Archive for November, 2006

30
Nov

Info terlampau?… get the “BIG PICTURE”

Salah satu sebab, mengapa ramai yang tidak berjaya memulakan langkah pertama mereka, walaupun telah menghadiri seminar/kursus perniagaan internet serta telah banyak membaca buku serta artikel… adalah disebabkan.. “information overload” atau dalam sebutan ghairahnya.. “info terlampau”.

Ia merupakan, suatu keadaan dimana.. anda menerima begitu banyak maklumat kedalam otak anda pada satu-satu masa.. sehinggakan menyebabkan otak anda menjadi keliru dan tidak dapat menyusun maklumat tersebut dengan tepat dan wajar. (Oh!.. mungkin ini juga salah satu sebab mengapa Allah menurunkan wahyu kepada nabi secara sedikit demi sedikit)

Ada sesetengah pihak menyarankan.. jika anda mengalami masalah ini.. maka anda hendaklah..
1) Pergi bercuti dan tenangkan fikiran… (mana boleh cuti.. kerja tengah banyak giler nie!)
2) Cari mentor untuk memberi tunjuk ajarkepada anda.. (Isabella.. adalah…. oh!.. tunjuk.. ajarku sifuu..)
3) Tengok wayang.. (akula..cicakkKKMANNNN!!!….)
4) Dengar lagu indon.. (aku memang pencinta wanita.. namun ku bukan buaya~~ la.. la.. la..)
5) Pergi jogging… (hish! his! hish!..)
6) Tido… (zzzzz…)
7) Solat tahajud di sepertiga malam dan membaca yassin.. aminnn..

dan macam-macam lagi…

Bagi mereka yang pernah menghadiri mana-mana kursus perniagaan internet.. saya pasti anda pernah mengalami situasi ini. Dimana, sewaktu didalam kursus tersebut.. anda mendapat sungguh banyak ilmu.. bermula daripada ilmu memilih produk, menulis surat jualan, membina website.. hinggalah kepada ilmu mempromosikan website anda. Ditambah lagi dengan ilmu-ilmu sampingan seperti adsense.. affiliate.. blog.. mailing list.. dan sebagainya. Tetapi apabila anda pulang kerumah.. anda mula menjadi pening dan ilmu yang banyak tadi seperti tenggalam timbul di ingatan anda… selepas beberapa hari.. anda akan bertanya.. “Apa aku nak buat untuk cari duit kat internet nie yer?”

Jika anda mengalami masalah tersebut.. satu tips dari saya… pergilah masuk ke dalam jamban… ho! ho! ho!.. ok.. ok.. mungkin anda kurang selesa… tak mengapa.. cuba dapatkan sehelai kertas serta sebatang pen.. dan kemudiannya duduk di satu tempat yang kurang gangguan dan tenang..

Jika anda merasakan berada di taman rekreasi dapat memberikan ketenangan kepada anda.. maka.. pergilah ke taman tersebut..
Jika anda merasakan berada di masjid dapat memberikan ketenangan kepada anda.. maka pergilah duduk di dalam masjid…
Dan jika anda merasakan berada di pusat karaoke itu dapat menenangkan fikiran anda dan otak anda ligat berfikir sewaktu berada di situ.. maka pergilah ke tempat tersebut..

Carilah suatu tempat yang tenang yang mampu membuatkan otak anda berfikir dengan keupayaan yang optimun.. (bagi saya, senang je.. masuk jamban.. sunyi dan tenang… jangan lupa.. dapatkan buku saya yang berjudul “Rahsia Buat duit dalam Jamban” yang akan diterbitkan pada tahun 2048 nanti! ya.. saya perlu memastikan rahsia tersebut betul-betul praktikal sebelum saya menulisnya… Oh!)

So.. apa nak buat di tempat yang tenang dengan sebatang pen dan sehelai kertas…?

