Jom Pandu laju-laju..

Diwaktu anda membaca post ini, mungkin pada waktu ini saya sedang memandu pulang ke kampung dan post kali ini adalah secara automatik. Pada tahun ini, saya menghala pulang ke utara.. kedah. Jadi, sesiapa yang duk di kedah tu.. bolehlah datang ke rumah.. (ini.. nama dia ajak-ajak ayam.. kalau nak datang.. kena jadi ayam dulu.. ho! ho!.. tak lawak.)

Apa-apa pun.. ini adalah ucapan saya kepada mereka yang memandu pulang ke kampung..

1) Jika anda memandu kereta.. pandulah dengan selaju yang mungkin.. lebih laju adalah lebih baik.. sememangnya.. berhari-raya di hospital itu adalah lebih meriah daripada beraya di rumah bersama keluarga yang tersayang.

2) Jika anda berasa mengantuk.. jangan berhenti.. teruskan memandu.. inilah masanya untuk anda menunjukkan kehebatan anda memandu sambil menutup mata.. insyallah. ia akan mampu membuatkan mata anda tertutup buat selama-lamanya. Hebat bukan?

3) Jika anda berada di lebuhraya.. pastikan kadar kelajuan kenderaan anda tidak kurang daripada 110km/j.. barulah anda ada alasan untuk tidak memberi duit raya kepada anak-anak buah anda.. kerana, duit yang ada, perlu digunakan untuk membayar saman selepas hari raya nanti.

Itulah sahaja pesanan khidmat masyarakat dari saya untuk kali ini. Segala salah & silah harap dimaafi. Sekian, terima kasih.

p/s:- saya rasa, nasihat saya ini lebih berkesan di dalam menyedarkan orang ramai sewaktu memandu berbanding nasihat yang berbunyi.. “pandulah berhati-hati di jalanraya”.. hmmm…

akhir kata… jangan lupa pandu laju2…. ho! ho! ho!..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Jom Pandu laju-laju..

  1. hahaa… pandu laju laju lagii…

    pandu laa jangan tak pandu laju laju…

    memang seronok pandu laju… lajuuuuu buaiku lajuuuuuuuuuuu

    kepada anda semua yang suka pandu laju… harapnya pandulah selaju yang anda mahu…

    seonok wooo pandu lajuuuuuuuuuuuu….. sampai cucur atap!
    wahahhaaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>