Ingin Cepat Kaya?

Zaman sekarang adalah zaman dimana semua perkara perlu dilakukan dengan segera dan pantas. Jadi, tidak hairanlah jika, kekayaan juga menjadi salah satu perkara yang paling diminati untuk dilakukan dengan segera dan pantas.

Persoalannya? Bolehkah “kekayaan” itu diperolehi dengan kadar masa yang segera dan pantas?

Saya beri anda masa 3 saat untuk memikirkan jawapannya…

1..

2..

3..

Ok! Apa jawapan anda?… Boleh atau tidak?

Satu perkara yang perlu anda tahu.. “KAYA” dan “CEPAT” adalah merupakan perkara yang subjektif. Apabila dikatakan subjektif.. bermakna, ia tidak mempunyai nilai piawaian standard (Si Unit).

Ada orang.. mempunyai wang tunai RM10,000 itu sudah dianggap kaya…
Ada orang.. mempunyai wang tunai RM1,000,000 barulah dianggap kaya..
Ada orang.. mempunyai sebuah rumah banglo itu sudah dianggap kaya..
Ada orang.. mempunyai 4-5 rumah untuk disewakan kepada orang lain barulah dianggap kaya..

Ringkasnya.. definasi “kaya” itu berbeza bagi setiap individu.

Begitu juga dengan perkataan “CEPAT”.. ia juga berbeza bagi setiap individu.

Jika saya katakan, anda boleh menjadi jutawan dalam masa 1 bulan! Adakah akal anda akan dapat menerimanya?

Ada sesetengah orang kata… boleh!
Ada sesetengah orang kata.. tak boleh!
Ada sesetengah orang kata.. kena tengok dulu siapa yang cakap tu..

Bagi saya… ia tidak mustahil… memang boleh!

Jika dulu, sewaktu zaman “Industrial age”, menjadi kaya dalam masa 5-10 tahun adalah merupakan satu perkara yang agak mustahil dan tidak boleh diterima akal. Tetapi kini, ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini kerana, pada masa itu, orang-orang kaya mengambil masa antara 10-20 tahun untuk membina kekayaan dan mejadi jutawan.

Di zaman “information age” ini.. orang sudah boleh menjadi kaya/jutawan dalam masa 3-5 tahun sahaja, ia bukanlah suatu perkara yang luarbiasa lagi. Walaupun perkara tersebut amat-amat jarang berlaku.. tetapi ia tidaklah mustahil dan masyarakat sudah boleh menerima hakikat itu, seperti mana, manusia menerima hakikat, bahawa, manusia pada zaman kini sudah boleh terbang (naik kapal terbang la).

Cuba anda bayangkan, apa yang akan berlaku jika anda dapat kembali ke zaman kesultanan melayu melaka, dan memberitahu masyarakat pada hari itu, bahawa, manusia ini sebenarnya boleh terbang!.

Hanya ada 2 kemungkinan…
1) Anda akan dikatakan gila dan dipinggirkan..
2) Anda akan disula kerana didakwa membawa ajaran sesat.. oh!

Tetapi, semua itu sudah tidak mustahil lagi pada masa kini. Selaras dengan peredaran zaman… segala aspek ilmu juga turut berkembang. Begitu juga dengan ilmu kekayaan… jika dulu, ilmu kekayaan mengambil masa 20-30 tahun untuk menjadikan seseorang itu kaya. Kini, ilmu kekayaan hari ini sudah dapat memendekkan jangka masa tersebut kepada 3-5 tahun. Akan datang.. tidak mustahil ilmu kekayaan yang baru akan ditemui.. yang boleh menjadikan seseorang itu kaya dalam masa.. setahun? sebulan? atau seminggu?

Nota : ilmu kekayaan yang saya maksudkan disini ialah ilmu yang betul seperti ilmu pengurusan kewangan, ilmu perniagaan dan juga ilmu pelaburan yang sah. Bukannya ilmu nombor ekor, ilmu main judi mahupun ilmu tipu duit orang.

