Archive for November, 2006



14
Nov

Buat Duit Dengan Blog!!

The following is a paid review: (Saya dapat duit untuk menulis post ini.. ho! ho! ho!)

Jika dulu, apabila dengar sahaja tentang topik “Buat Duit Dengan Blog”… automatik, kita akan terbayangkan tentang meletakkan affiliate link, google adsense serta menyediakan ruangan pengiklanan di dalam blog.

Tetapi kini, terdapat satu lagi cara bagi penulis-penulis blog boleh membuat duit dengan menggunakan blog mereka. Iaitu menulis review tentang sesuatu produk/perkhidmatan atau pun website.. perkhidmatan yang unik ini telah diwujudkan oleh reviewme.com

Pada mulanya, saya menyangkakan.. jika kita dibayar untuk menulis review.. sudah pastinya kita akan menulis review yang positif sahaja. Tetapi.. anggapan saya tersebut ternyata meleset. Pihak reviewme.com telah menyatakan, kita akan tetap dibayar terhadap setiap review yang kita hasilkan, walaupun review yang dihasilkan agak kurang positif.

Can I require a positive review?

We do not allow advertisers to require a positive review. The vast majority of reviews are measuredly positive, although many do contain constructive criticism. We view this as a bonus: how else can you quickly and cheaply get feedback on a product or service from influencers?

Malah.. apa yang lebih menarik lagi.. blog anda tidak semestinya berbahasa inggeris untuk menyertai program reviewme.com ini. Jadi.. jangan buang masa.. sertailah ia sekarang!

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

12
Nov

Kematian IM…

The Death Of Internet Marketing

Jika dulu, dunia perniagaan internet agak gempar dengan sebuah ebook percuma yang berjudul “The Death Of Adsense”. Kini, muncul pula sebuah ebook percuma yang baru yang berjudul “The Death Of Internet Marketing”.

Buku ini telah ditulis oleh Mike Filsame, iaitu seorang “internet marketing guru” yang terkenal dengan produk “Buttefly Marketing” nya..

Dalam ebook ini, Mike Filsame menceritakan.. mengapa begitu ramai Usahawan Internet gagal di dalam perniagaan internet mereka. Antara sebab utamanya ialah, tiada visi yang jelas serta seringkali diganggu oleh “musang berbulu kambing biri-biri”.. ho! ho! ho!.. apakah musang yang berbulu kambing biri-biri tersebut? Anda akan tahu jawapannya di dalam ebook ini.

Selain itu, mike juga berkongsi fakta tentang kemerosotan keberkesanan pengiklanan di dalam “mass media” seperti TV, radio, suratkhabar dan majalah.. masyarakat di US hari ini.. sudah semakin kurang menonton TV.. mendengar radio.. ataupun membaca majalah. Mereka kini mula beralih kepada medium media yang baru seperti Laptop yang mempunyai sambungan internet brodband, Handphone 3G, IPOD, PDA, Satelite Radio.. dan sebagainya. Situasi ini, telah mewujudkan lebih banyak NICHE (lubuk duit) kepada IM atau sesiapa sahaja yang pantas merebut peluang membuat duit.

Satu lagi situasi yang menarik yang diceritakan di dalam ebook ini, ialah mengenai “trend” website yang akan lebih berjaya pada masa hadapan.. dimana.. website-website yang dikuasai oleh DJ akan menjadi semakin lemah.. siapakah “DJ” yang dimaksudkan? Bacalah report ini… saya rasa, ini adalah satu tips yang perlu diambil berat oleh semua pemilik-pemilik laman web.

Banyak lagi perkara-perkara yang membuka mata & minda di dalam ebook ini. Saya kira, ebook ini wajib dibaca oleh semua IM bagi memastikan kehidupan anda sebagai IM agar lebih berjaya dan cemerlang..

Jangan buang masa lagi.. download & bacalah ebook yang PERCUMA ini segera.. http://www.TheDeathofInternetMarketing.com

10
Nov

Kunci Kegagalan vs Kunci Kejayaan

Ramai orang gagal di dalam bisnes kerana mereka menyangkakan bisnes adalah sesuatu yang “common sense”.

