Tinggal 4 hari sahaja lagi untuk kita menyambut tahun 2007. Perkara biasa yang akan dibicarakan apabila tiba hujung-hujung tahun begini ialah tentang azam…
“Apakah azam tahun baru anda?”
“Sudah tercapaikah kesemua azam anda tahun ini?”
“Azam ni kiutla.. balik nanti.. kirim salam akak yer! Nah ambil aiskrim nie!”.. oh!
Saya sebenarnya, dalam keadaan yang agak “ghairah” menanti kedatangan tahun 2007. Ini kerana, buat julung-julung kalinya… saya berjaya menyusun strategi perniagaan untuk setahun. Sebelum ini.. saya hanya menyusun strategi mengikut projek.. dan apabila habis projek.. habislah ia.. kena fikir projek lain pula, yang selalunya akan mengambil masa 3-4 bulan untuk difikirkan dan direalisasikan, dan apa yang lebih menyedihkan lagi.. projek baru itu ..tidak berkesinambungan dengan projek yang sedia ada. Menyebabkan saya kerugian dari segi masa dan potensi pengembangan perniagaan.
Pada tahun 2007… saya sudah merancang untuk membuat beberapa projek bagi tempoh setahun.. siap sekali dengan target, objektif serta plan B & C sebagai kontegensi plan. Apa projek-projek saya?… Syhhh.. itu rahsia seluar dalaman.. tidak boleh didedahkan. Ia hanya akan didedahkan apabila tiba waktunya…
Apa-apa pun.. diharapkan, pada tahun 2007.. industri perniagaan internet di Malaysia akan bertambah maju dan meriah!
Oh! sebelum terlupa… sempena menyambut tahun 2007 ini .. saya telah pun menyediakan sebuah “buah tangan” khas untuk pengunjung-pengunjung blog ini.. percuma je.. silalah download.. jangan malu-malu.. “Sebuah kalendar 2007 beserta dengan 12 idea jutawan yang simple-simple je!”
Right Klik banner di bawah dan pilih “Save Target As”..
P/s:- Oh.. lupa nak bagitau.. tajuk tu saje je nak bagi gempak skit..
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.





Latest Comments
kutar, kutar, kutar, mr.eims, laila [...]
titan, dauz, shuth, sham
Budak Gas, taukey, Abdul Rashid Basar, zool, oktant [...]
EDEK, AbgDie, anas, shuth, rusmaini
rps, rps, epit, aku, aku [...]