Maklumat yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah sangat kritikal bagi semua orang yang mempunyai website. Lebih-lebih lagi bagi mereka, yang pendapatannya, bergantung penuh pada website yang dimiliki.
Seperti pesanan rasullullah.. ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara…
1) Sihat sebelum sakit
2) Muda sebelum tua
3) Kaya sebelum miskin
4) Lapang sebelum sempit dan..
5) Hidup sebelum mati
Pesanan rasulullah itu mengingatkan saya mengenai risiko-risiko yang perlu diuruskan dengan cekap di dalam kehidupan ini.. ia mengingatkan tentang persedian-persedian yang perlu diambil dan dilakukan bagi memastikan kita terus hidup dan survive apabila menghadapi situasi-situasi yang menyukarkan di dalam hidup.
Begitu juga halnya di dalam dunia perniagaan internet. Di dalam dunia internet bisnes ini… “website” adalah merupakan komponen utama yang akan mempengaruhi jangka hayat perniagaan internet anda……. sekaligus mempengaruhi jumlah wang yang akan mengalir ke dalam akaun bank anda.
Jika website anda sihat.. sihatlah bisnes anda.. serta banyaklah duit masuk ke dalam bank anda.
Jika website anda sakit.. sakitlah bisnes anda.. serta kuranglah duit masuk ke dalam bank anda.
Antara penyakit-penyakit yang mungkin akan menghidapi website anda:-
1) DOS Attack
2) SPAM Attack
3) Disk Usage Full
4) Bandwith Limit Exceeded
5) Hacker
6) Server Down
7) Account Suspended
dan lain-lain penyakit yang mungkin belum dijumpai…
Persoalannya…. apa yang perlu anda lakukan jika website anda menghadapi penyakit-penyakit tersebut dan bagaimanakah hendak menanganinya?
Adakah anda perlu memarahi serta menghack semula hacker yang menghack website anda itu? Spam balik spammers tu?.. hantar email yang memaki-hamun hosting provider anda kerana server mereka down?.. atau anda akan jumpa tok bomoh dan minta bomoh tersebut tolong santaukan orang yang bertanggungjawap menyakiti website anda?
Nota : Menyalahkan atau memarahi orang lain sahaja, tidak akan menyelesaikan masalah anda.
Orang jawa kata .. “prevention is better than cure” (mencegah lebih baik dari merawat ler maknanya). Jadi.. disinilah “Risk Management” memainkan peranan. Orang-orang yang kaya dan berjaya.. sentiasa dapat menguruskan risiko yang mereka hadapi dengan baik dan berkesan. (Tidak hairanlah mengapa semua orang kaya pasti memiliki polisi insurans.. kalau ikut pemikiran orang miskin.. “Buat apa nak beli insurans kalau dah kaya? Membazir je!!..” ataupun… “Eleh…. dia dah kaya.. bolehlah beli insuran..” hakikatnya.. orang itu beli insurans bukan sebab dia kaya.. tetapi disebabkan “risk management”)
Dalam hal website perniagaan anda… membuat backup secara kerap adalah merupakan satu tindakan “preventative” yang bagus dalam aspek “risk management” perniagaan anda. Amalan ini sangat perlu dilakukan bagi memastikan perniagaan internet anda akan terus hidup jika dijangkiti penyakit.
Jika anda mempunyai backup… tak perlu risau website anda kena hack.
Jika anda mempunyai backup….tak perlu risau website anda kena suspend
Jika anda mempunyai backup… tak perlu risau server webhosting anda down.
Anda boleh me”restore” website anda bila-bila masa sahaja yang anda mahu… serta, pada mana-mana webhosting yang anda mahu..
Namun begitu.. aktiviti backup adalah suatu aktiviti yang agak leceh dan teknikal bagi sesetengah orang… ditambah lagi jika anda mempunyai website yang banyak..
Bagaimana jika saya ada banyak website? Jenuh ler nak buat backup semua website tetiap hari… susah ler.. takleh nak buat kerja lain lah kalo macam tu.. asyik backup website jer la kerjanya hari-hari. Lagi satu… macam mana nak buat backup tu? Saya tak tahu la..!
Hmm… bagus-bagus….. soalan yang bagus… saya tidak pasti bagaimana situasi anda… tetapi bagi saya… saya mempunyai sebuah website yang aktif (wangcyber.com)… dimana website tersebut sentiasa diupdate setiap hari dan menerima keahlian baru antara 10-20 orang setiap hari.. manakala bilangan post pula antara 100-200 post setiap hari. Bayangkan jika satu hari.. tiba-tiba server website tersebut down atau corrupt…
Begitu juga dengan website-website yang lain…. yang merupakan pintu masuk duit ke dalam akaun bank saya setiap hari… bagaimana jika satu hari pintu tersebut tertutup…? Tidak perlu lama.. satu hari tutup pun sudah mampu meyebabkan saya kerugian beratus-ratus (sila bayangkan amaun yang menghampiri ribu.. oh!) ringgit dalam satu hari… bagaimaa pula jika ia tertutup terus?
Mungkin anda tidak pernah lagi mengalami atau merasai bagaimana sedih dan pilunya apabila website anda dijangkiti penyakit… tetapi percayalah… satu hari nanti.. anda pasti akan mengalaminya.
Hanya masa yang akan menentukan….
Jadi… pesanan terakhir saya…. “BACKUP Website Bisnes Anda Sekarang!”...
Oh.. sebelum terlupa… saya telah menjumpai satu tools yang amat berguna dalam membantu saya membuat backup untuk semua website saya.. dengan tools ini.. saya mampu membuat backup untuk semua website saya secara automatik pada setiap hari.. tanpa perlu susah-susah melogin ke dalam akaun cpanel saya setiap kali ingin buat bakcup. Senang kata.. kalau tak pandai bab teknikal pun leh buat bakcup..
Untuk maklumat lanjut pasal software ini…. sila lawati website tersebut dengan meng’klik’ banner di bawah… cara-cara nak buat backup juga ada diceritakan di dalam website tersebut!
YOSH!..
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























Thanx Shuth..
Huh, masalah juga tu. Kalo nak backup tetiap ari memang jenuh ah. Kena fikir juga tool alternatif mem’backup’ ni…
betul tu.. cam baru baru ni web aku kena attack huhuhu.. 3 hari tak masuk duit adsense
rugi dah … sekarang ni pun beberapa web aku disablekan adsense sebab masih kena attack
btul tue, kena back-up hari-hari kalo tak menyesal. Cam aku, dah kehilangan banyak artikel kat blog aku tue…sadis…
Satu lagi info yang ingin saya kongsikan… pada kebiasaannya.. apabila website anda mengalami masalah, terutama di hack atau server down berhari-hari.
Anda akan mula merasa marah dan anda akan mula mencari.. siapakah kambing yang perlu dicat hitamkan untuk masalah tersebut.
Anda akan mula berkata dan bertanya..
“Siapa yang akan tanggung kerugian saya ini? Siapa yang nak bertanggungjawap terhadap semua kehilangan data saya? Siapa? Siapa?… “..
Sudah pastinya.. anda akan fikirkan.. pihak webhosting lah yang patut dipersalahkan dan patut menganti balik segala kerugian anda…
Jika anda menganggap begitu… anda sudah silap…
Jika anda tidak percaya… sila lihat dibahagian TOS dilaman webhosting anda masing-masing.. dan baca ia satu persatu dengan teliti… anda pasti akan menjumpai klausa “Disclaimer” yang berbunyi seperti ini..
Jadi… website anda.. adalah tanggungjawap anda… seperti yang saya katakan sebelum ini.. memaki-hamun pihak hosting anda tidak akan menyelesaikan masalah… jika dibawa ke mahkamah pun untuk tuntutan gantirugi… peluang untuk anda menang adalah sungguh tipis…
Sekali lagi tips dari saya…. “Sentiasalah membuat backup!”..
Wha.. penting tu wah… ribuan ringgit ku!! Wkakak saya nak dapat seratus pun susah -_-” Jeles betul ngan bro Shuth
SHUTH!
Kenapa baru tulis pasal benda ni sekarang… alahai…
Komputer saya baru sahaja selamat meng”corrupt”kan salah satu hard disknya dan semua soft2 copy dan perisian yang amat bernilai (dan cetak rompak tidak dijual) yang dikumpul selama setahun hilang tanpa nesan…
Alahai…
Kalau Shuth pesan awal-awal, tidak terjadi lah perkara ini dan dapatlah saya mengambil apa2 langkah patut.
Siapa kambing hitam dalam kes saya?
Shuth la!
Hohoho…. :p
lain kali, kena la baca term & condition betul2 sbl membuat pembelian hosting.
back up? walaupun leceh kerja ini, tapi ia banyak membantu jika terjadi sesuatu kpd kita semua.