Sesetengah orang, tidak dapat menerima hakikat, bahawa seseorang itu boleh menjadi kaya dalam masa 3-5 tahun (Saya mengambil contoh masa 3 – 5 tahun kerana ia adalah jangkamasa yang logik pada zaman ini. Jika ada yang kata, anda boleh jadi jutawan dalam masa kurang dari setahun, ia masih dianggap tidak logik pada zaman ini. Anda perlu meminta pihak tersebut, menyediakan bukti yang kukuh serta kertas laporan yang lengkap mengenainya. Jangan sesekali menerima bulat2 kenyataan tersebut dan kemudiannya, mengeluarkan semua wang simpanan anda untuk diberikan kepada pihak tersebut, sebelum anda mendapatkan laporan yang terperinci mengenainya, bukti yang kukuh, serta pandangan dari pihak ketiga.)

Berbalik kepada ayat asal tadi.. sesetengah orang, tidak dapat menerima hakikat seseorang itu boleh menjadi kaya dalam masa 3-5 tahun kerana, mindanya telah di programkan dan dihadkan oleh persekitaran sekeliling dan juga pengalaman hidupnya.

Jika anda penah melihat gajah sarkas, anda boleh lihat, gari yang mengikat kaki gajah tersebut adalah kecil sahaja. Dengan sekali “rembatan” sahaja, gajah tersebut sebenarnya mampu untuk memutuskan gari besi tersebut. Tapi tahukah anda, gajah tersebut, tidak akan sesekali me”rembat” gari besi itu. Mengapa?

Sebab, fikirannya telah diprogramkan.

Begini kisahnya… pada suatu masa dahuu, sewaktu gajah-gajah tersebut berada di zaman riang kanak-kanaknya, kaki mereka telah digarikan dengan besi gari yang amat kuat dan kukuh. Beribu-ribu kali anak gajah ini cuba memutuskannya.. tetapi disebabkan kerana tubuhnya yang kecil pada masa itu dan gari yang digunakan itu pula sungguh besar dan kukuh. Maka, sudah tentulah ia tidak dapat memutuskan gari besi tersebut. Sehinggalah.. sampai kepada satu tahap.. dimana anak-anak gajah ini, menjadi putus asa dan membenamkan di dalam fikiran mereka.. bahawasanya , mereka sememangnya tidak akan mampu memutuskan gari tersebut. Sehinggalah mereka membesar… walaupun kekuatan mereka telah bertambah dan gari yang besar tadi telah digantikan dengan gari yang kecil.. mereka, tetap tidak akan cuba untuk memutuskan gari tersebut kerana, fikiran mereka telah diprogramkan dengan kenyataan.. “Mustahil aku dapat memutuskan gari ini”

Begitu jugalah halnya dengn diri kita… mungkin disebabkan sudah terlalu banyak kita mendengar penipuan atau pun pernah menjadi mangsa penipuan, tentang “menjadi kaya cepat” ini. Maka ia membuatkan kita menghadkan pemikiran kita.. bahawa… tiada cara untuk menjadi kaya dengan cepat dalam dunia ini. Jika ada.. semuanya adalah tipu belaka. Minda kita telah di”set”kan untuk tidak menerima perkara itu.

Jadi.. mari kita fikir-fikirkan semula. Adakah sememangnya tidak wujud di dunia ini kaedah untuk menjadi kaya dengan cepat? atau.. pemikiran kita yang telah di”gajah”kan?

Pada saya… tidak mustahil kita boleh kaya dengan cepat.. dan tidak ada salahnya kita mempunyai pemikiran ingin kaya cepat!

Yang salahnya… “Ingin cepat kaya, tapi tak mahu buat apa-apa(pemalas!)”

Oh!.. saya dah baca buku yang berjudul “Think Lazy, Grow Rich”.. dalam buku tu, takde pun sebut.. “Dengan meletak duit di sesuatu tempat dan kemudiannya goyang kaki… anda akan menjadi KAYA! dengan cepat”..

