Buat apa hari nie?
Terima kasih kerana sudi datang ke blog ini lagi. Untuk pengetahuan.. saya sekarang, sedang cuba dengan sedaya upayanya untuk maintain post blog ini setiap 2 hari sekali. Kadang-kadang memang terasa agak sukar juga.. maklumlah.. saya cuma seorang sahaja, part time pulak tu…. Lainlah saifulsham, diorang ada 8 kepala. (Kalau tak paham.. duk sana diam-diam.. budak kecik tak baik menyampuk orang tua cakap.. ho! ho! ho!). Jadi.. memang tak hairanlah kalau mereka boleh update blog mereka hari-hari. Tapi tak kisahlah.. hidup tidak boleh ada banyak alasan.. insyallah, satu hari nanti blog ini akan diupdate hari-hari juga.
Hari ini saya nak kongsi satu kata-kata hikmah… kata-kata hikmah ini saya dapat dari kad raya yang dihantar oleh “mentor” saya di dalam bidang pengurusan kewangan. (Ya.. memang saya ada mentor.. beliau sering menulis tentang isu-isu berkaitan kewangan di sebuah majalah tempatan, oh! bukan… bukan…dia bukan azizi ali)
Kata-kata hikmah tersebut memang sungguh memotivasikan serta menghairahkan saya untuk terus berusaha mencapai impian saya.. sehinggakan ia… menyebabkan saya selalu datang lewat ke pejabat sebab tak cukup tidur.. oh! jadi.. disebabkan keghairahan itu.. maka saya ingin kongsikan ia dengan anda disini..
Setelah dialih suara.. kata-kata hikmah itu pun berbunyi begini..
Jangan sesekali.. membiarkan hari ini berlalu.. TANPA…. anda melakukan sesuatu yang akan membuatkan impian anda tercapai.
Yer sahabat-sahabatku sekalian… janganlah kita mensia-siakan hari kita tanpa kita berbuat sesuatu yang akan mendekatkan diri kita dengan impian kita.. kebanyakkan orang.. termasuk saya.. sememangnya sentiasa sibuk dengan kerja-kerja harian kita di pejabat dan sebagainya.. sehinggakan.. kita sering terlupa dan lalai untuk membuat sesuatu yang lebih penting di dalam hidup kita.. iaitu mengejar impian kita..
Tidak kisahlah apa impian anda… nak masuk syurga ke? nak jadi jutawan ke?.. nak bebas kewangan ke?.. nak kahwin dua ke?.. nak ada rumah besar ke?.. nak ada duit banyak ke?.. atau apa-apa sahajalah..
Hari ini.. cuba tanya diri anda.. Apa yang telah saya lakukan hari ini, untuk saya mencapai impian saya?
Wassalam..
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

kata-kata yang amat bermakna.. dan memberi kesan..
nak pinjam lah ungkapan tuh..
sejak membaca blog shuth, irfan, zul, alang membuatkan saya begitu risau dan rasa tak selesa dgn life seharian kalau tak dpt buat sesuatu utk mendalami ilmu ebiz ni.
hu hu.. nasib baik saya xfaham beberapa kerat ayat atas tu..
maknanya saya budak2 lagi la..
Betul tu shuth.. “Hari ini mesti lebih baik daripada hari semalam. Kalau hari ni lebih teruk dari hari semalam, memang anda seorang yang rugi..”. Manfaatkan masa 24 jam anda!
apa hari ini saya lakukan pada diri saya.. Yaa hari ini saya sedang berfikiran positif.. hari hari positif
segar rasanya kepala otak.. hehehe
Salam,
masa begitu penting, setiap detik berharga.Setuju dgn shuth
patutlah kitorang tersedak… :p
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin Shuth!
p/s: Btw, kalau pergi rumah, ada masak “STIM2″ tak raya nih? hehe…
heh, saya baru terbaca awak nyer blog, walaupun dh agak lama, tapi kata-kata hikmah tu mmg betul2 terkena kt batang idung kita terutama saya.. kena set kata2 ni utk pop out tiap kali bukak komputer, moga lelama bleh lekat dlm kepala
memang betul apa yg dikatakan oleh shuth…hidup ini takan bererti tanpa membuat sesuatu yg kita inginkan…jgn terlalu mengharapkan pada nasib?selamt
saya tak buat lg prniagaan internet ni kerna saya baru nak baru nak berjinak2 dgn perniagaan nie…byk yang saya tak tahu…sorry kalu saya salah masuk tp nie lah tempat yg saya rasa betul…kalu anda sudi bantu tolongla e-mail apa 2 sahaja yg berkaitan dgn busines ni….saya ada pertanyaan bleh tak kita sebagai dealer nak promosi brgan mengunakan website kita sendiri?adakah jita memerlukan keberanan drpd owner bragan tersebut…pleaz
Macam emel forward yang selalu aku terima ttg manusia yg selau berfikiran positif. Katanye “Setiap Pagi, setiap kali saya bangun tidur. Saya akan membuat pilihan sama ada menjadi org yang lebih baik atau org yg sama @tau lebih buruk. Jadi, Saya pilih untuk jadi Lebih Baik”.
Saya baru jumpa blog ni…..bagus jugk. bleh share pendapat.mm, bleh release tension gak baca pendapat u all. haha..i hav 2 yhink positive……everyday…..every second.
Bermotivasi saya hari ini – 31 May 2007 – 03.56pm
saya nak mintak kata-kata hikmah untuk raya,boleh tak kengkawan semua share ngan saya