10
Nov
06

Kunci Kegagalan vs Kunci Kejayaan

Ramai orang gagal di dalam bisnes kerana mereka menyangkakan bisnes adalah sesuatu yang “common sense”.

Untuk menjawap telefon.. pada mereka.. angkatlah sahaja telefon tu lepastu cakaplah.
Untuk menjual barang… buka sahaja kedai/website.. nanti adalah orang datang dan beli.
Untuk dapatkan lebih ramai pelanggan… turunkanlah harga… bukannya susah sangat!
Untuk dapatkan modal… buat je pinjaman.
Untuk dapatkan pekerja… ala.. adik beradik kan ramai.

Hakikatnya… bisnes bukanlah “common sense”.. banyak perkara yang perlu dipelajari sebelum, semasa dan selepas kita membuat bisnes.

Jika mengikut “common sense”.. kita selalunya menggunakan katanama “kau” dan “aku” apabila bercakap dengan rakan-rakan… tetapi di dalam bisnes.. penggunaan “kau” dan “aku” amatlah kurang sesuai.

Bayangkan, jika ada seorang bakal pelanggan yang menelefon anda, ingin bertanyakan tentang lokasi pejabat anda. Lalu anda katakan pada mereka.. “Ko ada email tak? Bagitau aku apa email ko.. nanti aku emailkan peta tu pada ko?”

Ayat tersebut hanya sesuai digunakan jika anda telah mengenali orang tersebut lebih dari setahun atau 2 tahun. Tetapi.. jika itu kali pertama anda bercakap dengannya.. ia sememangnya kedengaran agak “biadap”.

Jadi.. kemahiran berkomunikasi di dalam bisnes perlu dipelajari. Apa “katanama” yang perlu digunakan? (Boleh saya tahu nama encik?) Bila waktu yang sesuai untuk menelefon?(Apa kejadah ko telepon aku pagi-pagi buta nie?) Apa ayat-ayat yang perlu dielakkan untuk disebut? (Aiseh.. wak nie lembap la!) Apa ayat-ayat yang perlu digunakan untuk menceriakan perbualan? (Wah? Awak nampak ceria lah hari nie.. dapat awek baru ke?) dan bermacam-macam lagi.. semuanya perlu dipelajari. Ia bukanlah common sense.

Begitu juga halnya dengan perniagaan di internet.. banyak perkara yang perlu anda pelajari sebelum / semasa / selepas anda mempunyai perniagaan di internet.

Ramai yang beranggapan.. untuk menjalankan perniagaan internet.. buatlah sahaja website.. lepastu nanti, ada ler orang datang dan beli barang dari website kita tu. Kalau nak lagi laku.. letakkan lebih banyak produk dalam website kita tu. Barulah orang ada banyak pilihan sikit untuk beli barang yang mereka suka.

Bunyinya sungguh “common senses” bukan?

Tetapi.. hakikatnya.. ramai yang melakukan perkara tersebut telah gagal. Saya ada beberapa contoh website rakan-rakan yang membuat perkara tersebut dan ianya telah gagal… saya tidak akan nyatakannya disini sebab ia akan meng”aib’kannya.

Hakikat sebenarnya.. perniagaan bukanlah sesuatu yang “common sense”.. kita perlu banyak membaca dan perlu banyak belajar untuk berjaya.

Satu perkara yang saya sedari…..

Semua orang yang berjaya di dalam perniagaan mereka mempunyai satu persamaan.

Bill Gates, Warren Buffet, Donald Trump, Syed Al-Bukhary, Chef Li, Azizi Ali, Irfan Khairi, Kidino, SaifulSham dan semuanya… mereka ini semua mempunyai satu persamaan.

Bukan dari segi saiz badan..

Bukan dari segi teknik jualan ataupun produk..

Bukan dari segi gaya rambut mahupun gaya bercakap mereka.

Tetapi… Mereka ini semua….
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SUKA & BANYAK MEMBACA

Itulah antara hikmah mengapa rasul kita Muhammad S.A.W menerima surah Al-Alaq sebagai wahyu pertamanya…

Iqra.. Bacalah…

“Sesungguhnya membaca itu adalah kunci kepada segala kejayaan & kekayaan”

yer.. yer.. saya tahu.. kalau setakat baca je tapi kalau tak bertindak tak guna juga. Tapi ketahuilah.. ramai orang yang gagal.. “bertindak tanpa membaca”. Jadi.. saya akan tetap dengan pendirian yang mengatakan..

“Sesungguhnya membaca itu adalah kunci kepada segala kejayaan & kekayaan”

YOSH!

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


15 Responses to “Kunci Kegagalan vs Kunci Kejayaan”


  1. 1 cikgubiz Nov 10th, 2006 at 7:28 am

    Jangan jadi perpustakaan bergerak…. ;)

  2. 2 Labanon Nov 10th, 2006 at 7:28 am

    Ya… bacalah sekurang-kurannya 1buah buku sebulan berkaitan perniagaan yang anda hendak ceburi :D

  3. 3 walikard Nov 10th, 2006 at 8:13 am

    itulah sebenarnya hikmah yang hilang dari umat Islam…dah kurang membaca dan seterusnya membawa kepada kurangnya ilmu pengetahuan

  4. 4 roshaizul Nov 10th, 2006 at 9:40 am

    Bukan sahaja untuk menjadi jutawan yang kaya, tetapi, dalam apa bidang sekalipun, membaca adalah sesuatu yang terpenting. Betul kata walikard, umat Islam mundur kerana kurang membaca. Cuba kembali pada zaman kegemilangan Islam, membaca telah menjadi budaya. Malah, orang Barat(yang menguasai dunia kini) memjadikan membaca sebagai budaya. Jadi, jika hendak berjaya…….bacalah!

