Diwaktu anda membaca post ini, mungkin pada waktu ini saya sedang memandu pulang ke kampung dan post kali ini adalah secara automatik. Pada tahun ini, saya menghala pulang ke utara.. kedah. Jadi, sesiapa yang duk di kedah tu.. bolehlah datang ke rumah.. (ini.. nama dia ajak-ajak ayam.. kalau nak datang.. kena jadi ayam dulu.. ho! ho!.. tak lawak.)
Apa-apa pun.. ini adalah ucapan saya kepada mereka yang memandu pulang ke kampung..
1) Jika anda memandu kereta.. pandulah dengan selaju yang mungkin.. lebih laju adalah lebih baik.. sememangnya.. berhari-raya di hospital itu adalah lebih meriah daripada beraya di rumah bersama keluarga yang tersayang.
2) Jika anda berasa mengantuk.. jangan berhenti.. teruskan memandu.. inilah masanya untuk anda menunjukkan kehebatan anda memandu sambil menutup mata.. insyallah. ia akan mampu membuatkan mata anda tertutup buat selama-lamanya. Hebat bukan?
3) Jika anda berada di lebuhraya.. pastikan kadar kelajuan kenderaan anda tidak kurang daripada 110km/j.. barulah anda ada alasan untuk tidak memberi duit raya kepada anak-anak buah anda.. kerana, duit yang ada, perlu digunakan untuk membayar saman selepas hari raya nanti.
Itulah sahaja pesanan khidmat masyarakat dari saya untuk kali ini. Segala salah & silah harap dimaafi. Sekian, terima kasih.
p/s:- saya rasa, nasihat saya ini lebih berkesan di dalam menyedarkan orang ramai sewaktu memandu berbanding nasihat yang berbunyi.. “pandulah berhati-hati di jalanraya”.. hmmm…
akhir kata… jangan lupa pandu laju2…. ho! ho! ho!..
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.
Gen-X ialah generasi yang dilahirkan sekitar tahun 1970 -1985. Pada waktu ini… generasi gen-x ini adalah mereka yang berumur diantara 21-36 tahun, atau dalam perkiraan mudahnya, mereka kini berumur antara 20-40 tahun.
Apa yang menarik tentang gen-x ini ialah.. kebanyakkan mereka menjadi jutawan sebelum umur mereka mencecah 40 tahun. malah.. lebih menarik lagi.. kebanyakan mereka menjadi jutawan adalah disebabkan perniagaan internet mereka..
Anda boleh lihat sendiri senarai-senarai jutawan gen-x di sini.. http://www.entrepreneur.com/youngmillionaires/index.html
Sungguh ramai… tetapi itu di barat… di Malaysia?..
Ada juga.. contoh termudah Dr. Irfan Khairi & Patric Chan.. mereka ini adalah merupakan jutawan gen-x.
Jadi.. jika ada orang yang mengatakan.. “menjadi jutawan melalui perniagaan internet itu satu penipuan dan gimik semata-mata… ” saya hanya akan berdiam diri dan berlalu pergi meninggalkan orang tersebut sambil gelak di dalam hati dengan sepuas-puasnya.
Wassalam…
P/s: selamat pulang ke kampung dan berhati-hatilah dijalanraya..
Terima kasih kerana sudi datang ke blog ini lagi. Untuk pengetahuan.. saya sekarang, sedang cuba dengan sedaya upayanya untuk maintain post blog ini setiap 2 hari sekali. Kadang-kadang memang terasa agak sukar juga.. maklumlah.. saya cuma seorang sahaja, part time pulak tu…. Lainlah saifulsham, diorang ada 8 kepala. (Kalau tak paham.. duk sana diam-diam.. budak kecik tak baik menyampuk orang tua cakap.. ho! ho! ho!). Jadi.. memang tak hairanlah kalau mereka boleh update blog mereka hari-hari. Tapi tak kisahlah.. hidup tidak boleh ada banyak alasan.. insyallah, satu hari nanti blog ini akan diupdate hari-hari juga.
Hari ini saya nak kongsi satu kata-kata hikmah… kata-kata hikmah ini saya dapat dari kad raya yang dihantar oleh “mentor” saya di dalam bidang pengurusan kewangan. (Ya.. memang saya ada mentor.. beliau sering menulis tentang isu-isu berkaitan kewangan di sebuah majalah tempatan, oh! bukan… bukan…dia bukan azizi ali)
Kata-kata hikmah tersebut memang sungguh memotivasikan serta menghairahkan saya untuk terus berusaha mencapai impian saya.. sehinggakan ia… menyebabkan saya selalu datang lewat ke pejabat sebab tak cukup tidur.. oh! jadi.. disebabkan keghairahan itu.. maka saya ingin kongsikan ia dengan anda disini..
Setelah dialih suara.. kata-kata hikmah itu pun berbunyi begini..
Jangan sesekali.. membiarkan hari ini berlalu.. TANPA…. anda melakukan sesuatu yang akan membuatkan impian anda tercapai.
Yer sahabat-sahabatku sekalian… janganlah kita mensia-siakan hari kita tanpa kita berbuat sesuatu yang akan mendekatkan diri kita dengan impian kita.. kebanyakkan orang.. termasuk saya.. sememangnya sentiasa sibuk dengan kerja-kerja harian kita di pejabat dan sebagainya.. sehinggakan.. kita sering terlupa dan lalai untuk membuat sesuatu yang lebih penting di dalam hidup kita.. iaitu mengejar impian kita..
Tidak kisahlah apa impian anda… nak masuk syurga ke? nak jadi jutawan ke?.. nak bebas kewangan ke?.. nak kahwin dua ke?.. nak ada rumah besar ke?.. nak ada duit banyak ke?.. atau apa-apa sahajalah..
Hari ini.. cuba tanya diri anda.. Apa yang telah saya lakukan hari ini, untuk saya mencapai impian saya?
Wassalam..
Latest Comments
ijamidayu, Safuan a.k.a Sipenglipurlara, shuth, zyan, Labanon [...]
SyedHafidz, drInspirasi, Bisnes Internet, nal, Abang Di [...]
teruje, shafiq, dannyz, Tips Asuransi Indonesia, irisha [...]
samdaddycool, mazuki, Richie, zool, Richie [...]
GADIS SEKSI, mustahing, zool, Saharman, alongovtx [...]