Rahsia Duit Untuk Masa Depan Terbongkar!
February 8th, 2007, by shuth

Rahsia Duit Untuk Masa Depan Terbongkar!

Ok!.. memandangkan blog saya ini sudah bertukar niche kepada “wealth knowledge”, maka kali ini saya akan bercerita tentang topik “simpanan untuk anak-anak”. Ops!.. entry kali ini lebih sesuai untuk yang sudah menjadi ibu atau bapa.. tapi kalau yg bujang-bujang nak baca sekali pun tak apa.. boleh dijadikan persiapan untuk masa depan.

Sewaktu saya berumur 16 tahun… saya terpaksa berpindah sekolah, dari sekolah di kampung, ke sekolah yang terletak di bandar. Sekolah dikampung jaraknya hanya 800 meter dari rumah saya, manakala, sekolah dibandar pula jaraknya, lebih kurang 20km dari rumah saya. Saya terpaksa berpindah sekolah kerana, sekolah di kampung tidak mempunyai sesi persekolahan untuk tingkatan 4 dan 5 ke atas.

Jadi, bersekolahlah saya di sekolah bandar tersebut. Sekolah bandar itu adalah sekolah baru. Memandangkan ia adalah sekolah baru.. dan berada di kawasan yang agak jauh dari jalanraya utama, maka tiada bas yang melalui kawasan sekolah tersebut. Pendek kata, kalau nak pergi sekolah.. memang tak boleh naik bas.

Jadi, hanya ada 3 cara sahaja untuk pergi ke sekolah itu.

1) Naik van sapu.. yang akan menghantar dan mengambil penumpang2 tetapnya setiap pagi dan petang. Yuran bulanan dikenakan kepada ibu-bapa yang ingin menggunakan kemudahan ini untuk anak-anak mereka pergi dan balik sekolah. Masalah dengan van sapu ini, ia hanya boleh memuatkan 20 orang sahaja (10 orang setiap kali trip, satu hari, 2 trip pergi dan 2 trip balik). Malangnya… saya terlambat untuk membuat tempahan, dan kuota telah penuh dengan pelajar-pelajar perempuan.

2) Naik motorsikal sendiri.. memandangkan saya bukanlah dari keluarga yang berada. Maka, kaedah ini memang tidak boleh digunapakai oleh saya. Apa yang saya dapat lihat, kaedah ini paling ramai digunakan oleh pelajar-pelajar cina yang sekelas dengan saya. Pada masa itu, saya agak tercengang juga.. macam mana pelajar-pelajar cina boleh membeli motorsikal sewaktu mereka berumur 16 tahun, sedangkan, ibu bapa mereka bukanlah orang kaya pun. Kerja kampung je macam ibu bapa saya.

3) Naik basikal… memandangkan harga basikal adalah 10x ganda lebih murah daripada motorsikal, dan sememangnya, itulah sahaja yang termampu dibeli oleh bapa saya. Maka, bapa saya telah pun membelikan saya sebuah basikal “racing” (basikal yang macam pelumba basikal pakai tu). Maka, setiap pagi, seawal pukul 6 pagi.. saya akan keluar rumah dan mula mengayuh basikal tersebut bersama rakan-rakan saya yang lain (Ramai ler jugak, lebih kurang 12 orang, dan semuanya menaiki basikal racing). Biasanya, kami akan sampai tepat pada pukul 7.30 pagi ke sekolah.

Kadang-kala, memang saya berasa agak cemburu juga melihat rakan-rakan cina saya yang bergaya dengan motorsikalnya datang ke sekolah. Memang masa tu, saya hairan sangat.. macam mana lah bapa mereka boleh membelikan motorsikal untuk mereka. Bukan seorang dua.. tetapi semua pelajar cina begitu. Semua pelajar cina yang turut berpindah dari sekolah kampung ke sekolah bandar seperti saya, menaiki motorsikal datang ke sekolah. Motorsikal baru pulak tu! Pergh!

Suatu hari, sewaktu sedang rehat dan melepak-lepak, saya pun bertanya kepada mereka tentang motorsikal yang mereka bawa ke sekolah. Saya tanya mereka, macam mana ibu-bapa mereka mampu membelikan mereka motorsikal baru untuk mereka?

Anda nak tahu apa mereka jawap?….

Mereka kata, motorsikal tu.. mereka beli dengan duit mereka sendiri.. bukannya dengan duit ibu bapa mereka!

Hah?! Saya Terkejut!

Lebih menarik lagi.. mereka beli motor itu secara TUNAI!

Hah?! Hah?! saya terkejut 2 kali pulak..

Memang macam sukar untuk dipercayai.. bagaimana budak berumur 16 tahun boleh membeli motor secara tunai? Mana diorang dapat duit? Jual Video Tape Blue ke? (Masa tu VCD takder lagi)

Menurut mereka.. sejak kecil lagi.. ibu bapa mereka telah pun membuatkan satu akaun simpanan yang khusus untuk mereka. Setiap bulan dan setiap kali tahun baru cina, semua duit angpau yang mereka dapat akan disimpan di dalam akaun bank tersebut. Jadi, selepas 15 tahun menyimpan, sememangnya, simpanan mereka kini telah mencecah berbelas-berbelas ribu. Ada juga yang jejak sampai berpuluh ribu.

Waaah!.. kagumnya saya pada mereka pada masa itu.. berbanding dengan saya, yang cuma ada akaun simpanan BSN saje… itupun setahun sekali , masuk RM300 hasil sumbangan biasiswa dari kerajaan. Oh!

Memang betullah apa yang saya dengar-dengar sebelum ini, orang kata, orang cina, sebaik sahaja anak mereka lahir, mereka akan buat satu akaun simpanan khas untuk anak tersebut. Setiap bulan, mereka akan peruntukan sedikit wang untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan anak mereka itu. Tujuannya, apabila besar nanti, apabila anak mereka hendak melanjutkan pelajaran ke universiti kelak, bolehlah mereka gunakan wang simpanan tersebut.

Berbanding dengan orang-orang melayu pada masa itu, tiada langsung perancangan kewangan untuk pendidikan anak-anak mereka. Bila anak mereka dapat masuk universiti, mulalah melilau cari duit, pinjam sana, pinjam sini, kalau tak cukup lagi, terpaksalah gadaikan kebun sekangkang kera yang ada. (Maaf, tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak)

Itu dulu, kini, saya dah nampak ramai juga masyarakat melayu yang sudah meniru amalan tersebut. Ramai orang melayu (terutama ibu bapa yg muda), yang sudah mula menyimpan untuk pendidikan anak-anak mereka, ada juga yang sudah membuat simpanan sejak anak mereka di dalam perut lagi.

Satu langkah yang bijak dan paut dipuji…… tetapi… hakikatnya, tahukah anda? Ia sebenarnya belum mencukupi dan masih lagi belum mampu untuk bersaing dengan orang-orang cina pada masa kini…

Mengapa saya katakan “Masih belum mampu bersaing?… “

Tahukah anda? Wang simpanan yang disimpan di bank, akan susut nilainya pada masa hadapan disebabkan kadar inflasi setiap tahun.. (Oh!… perlukah saya ceritakan apa itu inflasi? Saya rasa anda boleh cari sendiri maksudnya.. entry ini pun dah terlalu panjang.. kalau nak cerita pasal inflasi.. nanti, tak habis-habis pulak anda baca blog ni!)

Jadi… sewaktu orang-orang melayu sibuk menyimpan wang untuk pendidikan anak-anak mereka di masa hadapan. Orang-orang cina sudah mula menukar taktik simpanannya.. mereka, tidak lagi menyimpan wang di bank yang hanya mampu memberi kadar pulangan 3-5% setahun… tetapi kini… mereka telah menukar taktik dan mengalihkan wang simpanan mereka itu.. kepada..

kepada….

ini adalah rahsia… sepatutnya, saya tidak boleh membongkarkan rahsia ini…

biasanya, saya akan meminta sedikit pengeras (RM2000 je!) untuk memberitahu rahsia ini kepada orang lain. Tetapi, khusus untuk pembaca-pembaca blog ini… saya akan bongkarkannya secara percuma!

saya harap anda dapat gunakan rahsia ini, dan sebarkan rahsia ini kepada rakan-rakan anda yang lain.. paling mudah, gunakan fungsi “Email Post Ini Kepada Rakan Anda!” yang terdapat dibawah post ini.

