Senjata Memusnah Hutang!

hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu artikel yang ditulis oleh salah seorang mentor saya.. bacalah…

==================

Dalam kehidupan sekarang, kita tidak dapat lari dari berhutang, terutamanya apabila membeli barang yang agak mahal harganya seperti rumah, tanah dan kenderaan. Hutang ini umpama lemak dalam badan kita. Dalam keadaan tertentu, ia tidak dapat kita elakkan. Seperti lemak dalam badan, bila hutang sudah menjadi terlampau banyak, ia boleh mendatangkan bahaya kepada seseorang dan pewaris-pewarisnya. Sebab itulah hutang ini perlu diuruskan dengan betul, sama seperti kita menguruskan kandungan lemak dalam badan kita.

Orang yang mempunyai masalah hutang yang banyak, boleh diumpamakan seperti orang yang mempunyai masalah kegemukan yang melampau. Kalau bayaran hutang pun dah tertunggak, sampai kena saman masuk CTOS dan masuk COURT (bukan court mammoth ar), itu tandanya kesihatan kewangan (financial health) anda sudah sangat kritikal. Umpama organ jantung dan hati yang sudah diselaputi lemak tebal, hanya menunggu masa saluran darah untuk tersumbat!

Jadi, bila dah cecah tahap kritikal sebegini, beringat-ingatlah! Cubalah buat sesuatu untuk KURANGKAN MASALAH tersebut. Bukan menambah lagi hutang yang sudah ada!

Ini kadang-kadang saya perhatikan, ada orang yang sudah black-list, sudah kena saman masuk CTOS dan masuk court sebab tak dapat bayar hutang lama, masih lagi nak cari pinjaman baru, nak beli kereta barulah, nak besarkan rumah-lah, nak beli itu ini lah. Mentang-mentanglah sekarang banyak offer pinjaman tanpa penjamin, black-list pun boleh mohon, berebut-rebut dia nak tambah hutang lagi! Bang, hutang lama pun tak mampu bayar, takkan nak tambah hutang lagi? Tak kasihan ke diri sendiri dan anak bini?

Apa Nak Buat Bila Berhutang?
————————–——–

Dalam Islam, bila kita dah berhutang, kita kena bayar balik. Tak kisahlah hutang dah tertunggak 7 bulan tak bayar ke, hutang dah bertambah 2 kali ganda ke, ia wajib anda selesaikan sepenuhnya terutamanya hutang tersebut adalah kepada orang bukan Islam.

Selagi anda tak selesaikan hutang anda, terutamanya hutang di dunia, roh anda akan tergantung. Orang yang mati syahid pun tidak akan masuk syurga, selagi hutangnya belum selesai! Ini pesanan ulama ya, bukan saya sengaja reka-reka cerita.

Dalam menguruskan kesihatan fizikal, apabila seseorang itu mengalami masalah kegemukan yang melampau (macam saya, hehehe), dia perlu mengambil langkah-langkah asas seperti berikut :-

1 – DIET untuk kurangkan pengambilan lemak, garam, gula, monosodium, bahan kimia, bahan pengawet dan bahan toksik ke dalam badan. Hanya consume makanan dan minuman yang berkhasiat sahaja.

2 – UBAH-SUAI kehidupan kita, dengan berhenti merokok, berhenti hisap dadah, berhenti minum arak, berhenti makan junk-food & fast-food, berhenti cari penyakit / buat maksiat serta buang tabiat buruk yang merosakkan tubuh badan kita.

Inilah 2 benda yang kerap orang lakukan untuk menguruskan kesihatan fizikal mereka. Tetapi, kedua-dua langkah asas ini, tidak akan berkesan sepenuhnya jika tidak disertakan langkah 3 yang sangat penting iaitu,

3 – BERSUKAN untuk meningkatkan kadar metabolisme (pembakaran lemak) dalam badan kita dan seterusnya membuat diri kita lebih bertenaga, lebih yakin dan lebih ceria.

Kalau tak buat 2 langkah pertama, tapi focus kepada langkah 3 yakni bersukan pun, sudah cukup untuk memerangi masalah kegemukan yang melampau. Bersukan ini sangat penting dalam kehidupan sekarang kerana ia adalah SENJATA UTAMA untuk membakar lemak dalam badan kita yang semakin bertambah akibat cara pemakanan kita.

Dalam pengurusan kesihatan kewangan pula (financial health), langkah asas yang sama, perlu anda lakukan untuk memerangi masalah hutang yang melampau, iaitu :-

1 – DIET untuk kurangkan perbelanjaan yang tidak penting atau keterlaluan. Kalau dulu, setiap bulan beli baju dan kasut baru, kali ini hanya beli 6 bulan sekali. Kalau dulu, setiap hari makan di luar, kali ini bawa bekal ke pejabat. Jimat belanja, lebih wang untuk selesaikan hutang!

2 – UBAH-SUAI pinjaman yang tinggi interest kepada pinjaman yang rendah interest (melalui loan consolidation dan re-financing) . Kalau dulu ada pinjaman rumah islamik yang tinggi interest dan hutang 3 kad kredit (juga tinggi interest), kini semua hutang sudah dikumpulkan dalam 1 akaun pinjaman rumah konvensional baru yang jauh lebih murah interestnya. Interest rendah, hutang pun cepat selesai!

