Menjadi Jutawan Sekelip Mata… Bertahankah?
December 23rd, 2006, by shuth

Menjadi Jutawan Sekelip Mata… Bertahankah?

Sejak kebelakangan ini.. saya agak kurang mengupdate blog. Saya ingin meminta maaf kepada semua peminat-peminat blog ini (euuww.. ada ke?!). Diharapkan anda dapat bersabar menanti entry-entry yang “menghairahkan” dari saya di blog ini.

Bulan ini, adalah merupakan bulan yang paling sibuk bagi saya pada tahun ini.. selain menyusun strategi perniagaan untuk tahun hadapan.. saya juga sedang sibuk melaburkan diri di dalam “ilmu pengetahuan” secara fast track. (Tinggal 8 hari sahaja lagi untuk masuk tahun 2007… dan saya masih ada 15 buah buku lagi yang perlu dibaca sebelum tamat tahun 2007 ini.. Oh!)

2 minggu yang lepas…. saya telah menghadiri mini workshop Azizi Ali tentang “Property Investment” yang diadakan di Hotel Armada, Petaling Jaya. Satu perkara yang menarik yang saya pelajari swaktu d dalam workshop tersebut.. ialah.. tentang “mengekalkan kekayaan”.

Satu soalan ditujukan.. “Apa yang buatkan orang kaya terus kekal menjadi kaya?.. “ dan mengapa.. orang miskin.. yang menjadi kaya dengan tiba-tiba.. (biasanya disebabkan harta pusaka, dapat pampasan, menang loteri, join skim cepat kaya dan sebagainya) .. akan menjadi miskin kembali, seperti mana miskinnya mereka sebelum ini, selepas 2-3 tahun. Why?

Ok… tak perlu nak teka-teka.. saya bagi jawapannya terus…

Sebabnya… mereka tidak ber“ILMU”.

Jika ditanya kepada anda sekalipun… jika anda diberikan wang RM1juta sekarang ini.. apa yang anda akan lakukan dengan wang tersebut?

Saya nak bayar semua hutang saya…
Saya nak beli rumah besar yg siap dengan swimming pool…
Saya nak beli kereta mewah 3 biji..
Nak tambah isteri sampai 4…
Nak gi haji…

Lepas tu…
Saya nak simpan skit dalam unit trust..
Saya nak beli beberapa ketul rumah dan sewakannya.. apa orang jawa kata tu? property investment kan?..
Ermm…. lepas tu.. saya nak buat modal bukak bisnes skit..
Hah.. itulah yg saya nak buat kalau ada 1 juta…

Saham?.. saham.. saya tak berani lah…. saya tak pandai main saham…

Bagaimana? rasa-rasanya.. jawapan di atas tu sama tak dengan jawapan anda.

Jika dilihat.. jawapan di atas agak bijak!.. Melabur dalam unit trust.. labur dalam property investment, bukak bisnes.. bijak dan kelihatan bagus bukan?

Dan jika anda nak tahu.. itulah yang dilakukan oleh orang-orang yang menjadi jutawan dengan segera dan selepas beberapa tahun.. menjadi miskin semula. (Oh! Ye ker?)

Why hah? … tanya anda dalam hati pula sekarang ini.. ho! ho!.. saya tahu apa yang anda fikirkan.. terrer tak saya? Cis!

Jawapannya mudah… sebab mereka tidak mempunyai ILMU yang cukup.

Ya.. mereka ingin melabur dalam unit trust.. tapi unit trust yg mana?
Ada buat pelaburan dalam hartanah!.. tapi hartanah yang bagaimana? Nak melabur dalam hartanah bukan semudah main beli sahaja… ada syarat2 serta ilmu2 yang perlu diketahui.
Begitu juga bukak bisnes.. bukan semudah bukak kedai sahaja… berbagai ilmu serta selok belok menguruskan kedai dan perniaagaan perlu dipelajari sebelum membukanya. Tanpa ilmu yang betul dan mencukupi… kekayaan yang dimiliki akan hilang dalam sekelip mata.

Jadi.. disini.. pokok pangkalnya… ialah ILMU.
Jika orang yang sudah menjadi jutawan pun masih melabur di dalam ilmu.. apatah lagi orang yang belum jadi jutawan? ( Sila rujuk entry dari blog dr. irfan)

Berbalik kepada orang yang menjadi kaya sekelip mata….. alangkah bagusnya jika sewaktu mereka menjadi kaya… mereka berhasrat begini..

“Dengan duit satu juta yg saya ada ini.. saya nak gunakan ia sedikit untuk melabur di dalam ILMU.. saya nak pergi seminar-seminar serta mengupah profesional personal coach untuk mengajar saya tentang, bagaimana hendak menguruskan dan mengekalkan kekayaan yang ada pada saya ini!”…

Hakikatnya…. semuanya sibuk nak beli rumah besar, kereta besar serta bini besar… Oh!

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

16 comments Subscribe Comments

  1. Ya betul tu bro… tapi satu jer… henphone jer kecik :D

  2. Hohoho, amat amat setuju dengan tulisan shuth kali ni! ;) Ramai tahu buat wang, tapi ramai juga yang TERTIPU dengan wang.. hohoho.. kesian.. :D

  3. Saya pun bersetuju jugak… mesti seminar tersebut baguskan… pos yang menarik.

  4. Saya pun masih menyimpan hasrat nak gi seminar azizi ali nih..

  5. Aku setuju gak dgn apa yang dikatakan oleh saudara Shuth.. Saya hampir semua buku azizi ali saya beli… bergambar dengan dia pun dah… tapi nak gi seminar dia masih belum menjadi kenyataan.

  6. btul tue…jgn mudah tertipu…

  7. By along_vtx on December 24th 2006

    memula baca post ni rasa sempit jek…apa taknya banyak harta susah x der harta lagi susah.
    Last2 dapat gak cara2 untuk mengelak.Clear…

  8. Betul tu, Kalo ilmu cukup, dari 1 juta leh jd berbilion2 dalam masa sehari. Tp kalo ada berbilion ringgit pun tapi ilmu x der..dalam masa sehari leh jadi fakir miskin. X mustahilkan?

  9. Ilmu tanpa amal akan rugi, amal tanpa ilmu akan gile..tp kalau duit tanpa ilmu boleh buat org rugi dan gile.

  10. Saya setuju sangat dengan pendapat Shuth.Tapi kekadang tu, terlalu banyak ilmu membuatkan kita jadi takut. Takut nak ambil risiko. Akibatnya satu projek pun tak jalan.

    Tak tahulah ada yang setuju atau tidak. Tapi, kalau kita tengok professor-professor yang ada dalam dunia ni, termasuklah professor perniagaan, jarang yang menjadi kaya-raya. Mungkin taraf kehidupan mereka lebih baik, tapi saya tak dengar pun ada di antara mereka termasuk dalam senarai orang yang terkaya di dunia.

  11. Kita hanya berhenti menuntut ilmu pabila mati. Begitulah perihal pentingnya ILMU.

    Suhaimy, terima kasih kerana mengingati.

  12. …… semua peminat-peminat blog ini (euuww.. ada ke?!

    (saya angkat tangan) !

    …. serta bini besar… Oh!
    HAHAHAHAHA!!! :D

    Nice post bro! .. Sbbkan aper yg shuth cakap mmg betul dan tepat , takder sipi2… saya pon seperti mereka yg lani: Amat bersetuju dengan pendapat shuth yg mengatakan bahawa org2 kaya akan terus kaya dengan ILMU ….

    Nak tambah sket lagi:

    Org2 miskin pon boleh kaya Dengan ILMU !!

  13. By shueqry on December 26th 2006

    pendek kata, ilmu tu lebih berharga dari status jutawan, tapi tak semestinya orang yang berilmu ni jutawan! cuma yang ku tengok, ramai jutawan ni kasi abis duit pigi ilmu sebab diorang mau pergi ke ‘next level’ dan mahu menambah ilmu utk mencapai matlmat diorang seterusnya..ndak ku tau la apa matlamat diorang ni..tapi yang pasti, kebanyakan jutawan mahu belajar mencari ilmu seumur hidup ( ndak la belajr di U seumur idup) sebab itu dah natural bagi diorang…thanks bro, kau punya post memang ada klasss!

  14. By aryen on April 24th 2007

    memang kte kene kaye dgn ilmu klo tak kite mudah tertipu.. tapi kadang-kadang ikut rezeki dan nasib seseorang jugak. tak boleh nak buat kesimpulan melulu..

  15. Bukan setakat ilmu je beb, balik seminar nak kena melabur sikt nk jlnkan program.kalo xde modal jgn hrap nk start bisnes

  16. stuju dgn entry shuth kali ni. Ilmu tu penting untuk uruskan wang yg ada. Untuk gambaran berkenaan unit trust boleh ke http://investinunittrust.blogspot.com/


Add your comment