Bapaku Si Penjual Kuih

Bakat berniaga.. ada ke? Memang kita jarang-jarang mendengar tentang perkara ini. “Berniaga pun kena ada bakat ke?.. bukannya susah sangat pun nak berniaga. Berniaga jer la..”

Sebelum tu.. mari saya bawakan anda satu cerita….

Disuatu masa di zaman dahulu.. di sekitar tahun 1960-1970an… (saya tidak ingat tahun yang tepat.. kerana kisah ini diceritakan oleh arwah datuk saya). Ada seorang bapa yang hidupnya berniaga… beliau menyara keluarganya dengan menjual dan menjaja kuih-muih hasil tangan isterinya di sekeliling kampung. Setiap petang, si bapa akan meletakkan bakul kuih tersebut dibelakang basikal dan akan mula mengelilingi kampung menjual kuih tersebut dengan basikal buruknya. Antara kuih yang diniagakan ialah kuih karipap, kuih bom, pulut ubi, tapai dan beberapa lagi jenis kuih yang sememangnya sugguh enak dan lazat dimakan diwaktu petang.

Sehinggalah… pada suatu hari… si bapa telah ditimpa kemalangan dan terpaksa duduk berehat disebabkan kecederaan yang dialami. Disebabkan kecederaan tersebut, maka, si bapa tidak dapat lagi mengayuh basikal dan menjual kuihnya lagi.

Memikirkan keadaan yang agak sulit pada masa itu, maka, timbullah idea di fikiran si bapa untuk menyuruh anak lelakinya yang muda remaja pada waktu itu agar dapat menyambung perniagaan si bapa menjual kuih di sekeliling kampung dengan menaiki basikal.

Si anak lelaki agak keberatan hati… tetapi disebabkan tidak mahu menjadi anak yang derhaka.. maka pergilah si anak lelaki tersebut dengan hati yang berat mengayuh basikal sekeliling kampung menjual kuih seperti mana yang dilakukan oleh bapanya.

Hari pertama berniaga….. hasil yang diperolehi amat mengecewakan… hanya beberapa ketul kuih sahaja yang laku.
hari kedua…. begitu juga.
hari ketiga…. lagi menyedihkan, tiada satu kuih pun yang laku.
hari keempat… anak lelaki mula memberontak dan enggan melakukanya lagi.

termenunglah si bapa memikirkan tentang nasibnya… sudahlah sakit.. ada anak pun tak boleh diharapkan…

Otak si bapa kini ligat berfikir.. mencari siapakah lagi calon yang dirasakan sesuai untuk menyambung perniagaannya. Setelah beberapa ketika berfikir… si bapa teringatkan tentang seorang menantu lelakinya yang duduk tidak berapa jauh dari rumahnya. Menantunya adalah seorang pekerja binaan. Kerjanya bertukang dan mengambil upah membuat rumah orang2 kampung.

Dipendekkan cerita.. si menantu telah bersetuju untuk membantu si bapa yang sedang sakit itu, untuk menjalankan perniagaan menjual kuihnya sementara menunggu si bapa sembuh kembali dan mengambil alih perniagaannya.

Hari pertama berniaga…. si menantu pulang dengan bakul kuih yang kosong… jualannya habis licin…
Hari kedua… pun sama.. habis licin kuih-kuihnya sehingga menjilat bakul..
Hari ketiga.. pun sama…..licin.. e lek.. dan begitulah hari-hari berikutnya.

Si bapa berasa sangat gembira dan teruja dengan kehebatan menantunya menjual kuih… kegembiraan itu juga telah menyebabkan si bapa sembuh dengan lebih cepat.. dan akhirnya.. mengambil alih semula perniagaannya.

=== TAMAT ===

Yer… adik-adik.. begitulah kisah yang berjudul “Bapaku si penjual kuih”… (suka hati den lah nak bagi tajuk apa.. ho! ho! ho!)

Sebenarnya.. apa yang ingin saya sampaikan disini.. bakat sebenarnya banyak mempengaruhi kejayaan seseorang. Dalam cerita di atas.. si menantu adalah seseorang yang memiliki bakat di dalam perniagaan. Manakala si anak pula sebaliknya.

Orang yang berbakat… dengan mudah boleh berjaya. Mereka hanya perlukan sedikit usaha sahaja lagi untuk terus menjadi cemerlang.

Orang yang tidak berbakat.. boleh juga berjaya. Tetapi mereka perlukan usaha yang lebih gigih, cekal dan tidak mudah putus asa untuk berjaya.

Orang yang tidak berbakat perlu berusaha lebih 3x ganda.. atau 5x ganda.. atau.. 10x ganda berbanding orang yang berbakat. (Bergantung kepada sejauh mana “ketidakbakatannya”.. ada ke perkataan macam tu? )

Pendek kata… orang berbakat boleh berjaya dengan usaha yang sedikit.. jika dia berusaha dengan lebih banyak.. maka.. kejayaannya akan menjadi lebih-lebih hebat lagi.

Orang yang tak berbakat… juga boleh berjaya.. tetapi.. memereka memerlukan usaha yang berlipat-lipat kali ganda.

Memiliki bakat.. bolehlah diibaratkan seperti memiliki enjin kompressor di dalam kereta anda. Orang kata.. baru letak kaki skit.. meter dah naik 120km… ho! ho! ho!..
Berbanding enjin kereta kancil.. kena tekan minyak sampai abis baru jejak 120kmj. (Contoh je.. jangan ler kecik ati..)

Satu soklan…. macam mana nak tahu sama ada kita berbakat atau tidak?

Oh!.. mudah sahaja.. salah satu cara… lihat ibu bapa anda.. atau datuk & nenek anda…. adakah mereka pernah berniaga?.. Jika ada… mungkin anda mempunyai bakat tersebut. Cuma kadangkala.. anda tidak perasan dan menyedarinya kerana, hidup anda telah disogokkan dengan persekitaran “comfort zone” (sila baca makan gaji)… menyebabkan anda merasakan.. bakat tersebut tidak berguna kepada diri anda dan akhirnya.. menjadilah ia “bakat terpendam”.

Sekian…

P/s :- Kisah diatas diberi tajuk “Bapakku si penjual kuih” kerana.. si menantu dalam cerita tersebut adalah bapa saya…

15 Comments

  1. along_vtx December 13, 2006
  2. ambsmart December 13, 2006
  3. Imo Imora December 13, 2006
  4. shuth December 14, 2006
  5. aku December 14, 2006
  6. Hasafi December 14, 2006
  7. muaxjack December 15, 2006
  8. Bat December 16, 2006
  9. Robotys December 18, 2006
  10. shueqry December 26, 2006
  11. salihin January 10, 2007
  12. cikgu azleen February 17, 2007
  13. SITI LYNDA March 10, 2008
  14. aida July 11, 2008
  15. zahidan October 16, 2009

Leave a Reply

CommentLuv badge