Sekali lagi… ingin saya sampaikan, mempunyai pemikiran ingin cepat kaya! tidak salah!… yang salah.. mempunyai pemikiran cepat kaya tanpa perlu berusaha. (Mungkin prinsip ini akan lapuk dan menjadi tidak benar pada masa akan datang, tapi, bagi saya, buat masa ini… saya lebih selesa memegang prinsip ini, prinsip inilah yang telah banyak menyelamatkan saya daripada menjadi mangsa kepada amalan “ilmu kekayaan sesat” orang lain.)

23 thoughts on “Ingin Cepat Kaya?

  1. Salam…
    Ai.. Shuth nie dah nak jadi jutawan dah kerr???
    Header pun dah tukar… Post pun dah lain jerr…
    Mudah2an cepat jadi jutawan yang bertakwa…

    Bagi saya … kekayaan adalah bebas dari hutang….

    Kalau duit ada sejuta tapi hutang sejuta satu sen… miskin lagi tue..

    Apa pun tak mustahil untuk jadi cepat kaya… tapi kena usaha dgn kuat dan smart.. macam smart zul… :)

    p.s: Kalau nak cepat kaya kahwin dengan janda kaya lerr :D

  2. bagus lh tu shuth..way to go! dah kaya nanti jangan lupa kepada golongan yg memerlukan. orang bukan Islam mcm bill gates pun mendermakan separuh dari kekayaannya. kita sebagai umat Islam apatah lagi.

  3. tahniah krn header yg baru dan cantik.

    ops, sekali baca terasa mcm shuth dah kaya/jutawan.
    apa2 pun saya doakan shuth akan mencapainya.

    setakat hari ni, saya dah hidup senang,
    tapi apabila terjebak dlm dlm ebiz ni, saya nak jadi jutawan dan menolong mereka2 yg memerlukan bantuan saya kelak.

  4. hehe… Shuth sekarang ni dah lain fokus dia!

    Sebenarnya minat dia lebih kepada wealth making dan financial management! Sebab tu dah tukar imej dan corak penulisannya!

    Internet hanyalah salah satu cabang atau saluran kekayaan! Tak gitu,Shuth?

  5. He. he.. thanks tazilan…
    Yer.. actually.. sebelum ini. saya ingin buat satu post pengumuman.. tapi… rasa macam tak perlu…

    Apa-apa pun.. kepada yg mungkin belum perasan.. saya memang dah kurang sedikit cerita pasal internet biz.. saya ingin menukarkan fokus blog ini.. sedikit demi sedikit.. agar selaras dengan perubahan fokus saya pada tahun ini…

    Saya akan lebih banyak menfokus kepada “wealth & financial knowledge” selepas ini..

    Internet biz?.. saya akan tulis juga serba sedikit tentang internet biz jika berkesempatan.. sebab… bagi saya, internet biz.. adalah salah satu cabang saluran kekayaan.. (macam lan cakap tu)..

    Yup!.. Internet biz… memang boleh jadikan kita kaya….
    Tapi.. kalau kita nak KAYA dengan CEPAT.. kita tak boleh bergantung hanya kepada internet biz.. Leveraging & MSI itu penting.. ;)

    As i said before… menjadi kaya itu bukan hanya 1 jalan.. :)

  6. setuju kekayaan adalah subjektif….begitu juga kejayaan, yang penting matlamat anda. Adakah mudah untuk menjadi CEO zaman sekarang? ya cukup mudah. Bina satu company atas nama anda dan letak diri anda sebagai CEO. Nah anda sudah berjaya!!!! Tidak saya ingin menjadi CEO yang berpendapatan 1 juta sebulan. Ohhh kalo begitu masih jauh perjalanan……

  7. sebut pasal kaya, sapa yang tak nak kaya yer?? tuh termasuklah saya sekali.. hehehe.. dan masih lagi berusaha untuk membebaskan diri dari hutang lagi.. banyak lagi nak setel ni..

  8. tahniah shuth. Nampaknya kini sy perlu selalu datang kesini. Saya memang teruja dengan wealth & financial knowledge. Memberikan semangat. Gaya penulisan shuth jugak amat menarik. Nie kesan dari bengkel penulisan Azizi Ali ka?

