16
Oct
06

Sembang-sembang… cari wang.

Terima kasih kerana datang ke blog ini.. tapi saya ingin minta maaf.. kerana hari ini tiada entry yang menarik untuk anda.. saya tahu.. ramai yang datang ke blog ini 2 hari sekali kerana ingin membaca cerita-cerita yang ghairah dari saya..

Tapi hari ni.. saya minta maaf.. tiada cerita ghairah untuk anda semua pada hari ini… tajuk diatas pula hanyalah sekadar untuk menarik perhatian anda! ha! ha! ha!..

Cuma.. hari ini semasa saya berpeleseran ke blog-blog rerakan yang lain.. saya tertarik dengan idea zul yang ingin mewujudkan ruangan FAQ di blognya. Idea tersebut juga.. pernah difikirkan oleh saya.. tapi disebabkan kesuntukan masa.. terpaksalah saya membiarkan ia berlalu pergi.

Berkenaan FAQ (Soalan yg kerap ditanya), saya juga seringkali menerima beberapa soalan yang sama dari orang ramai.. sama ada melalui email, PM atau pun telefon.. antara soalan yang kerap ditanya kepada saya ialah…

“En. Suhaimy nie dah kahwin ke belum?”…. Ho! ho! ho!… Jawapan saya.. “Ohh…no komen”.. hi..hi.. hi.. hi.. saya gelak kecil sambil tapak tangan melindungi mulut…. (untuk jawapan sila baca page “about me”)

Ok.. pergi pula kepada soalan kedua yang kerap saya terima…

“En. Suhaimy nie full time ke buat internet bisnes?”..

Hmm….. bagi yang tidak mengenali saya ataupun yang baru sahaja melawati blog ini.. mereka menyangkakan saya menjalankan perniagaan internet ini secara fulltime… tapi.. hakikatnya…saya dah buktikan.. perniagaan internet ini sebenarnya boleh dilakukan secara part time sahaja. Dan apa yang lebih menarik… walaupun saya melakukannya secara part time.. pendapatan saya melalui perniagaan initernet ini bukanlah sekadar part time juga.. alhamdulilah.. buat masa ini.. pendapatan “part-time” saya ini sudah menjangkaui 4 kali ganda dari pendapatan pekerjaan tetap saya… “kalau macam tu.. kenapa tak berhenti kerja je?”.. soalan kerap seterusnya yang saya terima…

Saya ada sebab dan target sendiri… apa sebab & target itu?.. biarlah rahsia… hi! hi! hi!.. gelak kecil sambil tapak tangan melindungi mulut lagi..

“En. Suhaimy nie kerja apa yer?”.. soalan kerap lagi..
Kalau di kampung.. apabila ada orang tanya saya.. apa kerja saya.. biasanya.. saya akan memberikan jawapan.. “Ala.. keje kat opis.. keje yang betul-betulkan komputer tu..”.. walaupun hakikatnya saya tak tahu macam mana nak betulkan komputer…. Ho! ho! ho!… saya bukanlah berniat untuk menipu.. tetapi itulah jawpan paling mudah untuk saya berikan pada orang-orang kampung di tempat saya. Ini kerana.. sebelum ini saya terpaksa menerangkan hampir 1 jam tentang pekerjaan saya kepada seorang makcik di kampung saya apabila saya katakan saya bekerja sebagai “webmaster”.. (itulah.. konon-kononnya nak eksyen lah skit.. cakap omputih.. last-last.. jenuh den nak menerangkannya..) Nasib baiklah anak dara makcik tu comel… oh!..

Apa-apa pun… kadang-kadang.. jawapan kepada sesetengah soalan itu tidaklah berapa penting sebenarnya.. apa yang lebih penting ialah.. bagaimana anda menjawapnya..

salam..

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


13 Responses to “Sembang-sembang… cari wang.”


  1. 1 SmartZul Oct 16th, 2006 at 3:46 am

    Shuth, sebelum ni hohoho, hari ni hihihi lak yer… ;)

    Apapun, betul, boleh buat duit di internet secara part time.. Tak perlu nak berhenti kerja pun.. Tapi saya tetap nak full time jugak (degil).. hihihihi.. :D

    Semoga maju jaya untuk semua pembaca blog ghairah ini… ;)

    PS. Shuth, anqk makcik tu solo lagi ker? :lol:

  2. 2 Tazilan Oct 16th, 2006 at 3:57 am

    haha! Millionaire Employee… bak kata Azizi Ali!

    Sebenarnya kita tak perlulah terburu-buru berhenti kerja sekiranya bisnes part time kita tu tak mengganggu waktu pekerjaan tetap kita tu. Jadi, mengapa nak korbankan kemudahan yg sedia kita nikmati dari pekerjaan dan majikan?

    Azizi Ali masih bertugas sebagai juruterbang dgn MAS walaupun dia dah jadi jutawan dgn pelaburan hartanah dan juga business coaching dia tu!

    Shuth pun.. khabarnya gaji dia tak terusik langsung! Syabas!

  3. 3 Abg Zakir Oct 16th, 2006 at 6:18 am

    Jarang-jarang saya masuk blog Suhaimy tapi entah macammana hari ini terbaca pula setelah melawat smartusaha.

    Saya mengagumi anda kerana melakukan dua kerja dan kedua2nya berhasil. Tahniah! Satu contoh yang perlu dicontohi oleh semua anak muda, daripada dok merempit tak tentu pasal yang merisaukan kita.

  4. 4 Imo Imora Oct 16th, 2006 at 6:45 am

    Memang betul..terpulang pada individu dan kepuasan diri masing-masing, kalo rasa boleh BAWA kesemuanya apa salahnya.

    HIDUP HANYA SEKALI JADI KITA PERLU ENJOY (menikmatinya)

  5. 5 cikgubiz Oct 16th, 2006 at 7:36 am

    Wow hebat tu.. Ni kira dah berjaya ni….

  6. 6 bahtiar Oct 16th, 2006 at 8:02 am

    shuth. pertama kali jumpa kau lebih setahun dulu dengan kau sekarang (tak jumpa lagi lepas tu) banyak kejayaan yang dah kau cipta. Syabas shuth.

    Tapi kau apsal dah tak aktif kat forum BJ? Senyap je.. hoho.. ni bole masuk tak dalam soalan yang kerap ditanya tu? hihi :)

  7. 7 Labanon Oct 16th, 2006 at 9:56 am

    Owhh nak tambah lagi ekk.. :P jgn malu2 tambah jer HOHO

  8. 8 linn_comel Oct 16th, 2006 at 10:44 am

    Rasa nak tergelak bila baca pos shuth hari ni, tak tahu kenapa ..yag pasti lawak..

  9. 9 shuth Oct 16th, 2006 at 4:34 pm

    Abg Zakir > Selamat Datang diucapkan..

    Bakhtiar > Ha ah..lama tak jumpa hang.. isyallah nanti kalau sempat kita jupa lagi.. aku dah lama plan nak datang meeting BJ tu.. tapi asyik tak sempat je..

  10. 10 Noorizam Shah Oct 17th, 2006 at 12:47 am

    kan pakcik dah kata.. anak ni mesti buat dua kerja… huhuhuhu

  11. 11 abdfatah Oct 17th, 2006 at 5:27 am

    adehai… hihii… hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii memanjang lain macam pulak tu…

    salamzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

  12. 12 amriena Oct 17th, 2006 at 6:59 am

    am tertarik dengan soalan yang terakhir tu… kadang2 bila kita nak eksen sket… diorang plak yang tak faham… pastu nak terang sikit punya lama…

  13. 13 zali Sep 21st, 2007 at 12:52 am

    apa sebenornya jang?????

    ajar den sikit….

    nak juga tahu lebih lanjut camno nak buat duit kat internet ni…

    regards,
    zali

Leave a Reply