You can’t make money…
January 23rd, 2007, by shuth

You can’t make money…

Saya pernah terbaca satu quote menarik tentang duit yang berbunyi..

If u can’t make money without money, u will never make money with money.

Pada saya, quote ini ada benarnya. Ia serba sedikit menjelaskan mengapa ramai orang yang membuat pinjaman bank untuk membuka perniagaan, gagal di penghujungnya. Ketidakupayaan membuat duit dengan duit, mungkin adalah disebabkan faktor kekurangan ilmu dan kemahiran.

Tetapi, jika kita mempunyai ilmu serta kemahiran yang mencukupi, insyallah.. tanpa modal yang besar pun kita masih boleh buat duit.

Kadangkala saya ingin tergelak juga, apabila melihat sesetengah individu yang ingin memulakan perniagaan, tetapi pening kepala, serta buntu untuk mencari dan mengumpul modal perniagaannya.

Saya tidak faham, mengapa mereka sentiasa membayangkan perniagaan-perniagaan yang memerlukan modal yang besar sedangkan mereka tahu mereka tidak berupaya menyediakan modal untuk memulakannya.

Bagi saya.. saya lebih selesa bermula dengan apa yang saya ada. Jika saya cuma ada wang RM100, saya akan fikirkan, “Perniagaan apakah yang boleh dimulakan dengan RM100?”, jika saya ada wang modal sebanyak RM500, saya akan fikirkan, “Perniagaan apakah yang boleh saya mulakan dengan modal RM500?”.. dan begitulah seterusnya..

Ringkasnya, saya akan lihat terlebih dahulu berapa modal yang saya ada… barulah saya akan fikirkan tentang idea perniagaan yang ingin dibuat..

Jadi, saya memang tidak faham.. mengapa sesetengah orang sibuk memikirkan tentang idea bisnes yang ingin dilakukan tanpa terlebih dahulu melihat modal yang mereka sedia ada.

Cakap bukan main.. nak buka kedai komputer la, kedai dobi la, kedai gambar la.. tetapi bila ditanya.. “Dah setahun berlalu, mengapa pintu kedai pun masih tak nampak lagi?”.. jawapannya.. “Tidak ada modal!… dah cuba buat pinjaman bank.. tapi tak lepas”.

Oh! Jikalau begitu…. mengapa tidak mulakan sahaja dengan bisnes kecil-kecilan? Mulakan dahulu dengan apa yang ada..

Dan seperti selalu… pertanyaan itu akan disambut dengan muka yang masam..

Mereka kata.. kita mesti “Think Big!”

Ya! Betul tu.. tapi…. “Think Big, doesn’t mean, must start, BIG!”..

So.. pendek kata (panjang tak kata apa).. Think BIG, Start Small, Finish BIG!.. and plan it.. start from the end in the mind.

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

17 comments Subscribe Comments

  1. Ya… tepat sekali!

    Gunakan dan manfaatkan apa yang kita ada dahulu untuk mulakan bisnes. Buang jauh-jauh prinsip mesti ambil pinjaman utk mulakan bisnes. Bisnes belum start, dah berhutang?

  2. Biar Kecil Asalkan Berhasil.. ;)

  3. Biar perlahan nnt laju smp x terkejar..

  4. Betul tu. Ramai yang nak buat projek besar2. Tapi tak ada modal, pinjam dengan bank. Pinjaman lulus dengan nilai yang banyak. Lepas tu tak tahu macam mana nak uruskan duit yang ada.

    Projek entah ke mana, duit yang di pinjam entah ke mana. Last habuk pun tak dapat. :D

  5. You’re damp right —>Think BIG, Start Small, Finish BIG!.. and plan it. and finally TAKE ACTION!
    Kebanyakkan orang kita ni cakap je nak buat bisnes tapi tak buat-buat akhirnya dok makan gaji aje le.

  6. ramai yang den terkono ni…apalagi,sikit2 la…x pun pelan2.Jangan la sampai langsung x ader.

  7. Biar Kecil Asalkan Berhasil Dari Besar Akhirnya Bubar – Chef Li

    patut baca buku ni.

