Archive for February, 2007

28
Feb

Tangan kiri boleh tengok tangan kanan ke?

Satu amalan yang sehingga kini tidak dapat dibuktikan secara saintfik,tTetapi, amat berkesan dan mujarab, di dalam menjadikan seseorang itu kaya dan gembira.. ialah amalan “suka memberi”, atau dalam bahasa yang lebih islamiknya… “bersedekah”.

Amalan “memberi” / “bersedekah” ini ada dinyatakan didalam al-quran dan bible. dan penerangan mengenai kelebihan amalan ini biasanya lebih tertumpu kepada manfaat “rohaniah”/”spiritual”.. dan disebabkan tiada penjelasan yang saintifik mengenai amalan ini. Maka, ramai juga yang tidak begitu mengambil berat tentang amalan ini di dalam mengejar cita-citanya menjadi kaya dan hanya memandangnya sebagai perkara yang enteng sahaja.

Amalan ini, sememangnya amat mujarab… yang penting.. ia perlu dilakukan secara ikhlas. Seperti yang biasa kita dengar, jika ingin bersedekah, bersedekahlah dengn tangan kanan, dan pastikan tangan kiri anda tidak mengetahuinya.

Sewaktu saya kecil… apabila saya ingin memasukkan duit ke dalam tabung di surau, saya akan pastikan, saya menghulurkan duit syiling tersebut dengan tangan kanan dan tangan kiri saya pula akan dimasukkan ke dalam poket. Secara teknikalnya, dengan berbuat demikian, maka, tangan kiri saya tidak akan tahu… pada masa itu, saya betul2 percaya bahawa, si tangan kiri boleh melihat aktiviti si tangan kanan secara “spiritual”..

Tapi lama-kelamaan baru saya tersedar.. rupa2nya ayat “bersedekah biarlah dengan tangan kanan, dan tangan kiri diselindungkan” itu sebenarnya, hanyalah satu bidalan saja! ( Cis!..  den mati2 ingat tangan kiri memang boleh nampak tangan kanan.. )

Maksud sebenar ayat tersebut ialah, jika anda bersedekah, pastikan  orang lain tidak mengetahuinya, walaupun orang yang paling rapat dengan anda seperti, suami, isteri, adik beradik, ataupun ibu-bapa. Itu lah sebenar maksudnya.

Jadi, bersedekahlah dengan ikhlas..  tak pernah lagi saya dengar orang jadi miskin sebab bersedekah.. :)

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

24
Feb

Maskahwin Turun Harga!

Mungkin dah ada yang tahu..dan mungkin yang beum tahu. Jadi, disini, saya hanya ingin memberitahu kepada yang belum tahu… yang dah tahu.. mungkin boleh beritahu kepada rakan-rakan yang belum tahu.

Sejak 22/2/2007 yang lepas, saya telah pun menukarkan format produk website maskahwin.com daripada buku fizikal kepada format ebook. Untuk format ebook ini, saya menggunakan perisian ebookpro, dan bukannya format pdf. Software ini memang agk mahal sedikit, so.. saya tak berapa rekemenkan kepada newbie yang ingin baru menceburi industri ebook. Ia lebih sesuai kepada mereka yang betul-betul serius dengan produk ebook mereka. Tapi kalau newbie nak guna juga.. boleh sahaja.. tiada masalah. (Tapi saya masih rasa, daripada anda menghabiskan modal anda,membeli software ini, adalah lebih baik jika anda gunakan wang tersebut utuk mendapatkan servis autoresponder berbayar. Saya rasa, autoresponder adalah lebih penting daripada software ini.)

Disebabkan buku maskahwin yang hilang telah ditukarkan kepada format ebook, maka, kos pengeluarannya telah dapat dikurangkan, sekaligus, menyebabkan harganya diturunkan daripada RM18 kepada RM15.

Kepada yang nk kahwin tetapi ada sedikit masalah dari segi kewangan! Dapatkan segera ebook “Maskahwin Yang Hilang”… mungkin ia dapat membantu menyelesaikan masalah anda.

Oh! Sebelum terlupa.. kepada yang sudah menjadi agen! Anda tidak perlu risau, komisyen bagi setiap jualan tetap RM5.

YOSH!!

22
Feb

Viral Marketing… konon!

Kali ini, saya akan cerita mengenai topik “perniagaan internet” pula… iaitu tentang teknik viral marketing…

Viral marketing sememangnya suatu teknik marketing yang hebat, tetapi jika tidak dilakukan dengan BETUL dan TERANCANG , ia hanya akan mengecewakan dan tidak berkesan.

Salah satu prinsip di dalam konsep viral marketing ialah “Memberikan sesuatu yang berharga kepada orang ramai, secara PERCUMA”.

Terus terang saya katakan, saya pernah melakukan teknik ini, dan hasilnya, saya GAGAL.

Harapannya, dengan memberikan sesuatu yang percuma kepada orang ramai, maka, orang ramai akan menyebarkannya kepada orang lain.. dan orang lain itu pula.. akan sebarkannya pula kepada orang lain yang lain.. orang yang lain yang lain pula.. akan sebarkan pula kepada orang yang lain yang lain yang lain… dan orang yang lain yang lain yang lain… ok.. ok… cukuplah tu.. pening den nak membacanya.

Hakikatnya?… apabila saya berikan barang PERCUMA itu kepada orang ramai.. orang ramai TIDAK menyebarkannya kepada orang lain. Kesudahannya, virus yang saya cuba cipta, tidak menjadi (Viral marketing adalah satu teknik marketing yang diilhamkan daripada kaedah penyebaran virus )

Alhamdulilah!.. saya BELAJAR dari kesilapan ini!.. (Pengalaman & Kegagalan adalah guru yang terbaik)

Satu persoalan yang timbul daripada keGAGALan itu… Mengapa orang tidak menforwardkan “produk percuma” saya? Mengapa? Mengapa? Mengapaaa!!? (Sambil menghempaskan diri di atas katil dan memukul-mukul bantal.. oh!)

Kemudian, Saya bangun dan masuk ke dalam tandas…
Blink! Satu persoalan timbul, apakah sebenarnya yang membuatkan orang berasa “ghairah” untuk menforwardkan “sesuatu” kepada orang lain?

Setelah berfikir beberapa ketika di tempat yang sunyi tersebut.. saya dapat beberapa jawapan.. dan jawapannya… ia bukanlah disebabkan “sesuatu” itu PERCUMA!! ataupun disebabkan, betapa manfaatnya sesuatu produk percuma itu.

Tetapi, orang LEBIH berminat untuk menforwardkan “sesuatu” itu.. (sesuatu itu contohnya adalah seperti powerpoint slide, video, ebook, mini report, senarai semak, kalendar, ezine… dan sebagainya).. hanya jika mereka mendapat manfaat apabila mem”forward”kannya, dan bukannya manfaat yang diperolehi secara langsung dari produk PERCUMA tersebut!

Antara contoh manfaat yang men”ghairah”kan untuk seseorang menforwardkan sesuatu ialah..

Manfaat #1 : Pahala.
Yer! Itu adalah salah satu sebabnya… sebab itulah kita dapat lihat ramai betul orang yang suka forward2 email yang mengandungi tazkirah.

Manfaat #2 : Lebih Banyak Freebies
Jika anda katakan kepada orang ramai.. bahawa mereka akan mendapat lebih banyak template percuma, atau fail audio, atau apa2 sahaja produk lain secara PERCUMA!! dengan syarat mereka menforwardkan terlebih dahulu produk percuma anda yang pertama itu. Ke”ghairah”an mereka untuk mengisi email forward akan bertambah!

Contoh aplikasi..

Gobala dengan 100percentsmalaysian.com
Kidino dengan DIYminisite.com (masa version 1.0 dulu lah)
Wangcyber dengan WCezine #1 (dulu lah)

Manfaat #3: DUIT!

Ho! ho!.. inilah alat peningkat “ghairah” yang paling berkesan. Lihat sahaja bagaimana Scott Boulch melakukannya dengan ebook percumanya “The Death Of Google Adsense” dan Mike Filsame dengan “The Death Of Internet Marketing”nya.

Keghairahan orang untuk menyuruh orang lain turut mendownload ebook free tersebut memancut-mancut meluap-luap.

Jadi.. satu pengajaran yang saya dapat disini…. jika anda ada menulis ebook! Dan ingin memberikannya secara percuma kepada orang ramai untuk tujuan viral marketing!

Rancang dengan teliti strategi viral marketing anda.

Yosh!




Email Subscriber

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner