Pengaruh Buku..
December 19th, 2006, by shuth

Pengaruh Buku..

Saya tertarik dengan satu topik yang dibincangkan di dalam forum wangcyber berkenaan “Buku Yang Mempengaruhi Hidup Anda “… memang diakui.. hidup saya juga banyak dipengaruhi oleh buku-buku yang saya baca..Buku yang memberikan impak paling besar dalam hidup saya.. ialah buku “Jutawan Dari Planet Jupiter” karangan Azizi Ali. Mungkin bagi orang lain.. buku itu biasa-biasa saja.. tapi bagi saya.. ia memberikan impak yang sangat-sangat besar dalam hidup saya.

Selepas saya tamat belajar di Universiti… saya bukanlah seorang yang gemar membaca.. jika membaca pun.. saya lebih gemar membaca majalah komik sahaja.. pada masa itu.. saya tidak nampak langsung kepentingan untuk membaca buku.. dan yang paling mengecewakan.. apabila bercakap tentang buku.. saya hanya tahu 2 jenis buku sahaja.

1) Buku teks… tujuan membaca hanyalah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.

2) Novel… sejenis buku yang TEBAL, yang saya rasa tidak begitu bermanfaat untuk dibaca dan hanya akan membuang masa jika membacanya. (alasan yang sama dipakai untuk filem hindustan)...

Yer.. hanya itulah sahaja kategori buku yang saya tahu pada waktu itu.. dan saya merasakan, tidak ada gunanya lagi saya membaca buku-buku tersebut memandangkan saya sudah tamat belajar serta kini sedang sibuk mencari kerja.

Sehinggalah pada suatu hari.. sewaktu saya menemani awek saya pergi ke sebuah kedai buku sewa. (Ehemmm.. awek tu sekarang sedang sibuk menjaga anak dan menguruskan rumah saya… ho! ho! ho!)

Sewaktu di kedai sewa buku tersebut… saya terlihat satu buku berwarna merah bertajuk “Jutawan dari planet jupiter”.. pada mulanya saya sangkakan ia sebuah novel.. tetapi.. jika novel.. kenapa nipis sangat? (Yerla.. kan dia lebih nipis jika dibandingkan dengan novel!) . Selepas membelek-belek dan membaca belakang kulit buku tersebut.. saya menjadi teruja dan terus membawa buku tersebut ke kaunter dan menyewanya.. (Oh!.. nampaknya saya sudah terkena “back cover marketing” azizi ali) .

Mengikut prosedur sewaan.. saya diberikan masa 30 hari untuk membaca dan menyimpan buku tersebut. Tetapi.. apa yang mengejutkan.. saya telah menghabiskan buku tersebut dalam masa satu hari sahaja. Dan apa yang lebih mengejutkan lagi… buku tersebut masih lagi didalam simpanan saya walaupun kini, sudah hampir 3 tahun berlalu. Kedai sewa buku tersebut pun sudah tidak ada lagi. (Maafkan saya pemilik kedai buku.. saya terlalu menyanyangi buku tersebut sehingga terlupa untuk memulangkannya… saya harap ia bukanlah penyebab mengapa kedai anda bangkrap… Oh!)

Keesokkan harinya… selepas selesai membaca buku tersebut, saya termenung panjang seperti apek kalah judi!. Bermacam-macam soalan menerjah masuk ke dalam fikiran saya. Banyak perkara saya fikirkan… tentang masa lampau dan masa hadapan.. mengenangkan tentang kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan serta memikirkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk memperbaiki hidup saya pada masa hadapan.

Alhamdulillah… bertitik-tolak dari buku tersebutlah… saya pun mula mengumpul dan membaca buku-buku yang lain. Maka.. bermulalah perjalanan hidup saya untuk menjadi seorang jutawan. Dari seorang yang tak cukup duit setiap bulan.. kini sudah ada duit lebih sedikit setiap hujung bulan. Dari seorang yang hanya tahu makan gaji.. kini sudah ada beberapa bisnes internet, dan dari seorang yang hanya tahu membaca komik, kini.. saya sudah ada perpustakaan mini di rumah yang menempatkan buku-buku yang berkaitan “self development”.

Hidup saya kini juga bertambah baik dan menggembirakan walaupun belum mencapai tahap jutawan….. insyallah… jalan ke arah itu semakin terang dan luas bagi saya. Kepada Azizi Ali… “Thanks so much! your book has changed my life..” (macam lah azizi ali baca blog aku nie.. Oh!)

Yosh!

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

18 comments Subscribe Comments

  1. Ya, hanya dengan banyak membaca kita akan dapat memperluaskan skop kehidupan dan mempertingkatkan kemandiri!

    Tahniah Shuth! Anda dilandasan yg sangat betul.

  2. yer yer yer… hehehe…

    saya pula pernah nampak buku jutawan dari planter jupiter ini kat kedai mamak sedikit masa lalu.. masa tu saya tak tau pun siapa azizi ali, sehingga la saya membeli buku rahsia jutawan internet terbongkar..

    kalau shuth kata azizi ali membantu mengubah perjalanan hidup, saya pula anggap irfan khairi penyuluh minda saya yang ketika dulu sedikit malap :D

  3. rich dad poor dad.
    2 thn pengajian di UPM tak pernah jejak library UPM, lepas baca buku tu, jadi rajin terus ke library sebab nak cari buku2 tambahan mengisi jiwa dan minda :)
    dan sekarang menjadi pengunjung library kedah.

    //eh, dari wangcyber berlarutan sampai ke sini plak.. :)

    shuth, ko kene tanam azam cari pemilik kedai tu ler.. hutang tetap hutang :)

  4. Eh? Mana ada hutang… aku sewa buku tu dengan harga RM42 ringgit tau… so.. bila aku tak pulangkan buku tu.. kira.. mcm aku beli terus lah buku tu dari dia.. he! he! he!