  9. Ya Shuth, macam apa yang selalu kita dengar ;

    “The greatest barrier in our life is our own mind”

    …er, tak pasti la pulak sape yang cakap ni, tapi ia dah berulang-ulang kali disebut.

    “Change mindset towards weatlh creation , take action, and leave all the efforts to Allah. Let Him do the rest”

  10. Hai Shuth.. lama dah x komen kat sini. Ok.. bagi saya yang inilah ‘kunci penting’ dlm mencapai kekayaan.

    Ayuh.. sama2 kita orang Melayu mempunyai matlamat pengembaan ke ‘Planet Jupiter’! :)

  11. sebagai orang yang pernah menginginkan menjadi jutawan. Saya tertarik dengan fenomena yang di bincangkan kerana ia membawa beberapa pakatan dalam kawalan yang biasa di lalui oleh pelbagai orang. Hubungjalin antara tauladan juga diselitkan agar dapat memberi ilham dan perintah supaya di benam di benak dengan mudah. Ini adalah prinsip saya.. orang yang gagal ialah mereka yang putus asa. Saya masih berusaha menjadi kaya dan pelbagai program sudah dikenalpasti dan telah dijalankan. Tetapi belum menemui jalan lurus tetapi sudah mampu membina jalan lurus di dalam kotak pemikiran……sayonara

  12. salam,
    family aku kira ok lah..sederhana..nk dikata kaya tentulah jauh sekali..parent aku kira alhamdulillah ok..aku bkn niat bermksd nk menunjuk tp keadaan kadang2 memaksa..parent aku da bangunan pejabat dalam 2 blok.jumlah sume dalam 14 buah dan modal berbayar dalam RM4.5juta.parent aku da wakaf bina rumah Allah,Tadika kanak2..kete pn juz pakai kete toyota corolla KE30 tahun 1982.aku umo 22 skrg n modal aku skang RM1.5juta..tp bg aku itu jumlah yg kecik cz cina beribu kali ganda saiz modal lebih besar.mentaliti org melayu,selagi xpakai kete besar,umah xbesar,xpakai baju kot…selagi tu lah xkaya.dngn mentaliti mcmnilah kita xkan maju.Definisi kaya meluas..ALLAH maha kaya.tak dinafikan umo mcm aku ramai nk pkai kete mahal2.sport..kwn2 aku ramai yg pkai kete branded.dan sesekali aku diejek cz dorang xtau ttg profile aku.aku juz guna kancil..bg aku ckuplah…memadai..g mana2 pn sampai jgk kn :)..aku sentiasa berpegang pd prinsip JGN MEMBAZIR,BYKKN SEDEKAH cz ahirat nnti 1,1 akan dihitung..kita manusia smpai bla2 xkan kaya cz nnti kita akan tinggalkan jgk..jika ada duit lebih arini cptlah2 sedekah pd org yg mmerlukan…kaya dunia tp akhirat muflis wtpe kn…baik sedrhana dunia,kaya akhirat…kaya dgn amalan,budi bahasa..:) 1 lg..aku,family tggl kt kampung aje kt p.mas,kelantan:) 1 lg xda hutang bank walau pn pkai kancil :))

    -ini hanyalah pengalaman aku pernah tempuhi..pendek kata kita mesti usaha tnpa rasa letih and don’t give up,dlm perniagaan wajin jgn menipu n tindas org…rezki nnti akan diberkati…insyaalah

    Tapi papehal aku suka blog ni…tahniah..

  13. Ya iyalah. Jaman sekarang mana ada yg instan. Emang sh buat jadi kaya dgn cpt itu mudah. .Kalo bwt gw sh bedanya cuma di pola pikir masing masing orang aja. Styp orang pasti kpgn kaya Dari hati yg plg dalam. Bohong kalo gk kpgn kya.. Maen ke blog w juga ya,blog w Pagerank 3 dri google loh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge