Satu amalan yang sehingga kini tidak dapat dibuktikan secara saintfik,tTetapi, amat berkesan dan mujarab, di dalam menjadikan seseorang itu kaya dan gembira.. ialah amalan “suka memberi”, atau dalam bahasa yang lebih islamiknya… “bersedekah”.
Amalan “memberi” / “bersedekah” ini ada dinyatakan didalam al-quran dan bible. dan penerangan mengenai kelebihan amalan ini biasanya lebih tertumpu kepada manfaat “rohaniah”/”spiritual”.. dan disebabkan tiada penjelasan yang saintifik mengenai amalan ini. Maka, ramai juga yang tidak begitu mengambil berat tentang amalan ini di dalam mengejar cita-citanya menjadi kaya dan hanya memandangnya sebagai perkara yang enteng sahaja.
Amalan ini, sememangnya amat mujarab… yang penting.. ia perlu dilakukan secara ikhlas. Seperti yang biasa kita dengar, jika ingin bersedekah, bersedekahlah dengn tangan kanan, dan pastikan tangan kiri anda tidak mengetahuinya.
Sewaktu saya kecil… apabila saya ingin memasukkan duit ke dalam tabung di surau, saya akan pastikan, saya menghulurkan duit syiling tersebut dengan tangan kanan dan tangan kiri saya pula akan dimasukkan ke dalam poket. Secara teknikalnya, dengan berbuat demikian, maka, tangan kiri saya tidak akan tahu… pada masa itu, saya betul2 percaya bahawa, si tangan kiri boleh melihat aktiviti si tangan kanan secara “spiritual”..
Tapi lama-kelamaan baru saya tersedar.. rupa2nya ayat “bersedekah biarlah dengan tangan kanan, dan tangan kiri diselindungkan” itu sebenarnya, hanyalah satu bidalan saja! ( Cis!.. den mati2 ingat tangan kiri memang boleh nampak tangan kanan.. )
Maksud sebenar ayat tersebut ialah, jika anda bersedekah, pastikan orang lain tidak mengetahuinya, walaupun orang yang paling rapat dengan anda seperti, suami, isteri, adik beradik, ataupun ibu-bapa. Itu lah sebenar maksudnya.
Jadi, bersedekahlah dengan ikhlas.. tak pernah lagi saya dengar orang jadi miskin sebab bersedekah.. ![]()
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























kalo dalam buku “Petunjuk Jalan Kekayaan” oleh Chef Li, Kiai tu suh bagi 1/10 dari duit perniagaan tu untuk sedekah
Bersedekah tidak menjadikan kita miskin, malahan lebih kaya diakhirat kelak, insyaallah. Bersedekah dengan tulus ikhlas bukan nak menunjuk-nunjuk.. Ingat tu!
betul tu, kalau kita sedekahkan ilmu kpd org, lebih banyak lagi ilmu yg kita dpt, kalau sedekahkan duit kpd org, lebih banyak lagi duit yang kita dpt, ada juga kita sedekahkan barang lain, tetapi kita dpat barang yg lain pula, semua ganjaran itu hanya tuhan saya yg tentukan, tapi kalau jika sedekah sesuatu, tetapi kita tidak dapat melihat ganjarannya… ketahuilah, kita akan dpt ganjarannya di akhirat nanti…
Saya suka ayat Abd Rahman. Yang penting kita perlu yakin dengan janji2 Allah
.
sy nk kongsi satu cerita yang saya percaya ia berkaitan dengan amalan si polan suka bersedekah. si polan ni bapa saudara saya sendiri. emak saya dan bapa saudara saya ni sejak dulu lagi suka berniaga. emak saya buat roti dan kek manakala bapa saudara saya membuka kedai menjual kayu kayan yang bersaiz. semasa bertemu dan berborak2 tentang bisnes, dia mula bercerita berkenaan pembukaan stor kayu yang ketiga nya. modal untuk buka stor tu dlm 500 ribu. dia tak buat pinjaman 1 sen pun dengan bank. semua modal tu diambil dari stor yang pertama. selepas tahun pertama beroperasi, dia telah audit dan didapati sudah balik modal. Satu je point yang saya rasa terkesan dari kata2nya ’sekiranya kita nak bersedekah,buat seikhlas mungkin. Jangan fikir kemana duit yang kita sedekah tu si penerima gunakan’. Dia tak kaitkan secara langsung ttg perniagaan dan sedekah tapi saya sangatlah faham. Saya mmg faham sifatnya sejak dulu suka beri duit kalau nak raya, semua adik beradik saya dapat duit dr dia. yang besar dpt 200 sorang, yang kecil2 dpt 50 sorang, utk mak saya paling byk dia beri rm1000.
a’kum..
apa khabar suhaimy? sy tertarik dgn artikal2 anda dan mengandaikan anda mungkin mempunyai jawapan atau paling tidakpun pendapat utk kemusykilan sy ni.
sy bercadang utk menyertai pelaburan internet HYIP. persoalannya bagaimanakah utk sy mengetahui ia halal atau haram? harap anda dapat membantu memecahkan kebuntuan sy. terima kasih.
shuth, bersedekah tu memang bagus.
tapi aku ada 2 soalan cepumas.
1. antara bersedekah dengan memberi hutang kepada orang, mana satu lebih baik?
2. mengeluarkan zakat fitrah, dengan duit atau dengan beras, mana satu lebih baik?
tunggu respon shuth. rasanya soalan aku tak lari tajuk. aku akan jawab apa yang aku belajar, kalau shuth respon. saja nak kongsi ilmu. apapun jawapan aku pasni, boleh saja nak sangkal atau nak terima.
Kepada natiqua>> Saya bukanlah orang yang “imu” untuk menentukan sesuatu pelaburan itu halal atau haram.. jika anda nak tahu mengenai halal haram bagi sesuatu pelaburan, anda boleh lawati website ini.. http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=157&Itemid=72
Apa yang boleh saya tekankan… HYIP adalah satu bentuk pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap kepada pelabur2nya.
Dan di dalam islam… “Sesuatu pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap.. adalah haram”
aku >> oo.. ini soalan nak menguji yer… saya nie bukan hebat sangat pun untuk diuji2….
okla.. ini pandangan ringkas saya bagi soalan en. aku.
1) Bagi saya… “Sedekah”… sebab apa?
Sedekah adalah amalan yang boleh dibawa hingga ke mati.. maksudnya.. pahala dari sedekah itu. akan terus diperolehi oleh pemberinya walaupaun ia sudah tidak ada lagi didunia ini.
Berbeza dengan memberi hutang… saya rasa tak sesuwai lah.. kita nie bukannya bank… lagipun.. silap2.. kalau orang yang tak berhutang tu tak bayar hutang sampai dia mati.. tak pasal2 tergantung roh dia.. cuba kita tak bagi dia pinjam duit kita? Tk lah tergantung roh dia tu.. Oh!
2) Yang ini.. saya tak tahu… saya rasa kedua-duanya pun baik.. cuma dari segi amalan masyarakat sekarang… duit itu lebih baik. Sebabnya.. bukan semua asnaf penerima zakat itu kelaparan dan perlukan beras… banyak lagi kekrangan dan keperluan lain yang perlu dipenuhi bagi diri si penerima zakat.
hehehe.. bukan nak menguji, shuth.. saja nak kongsi pandangan..
ni jawapan yang aku belajar..
1- bagi hutang adalah lebih baik. sebab bagi hutang
a- confirm kepada orang yang memerlukan,
b- menghindarkan mereka dari pinjaman berunsur riba dan
c- menggalakkan mereka berusaha.
dengan syarat: kita tak mengenakan riba dan dalam hati boleh saja bila2 masa membiarkan hutang tersebut hangus.
2- aku pun rasa kedua2nya baik..
tapi dengan memberi beras meyakinkan kita, hasil zakat kita akan menjadi sebahagian dari darah daging saudara sesama Islam. dengan duit, kita tak tahu dimana duit tu dihabiskan, sungguhpun kita digalakkan bersangka baik. tapi dalam kes dah ramai bagi beras, rasa2nya eloklah duit pula sebagai ganti. macam shuth kata “bukan semua asnaf penerima zakat itu kelaparan dan perlukan beras”
Wallahu a’lam
Ho! ho! ho!… ini mesti cikgu yang ajar en. aku nie suka berhutang..