Catatkan semua info yang anda tahu, yang kini sedang berselerakan di dalam otak anda.. keluarkannya satu-satu dan catitkannya… jika anda mengalami masalah info terlampau bagi topik “Mencari Duit di Internet”... catitkan kesemua kaedah yang anda tahu bagi mendapatkan duit di internet.. dari adsense, affiliate, jual ebook, blogging, dropship hinggalah ke domain parking. Senaraikannya semua terlebih dahulu..

Kemudian.. dari semua list tersebut.. cuba kategorikannya mengikut kategori ciptaan anda sendiri.. (bukan kategori balada atau pop rock la.. mentang2 tgh musim muzik2 skang nie.. loyar buruk lah kunun..)

Sesetengah orang selesa mengkategorikannya mengikut tahap keupayaan diri.. iaitu antara “susah” & “senang”…
Ada orang suka kategori mengikut “hasil”… yg mana lumayan.. yg mana tak lumayan..
Ada orang suka kategori ikut “masa”.. yg mana “short period” projek.. yg mana “long period” projek..

Terpulang kepada anda…

Untuk persoalan cari duit di internet, saya memilih untuk mengkategorikannya mengikut “model operasi” nya.. hasilnya adalah gambarajah seperti yang anda semua dapat lihat pada entry sebelum ini..

Saya pasti… ramai yang dapat melihat the “BIG PICTURE” tentang dunia mencari duit di internet dengan gambarajah tersebut…. sekaligus.. menyelesaikan masalah “blur-blur” pada otak anda akibat info terlampau…

So.. kesimpulannya… apabila anda mengalami masalah info terlampau… ambil pen dan kertas.. pergi ke tempat yang tenang.. dan lakarkan the BIG PICTURE

YOSH!…

p/s:- Kalo nak tahu.. inilah salah satu cara mudah bagi mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah… masalah tu kan duit?

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

26
Nov

Cari Duit Di Internet

Pernah seorang sahabat saya bertanya kepada saya…. “Kat mana hek aku boleh cari duit lebih?”

Jawap saya.. “Ko nak cari duit lebih heh? Ko cari kat internet!… berlambak-lambak dan bersepah-sepah duit kat internet tu.. tinggal nak pungut je!”… ho! ho! ho!…

Sebenarnya… terdapat begitu banyak cara untuk membuat duit di internet, hanya terpulang kepada anda sahaja sama ada ingin melakukannya atau tidak!. Dibawah, gambaran ringkas beberapa cara-cara buat duit di internet.

cari duit di internet

Bagaimana? Banyak bukan?… Jadi. usah berlengah lagi.. siapa cepat! dia dapat!.

Kepada peserta-peserta seminar bengkel perniagaan internet smartusaha & rajaadsense semalam. Jangan lupa tips dari saya.. “Jangan jadi lebai malang & jangan jadi katak..”

YOSH!

22
Nov

SmartZul, Blog, Bengkel dan dot dot dot..

Post kali ini memang saya contribute khas kepada saudara zulfadhli di smartusaha.com. Siapa yang tak kenal smartzul? Setiap kali menonton iklan ilmuwan islam yang berbunyi.. “Sewaktu zaman kegemilangan islam dahulu.. ramai tokoh-tokoh yang terkenal yang beragama islam seperti.. ibnu khaldum”.. Blink! automatik teringatkan smartzul.. jika dilihat dari raut “janggut” serta gaya percakapannya, memang saling tidak tumpah seperti smartzul… namun, smartzul tetap menafikan dakwaan tersebut apabila ditanya.. “Benarkah beliau yang melakonkan aksi iklan tersebut?”.. ho! ho! ho!..

Yang terbaru.. saudara smartzul yang merupakan seorang penulis blog sepenuh masa, telah berjaya melancarkan produk terbarunya..“Pakej Kit Blogger Siri 1″. Saya telah diberi kesempatan oleh saudara smartzul untuk me”review” produk ini.. saya dapati.. pada kali ini, zul sudah over deliver..

Pakej Kit Blogger ini pada saya memang amat-amat membantu bagi mereka yang ingin menghasilkan blog tetapi.. menghadapi terlalu banyak masalah sehinggakan membantutkan impian mereka untuk memiliki blog. Di dalam kit ini, smartzul telah menunjukan penerangan secara bergambar langkah demi langkah bagaimana menghasilkan blog. Memang detail sesangat… jadi kepada anda yang memang tidak tahu langsung bagaimana nak menghasilkan blog.. anda perlu dapatkan kit ini.

Lebih menarik lagi.. dalam “Pakej Kit Blogger” ini, anda akan diberikan juga plan tindakan membina blog. Memang amat-amat membantu di dalam memastikan anda bertindak selepas memiliki pakej ini. Dengan plan tindakan ini.. tidak ada lagi masalah terpinga-pinga tak tahu nak buat apa setelah anda habis membaca ebook panduan membina blog tersebut.

Jadi.. sekali lagi saya seru.. kepada mereka yang tidak tahu langsung bagaimana ingin membuat blog dan menjana pendapatan melaluinya. Anda perlu dapatkan “Pakej Kit Blogger” ini. Manakala, bagi mereka yang sudah mempunyai blog dan sudah tahu bagaimana membina blog.. saya rasa produk ini kurang sesuai untuk anda.. kecuali.. anda memang betul-betul peminat smartzul..(peewwiiittt) maka anda boleh juga mendapatkan produk ini sebagai tanda sokongan anda kepada smartzul. (Sorry zul.. saya kena ikhlas memberi review tentang produk ini.. lain kali.. jangan lupa buat affiliate program.. ho! ho! ho!)

Ok… next.. about bengkel perniagaan internet pula. Saudara smartzul juga akan menjadi salah seorang “speaker” di dalam “Bengkel Perniagaan Internet” yang akan diadakan pada 25 Nov di Pusat Komputer, UKM. Beliau akan menyampaikan modul berkaitan perniagaan internet serta pemasaran internet di dalam bengkel tersebut. Manakala saudara sham (rajaadsense.com) pula akan memberikan taklimat di dalam modul google adsense dan juga program affiliate.

Dengar kata.. pada bengkel kali ini, seorang usahawan internet yang glamour akan turut serta menyertai bengkel ini dan akan berkongsi pengalamannya serba sedikit dengan perserta-peserta bengkel. “Mr. S nama dia” kata smartzul… hmm.. sapelah mamat tu.. entahla.. tak sabor-sabor den nak jumpa dengan zul, sham dan mr.s tu nanti.. (eleh.. takkan tak tahu lagi kot sape mr. s tu?..saya ler.. ho! ho! ho!..s for shuth (bukan nama sebenar.. nama sebenar dia mohd suhaimy).. insyallah saya akan berkongsi pengalaman bagaimana membuat duit di atas meja makan.. eh! silap-silap.. dah biasa sangat.. tak best.. saya rasa saya nak share pengalaman, bagaimana membuat duit sambil menukar lampin anak la.. ho! ho! ho!.. amacam? boleh zul?)

Oh.. apa2 jelah aku merepek nie…. oklah.. sekian sahaja untuk kali ini… ops.. satu lagi.. aritu ada orang tanya saya.. biler saya & kidino nak buat kelas adsense lagi?.. hmm.. buat masa terdekat ini.. saya rasa kelas itu tidak akan dibuat lagi.. sebabnya, saya & kidino sedang terlampau sibuk sangat buat duit sambil menukar lampin anak.. ho! ho! ho! jadi.. kepada yang teringin sangat nak belajar pasal adsense… joinlah Bengkel Perniagaan Internet Smartzul & Sham Raja Adsense pada 25 nov ini.. dalam bengkel ini pun ada cerita pasal adsense juga.. mungkin.. saya juga akan sharekan sedikit pengalaman mengenai adsense di dalam bengkel ini nanti (itupun kalau sham bagi ler..).

Ok!.. that’s all untuk kali ini.. jumpa anda di Pusat komputer, UKM 25 Nov nanti.

YOSH!




Email Subscriber

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner