Archive for November, 2006



20
Nov

Rahsia Perniagaan MLM

Mungkin ada yang sudah sedia maklum, dan mungkin ada yang belum. Bagi yang belum tahu.. saya just nak maklumkan… esok.. bersamaan 21 November 2006. Sebuah ebook yang membongkarkan tentang rahsia MLM akan dilancarkan.

Rahsia MLM

Penulis asal buku ini ialah Tom “Big Al” Schreiter dan kini ia telah di terjemahkan oleh saudara Zamri Nanyan dan dibuat dalam bentuk ebook.

Ebook ini penuh dengan pelbagai cerita menarik yang tidak akan membosankan anda membacanya. Yang paling saya suka ialah bahagian bagaimana Tom membawa “apprentice”nya melawat satu perjumpaan peluang perniagaan syarikat lain… geli hati
pun ada… pengajaran pun tak kurang hebatnya…

Sekiranya anda sedang menjalankan perniagaan MLM, saya pasti ilmu yang dicurahkan di dalam ebook ini mampu meningkatkan kejayaan perniagaan anda.

Jika anda belum menyertai sebarang MLM, apa salahnya anda pelajari bagaimana ianya dilakukan dengan betul. Jangan cuma dengar khabar angin sahaja yang MLM itu,
MLM ini… Dapatkan fakta dari sumber yang tepat dan ebook ini ialah rahsianya.

Ebook Rahsia MLM
Lawati www.RahsiaMLM.com untuk mendapatkan ebook ini..

P/s:- Zamri Nanyan beritahu yang harga promosi hanya efektif dari 21 November hingga 30 November. Mulai 1 Disember, ebook ini akan dinaikkan ke harga asalnya. Ini PASTI!.. katanya..

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

18
Nov

Zeigarnik Effect..

Nampaknya zul smartusaha sudah mula mengunakan teknik ini untuk ebook terbarunya, manakala dr. irfan pula menggunakan teknik ini bagi strategi-X nya.

Teknik ini sememangnya berkesan bagi menarik perhatian pembaca bagi membuatkan mereka terus “melekat” pada blog kita.. sehinggalah perkara yang sebenar dibongkarkan.

Sewaktu kita menonton berita.. pernahkah kita bertanya?.. Mengapa pembaca berita.. membacakan tajuk-tajuk berita yang utama pada permulaan rancangan berita tersebut?

Contohnya..
“Antara berita menarik hari ini.. Akta perniagaaan Interet mula digubal.. dan..
jutawan SMS di tahan polis… berita selanjutnya selepas ini…”

Apakah tindakan anda setelah mendengar 2 tajuk berita tersebut? Pastinya anda akan terus melekat dihadapan TV tersebut dan menunggu-nunggu untuk mendengar berita yang sepenuhnnya tentang pengubalan akta internet tersebut serta berita tentang jutawan SMS yang ditahan polis itu bukan?. Jika berita tersebut dibacakan pada penghujung rancangan berita tersebut.. maka.. ter”congok”lah anda dihadapan TV tersebut sehingga habis rancangan berita tersebut disiarkan.

Nampak tak? Rancangan berita tersebut, telah berjaya membuatkan anda, melekat di hadapan TV untuk menontonnya, dari mula hinggalah tamat. Itulah yang dinamakan “zeigarnik effect”.. iaitu sesuatu yang akan membuatkan fikiran seseorang terganggu dan terus menyebabkan minda mereka terus mengingati perkara tersebut… sehinggalah, mereka mengetahui perkara yang sepenuhnya. Dr. irfan call this as a teaser..

Walau apa pun panggilannya… teknik ini memang berkesan untuk membuatkan pelanggan serta bakal pelanggan anda melekat dengan anda. Jadi.. gunakanlah teknik ini dengan sebaiknya.

YOSH!..

16
Nov

RM28,000 Vs RM1,000,000

Sekarang ini, banyak betul ebook muncul yang kandungannya menceritakan tentang bagaimana membuat duit dengan banyaknya. Ada yang betul.. dan ada yang kurang betul. Semuanya terpulang kepada anda untuk menilainya dengan akal fikiran yang waras dan matang..

Antara mendapatkan wang sebanyak RM28,000 dalam masa 120 hari.. dengan menghasilkan wang sebanyak RM1,000,000 dalam masa 5 hari.. yang mana menjadi pilihan anda?

100 percent malaysia
100percent.com @ RM 28,000 in 120 days

VS

Misi Jutawan
misijutawan.com @ RM 1,000,000 in 5 days