. Sebab hujah yang dia bagi tu lebih tertumpu kepada manfaat yang diperolehi oleh orang yang berhutang.. dan bukannya kepada pemberi hutang. ahak! Saya rasa, pemberi hutang tidak akan mendapat manfaat apa2… malah ia boleh membawa kemudaratan..
a- confirm kepada orang yang memerlukan..
>> Hanya orang yang tak cukup duit sahaja akan cakap sebegini. Jadi, tidak hairanlah jika ia lebih sukakan orang memberi hutang daripada orang memberi sedekah. Sebabnya? Hutang adalah dalam bentuk duit…. dan mereka.. perlukan duit! “Sedekah? Nak buat apa?.. karang kalau dia bagi aku makanan ke pakaian ke.. aku nak buat apa? aku nak duit! bukannya makanan atau pakaian! Yerla.. sedekah ini tidak semestinya duit” kata orang yang suka berhutang..
b- menghindarkan mereka dari pinjaman berunsur riba dan
>> he he.. saya rasa ini alasan sahaja. Kan dah banyak perbankan islam yang memberikan pinjaman yang berlandaskan syarak. Kalau takut nak pinjam bank… boleh juga gadaikan apa2 yang ada mengikut konsep pajak gadai islam.. ar-rahnu. di bank rakyat.. misalnya
c- menggalakkan mereka berusaha.
>> saya rasa.. orang yang menerima sedekah lebih kuat berusaha daripada orang yang berhutang. Mengapa? Sebab orang yang menerima sedekah ini sebenarnya akan wujud satu rasa malu pada diri mereka, dalam hati mereka berkata “Sampai bila mereka nak terima sedekah? Takkan nak harapkan sedekah orang ramai je? Bila pulak aku nak bersedekah?”.. jadi mereka ini akan berusaha lebih gigih lagi.. sebab itu kita boleh tengok, ramai asnaf yang menerima zakat dan sedekah , sudah berubah kehidupannya menjadi semakin baik.Sebab timbul rasa malu yang sangat mendalam dalam diri mereka itu. Beza dengan orang yang berhutang.. kelau senang mereka pinjam duit.. lagilah seronok mereka nak meminjam duit…. lebih-lebih lagi kalau pemberi hutang berniat “duit tersebut akan hangus”.. lagilah mereka suka.. lagi banyak lah nanti mereka akan buat hutang… lihat jerla bilangan orang yang bangkrup.. berapa banyak? semuanya sebab amalan suka berhutang.
Jadi.. saya tak nampak apa kelebihan berhutang.. lebih2 lagi kepada orang yang memberi hutang.. langung takde manfaat.. jika penghutang tak bayar.. duit akan lesap.. dan silap2 boleh bermasam muka pula.. pahala nak bawa ke mati pun tak dapat..
kalau en.aku nak tahu, salah satu prinsip orang2 kaya… ialah.. jangan berhutang dengan orang dan jangan memberi orang hutang.
Kalau nak berhutang.. sila berurusan dengan pihak bank. Bukannya dengan orang individu, rakan-rakan ataupun sedara-mara.
Apa-apa pun, yang pasti, satu amalan orang2 kaya… ialah.. banyakkan bersedekah.
hohoho.. takde apa yang nak dikecilhatikan.. everyone entitled to their own opinion..
hujah balas yang cukup mantap, especially this: “Kalau nak berhutang.. sila berurusan dengan pihak bank.”
Barangkali ustaz yang ajar aku tu lihat dari perspektif urusan kecil-kecilan. Who knows kan.
Pendapat saya:
——————
Kedua-duanya adalah baik, pemberi hutang dan pemberi sedekah..
Sebab apa?
Sebab dua-dua membantu orang lain..
Bukan kah membantu itu amalan mulia?
aku kurang stuju klau kate memberi hutang tu merugikan je..
“Hutang dari segi pahala, lebih dua pahalanya daripada pahala sedekah”. - (Hadis Hasan)
aku petik tu dari artikel nih..klau nk baca lg lanjut tgk link nih..http://agamaberitaharian.blogspot.com/2008/05/memberi-hutang-boleh-jadi-wajib.html