan jayanya… saya nih biler nak buat ebook yer? nampaknya kena upah orang jugak ler… hehhe

  8. Cantik!!! kalau ada ebook buat duit dalam jamban bagus gak!!….ni pasal ebook free2 ni ok juga ler..tapi jangan cedok ebook bahasa asing mai tukar bahasa kita sudah ler!.

  9. Teruja dengan tajuknya

  10. siot jer… tak pasal jer am gelak sekua hati baca tajuk ittew!!!

  11. Wow.. tajuk yang tidak pernah kufikirkan :P nanti perlu buat kajian nihs huhuhu

  12. By hash on April 3rd 2007

    askum sume…
    aku agak2 minat gak ar ngan perniagaan internet niih…
    tapi pas baca blog2 korang,aku jadi keliru…
    ada sesapa yang sudi attach kan ebook malaysiapaypal tuh kat aku?jasa korang amt lah aku hargai..korang leh attach kat email aku tarrabbas@yahoo.com


Add your comment