Viral Marketing… konon!
February 22nd, 2007, by shuth

Viral Marketing… konon!

Kali ini, saya akan cerita mengenai topik “perniagaan internet” pula… iaitu tentang teknik viral marketing…

Viral marketing sememangnya suatu teknik marketing yang hebat, tetapi jika tidak dilakukan dengan BETUL dan TERANCANG , ia hanya akan mengecewakan dan tidak berkesan.

Salah satu prinsip di dalam konsep viral marketing ialah “Memberikan sesuatu yang berharga kepada orang ramai, secara PERCUMA”.

Terus terang saya katakan, saya pernah melakukan teknik ini, dan hasilnya, saya GAGAL.

Harapannya, dengan memberikan sesuatu yang percuma kepada orang ramai, maka, orang ramai akan menyebarkannya kepada orang lain.. dan orang lain itu pula.. akan sebarkannya pula kepada orang lain yang lain.. orang yang lain yang lain pula.. akan sebarkan pula kepada orang yang lain yang lain yang lain… dan orang yang lain yang lain yang lain… ok.. ok… cukuplah tu.. pening den nak membacanya.

Hakikatnya?… apabila saya berikan barang PERCUMA itu kepada orang ramai.. orang ramai TIDAK menyebarkannya kepada orang lain. Kesudahannya, virus yang saya cuba cipta, tidak menjadi (Viral marketing adalah satu teknik marketing yang diilhamkan daripada kaedah penyebaran virus )

Alhamdulilah!.. saya BELAJAR dari kesilapan ini!.. (Pengalaman & Kegagalan adalah guru yang terbaik)

Satu persoalan yang timbul daripada keGAGALan itu… Mengapa orang tidak menforwardkan “produk percuma” saya? Mengapa? Mengapa? Mengapaaa!!? (Sambil menghempaskan diri di atas katil dan memukul-mukul bantal.. oh!)

Kemudian, Saya bangun dan masuk ke dalam tandas…
Blink! Satu persoalan timbul, apakah sebenarnya yang membuatkan orang berasa “ghairah” untuk menforwardkan “sesuatu” kepada orang lain?

Setelah berfikir beberapa ketika di tempat yang sunyi tersebut.. saya dapat beberapa jawapan.. dan jawapannya… ia bukanlah disebabkan “sesuatu” itu PERCUMA!! ataupun disebabkan, betapa manfaatnya sesuatu produk percuma itu.

Tetapi, orang LEBIH berminat untuk menforwardkan “sesuatu” itu.. (sesuatu itu contohnya adalah seperti powerpoint slide, video, ebook, mini report, senarai semak, kalendar, ezine… dan sebagainya).. hanya jika mereka mendapat manfaat apabila mem”forward”kannya, dan bukannya manfaat yang diperolehi secara langsung dari produk PERCUMA tersebut!

Antara contoh manfaat yang men”ghairah”kan untuk seseorang menforwardkan sesuatu ialah..

Manfaat #1 : Pahala.
Yer! Itu adalah salah satu sebabnya… sebab itulah kita dapat lihat ramai betul orang yang suka forward2 email yang mengandungi tazkirah.

Manfaat #2 : Lebih Banyak Freebies
Jika anda katakan kepada orang ramai.. bahawa mereka akan mendapat lebih banyak template percuma, atau fail audio, atau apa2 sahaja produk lain secara PERCUMA!! dengan syarat mereka menforwardkan terlebih dahulu produk percuma anda yang pertama itu. Ke”ghairah”an mereka untuk mengisi email forward akan bertambah!

Contoh aplikasi..

Gobala dengan 100percentsmalaysian.com
Kidino dengan DIYminisite.com (masa version 1.0 dulu lah)
Wangcyber dengan WCezine #1 (dulu lah)

Manfaat #3: DUIT!

Ho! ho!.. inilah alat peningkat “ghairah” yang paling berkesan. Lihat sahaja bagaimana Scott Boulch melakukannya dengan ebook percumanya “The Death Of Google Adsense” dan Mike Filsame dengan “The Death Of Internet Marketing”nya.

Keghairahan orang untuk menyuruh orang lain turut mendownload ebook free tersebut memancut-mancut meluap-luap.

Jadi.. satu pengajaran yang saya dapat disini…. jika anda ada menulis ebook! Dan ingin memberikannya secara percuma kepada orang ramai untuk tujuan viral marketing!

Rancang dengan teliti strategi viral marketing anda.

Yosh!

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

5 comments Subscribe Comments

  1. ^^^ adeh… sensitif betul komen ni ngan tag html < ni

    lucah.. lucah.. (dengan nada tersengih :) )

    yer..

    bende free hanya memotivasi orang bertindak untuk diri sendiri (download,surf), manakala motivasi untuk sebarkan(forward email,post satu entry kat blog,spam) adalah seperti point2 shuth..

  2. Yup.. pastikan produk berkualiti barulah cepat ia tersebar seperti coklat mencurah-curah ke ladang gandum jadilah coco-crunch ;)

    p/s: Kalau kita dah bagi free orang tak nak lantaklah huhu

  3. bagus info ni.. mmg tgh cari idea untuk buat benda nie…

  4. Nak pecah perut nih rasanya bila baca ayat

    (Sambil menghempaskan diri di atas katil dan memukul-mukul bantal.. oh!)

    dan perkataaan orang yang dah kawin

    memancut-mancut

    Memang betul tanpa strategy viral yang betul boleh gagal. Saya pun pernah mengalaminya. tq

  5. Hahahahahahahaha!!
    You are da best man!

    Hahahahahahaha~~~~~~~ (fading away) :)


Add your comment