Info terlampau?… get the “BIG PICTURE”
Salah satu sebab, mengapa ramai yang tidak berjaya memulakan langkah pertama mereka, walaupun telah menghadiri seminar/kursus perniagaan internet serta telah banyak membaca buku serta artikel… adalah disebabkan.. “information overload” atau dalam sebutan ghairahnya.. “info terlampau”.
Ia merupakan, suatu keadaan dimana.. anda menerima begitu banyak maklumat kedalam otak anda pada satu-satu masa.. sehinggakan menyebabkan otak anda menjadi keliru dan tidak dapat menyusun maklumat tersebut dengan tepat dan wajar. (Oh!.. mungkin ini juga salah satu sebab mengapa Allah menurunkan wahyu kepada nabi secara sedikit demi sedikit)
Ada sesetengah pihak menyarankan.. jika anda mengalami masalah ini.. maka anda hendaklah..
1) Pergi bercuti dan tenangkan fikiran… (mana boleh cuti.. kerja tengah banyak giler nie!)
2) Cari mentor untuk memberi tunjuk ajarkepada anda.. (Isabella.. adalah…. oh!.. tunjuk.. ajarku sifuu..)
3) Tengok wayang.. (akula..cicakkKKMANNNN!!!….)
4) Dengar lagu indon.. (aku memang pencinta wanita.. namun ku bukan buaya~~ la.. la.. la..)
5) Pergi jogging… (hish! his! hish!..)
6) Tido… (zzzzz…)
7) Solat tahajud di sepertiga malam dan membaca yassin.. aminnn..
dan macam-macam lagi…
Bagi mereka yang pernah menghadiri mana-mana kursus perniagaan internet.. saya pasti anda pernah mengalami situasi ini. Dimana, sewaktu didalam kursus tersebut.. anda mendapat sungguh banyak ilmu.. bermula daripada ilmu memilih produk, menulis surat jualan, membina website.. hinggalah kepada ilmu mempromosikan website anda. Ditambah lagi dengan ilmu-ilmu sampingan seperti adsense.. affiliate.. blog.. mailing list.. dan sebagainya. Tetapi apabila anda pulang kerumah.. anda mula menjadi pening dan ilmu yang banyak tadi seperti tenggalam timbul di ingatan anda… selepas beberapa hari.. anda akan bertanya.. “Apa aku nak buat untuk cari duit kat internet nie yer?”
Jika anda mengalami masalah tersebut.. satu tips dari saya… pergilah masuk ke dalam jamban… ho! ho! ho!.. ok.. ok.. mungkin anda kurang selesa… tak mengapa.. cuba dapatkan sehelai kertas serta sebatang pen.. dan kemudiannya duduk di satu tempat yang kurang gangguan dan tenang..
Jika anda merasakan berada di taman rekreasi dapat memberikan ketenangan kepada anda.. maka.. pergilah ke taman tersebut..
Jika anda merasakan berada di masjid dapat memberikan ketenangan kepada anda.. maka pergilah duduk di dalam masjid…
Dan jika anda merasakan berada di pusat karaoke itu dapat menenangkan fikiran anda dan otak anda ligat berfikir sewaktu berada di situ.. maka pergilah ke tempat tersebut..
Carilah suatu tempat yang tenang yang mampu membuatkan otak anda berfikir dengan keupayaan yang optimun.. (bagi saya, senang je.. masuk jamban.. sunyi dan tenang… jangan lupa.. dapatkan buku saya yang berjudul “Rahsia Buat duit dalam Jamban” yang akan diterbitkan pada tahun 2048 nanti! ya.. saya perlu memastikan rahsia tersebut betul-betul praktikal sebelum saya menulisnya… Oh!)
So.. apa nak buat di tempat yang tenang dengan sebatang pen dan sehelai kertas…?
Catatkan semua info yang anda tahu, yang kini sedang berselerakan di dalam otak anda.. keluarkannya satu-satu dan catitkannya… jika anda mengalami masalah info terlampau bagi topik “Mencari Duit di Internet”... catitkan kesemua kaedah yang anda tahu bagi mendapatkan duit di internet.. dari adsense, affiliate, jual ebook, blogging, dropship hinggalah ke domain parking. Senaraikannya semua terlebih dahulu..
Kemudian.. dari semua list tersebut.. cuba kategorikannya mengikut kategori ciptaan anda sendiri.. (bukan kategori balada atau pop rock la.. mentang2 tgh musim muzik2 skang nie.. loyar buruk lah kunun..)
Sesetengah orang selesa mengkategorikannya mengikut tahap keupayaan diri.. iaitu antara “susah” & “senang”…
Ada orang suka kategori mengikut “hasil”… yg mana lumayan.. yg mana tak lumayan..
Ada orang suka kategori ikut “masa”.. yg mana “short period” projek.. yg mana “long period” projek..
Terpulang kepada anda…
Untuk persoalan cari duit di internet, saya memilih untuk mengkategorikannya mengikut “model operasi” nya.. hasilnya adalah gambarajah seperti yang anda semua dapat lihat pada entry sebelum ini..
Saya pasti… ramai yang dapat melihat the “BIG PICTURE” tentang dunia mencari duit di internet dengan gambarajah tersebut…. sekaligus.. menyelesaikan masalah “blur-blur” pada otak anda akibat info terlampau…
So.. kesimpulannya… apabila anda mengalami masalah info terlampau… ambil pen dan kertas.. pergi ke tempat yang tenang.. dan lakarkan the BIG PICTURE
YOSH!…
p/s:- Kalo nak tahu.. inilah salah satu cara mudah bagi mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah… masalah tu kan duit?
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

He2..
Shuth nie macam tau jer masalah ati nurani saya nie. Ok Shuth.. terima kasih ‘TUNJUK AJARKU SIFU’. Nasib baik x gi nyanyi tadi. Eh silap.. terus tenggelam dengan information overload.
Insyallah tahun 2006 nie saya jadikan pengajaran.
PEWITTTT.. mekasih sekali lagi Shuth!
Sebab tu la kadang2 takleh nak post banyak2 dalam sehari..takut user overload..hehe..nanti jadi infomalayaterlebihload pulak dah..huhuhu..
Perkara ini memang terjadi kepada sesiapa sahaja dan antara masalah utama kenapa kita susah hendak berjaya.
betul lar Shuth ckp kan tu…saya mmg terasa sgt biler dah blk dari bengkel ebizmalaysia kat UKM pada 25 yg lepas..Kalau Windows XP ada task manager utk tgk CPU Usage, boleh dikatakan saya punyer CPU Usage average 80% ke atas sampai tak bleh tido…mcm Operator Overloading C++ programming lak
Tp sekarang dah kembali normal dan masih meneruskan perjuangan..
p/s: Semoga mendapat tunjuk dan ajar…
Satu informasi yang bagus…Keep it up Shuth
Memang situasi ‘overloaded’ selalu berlaku bukan sahaja lepas kursus, tapi lepas balik sekolah dulu pun macam tu jugak. Bila nak dekat exam baru sibuk nak ulangkaji dan baru nampak ‘the Big Picture’.
Bezanya di sini, buat bisnes internet tak de exam. Jadi tak de apa nak ‘push’ untuk mulakan langkah pertama lepas habis bengkel. Sebab tu business plan mesti ada beb!
p/s – kalau nak lebih kemas lagi, saya cadang gunakan yellow sticker seperti “Post-It”. Tulis apa yang anda inginkan mengikut kategori yang sesuai. Lepas tu boleh main susun atur kat dinding!
Huhu info yang terlampau membuatkan kita serba salah nak bermula… kalau tak tau ape2 kan senang nak mula dan senang nak berhenti keh2
Shuth, banyak sebab information overload berlaku. Ada kaitan di antara satu sama lain, tapi perkara paling penting, mendapat tunjuk ajar terus menerus sampai dapat ‘rentak’ dari seseorang. Saya, selepas peserta balik rumah, 1 minggu kemudian saya bagi mereka Pelan Tindakan agar mereka boleh mula. SEMUA yang shuth cadangkan tu, kebanyakan ada dalam pelan tindakan saya. Alhamdulillah, para peserta bengkel saya yg SERIUS dah nampak apa yang patut dibuat.
Salah satu sebab information terlampau ni adalah sebab individu itu sendiri, TERLALU memikirkan banyak perkara yang tak perlu di saat awal.. Mereka begitu spesifik dan kalau boleh nak complete agar dah gagal (kononnya..). Last2, BERTAMBAH KELIRU.
Tajuk artikel shuth amat menarik dan saya akan buat sedikit ulasan di blog saya. Benda ni dah pernah saya tulis, tapi tu lah, kebanyakan pembaca takat baca tulisan kat blog sahaja tanpa buat tindakan, tak guna lah kan.