  5. 5 zam Nov 10th, 2006 at 11:25 pm

    sedara shuth..setelah ‘tak sengaja’ terjumpa website ini, saya telah ‘melekat’ di PC dgn membaca cerita ‘panas’ di web ini dari mlm tadi sampai sekarang dah 6 pagi..!!!
    sila hubungi email saya sepeti diatas utk kita bincang psl biznes,..dan sebagainya..
    terimas…dan salam perkenalan…

  6. 6 Robotys Nov 11th, 2006 at 4:24 am

    sila hubungi email saya sepeti diatas utk kita bincang psl biznes,..dan sebagainya..

    contoh ayat “kurang” menarik dalam ber-bisnes.. Jgn marah :) Apa kata saudara jer yang approach shuth, Ruangan “Contact” kan ada kat atas tuh. Takkan kita nak wat bisnes ngan org pastuh kita suruh orang tuh approach kita.. mcm pelik jer… macam kita nak ngorat sorang awek nih tapi kita suruh dia telepon kita…kan ker pelik tuh…

  7. 7 BAGAK Nov 11th, 2006 at 5:41 am

    Tepat kata Robotys tu
    Cuba saudara Zam ubah ayat lebihkurang cam ni

    “saya akan hubungi email saudara sepeti diatas utk kita bincang psl biznes,..dan sebagainya..
    terimas…dan salam perkenalan…”

    baru sedap dibaca dan lebih menghairahkan untuk buat bisnis

  8. 8 aku Nov 11th, 2006 at 2:21 pm

    zam teruja sket tu.. nanti dia contact shuth la.. :)

  9. 9 zam Nov 11th, 2006 at 5:35 pm

    ha ha aku memang dah send email cuma takut dia tak reply so aku remind lg sekali dlm comment ni..

  10. 10 Sabri SaifulSham Nov 12th, 2006 at 6:06 pm

    macam kita nak ngorat sorang awek nih tapi kita suruh dia telepon kita…kan ker pelik tuh…

    Robotys, ni namenya “play hard to get”… huhu..

    Shuth, saiz badan-saiz badan ni sensitif oo musim2 raya… haha

    Benar tu, membaca adalah benda yang paling penting sekali kalau nak cepat berjaya. “Membaca adalah Skim Cepat Kaya yang tidak akan bungkus selamanya….” ;)

    Dari membaca lah kita akan dapat pengetahuan dan juga pengalaman baru yang “mengerikan” kalau kita nak lalui sendiri…

  11. 11 unknown Nov 14th, 2006 at 4:06 pm

    Ya betul!

    Bacalah dari sumber-sumber yg boleh dipercayai penulisnya. Kebanyakannya boleh dicari di Internet dalam bahasa inggeris.

    Jangan mudah tertipu kerana ada pihak2 yang tak bertanggungjawab yg mengunakan sumber orang lain atau mencetak rompak hasil karya orang lain kemudian dijual dalam bentuk ebook dan sebagainya. Ada yang lebih cerdik dialih bahasa dari bahasa inggeris ke dalam bahasa melayu kemudian dijual kepada orang-orang yang bercita-cita tinggi tetapi bodoh dalam masa yang sama.

    Oleh itu, jangan kita sesekali tertipu dengan mereka-mereka yang suka menipu. Allah maha adil dan saksama. Rezeki hasil penipuan, Allah boleh tarik bila-bila masa saja. Antara contoh-contoh balasan tuhan ialah:

    1) Server selalu kena hack
    2) Server down / datacenter hancur

    Itu baru tanda-tanda kecil tu.. hihihi

  12. 12 SmartZul Nov 14th, 2006 at 8:47 pm

    1) Server selalu kena hack

    Saya kurang setuju. Anda terlalu cepat mentafsir bahawa orang yang kena begitu banyak dosa dan buat salah. Apa salah saya server saya asyik kena hack baru2 ni? :) Itu semua ujian, jangan cepat bersalah-sangka kepada Allah, tak baik. ;) Dan komen anda pula seperti nak ‘refer’ kepada someone punya produk. Pastu letaklah nickname atau nama sebenar, ni unknown jer.. Hmm… Kita kenalah jadi orang yang berani, jangan lempar batu, pastu sorok tangan! Jangan terasa noo..

    Shuth, saya amat setuju dengan topik kali ni. Ramai yang nak mudah jer..

  13. 13 Muhammad Firdaus Apr 19th, 2007 at 5:20 am

    Malas membaca sudah menjadi penyakit budaya sejak lama dulu di kalangan orang melayu, namun penyakit yang paling berbahaya adalah malas menghabiskan bahan bacaannya itu.

  14. 14 nana Jul 9th, 2008 at 12:02 am

    bukan saja malas membaca malahan sumber buku dalam bahasa melayu pun kurang, tak banyak orang nak membukukan , buku inggeris kedalam bahasa malaysia, tapi tidak di jepun…apa saja buku barat akan di terjemahkan dalam bahasa jepun, walaubagaimana pun itu bukan alasan utam, kalau nak seribu daya, belajarlah…tapi kalau belajar pun malas..

  1. 1 System Aku « Blog En. Aku Pingback on Nov 14th, 2006 at 3:45 pm

Leave a Reply