Archive for December, 2006



13
Dec

Bapaku Si Penjual Kuih

Bakat berniaga.. ada ke? Memang kita jarang-jarang mendengar tentang perkara ini. “Berniaga pun kena ada bakat ke?.. bukannya susah sangat pun nak berniaga. Berniaga jer la..”

Sebelum tu.. mari saya bawakan anda satu cerita….

Disuatu masa di zaman dahulu.. di sekitar tahun 1960-1970an… (saya tidak ingat tahun yang tepat.. kerana kisah ini diceritakan oleh arwah datuk saya). Ada seorang bapa yang hidupnya berniaga… beliau menyara keluarganya dengan menjual dan menjaja kuih-muih hasil tangan isterinya di sekeliling kampung. Setiap petang, si bapa akan meletakkan bakul kuih tersebut dibelakang basikal dan akan mula mengelilingi kampung menjual kuih tersebut dengan basikal buruknya. Antara kuih yang diniagakan ialah kuih karipap, kuih bom, pulut ubi, tapai dan beberapa lagi jenis kuih yang sememangnya sugguh enak dan lazat dimakan diwaktu petang.

Sehinggalah… pada suatu hari… si bapa telah ditimpa kemalangan dan terpaksa duduk berehat disebabkan kecederaan yang dialami. Disebabkan kecederaan tersebut, maka, si bapa tidak dapat lagi mengayuh basikal dan menjual kuihnya lagi.

Memikirkan keadaan yang agak sulit pada masa itu, maka, timbullah idea di fikiran si bapa untuk menyuruh anak lelakinya yang muda remaja pada waktu itu agar dapat menyambung perniagaan si bapa menjual kuih di sekeliling kampung dengan menaiki basikal.

Si anak lelaki agak keberatan hati… tetapi disebabkan tidak mahu menjadi anak yang derhaka.. maka pergilah si anak lelaki tersebut dengan hati yang berat mengayuh basikal sekeliling kampung menjual kuih seperti mana yang dilakukan oleh bapanya.

Hari pertama berniaga….. hasil yang diperolehi amat mengecewakan… hanya beberapa ketul kuih sahaja yang laku.
hari kedua…. begitu juga.
hari ketiga…. lagi menyedihkan, tiada satu kuih pun yang laku.
hari keempat… anak lelaki mula memberontak dan enggan melakukanya lagi.

termenunglah si bapa memikirkan tentang nasibnya… sudahlah sakit.. ada anak pun tak boleh diharapkan…

Otak si bapa kini ligat berfikir.. mencari siapakah lagi calon yang dirasakan sesuai untuk menyambung perniagaannya. Setelah beberapa ketika berfikir… si bapa teringatkan tentang seorang menantu lelakinya yang duduk tidak berapa jauh dari rumahnya. Menantunya adalah seorang pekerja binaan. Kerjanya bertukang dan mengambil upah membuat rumah orang2 kampung.

Dipendekkan cerita.. si menantu telah bersetuju untuk membantu si bapa yang sedang sakit itu, untuk menjalankan perniagaan menjual kuihnya sementara menunggu si bapa sembuh kembali dan mengambil alih perniagaannya.

Hari pertama berniaga…. si menantu pulang dengan bakul kuih yang kosong… jualannya habis licin…
Hari kedua… pun sama.. habis licin kuih-kuihnya sehingga menjilat bakul..
Hari ketiga.. pun sama…..licin.. e lek.. dan begitulah hari-hari berikutnya.

Si bapa berasa sangat gembira dan teruja dengan kehebatan menantunya menjual kuih… kegembiraan itu juga telah menyebabkan si bapa sembuh dengan lebih cepat.. dan akhirnya.. mengambil alih semula perniagaannya.

=== TAMAT ===

Yer… adik-adik.. begitulah kisah yang berjudul “Bapaku si penjual kuih”… (suka hati den lah nak bagi tajuk apa.. ho! ho! ho!)

Sebenarnya.. apa yang ingin saya sampaikan disini.. bakat sebenarnya banyak mempengaruhi kejayaan seseorang. Dalam cerita di atas.. si menantu adalah seseorang yang memiliki bakat di dalam perniagaan. Manakala si anak pula sebaliknya.

Orang yang berbakat… dengan mudah boleh berjaya. Mereka hanya perlukan sedikit usaha sahaja lagi untuk terus menjadi cemerlang.

Orang yang tidak berbakat.. boleh juga berjaya. Tetapi mereka perlukan usaha yang lebih gigih, cekal dan tidak mudah putus asa untuk berjaya.

Orang yang tidak berbakat perlu berusaha lebih 3x ganda.. atau 5x ganda.. atau.. 10x ganda berbanding orang yang berbakat. (Bergantung kepada sejauh mana “ketidakbakatannya”.. ada ke perkataan macam tu? )

Pendek kata… orang berbakat boleh berjaya dengan usaha yang sedikit.. jika dia berusaha dengan lebih banyak.. maka.. kejayaannya akan menjadi lebih-lebih hebat lagi.

Orang yang tak berbakat… juga boleh berjaya.. tetapi.. memereka memerlukan usaha yang berlipat-lipat kali ganda.

Memiliki bakat.. bolehlah diibaratkan seperti memiliki enjin kompressor di dalam kereta anda. Orang kata.. baru letak kaki skit.. meter dah naik 120km… ho! ho! ho!..
Berbanding enjin kereta kancil.. kena tekan minyak sampai abis baru jejak 120kmj. (Contoh je.. jangan ler kecik ati..)

Satu soklan…. macam mana nak tahu sama ada kita berbakat atau tidak?

Oh!.. mudah sahaja.. salah satu cara… lihat ibu bapa anda.. atau datuk & nenek anda…. adakah mereka pernah berniaga?.. Jika ada… mungkin anda mempunyai bakat tersebut. Cuma kadangkala.. anda tidak perasan dan menyedarinya kerana, hidup anda telah disogokkan dengan persekitaran “comfort zone” (sila baca makan gaji)… menyebabkan anda merasakan.. bakat tersebut tidak berguna kepada diri anda dan akhirnya.. menjadilah ia “bakat terpendam”.

Sekian…

P/s :- Kisah diatas diberi tajuk “Bapakku si penjual kuih” kerana.. si menantu dalam cerita tersebut adalah bapa saya…

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

11
Dec

Bakat.. perlu atau tidak?

Jika anda ingin menjadi penyanyi.. anda perlukan bakat.
Jika anda ingin menjadi pelukis….. anda perlukan bakat.
Jika anda ingin menjadi pemain bola sepak yang terhandal.. anda juga perlukan bakat.
Jika anda ingin menjadi pelakon yng hebat… lagilah bakat itu menjadi penting..

Bagaimana jika anda ingin menjadi ahli perniaagan internet yang berjaya? Adakah bakat juga diperlukan?

Saya ingin mendengar pendapat anda… sila nyatakan pendapat anda di ruangan komen.

08
Dec

Tips Hartanah

Jika anda perasan.. di dalam blog saya ini, saya ada membuat satu kategori yang dinamakan “Ulasan”. Ia adalah untuk menempatkan post-post saya yang mengulas tentang sesuatu perkara seperti ebook, program, website dan sebagainya.

Jadi, pada kali ini, saya ingin mengulas tentang satu produk ebook yang bertajuk “Tips Hartanah : Panduan membeli Rumah”. Walaupun ia bukanlah sebuah produk yang berkaitan dengan dunia perniagaan intrnet, tetapi disebabkan ia adalah sebuah produk ebook, dan dijual menerusi internet.. maka ia membuatkan saya terpanggil untuk membuat ulasan mengenainya.

Sebelum ini, banyak juga buku mengenai hartanah telah saya baca. Dan kebanayakkannya adalah karangan author tempatan seperti azizi ali, renesial leong dan juga milan doshi. (Yer.. saya lebih berminat membaca buku karangan author tempatan kerana industri hartanah di malaysia adalah berlainan dengan industri hartanah di luar negara. Penulis tempatan sudah tentunya akan menceritakan & memberikan tips yang lebih sesuai dengan situasi di negara sendiri.)

Apa yang saya ketahui hasil daripada pembacaan saya mengenai buku-buku berkaitan hartanah tersebut, saya dapati, terdapat 3 sumber apabila seseorang ingin membeli rumah.
1 - Beli dari developer (biasanya rumah belum siap)
2 - Beli dari orang/agen (rumah dah siap)
3 - Beli dari bank (rumah lelong)

Dan didalam ebook “Tips hartanah” ini… penulis lebih menfokuskan kepada kaedah yang kedua. Iaitu membeli rumah yang telah siap dari orang lain melalui agen. Mengapa perlu melalui agen? Buku ini ada menerangkan sebab yang agak kukuh mengapa anda perlu melakukannya melalui agen.

Info yang dikongsikan didalam ebook ini memang padat dan lengkap. Bermula dari proses pencarian hartanah.. hinggalah kepada proses penyerahan kunci rumah kepada pembeli. Setiap langkah seperti bagaimana membuat pinjaman, bagaimana mengeluarkan duit dari kwsp, bagaimana melantik peguam, penyemakan kredit dan sebagainya… diceritakan dengan terperinci. Jadi.. tidak hairanlah ebook ini mempunyai 100 mukasurat. Saya rasa, inilah ebook bahasa melayu yang paling tebal pernah saya baca.

Bahagian yang paling saya suka di dalam ebook ini ialah pada 4 mukasurat terakhirnya. Ia benar-benar memberikan gambaran yang jelas tentang selok belok di dalam menjalankan urusniaga membeli rumah.

Selain itu, bahagian yang menerangkan tentang masalah-masalah yang mungkin timbul sewaktu di dalam proses membeli rumah juga agak menarik dan ia sememangnya banyak membantu di dalam mengenalpasti halangan-halangan serta kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku sewaktu menjalankan proses pembelian rumah. Harga RM40 memang berbaloi jika hendak dibandingkan dengan kesilapan yang mungkin akan menyebabkan anda kerugian beribu-ribu atau berpuluh ribu ringgit.

Pendek kata.. (panjang tak kata apa) jika anda merancang ingin membeli rumah.. mungkin anda boleh mulakan survey anda dengan membaca ebook ini.

Tips Hartanah