Melabur dalam hutang? Mungkin agak sedikit pelik bunyinya… tetapi, itulah salah satu pelaburan yang mungkin memberikan manfaat yang lebih baik kepada diri anda berbanding pelaburan-pelaburan yang lain.
Apa yang dimaksudkan dengan melabur didalam hutang? Kalau melabur dalam unit amanah ke? saham ke? hartanah ke?.. biasalah juga saya dengar.. tapi melabur dalam hutang.. tak pernah dengar pun!
Apabila membicarakan tentang pelaburan.. perkara pertama yang kerap timbul di fikiran ialah.. “Berapa % kah kadar pulangan yang akan diperolehi?”
Secara kasarnya… berikut adalah peratus kadar pulangan bagi sesuatu pelaburan yang SAH disisi undang-undang.
Deposit Tetap - 3-4%
Unit Amanah - 5-9%
Saham - 10-20%
Option - 15-30%
Note : Ini hanya kadaran kasar sahaja.. realitinya. mungkin kurang atau mungkin juga lebih banyak lagi.
Biasanya apabila ada duit lebih sedikit.. kita akan lebih cenderung untuk melaburkan duit kita kepada produk-produk kewangan yang diharapkan dapat memberikan pulangan wang yang lebih tinggi seperti iASB, Unit Amanah dan juga Pasaran Saham. Seringkali, hutang-hutang yang ada, akan di abaikan dan dibayar hanya pada kadar yang minimum sahaja.
Kuiz! Jika anda mempunyai wang lebih sebanyak RM500 sebulan, dimanakah anda akan gunakan wang tersebut?
A) Melabur dalam Deposit Tetap ( Pulangan 3% setahun)
B) Melabur dalam ASB (Pulangan 6% setahun)
C) Melabur dalam Unit Amanah (Pulangan 12% setahun)
D) Membayar Hutang Kad Kredit ( Kadar Faedah 18% setahun)
Klue Jawapan : Tidak ada gunanya anda melabur pada tempat yang menambahkan duit anda sebanyak 3% setahun, sedangkan hutang anda, menghakis duit anda sebanyak 18% setahun.
Anda hanya akan menjadi lebih miskin dan bertambah kecewa. Jadi.. fikir-fikirkan, laburkanlah duit anda pada tempat yang betul dan sah.
P/s:- Wei ****! bila nak bayor hutang aku? Mentang2 ler takde interest.. ko buat dek je ek! Isk! isk!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























Nie sure kes nak kutip hutang nieh.. muahahahah
Heheh, ada udang di sebalik mee rupenyer…
but good info anyway!
Nasihat yang baik. Tapi kita ni lebih cenderung tak bayar hutang sebab tak nampak pulangannya (walaupun dah merasa hasilnya sebelum tu tapi buat-buat lupa!).
Kekadang penhutang tegar ni,suka berhutang.bile nak bayar je asyik sembunyi..Kalo tak,takkan PTPTN,MARA & etc pening kepala nak org pinjam bayar hutang..Lain la kalo tak bayar kene tarik apa yang dapat dengan hutang mcm keta..tak bayar kene tarik..
Wah.. Nasihat dalam menasihati.. Hahaha..
memandangkan saya takde hutang kad kredit, maybe sy akan simpan kat ASB. Sebut pasal hutang, kawan baik saya sanggup berhutang ngan saya dah 3 thn tak bayar hanya kerana nak bergaya..sampai skang dia menghilangkan diri..
Segan nak mintak hutang depan-depan la ni yer.. Mintak hutang pun kena dalam blog.. Huhu
aiseh ambsmart, sempat selit lagi tu.. tahu ler blog shuth ni hot traffic pon..
untuk semua pelaburan yang shuth sebut, kena melabur dulu untuk ILMU. rite?
Yer.. en. aku! betul tu! bagus! bagus!..
Saya bila sebut melabur-melabur ni, mesti fail…bukan apa, pelaburan yang saya pernak buat dulu menambah hutang lagi adalah…la ni dah ada kesedaran sikit…InsyaALLAH tak tersesat lagi
Rilek la aku.. Bukannya hidden pun. Nak menumpang je..
Aiseh.. Tempat keje saya ni lembap sangat internetnya.. Rasa nak hempuk jerr pc ni. Bos tak bayar streamyx kot..
500×12 = 6000 per year.
letak je duit tu dalam simpanan biasa untuk setahun. dengan RM 6000 tu pergi kelas advance belajar main saham. leverage urself with other people knowledge by investing in financial education.
And by a year, you can gain more than .. ehem.. what 8%?
dan lebih penting, dengan ilmu tu dapat elakkan diri dari terjebak gejala investment scam yang makin menjadi-jadi. sebab tertarik dengan return 240% a year! ~greedy~
shuth, tq for info.
alhamdulillah, saya dah habis bayar hutang pengajian JPA 6 bulan yg lepas.
Ingatlah, Islam menuntut kita membayar hutang dgn segera jika berkemampuan.
assalamualaikum sume
shuth buleh tolong jawab tak?
tumpang tanya..sape kat sini yang tau sape penulis e-book kat dalam laman wen jutawaninternet4u…iklan dia bunyik cam menarik tapi mencurigakan..lepas tu dia buat link ke blog brader ni sbg partner…buleh cerita sket tak? ade hubungkait ke dengan penulis blog ni? saya perlukan jawapan yang jujur dan ikhlas sbbnya takde sebab..
terima kasih banyak2
penah dengar ke pasal d-xchange
Hutang tetap kena bayar beb.
petua kaya…jgn berhutang dan jangan memberi hutang..