04
Feb
07

Rahsia Meletakkan Harga!

Apabila tiba bab meletakkan harga pada produk… ada satu perdebatan klasik tentangnya. Iaitu, sama ada meletakkan harga murah? atau harga mahal?

Harga murah => senang di jual => banyak untung!
Harga mahal => tak perlu jual banyak => untung lebih kurang sama atau lebih tinggi berbanding  ”produk yang sama tetapi diletakkan dengan harga murah!”

Bagi yang suka “letak harga murah” pada produk mereka..
Mereka berpendapat..
1) Lagi murah.. lagi banyak boleh jual..
2) Orang takkan berfikir panjang bila hendak membeli produk yang murah..

Bagi yang suka “letak harga tinggi” pada produk mereka..
Mereka berpendapat..
1) Harga melambangkan “kualiti”.. disebabkan produk saya amat berkualiti.. maka saya perlu letakkan harga yang tinggi pada produk saya.
2) Saya tak kisah jika tidak ramai orang yang membeli produk saya.. saya hanya perlukan orang yang betul2 berminat sahaja membeli produk saya, dan ini, sekaligus akan menjadikan mereka lebih menghargai produk saya.

Bagi saya… kedua-keduanya.. tidak salah… letak harga murah ke.. harga mahal ke.. masing-masing mempunyai kekuatan, kelemahan serta alasan yang tersendiri.

Namun begitu, kini, pihak-pihak yang menyokong produk harga murah  mempunyai sebab yang lebih kukuh dan banyak, mengapa mereka harus meletakkan harga yang murah kepada produk mereka. Salah satu sebab yang menarik, orang biasanya tidak akan ada banyak rungutan kepada produk yang berharga murah… “Murah beb!.. standard lah kalau kureeng sikit”

Ada banyak lagi sebab yang menarik tentang “meletakkan harga murah pada produk”. Apakah sebab-sebab yang menarik tersebut? Anda boleh ketahuinya dengan membaca report “$7 Dollar Secret yang ditulis oleh Jonathan Leger”. Saya kira, ini adalah report yang WAJIB dibaca oleh semua internet marketer malaysia yang ingin menjual info produk. Oh! Maaf… report ini berharga USD7.. bukan free yer!

Bagi saya!… jika ditanya, yang manakah menjadi pilihan hati saya jika ingin meletakkan harga pada produk saya? Adakah harga murah? atau harga mahal?

Saya akan pilih… DUA-DUA!..

Aik? Dua-dua? Macam mana tu? Tak paham la…

Mudah sahaja! Lihat bagaimana saudara irwan danhill melakukannya di smswang.com!

Satu lagi contoh… lihat sempoihosting.com… anda rasa.. harga hosting disitu mahal atau murah? (Anda perlukan, kertas, pen, kalkulator serta suasana yang tenang dan sunyi untuk mendapatkan jawapannya! ho! ho! ho!)

Kesimpulannya.. tidak mustahil untuk anda meletakkan harga yang mahal dan murah secara serentak pada produk anda. Apa yang anda perlu miliki, ialah sedikit ke”kretifan”.

Yosh!

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


7 Responses to “Rahsia Meletakkan Harga!”


  1. 1 Imo Imora Feb 4th, 2007 at 5:37 pm

    Ha.. saya tahu mana tempat yang tenang dan sunyi tu. Hem.. kat ehem.. ehem la!

    Oh.. rupanya x salah kalo kita letak kedua-dua harga sekali. Info yang menarik. Mekasih Shuth :) .

  2. 2 hapisol Feb 5th, 2007 at 12:20 am

    tq for info,

    cuma masalah newbie ni;
    1. tak yakin dgn produk yg mampu dijual, kalau harga murah, maybe tak kualiti, kalau mahal, maybe tak laris
    2. diri ini masih tiada kredibiliti yg tinggi jika dibandingkan dgn otai/pakar IM spt shuth, zul, irfan, alang, saifulsham, sham, dll.

  3. 3 Jebat Mesrainternet Feb 5th, 2007 at 1:40 am

    Murah ke.. mahal ke… kekadang pening juga nak fikir! Lebih-lebih lagi kalo tu produk pertama kita. Dengar tip-tip macam nie lega sikit! :-) Nanti nak letak harga mahal kat lain-lain produk saya ;-)

  4. 4 Mohd Sufian Feb 5th, 2007 at 5:02 pm

    Murah dan mahal bukan masalah.

    Salah satu cara untuk mengetahui harga mana yang paling berkesan jika menjual di internet kita boleh guna tracking script. Dengan script ini kita boleh set dua saleletter yang akan di “rotate” dan script ini akan mengira CTR dan juga data2 yang berkaitan bagi kedua-dua saleletter.

    Di data2 nie anda akan mengetahui behaviour customer dalam niche yang kita pilih. Mereka lebih menyukai harga yang murah atau yang mahal. :D

  5. 5 Imo Imora Feb 5th, 2007 at 6:17 pm

    Hem.. Sufian, mana kita nak dapat script tu yer? Bole bagi tau? :)

  6. 6 shuth Feb 6th, 2007 at 1:31 am

    yerla en. sufian.. skrip apa tu yer…
    Lagi satu.. kalau guna skrip macam tu.. elok ke?.. tak ke nanti ada client yang pertikai.. sekejap mahal, sekejap murah?..

  7. 7 hapisol Feb 6th, 2007 at 2:29 am

    ye la sufian, ceritalah kat kami, tentang skrip tu?
    nak tahu sangat2 ni.

Leave a Reply




Email Subscriber

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner

Twitter Updates


follow me on Twitter

Get a bit of quick cash when you need it with payday loans

Partner links