Tetapi, 2 langkah ini tidak akan berkesan sepenuhnya jika tidak disertakan dengan langkah 3 yang menjadi SENJATA UTAMA untuk memerangi hutang melampau. Lebih-lebih lagi apabila kadar inflasi (kenaikan harga barang) semakin meningkat dari tahun ke tahun. Perbelanjaan tahunan semakin bertambah walaupun anda sudah “berdiet” kurangkan perbelanjaan. BLR tetap naik sedikit walaupun anda sudah ubah-suai pinjaman anda,

CARA TERBAIK UNTUK MEMERANGI MASALAH HUTANG MELAMPAU DAN KENAIKAN KADAR INFLASI adalah dengan memastikan PENDAPATAN TAHUNAN ANDA BERTAMBAH SETIAP TAHUN!

Sama seperti kesihatan fizikal, kalau anda tak fokus pada 2 langkah asas tetapi lebih banyak fokus kepada bersukan, kesihatan anda pasti akan improved. Begitu jugalah dengan kesihatan kewangan anda.

Kalau anda tak fokus sangat kepada diet perbelanjaan dan ubah-suai pinjaman, tetapi anda lebih banyak fokus kepada menambah pendapatan keluarga setiap tahun, insya-Allah semua masalah hutang anda akan selesai dengan cepat!

Mana taknya, setiap tahun inflasi naik 5% – 10%, tapi pendapatan tahunan anda bertambah 30% – 40%. Dulu pendapatan hanya RM30,00 setahun. Tahun ini naik kepada RM40,000 setahun. Bukankah dengan kenaikan pendapatan, masalah hutang boleh selesai dengan cepat?

Saya cakap begini kerana saya faham, ramai orang dah cuba kurangkan perbelanjaan kepada yang paling asas sekalipun, tapi tak dapat nak selesaikan masalah hutang yang melampau. Nak ubah-suai pinjaman sedia-ada, tapi permohonan tersangkut kerana tak lepas CCRIS dan CTOS. Bulan-bulan buat simpanan, tapi simpanan tak mengurangkan hutang sedia-ada, sebaliknya tersepuk di satu tempat, awal tahun depan, baru dapat dividennya, itupun tak seberapa jika dibandingkan dengan interest hutang yang dikenakan. Masalah hutang yang ada, tak banyak berubah. Kalau berubah pun, sedikit sahaja, terlalu perlahan.

Yang kasihannya, gaji tak naik naik juga (0%). Tapi harga minyak dah naik 10%-20%. Inflasi keseluruhan naik 5%. No wonder ramai orang yang naik minyak sekarang! Kos sara hidup naik lebih tinggi dari kenaikan gaji mereka.

Sebab itulah, senjata utama saya dalam memperbaiki kesihatan kewangan saya, lebih ditumpukan kepada usaha untuk meningkat pendapatan tahunan saya. Tiap-tiap tahun, saya pastikan pendapatan tahunan saya naik. Bila kenaikan pendapatan tahunan lebih 50% setahun, saya tak perlu risau tentang kenaikan inflasi 10% sekalipun. Saya tak perlu berdiet sangat dalam perbelanjaan dan dapat menikmati kehidupan seperti yang saya inginkan.

Ramai financial adviser yang saya lihat, beri nasihat kewangan terlalu konservatif. Tak perlu cari duit lebih, buang karen saja. Kalau gaji RM1,500 sebulan, cukup dah tu, berjimatlah, tak payah pakai kereta, tak payah pakai handphone. Astro? Membazir saja tu. KFC? McD? Itu pantang, tak boleh makan. No personal expenses please! Semua kena cut-down! Ikat perut sey!!

Kadang-kadang saya kasihan melihat kehidupan orang lain yang tersekat dan tiada kebebasan kerana nasihat yang diperolehinya terlalu konservatif. Apa nak buat, adviser suruh kekal dengan kerja & pendapatan sekarang dan cut down benda lain sampai dah tak boleh nak cut-down lagi dah. Tak perlu buat kerja extra untuk cari duit lebih.

Nasihat saya – dalam kehidupan kita, ada banyak pilihan. Just becoz Haji Bakhil itu kaya, maka anda nak contohi sikapnya yang sangat kedekut, hinggakan semua perbelanjaan keluarganya, dia cukup berkira! Just becoz seseorang itu berjaya memperbaiki hidupnya hingga menjadi kaya, tidak bermakna caranya sesuai untuk semua orang. Dan tidak bermakna caranya sajalah yang perlu diguna-pakai.

Lain padang, lain belalang. Lain orang, lain keadaan kewangannya. Oleh sebab itu, gunakan cara yang anda rasa paling sesuai dengan diri anda. Yang penting, anda lakukan apa yang diperlukan untuk memperbaiki hidup anda. Bukan sekadar tahu, tapi tak buat. Dapat ilmu, tapi tak amal!

I guess I’m the only adviser yang tidak terikat dengan rentak dunia dan norma kehidupan, yang berani menyarankan orang ramai agar memastikan pendapatan tahunan mereka bertambah setiap tahun sebagai SENJATA UTAMA untuk memerangi masalah hutang melampau dan kenaikan inflasi.

“BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT”

AZHA SYAZRI HJ AZIZAN (H/P: 012-2011-555)
Manager – Insurance, Takaful & Investment (AFPM)
Tekad Smart Planning Sdn. Bhd. (538317-K)
A corporate agency with MAA Assurance & MAA Takaful
For reliable & trusted advice, visit us at http://www.simpanduit.com

29 thoughts on “Senjata Memusnah Hutang!

  1. shuth pernah kerja dgn MAA,
    patutlah pandai sgt tentang pelaburan
    good tips,
    setakat hari ni,
    saya hanya melabur di
    insurans, asb, tabung haji, bsn, bank rakyat,
    ok ka shuth?

  2. bagi saya unit trust adalah alternatif bagi ASB, sbb trdapat byk islamic unit trust yg hanya akan melabur dlm syarikat yg lulus syariah oleh Majlis Pengawasan Syariah. lagipun unit trust ade capital growth, berbanding ASB yg hanya RM 1 sampai bile2. rugi lah sbb xder compunded effect dlm asb,

  3. utk pelaburan jangka masa pendek, sebulan..tiga bulan.. kita boleh guna GIA.. (mcm fixed deposit, tapi Islamic), sbb x elok simpn cash banyak2 dlm saving acc dlm bank, mmg akan kena hakis dengan inflasi, so ltk lh tmpt lain mcm GIA or unit trust. cuma unit trust adalah pelaburan jgka masa pnjg. utk direktori islamic unit trust di malaysia boleh tgk di http://www.iplanner.org/?page_id=7

  4. Unit trust pun bagus… sesuai untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Apa-apa pun.. kena lihat pada TUJUAN anda…

    SImpan duit dalam unit trust utk apa?
    Nak beli kereta? Nak beli rumah? Untuk pencen? Untuk pendidikan anak?.. atau untuk apa…

    Dan satu lagi.. nak labur duit dalam unit trust pun kena ada ilmu… kalau tidak.. tidak untung juga..

  5. wah.. info financial management yg bagus… mmg kene bijaksana bab mengurus kewangan ni.. outcome/income mmg kene tau dgn jelas dan rasional, jgn sampai kita wat mudah belanja duit ikut suka ati, rancang perbelanjaan dgn bijak.. at least menyimpan lebih dr 10% income bulanan anda.. sure ada manfaatnya nanti.. kalo ada peluang jana income lebih why not kita buat.. hatta berjaya dpt passive income RM10 sehari itu pun sudah bagus.. ada juga extra duit kopi… xpun simpan je wat savings/investment etc… pastu ttg gaya hidup tu mmg betulnya.. bagi yg merokok tu pertimbangkan utk jimat duit dgn berhenti merokok… mmg untungla kalo leh berenti…

  6. ada staff tempat saya kerja… yg lain boleh pulak dia jimat sebab nak berjimat, bawak bekal pergi kerja… tapi rokok tetap beli, sanggup pinjam duit kawan sebab nak merokok…

  7. ” kenaikan pendapatan tahunan lebih 50% setahun”

    Bagaimana pulak dengan mereka yg bekerja gomen/swasta yang kenaikan gaji tahunan hanya 3-5%? Seperti saya, harapan saya hanya kepada bonus tahunan untuk mengurangkan baki pinjaman.

    Namun begitu, kenaikan gaji tidak akan terus menerus sepanjang kareer, jika 3-5% sekalipun, selama 10 tahun dengan 3 kenaikan pangkat, perbezaan gaji mungkin sekitar 100-150% dari gaji asal.

    Setelah bekerja selama 8 tahun, saya perhatikan kenaikan gaji di kalangan rakan2 saya tidak banyak berbeza, sekitar 150% dari gaji semasa mula2 bekerja selepas kenaikan pangkat.

  8. Pingback: Hutang … oh … hutang … « Curahan Hati

  9. dalam keadaan ekonomi yang teruk ni, u rasa perniagaan apa yang boleh kita jalankan?. i ada rasa nak buka kedai sewa dan jual buku. risau juga takut pernigaan macam tu tak mendapat sambutan. bila dah buka kedai, sewa dah semestinya kena bayar. sedangkan sambutan dari pelanggan tidak menggalakkan. tolong beri cadangan.

  10. cuma nak tanya, say ada pinjam sikit duit kat bank.interest…dlm 5.9% setahun.
    agak-agak ler, kalo masuk ASB boleh dapat untung tak…atau ader konsep yang boleh membantu dalam meringankan bebanan rakyat macam kiter nih…

  11. ibu dah nak masuk era setengah abad. baru tahu pasal facebook. ibu berminat nak meniaga guna facebook. kena bayarke nak jadi member facebook. ibu tak tau bahasa orang putih.tak sekolah tinggi tapi ada vasion untuk upgred diri jadi macam siti khadijah. anak2 masih belajar. duit tak cukup. en. shuth boleh tolong ibu x.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge