Selamat Tahun Baru 2007 saya ucapkan kepada semua pembaca blog ghairah ini… saya mohon maaf kerana agak terlewat mengucapkan ucapan tersebut!
Tak mengapalah… yang penting pada tahun baru ini.. kita mulakan dengan semangat baru yang lebih berkobar-kobar.
Bagi posting pertama tahun 2007 ini, saya ingin kongsikan satu tips yang menarik dengan semua pembaca blog ini. Saya tidak pasti.. mungkin ada diantara pembaca blog ini yang telah tahu mengenainya.. tapi tidak mengapalah.. jika dah tahu.. anggaplah sahaja ia sebagai ulangkaji.. bagi yang belum tahu… mungkin tip ini dapat membantu anda di dalam mencapai cita-cita anda.
Tips kali ini….. “Mulakan sesuatu dengan penamatnya”
Yer…. sila baca sekali lagi… “Mulakanlah sesuatu itu dengan penamatnya..”
Arghh.. tak paham….
Takper… saya tulis sekali lagi.. “Mulakanlah sesuatu itu dengan penamatnya.. di dalam minda anda”
Tak paham juga?…. ok teruskan membaca….
“Mulakanlah sesuatu itu.. dengan anda.. membayangkan diminda anda.. bagaimana ia akan berakhir…”
Amacam? Boleh paham?.. Saya bagi contoh….
Ok.. contohnya.. anda merancang ingin membina sesuatu perniagaan…jadi.. bayangkan diminda anda… bagaimanakah rupanya perniagaan anda dipenghujungnya nanti? Bayangkan… bayangkan~~~.. (sambil tangan melambai seperti pengacara rancangan misteri nusantara)
Anda kini mempunyai satu perniagaan yang kukuh. Perniagaan anda disenaraikan di papan utama bursa malaysia. Anda mempunyai beribu-ribu pekerja yang tekun bagi perniagaan anda. Perniagaan anda mempunyai sebuah bangunan 15 tingkat yang tersergam indah. Pada masa ini.. syarikat anda sedang mengendalikan 10 projek yang setiap satunya memberikan pulangan antara RM5-20juta..
Ok.. ok.. mungkin bayangan tersebut terlalu tinggi…. takper.. takper..kita cuba bayangkan yang rendah sedikit.
Anda kini mempunyai sebuah pejabat bagi menjalankan perniagaan anda. Terdapat lebih kurang 5 orang staff yang sungguh berdedikasi menguruskan perniagaan anda.. maklumlah.. perniagaan internet.. sememangnya tidak memerlukan staff yang ramai. Urusan komunikasi anda dengan staff pula banyak dilakukan menerusi internet dan telefon. Jadi.. masa anda banyak dihabiskan di rumah dan di tempat-tempat yang anda gemari… ataupun keluar mencari peluang-peluang perniagaan yang lain. Anda tidak perlu berada di pejabat sepanjang masa. Setiap bulan.. anda akan memberikan ceramah kepada peserta-peserta seminar anjuran syarikat anda.. dan pendapatan anda sebulan.. RM100 ribu..
Ok.. macam mana?.. boleh kan bayangkan?..
Setelah anda selesai membayangkan bagaimana kejayaan yang anda inginkan di akhir projek anda? Kini anda perlu rancangkan apa yang perlu anda lakukan bagi mencapai garisan penamat impian anda itu.
Untuk menyusun perancangan itu pun… mulakan dengan pengakhiran impian anda itu.
Di akhir impian itu.. anda ingin sebuah pejabat perniagaan dengan beberapa staff yang dapat menguruskan perniagaan anda bukan?.. jadi.. anda perlukan sebuah pejabat… bagaimana untuk mendapatkan sebuah pejabat? Anda perlukan modal.. bagaimana nak mendapatkan modal?… Anda perlu simpan duit banyak2 hasil dari perniagaan anda?.. Apa perniagaan anda.. sekian.. sekian.. sekian… adakah perniagaan yang sekian. sekian.. sekian.. ini mencukupi untuk anda menjana modal?… Belum mencukupi… jadi adakah anda perlu tambahkan lagi perniagaan anda? atau tingkatkan lagi hasil dan potensi perniagaan anda?.. Ya!… jadi.. bagaimana? Apa yang perlu anda lakukan?.. Anda perlu lakukan.. begini.. begini.. dan begini..!… Jadi.. macam mana nak mula untuk lakukan “begini”… anda perlu lakukan begitu.. begini dan seterusnya….
Nampak tak?…
Orang yang berjaya.. selalunya sudah mempunyai gambaran yang jelas di minda mereka bagaimana dia akan berjaya. Dengan gambaran tersebut ia akan berusaha untuk mengecapinya..
Sekarang.. mari bayangkan “penamat” bagi semua projek kita untuk tahun ini.. jika anda merancang untuk menulis ebook.. bagaimanakah anda mahu ia ditamatkan?.. adakah anda membayangkan penamatnya pada jualan yang ke 1000? Takkan itu sahaja?.. bagaimana dengan backend produk? adakah anda ada membayangkannya?.. seminar?… video?.. membership site?.. bagaimana dengan pengambilan staff untuk uruskan urusan jual beli produk ebook anda itu?.. produk seterusnya selepas ebook tersebut?…
sudahkah anda membayangkannya?
Jadi.. tips saya kali ini.. bayangkan “penamat” bagi projek/impian anda setinggi mungkin.. kemudian aturkan strategi untuk mencapainya, bermula dari garisan penamat tersebut….
Semoga berjaya! YOSH!
Iklan tak berbayar:
Sertailah cabaran WC di wangcyber.com!! Pelbagai hadiah menarik menanti anda! Cabaran yang pertama sudah pun bermula.. keyword melayu boleh kini menjadi rebutan! Klik disini untuk merebut gelaran melayu boleh!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























Good tips!… no, wait a minute.. this is EXCELLENT tips!!
Bila kita dapat bayangkan how it will be.. in one sense.. it is a goal. When you got a goal.. you can make a plan .. when you got a plan.. obviously you will succeed!
Thx for da tips!
Saranan yang cukup baik. Bila sudah bayangkankan penamatnya, kena la tulis dan simpan dalam diari. Nanti lupa pulak.
Ataupun tampal kat mana-mana sebagai motivasi.
“Begins with Ends in mind”
Salah satu teknik menggunakan minda separa sedar
Thanks Shuth!
Ini menjadikan kita lebih bersemangat untuk mencapat matlamat yg kita gambarkan pada penamatnya nanti..
Nice post..
Thanks kerana mengingatkan saya akan hal ini. Teringat akan buku Dr.HM Tuah
yang saya pernah baca dahulu.
Tapi kenalah ada tindakan. Kelemahan utama saya adalah membayangkan
tetapi tidak pula mengambil tindakan. Biasanya saya akan “buat kerja”
hanya bila keluar dari confort zone. Skang duk kat umah, tersangatlah
comfort…hehe
Begin with an end in mind..hehe..satu teknik yang berguna dalam planning..masa adalah musuh utama saya..kena fokus..Melayu Boleh!
kaedah yang biasa digunakan oleh expert2 dalam bidang perancangan dan strategi.. macam strategi planning pulak..
Membuatkan anda akan terus hidup dan bermotivasi untuk mencapai ‘penghujung’ yang anda bayang2kan dipermulaan.
Shuth, kau punya ‘end’ yg mana satu? yang bangunan 15 tingkat tu ke atau yg pejabat 5 orang staff tu? hehe.. sori gurau je..
Anyway, tips yg cantik dan sesuai sebagai permulaan tahun 2007!
bijak.. bijak… “end” saya.. hmm…. biarlah rahsia.. oh!
tersangat berguna bg org yg baru seperti saya…apa2 thanks atas nasihat yg sangat berguna…good luck everybody