Jika dulu, dunia perniagaan internet agak gempar dengan sebuah ebook percuma yang berjudul “The Death Of Adsense”. Kini, muncul pula sebuah ebook percuma yang baru yang berjudul “The Death Of Internet Marketing”.
Buku ini telah ditulis oleh Mike Filsame, iaitu seorang “internet marketing guru” yang terkenal dengan produk “Buttefly Marketing” nya..
Dalam ebook ini, Mike Filsame menceritakan.. mengapa begitu ramai Usahawan Internet gagal di dalam perniagaan internet mereka. Antara sebab utamanya ialah, tiada visi yang jelas serta seringkali diganggu oleh “musang berbulu kambing biri-biri”.. ho! ho! ho!.. apakah musang yang berbulu kambing biri-biri tersebut? Anda akan tahu jawapannya di dalam ebook ini.
Selain itu, mike juga berkongsi fakta tentang kemerosotan keberkesanan pengiklanan di dalam “mass media” seperti TV, radio, suratkhabar dan majalah.. masyarakat di US hari ini.. sudah semakin kurang menonton TV.. mendengar radio.. ataupun membaca majalah. Mereka kini mula beralih kepada medium media yang baru seperti Laptop yang mempunyai sambungan internet brodband, Handphone 3G, IPOD, PDA, Satelite Radio.. dan sebagainya. Situasi ini, telah mewujudkan lebih banyak NICHE (lubuk duit) kepada IM atau sesiapa sahaja yang pantas merebut peluang membuat duit.
Satu lagi situasi yang menarik yang diceritakan di dalam ebook ini, ialah mengenai “trend” website yang akan lebih berjaya pada masa hadapan.. dimana.. website-website yang dikuasai oleh DJ akan menjadi semakin lemah.. siapakah “DJ” yang dimaksudkan? Bacalah report ini… saya rasa, ini adalah satu tips yang perlu diambil berat oleh semua pemilik-pemilik laman web.
Banyak lagi perkara-perkara yang membuka mata & minda di dalam ebook ini. Saya kira, ebook ini wajib dibaca oleh semua IM bagi memastikan kehidupan anda sebagai IM agar lebih berjaya dan cemerlang..
Jangan buang masa lagi.. download & bacalah ebook yang PERCUMA ini segera.. http://www.TheDeathofInternetMarketing.com

Adeh.. nak baca tapi saya BI saya x khatam lagi. Kenapa x review satu buku Shuth?
P/S: Gempak betul la e-book nie.. memana pergi jer orang cerita. Teknik apa nie Shuth? Lupa la.
Memang betul apa yang shuth cakapkan tu. Report ini mesti di baca.
“Teknik apa nie Shuth? Lupa la. ”
rasanya, viral marketing.
shuth, tq for info.