  8. Aku terpaksa setuju shuth..
    Huh.. terasa jugak aku sebab dulu penah jadi macam tu, asyik merungut je mana nak cari modal, meniaganya nak besar-besar saja sebab konon nak ‘Pikir Besar’ tapi realitinya ‘Poket Kecik’ dah tu belum ada pengalaman nak meniaga pun lagi, dah nak buat perniagaan besar- itu think big tak tentu arah namanya.

    Tapi kalau asyik kecil-kecilan saja dari dulu sampai sekarang dan takda cita-cita nak besarkan perniagaan, tak best jugak. So perlu ada think big kat situ, baru boleh berkembang maju tapi dengan syarat, kecil-kecilan dulu la ye.. hehe yoshh..

    TQ shuth.

  9. betul tu… skrg nie aku terpaksa buat kecik2 je.. sebab modal kecik.. tp tetap ada angan2/cita2 yang besar.
    Tp kalo rasa impian yg besar tu boleh dilaksanakan.. why not go for it.. yg penting ilmu cukup didada… untung rugi memang adat berniaga kan? jadi kene bersedia menerima kenyataan yg kita boleh rugi…

    just my 2cent

  10. saya amat setuju ngan pendapat shuth. ayah saya pernah cakap. kalau ada rm1000, fikir macam mana nak gandakan jadi rm2000. tapi silapnya peniaga melayu kita. dapat untung sikit, terus terkam beli kereta mewah. kalo yang gatai main pompuan, terus ‘sambar’ bini lagi sorang.. apa nak jadi la.. huhu..

  11. Kita peluang yang ader… jgn dok fikir peluang lain ;) ade RM10 kita berniaga cara RM10 kan senang :D

  12. Nice article.. really love it! Mmg terkesan dlm kapla otak ini:

    “Think Big, doesn’t mean, must start, BIG!”

    Thx bro..

  13. yups… apa yg penting adalah ‘strategi’ … walaupun modal kecil ia tetap mempunyai nilai yang besar suatu hari nanti.. contohnya beli buku mengenai Effective Marketing yang berharga RM69.90 membolehkan anda mempraktikkan strategi marketing sehingga dpt untung berjuta ringgit… ia satu investment yg paling berbaloi.. without marketing your business will die soon…

  14. “A big business was just a small business that did the right things…”. Tu kata Rich Schefren. Apa saja yg kita buat, modal kecil ke besar, kalau tak buat betul2, hancur… :)

  15. By kay on February 7th 2007

    saya masih baru dalam bidang ini, i’ve surf to many website yg mengandungi perkara2 berkaitan cara2 buat duit melalui internet. dukacitanya banyak juga yg saya perolehi daripada research saya, kebanyakannya tidak boleh diambil serious….dan saya juga agak ragu2 mengenai rajaadsense dan website yg sealiran dengannya….boleh sesiapa dari anda menjawab persoalan & keraguan saya ini….????

  16. By worieh n9 on October 30th 2007

    yo boto tu “Think BIG, Start Small, Finish BIG!.. and plan it.. “.. musti ado plan & plan tu suai ngan modal yg kito ado… n modal tu mesti dipocah 3… duit pusing/back-up/duit maso dopan… klu ado rm1000 tigo ratuih yo buleh wek mulo niago lain tu simpan… drpd pengalaman den yg tak seberapo nie.. ingat caro niago org minang.. kok tak berhasil apo2 pagi tu usah minum sarapan tunggu smpi mlm sampai ado hasil..

  17. betul jugak….nasib baik den terbaca artikel ni… kalo tidak den dah bankrap dah….
    den ni baru je 17 tahun… tp minat sungguh pasal perniagaan internet tapi bukan nk cepat kayo.. cume skadar minat jer sb urusan semua kebanyakan otomatik.. x lah asyik nak makan gaji jer….
    tp bagi den kalo nak berjayo dalam bidang peniagaan ni mestilah keno jadi yang pertamo,, tul x??
    kalo nak bukak kedai gambar pun.. kalo leh bukak la kat tempat yg lum ada kdai gmbar..
    nnti kalo dah bukak walaupun kedai guna modal 1000 untung mesti berpuluh ribu tul x???


Add your comment