Baiklah.. tanpa melengahkan masa lagi…

Orang-orang cina kini, tidak lagi menyimpan wang di bank-bank untuk simpanan pendidikan anak-anak mereka. Tetapi kini, mereka telah mengalihkan wang tersebut.. kepada..

PELABURAN HARTANAH!

Bagaimana?.. setiap kali anak mereka dilahirkan.. mereka akan membeli sebuah rumah. Jika sebelum ini, mereka menyimpan wang setiap bulan di bank untuk belanja pendidikan anak-anak mereka di masa hadapan. Kini, wang tersebut, digunakan untuk membayar ansuran bulanan rumah yang dibeli..

Cukup 18-20 tahun.. apabila anak-anak mereka hendak melanjutkan pelajar ke luar negara! Mereka akan jual rumah tersebut! (kalau tak cukup duit la).. dan untuk makluman anda!. Hartanah! Adalah merupakan salah satu “alat” yang paling efektif.. untuk mengharungi kadar inflasi setiap tahun.

Yer!.. saya tahu.. ramai yang tidak mampu untuk melakukannya. Mana ada duit? Setiap kali dapat anak.. beli rumah! Bangkrap la den!…

Heh?! Bukankah itu alasan yang sama, yang diberikan oleh ibu bapa kita 20 tahun dulu jika ditanya tentang membuka akaun simpanan untuk setiap anak mereka yang baru lahir?

Sebab itu saya katakan… kita masih belum mampu bersaing..

Jadi.. Fikir-fikirkan…

P/s:- Saya? tgh sibuk fikir, mana nak cari duit untuk buat downpayment rumah yang kedua.. oh!

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

29 comments Subscribe Comments

  1. Satu info yg menarik utk seorang bapa seperti saya. Skrg ni saya telah mempunyai 2 buah rumah dan sedang dlm proses utk membeli tanah dan membina rumah satu lagi

  2. Info yang baik. Iskh yer ker? Risau lak sebab belum ada rumah lagi. Masalahnya macam tak confident je nak tampung ansuran umah :-( . Tapi kalo asyik fikir macam nie, bila lak nak duduk umah sendiri :-)

  3. shuth, good tips.

    tahniah, shuth & alang, dlm usia yg muda anda telah miliki rumah.
    satu pelaburan yg bijak.

    alhamdulillah, akibat bergaul dgn kaum cina, saya dah pun mempunyai insurans utk isteri,2 org anak, kereta dan rumah.

    lepas ni, nak buat banyak lagi pelaburan.
    walaupun kereta dan motosikal saya tak hebat berbanding rakan sekerja kat sini, tapi saya bangga kerana mempunyai banyak pelaburan drpd mereka, dan saya wajibkan diri ini membeli barang secara tunai jika nilainya kurang RM10,000

    ok tak shuth?

  4. info yang bagus, hartanah mmg pelaburan yang paling efektif sebab harganya tak mengalami susut nila, tiap2 tahun harga rumah dan harga tanah mesti naik.

    kalau bapa anda ada meninggalkan harta pusaka berbentuk tanah atau rumah, ia adalah aset yg amat bernilai dan anda boleh jadikan ia modal utk menambahkan lagi harta tersebut

    kalau takde, kena kumpul duit utk buat downpayment rumah, nak cari downpayment rumah, buatlah bisnes internet kecil-kecilan, kalau boleh besar-besaran, untung daripada bisnes internet, boleh buat downpayment rumah.

    dlm masa yang sama, ambil insuran utk diri sendiri, isteri dan semua anak2 kena masukkan insuran. insuran pun penting juga, ia adalah perlindungan dan pelaburan. masukkan insuran pendidikan utk anak2, dan insuran hayat utk diri sendiri dan isteri, tapi jgn lupa, insuran motor dan kereta pun kena ambil tiap2 tahun, kalau tidak kenalah naik basikal racing pergi kerja…

    cukup la tu… buat yang tu dulu…

  5. good info saya assume mula mula ialah insurans rupanyer pelaburan hartanah.

    hmm saya juga plan nak beli rumah kedua 3 tahun lagi tgh buat perancangan YOSH…

  6. Very good info, cara yang terbaik untuk mengelakan inflasi adalah mempunyai hartanah.Apa pun syabas untuk shuth, untuk entry ini

  7. tebus tanah orang melayu…yang dah terjual/tergadai,biarkan berlalu.Beli banyak-banyak…

  8. antara amalan mereka yang lain adalah mereka mendapatkan insurans (sama ada education atau plan lain).

    Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang nie, atleast by 20, anak tu dapat dalam lebih kurang 20K (depends on plan gak la)

    so that’s mean untuk hantar ke U @ beli kereta bila anak derang dah besar = No problem!

    Tapi paling penting pasal insurans nie utk protect and tolong kita time dalam kesusahan lah, time sume orang mula menjauhi kita (sahabat je yang rapat time kita susah :P )

  9. Oh.. mekasih Shuth. Bagus la post nie. Buat persediaan saya untuk berkahwin (dengan Maya Karim) nanti. He2..

    Kadang2 tu nafsu kita nie asyik nak berbelanja jer. Simpan jarang sangat. Nasib baik usia saya masih muda. Target umur nak kahwin masa umur 25 tahun (tu pun kalo Maya xde pakwe la :) ).

  10. assalamualaikum,
    apakah email address en shuth?

    thanks

  11. ramzwatcher >> simpanan dalam insurans juga bagus.. tapi tidak mencukupi.. belanja pendidikan IPT sekarang sudah jejak 30ribu untuk pengajian 4 tahun.

    Dalam masa 15 tahun akan datang.. dengan kiraan kadar inflasi 5% setahun, perbelanjaan IPT tadi akan menjadi RM 249,500.

    Jika anak anda berumur 3 tahun sekarang, anda perlu simpan sekurang-kurangnya rm710 sebulan di tempat yang memberikan kadar pulangan 9% setahun.

    Jadi.. saya tak faham, bagaimana seseorang itu boleh tersenyum lebar dengan menyimpan RM50 setiap bulan di dalam polisi insurans untuk tabung pendidikan anak mereka?

    Oh!..

    biru hitam >> email saya shuth (at) mohdsuhaimy.com . Maaf, Tak sempat lagi nak betulkan ,contact form saya yang dah tak muncul apabila saya upgrade wordpress ke versi Ella.

  12. emm.. mende pelaburan hartanah ni dah lama.. spttnya shuth buat awal lagi… actually mmg hartanah investment yg paling berbaloi utk j/m panjang.. dalam diam2 kita jadi jutawan hartanah… fikir-fikirkanlah utk memiliki aset sendiri yg menguntungkan..

  13. hartanah memang aset yang paling hebat.. tetapi masih mempunyai kelemahan kerana ianya adalah aset yang “tidak mudah cair”.. ini bermaksud, kita tak boleh menghabiskan seluruh kekuatan kewangan kita untuk dilabur ke dalam hartanah!

  14. Info yang bagus Shuth… makin hebat pemikiran Shuth sekarang.. Bila nak keluar buku macam Azizi Ali??

    p.s. Kalau ramai anak banyak ler rumah nanti… silap2 boleh beli satu blok rumah flat nie.. gurau jerr :)

  15. Yer mirul… sememangnya, setiap “tools” kewangan itu mempunyai kelemahannya, dan antara kelemahan hartanah ialah kitidakmudahan kecairan dia… jadi, jika merancang untuk menggunakan hartanah sebagai tabung pendidikan anak.. kena plan untuk jual rumah tersebut, 2 tahun lebih awal.. sebelum anak masuk u..

    Dan.. sudah tentu… kenalah study & labur duit dalam ILMU dulu sebelum nak labur duit dalam hartanah.

    Mungkin buku “Tips Hartanah” boleh dijadikan sebagai salah satu dari buku panduan anda..

  16. Setuju dengan pelaburan dalam hartanah. Tapi kena hati2 sebab ia perlukan kajian yang terperinci. Silap location, susah nak jual nanti.

    Eloklah masuk unit trust (syariah approved) yang dah ada track record yang baik seperti Public Ittikal Fund by Public Mutual. (Maaf, saya tak nak komen on ASB). Hanya perlukan sedikit pemahaman bagaimana unit trust bekerja. The right timing for entry & exit is very important.

    Yang penting sekali, jangan berhutang untuk buat pelaburan!

  17. “jangan berhutang untuk buat pelaburan!”
    kurang setuju :)

  18. Yer… jika kita hendak melabur ke dalam unit trust, saham, bon, ASB dan sebagainya, elakkan dari berhutang.

    Tetapi, jika hendak melabur di dalam hartanah, saya rasa.. better buat pinjaman.. :)

  19. By tswenahir on February 13th 2007

    Isk…. yer ker? I thought loan some money from the bank is ok especially on ASB? Like my case I borrow 100k from for 10 years, but problem dia ni cuma can take out after all the loan is settled….But from my calculation, i think loan is a great instrument too in investment terutama sekali ASB and when combine with monthly top up, umph!!! lagi power

    Cheers :)

  20. hehe..betul r tu shuth. Selain simpan, kene generate jugak.

    kalo simpan insurans aja tapi usaha utk generate more income tiada, susahla

    :D

  21. By epit on February 21st 2007

    Oh, cadangan yang baik…Selain itu pelaburan kewangan macamana..?hehe..

  22. By Eridan on March 26th 2007

    bagus tu shuth..tapi hartanah nie perlukan modal yang besar.kita patut salur kan duit pelaburan ke arah yang lebih baik..sebagai contoh,kite kena masukkan pelaburan ke syarikat2 gergasi dalam dan luar negara.selain itu,aset perlu diperbanyakkan(terutama aset yang tidak akan susut nilainya-seperti services and medicine)..duit kita perlu dijana..lihat orang cina..diorang ada duit,tapi first thing yang diorang labur ialah ke arah perniagaan..macam melayu kita nie,dapat duit skit tukar keter baru,baju baru,rumah baru…kita spatutnya mencari tempat pelaburang yang berpotensi untuk menjana wang dalam 5-10 tahun akan datang..pendapat saye :-
    1)pelaburan HARTANAH
    2)SAHAM-syarikat2 gergasi local and overseas
    3)biznez sampingan(online biznez @ real biznez

  23. Jika termampu oleh kita, luaskan pemikiran terhadap kebaikan pelaburan (hartanah,dll..).. Melabur menjamin masa depan..

    Sila jauhi pelaburan haram.. (Ia hanya memusnahkan duit kita)

  24. By martolavesitus on June 23rd 2007

    Bagus tul…baru saya tahu kenapa jiran saya(yang kaya) membeli rumah sebelah rumah saya untuk anaknya yg berusia 8 tahun ketika itu,sehingga kini ia tidak disewakan(kosong dan menjadi tempat parking kereta kami), hari ini anaknya melihat rumah itu buat pertama kali ketika berusia 20 tahun,dan harga rumah sudah menjadi 3 kali ganda.

  25. By abubaqir on July 20th 2007

    info yang bagus…aku baru beli rumah sendiri dan ada seorang anak..so far aku tak pakai kad kredit..aku akan praktikkan ilmu ni dan satu lagi kalau boleh aku kongsi…kalau nak beli rumah tak kisah ke baru atau second hand jangan beli lot bumi…belilah lot non bumi…

  26. By abubaqir on July 20th 2007

    dan satu lagi belilah landed property…jgn jadi macam melayu singapura..kebanyakannya duduk di rumah flat sebab tak mampu duduk landed property sebab semuanya telah dimonopoli oleh kaum lain…

  27. [quote comment="3503"]info yang bagus…aku baru beli rumah sendiri dan ada seorang anak..so far aku tak pakai kad kredit..aku akan praktikkan ilmu ni dan satu lagi kalau boleh aku kongsi…kalau nak beli rumah tak kisah ke baru atau second hand jangan beli lot bumi…belilah lot non bumi…[/quote]

    Beli lot non bumi? mengapa? boleh jelaskan dengan lebih lanjut?..


Add your comment