    Kalau kat kedai buku biasa.. buku yg baru.. harganya baru RM39.90

  5. Betul.. Standard la kedai pinjam buku prosedur macam tu. Bila kita pulangkan buku yang dipinjam baru dia akan pulangkan duit kita tolak harga sewaan.

  6. oh.. sorry aku tak tahu cenggitu dianye prosedur.. emm.. kedai sewa buku bisnes yang berbaloi tak?

  7. By along_vtx on December 20th 2006

    buku yang sama mengubah minda aku,tapi bila nak kasi member pinjam ingatlah wahai semua insan…potensi untuk anda kehilangan buku itu amat tinggi peratusnya.
    “….!!!Bagi balik buku tu,dah dekat setahun x kan x abis baca.”

  8. Saya buku Rich dad poor dad, Jutawan dari planet jupiter & Maskawnin yang hilang….hehehhehee…

    Saya ada 5 buku yang akan saya baca sebelum tdo sebagai motivasi untuk hari esok..Tepi katil ada meja kecik letak buku bacaan sebelum tdo..

  9. Buku-buku sdr Azizi memang menarik dibaca dan banyak ilmu didalamnya. Itu tahun2 lalu, kini saya dapati blog2 Suhaimy dan beberapa rakan lain pun tak kurang hebatnya utk dimanfaatkan. Tahniah Suhaimy.

  10. Saya nie dulu bukan la seorang ulat buku. Dulu cukup benci dgn buku yang tebal2 gila. Kalo saya baca pun ambik buku tersebut.. baca muka belakang, tengah kemudian pelan2 (lebih kurang dlm speed 3 la) terus ke muka depan dan stop.. habis.

    Kemudian pada suatu hari (hari apa x ingat dah).. mak saya menghulurkan buku Motivasi Dr. Tuah bertajuk ‘Membina Imaginasi Cemerlang’ dan memaksa saya membacanya. Kata mak saya.. ‘Along.. baca buku nie bagus sgt2 untuk ko. Bacalah.’

    Saya kat dlm hati adoi.. tebalnya tapi pelik binti ajaib saya leh habiskan buku tu dlm masa seminggu jer!

    Saya mula2 baca semuka-semuka pastu makin lama makin naik syok (naik ghairah woo.. ha2) dan last2 habis (first time dlm sejarah leh habiskan buku tebal2 ikut muka depan.)

    Saya pas baca buku tu pun sama mcm Shuth termenung jgk. Last2 sekarang semua buku terkini yang ada kat MPH dan kedai2 buku kat Kuantan nie saya beli. Saya x kira dah mahal ke x buku tu. Memang best la jadi ulat buku nie!

    Buku yang paling saya suka baca ialah BUKU2 MOTIVASI dan BISNES. Yang terkini saya beli ‘Ikut Kata Hati Anda’ yang diterjemahkan dlm BM tu dan ‘Tentang Cinta’

  11. Terima kasih saudara suhaimi,
    sangat bagus tajuk anda..memang buku memainkan peranan yang sangat penting pada saya..saya dulu dengan sekarang sangat berbeza sekali..

    Terima kasih juga kerana cara penulusan anda membuatkan saya sangat terhibur..siap ada lawak lagi..tengah senyum lagi ni lepas baca “bapa ku si penjual kuih.

  12. Buku huhu… tak sempat nak baca buku cam tu lagi.. hehe nak SPM huhu kene baca buku teks banyak2 ni hehehe

    YOSH!

  13. Walaupun saya dari jurusan perakaunan, buku susulan Rich Dad Poor Dad iaitu ‘Cashflow Quadrant’ oleh Robert Kiyosaki betul-betul membuka minda saya mengenai tafsiran sebenar antara pelaburan vs hutang dan pendapatan vs perbelanjaan.

    Buku tersebut juga menunjukkan bagamana keempat-empat kategori tersebut berkaitan antara satu sama lain dalam definisi pengarangnya yang tersendiri.

    Recommend rakan-rakan semua membacanya.

  14. As’kum,

    Salam Ukhwah,

    Saya sedang mencari guru dalam bidang2 ni :D .

    Sy baru nak menceburkan diri.

    Jika pihak anda buat kelas atau seminar sy bhajat untuk hadir sesegera mungkin.

    Hopefully I won’t miss this time.

    Looking forward to meet you and all of you guys.

    Rakanhot.com

  15. oh… rasanya ada jugak ler sikit2 baca2 buku… dan terkini pasal hidup tenang biarpun berhutang, berubah untuk kaya, jutawan MLM, dan juga menjadi jutawan MLM.

    takperla sikit2 lama-lama jadi jutawan. teruskan usaha anda untuk menjadi jutawan shuth. hehhe

  16. By syima on July 2nd 2007

    saya teringat..arwah papa ada membeli banyak2 buku macam ni.. :D saya membacanya dengan teliti.. tentang web anda..saya juga membacanya utk motivasi hari ke hari.. :D alhamdulillah hidup saya tak seperti dulu… sikit2 minta mak duit…mak, nak duit minyak kereta..mak mak makkk!! skrg mak, nah duit..beli barang umah…

  17. By asiah on September 23rd 2007

    saya berminat untuk membuka kedai sewa buku tetapi tiada pengalaman dan pengetahuan. bolehkah anda bantu saya. kalau boleh saya nak tahu prosedur membuka kedai tersebut dan bagaimana dengan pulangannya sama ada menguntungkan atau tidak. selain itu saya juga mempunyai banyak koleksi novel.

  18. tq for the info… saya akan cari semua buku tu!


Add your comment