Untuk menjawap telefon.. pada mereka.. angkatlah sahaja telefon tu lepastu cakaplah.
Untuk menjual barang… buka sahaja kedai/website.. nanti adalah orang datang dan beli.
Untuk dapatkan lebih ramai pelanggan… turunkanlah harga… bukannya susah sangat!
Untuk dapatkan modal… buat je pinjaman.
Untuk dapatkan pekerja… ala.. adik beradik kan ramai.

Hakikatnya… bisnes bukanlah “common sense”.. banyak perkara yang perlu dipelajari sebelum, semasa dan selepas kita membuat bisnes.

Jika mengikut “common sense”.. kita selalunya menggunakan katanama “kau” dan “aku” apabila bercakap dengan rakan-rakan… tetapi di dalam bisnes.. penggunaan “kau” dan “aku” amatlah kurang sesuai.

Bayangkan, jika ada seorang bakal pelanggan yang menelefon anda, ingin bertanyakan tentang lokasi pejabat anda. Lalu anda katakan pada mereka.. “Ko ada email tak? Bagitau aku apa email ko.. nanti aku emailkan peta tu pada ko?”

Ayat tersebut hanya sesuai digunakan jika anda telah mengenali orang tersebut lebih dari setahun atau 2 tahun. Tetapi.. jika itu kali pertama anda bercakap dengannya.. ia sememangnya kedengaran agak “biadap”.

Jadi.. kemahiran berkomunikasi di dalam bisnes perlu dipelajari. Apa “katanama” yang perlu digunakan? (Boleh saya tahu nama encik?) Bila waktu yang sesuai untuk menelefon?(Apa kejadah ko telepon aku pagi-pagi buta nie?) Apa ayat-ayat yang perlu dielakkan untuk disebut? (Aiseh.. wak nie lembap la!) Apa ayat-ayat yang perlu digunakan untuk menceriakan perbualan? (Wah? Awak nampak ceria lah hari nie.. dapat awek baru ke?) dan bermacam-macam lagi.. semuanya perlu dipelajari. Ia bukanlah common sense.

Begitu juga halnya dengan perniagaan di internet.. banyak perkara yang perlu anda pelajari sebelum / semasa / selepas anda mempunyai perniagaan di internet.

Ramai yang beranggapan.. untuk menjalankan perniagaan internet.. buatlah sahaja website.. lepastu nanti, ada ler orang datang dan beli barang dari website kita tu. Kalau nak lagi laku.. letakkan lebih banyak produk dalam website kita tu. Barulah orang ada banyak pilihan sikit untuk beli barang yang mereka suka.

Bunyinya sungguh “common senses” bukan?

Tetapi.. hakikatnya.. ramai yang melakukan perkara tersebut telah gagal. Saya ada beberapa contoh website rakan-rakan yang membuat perkara tersebut dan ianya telah gagal… saya tidak akan nyatakannya disini sebab ia akan meng”aib’kannya.

Hakikat sebenarnya.. perniagaan bukanlah sesuatu yang “common sense”.. kita perlu banyak membaca dan perlu banyak belajar untuk berjaya.

Satu perkara yang saya sedari…..

Semua orang yang berjaya di dalam perniagaan mereka mempunyai satu persamaan.

Bill Gates, Warren Buffet, Donald Trump, Syed Al-Bukhary, Chef Li, Azizi Ali, Irfan Khairi, Kidino, SaifulSham dan semuanya… mereka ini semua mempunyai satu persamaan.

Bukan dari segi saiz badan..

Bukan dari segi teknik jualan ataupun produk..

Bukan dari segi gaya rambut mahupun gaya bercakap mereka.

Tetapi… Mereka ini semua….
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

SUKA & BANYAK MEMBACA

Itulah antara hikmah mengapa rasul kita Muhammad S.A.W menerima surah Al-Alaq sebagai wahyu pertamanya…

Iqra.. Bacalah…

“Sesungguhnya membaca itu adalah kunci kepada segala kejayaan & kekayaan”

yer.. yer.. saya tahu.. kalau setakat baca je tapi kalau tak bertindak tak guna juga. Tapi ketahuilah.. ramai orang yang gagal.. “bertindak tanpa membaca”. Jadi.. saya akan tetap dengan pendirian yang mengatakan..

“Sesungguhnya membaca itu adalah kunci kepada segala kejayaan & kekayaan”

YOSH!




Email Subscriber

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

Twitter Updates


follow me on Twitter

Get a bit of quick cash when you need it with payday loans

Partner links