Antara mulut dan keyboard!
Dalam sebuah kajian yang dilakukan, secara puratanya, ahli perniagaan akan gagal sebanyak 3.8 kali sebelum mereka berjaya di dalam perniagaan mereka. Sekarang semak, berapa kali anda telah berniaga? dan berapa kali anda telah gagal?
Jika, baru sekali!.. anda perlu cuba lagi..
Jika sudah lebih 5 kali dan masih gagal.. mungkin ada sesuatu yang kurang pada diri anda, selalunya, disebabkan oleh “attitude” anda. Jadi… kena banyak menginsafi diri dan ubah sikap anda. Saya pernah bertemu dengan seorang manusia makluk Allah yang mengadu kepada saya.. (secara offline), mengapakah perniagaannya asyik gagal.
Berniaga kuih.. gagal
Berniaga nasi lemak.. gagal
Berniaga goreng pisang… gagal
Kerja kilang perabot… gagal
Kerja kilang baju.. gagal
Buat MLM .. gagal
Kerja kilang biskut.. gagal
Berkahwin… gagal
Kerja jadi tukang masak.. gagal
Berniaga semula nasi lemak di tempat lain.. gagal
dan kini.. beliau sedang bekerja di tempat baru sebagai pencuci pinggan.. itu pun saya rasa tidak lama… 5-6 bulan lagi… dia akan mula bergaduh dengan semua orang, kemudian berhenti, dan akan mencari kerja yang lain…
Setelah hampir 40 tahun hidup di dunia ini.. beliau masih lagi tidak mempunyai sebarang kejayaan.. seumur hidupnya di penuhi dengan kegagalan..
Dulu, beliau pernah meminta nasihat dari saya.. bagaimana hendak memajukan perniagaan beliau? Sudah banyak kali beliau berniaga.. tapi tetap gagal! Semua perniagaannya hanya mampu bertahan 7-8 bulan sahaja.. paling lama pun setahun. Selepas itu.. pasti akan tutup…
Nak kata masakan tidak sedap? Menurut beliau.. semua pelanggannya berpuas hati dengan masakan beliau dan sering memuji-muji kehandalannya memasak. Kesedapan masakan beliau menjadi perbualan hinga ke 2-3 kampung yang berhampiran.
Nak kata tempat tak strategik? Bulan pertama dan kedua gerainya dibuka.. berpusu-pusu orang datang sampai tak cukup tangan nak melayan..
Nak kata gerai tak lawa.. tak juga.. standard lah gerai tepi jalan di kampung. Ada meja.. ada bangku tempat untuk duduk.. sudah memadai..
Sehinggakan saya mati akal.. tak tahu apakah yang menjadi punca kegagalannya.. (iyerla.. untuk mengatasi kegagalan.. bukankah kita mesti terlebih dahulu mencari punca kegagalan tersebut.. bila sudah tahu apa yang menjadi punca kita gagal.. barulah kita boleh atasi dan perbaikinya pada masa depan dan sekaligus mengelakkan diri kita dari terus gagal)
Sehinggalah pada suatu hari… saya bertemu dengan bekas pelanggan tetap gerainya… dan bertanya, mengapakah beliau tidak lagi mengunjung gerai “peniaga malang” tersebut sehinggakan gerai tersebut kini sudah ditutup.
Jawap bekas pelanggan tersebut.. “Tak tahanla… mulut dia tu jahat!”
BANG! Saya tersentak!….
Oh! barulah saya tersedar.. mengapa selama ini.. hidup beliau seringkali dipenuhi dengan kegagalan.
Puncanya… “mulut”… dan perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya itu pula, sudah semestinya berpunca dari “attitude/sikap” beliau.
Sikap yang sering suka memandang serong kepada orang lain..
Sikap yang sering suka mengumpat dan mengeji orang lain..
Sikap ego & keras kepala yang menganggap hanya dirinya sahaja yang betul..
Sikap sombong yang tidak mahu dengar nasihat orang..
SIkap suka cari pasal dan bergaduh..
Dan bermacam-macam lagi sikap yang buruk.. yang menjelaskan, mengapa beliau terus gagal.. dan gagal.. dan gagal..
Jadi, pengajarannya disini… jika hingga ke hari ini anda masih gagal.. silalah tengok-tengok sikap anda..
Jika di alam nyata.. “mulut” menggambarkan attitude anda…
Di alam siber… “keyboard” lah yang akan menggambarkan, bagaimanakah attitude anda.
Sekian.. wassalam
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

kerana mulut badan binasa, kerana keyboard… (sila sambung. heheheh)
baca le buku Jeff Keller “Attitude is Everything”. mmg bagus
http://www.attitudeiseverything.com
menarik post nie… sama jugak dalam perkahwinan. kalau .
berkahwin kali 1.. kena pukul -gagal
berkahwin kali ke 2… laki nak tambah lagi -gagal
berkahwin kali ke 3… campurtangan orang ketiga -gagal
nak wat cam ne….
bisnes kena jaga .
keluarga kena jaga.
attitude pun kena jaga.
iman pun kena jaga …
shuth, tq for info. anda memang kreatif dlm menulis.
mulai sekarang, kita kena menggunakan anugerah “mulut” kita utk membuat pelbagai aktiviti yg bermanfaat kpd diri sendiri & masyarakat.
Assalamualaikum…
Memang mulut atau keyboard yg akan menzahirkan apa yg tersirat dalam hati masing-masing dan mencerminkan tingkah laku seterusnya…
Pertama kali komen setelah lama mengikuti perkembangan blog ini dan pendapatan melalui cyber khususnya
Keyboard umpama Mulut.. Kita yang menutur segala kata2.. Oleh itu bertutur dengan adab dan sopan.. Betul x?? Sbb kita org Malaysia..
oh sedihnya….
haha… ini citer sama dengan citer dr fadzilah kamsah… 3 kali masak restoran tersebut….. dia punya bini punya pasal ler… perniagaan dia terus lingkup dengan andaian 3 bulan je…
di sebbkan watak mulutnya tersebut… laki dia? laki dia punyalah baik…
alahai…
kan dah kata…
sebab pulut santan binasa… makan dengan pengat durian lagi best…
sebab mulut berniaga binasa… sama jugak mereka yang mengutuk produk orang lain… cuba chek try tengok…
bagaimana mahu memajukan bisnes anda dengan lebih laju lagi??
dalam hidup ni tutur kata memang perlu dijaga, nak berniaga mulut kena manis. yang penting jangan nak jatuhkan orang lain untuk naik ke puncak. hati mau baik be.
Dalam dunia luar, kata2 yang anda luahkan menggambarkan apa yang ada dalam fikiran anda. Sebaliknya dalam dunia siber, “jari2″ yang anda petik pada keyboard itulah yang melambangkan imej anda. So, hati-hatilah dengan jari2 anda… Tersilap petik, imej tercalar. Jangan tak tahu… Ho..ho..ho..