Kunci Kekayaan Di Internet
Sewaktu saya mula-mula ingin menceburkan diri di dalam dunia perniagaan internet. Saya menyangkakan, untuk berjaya di dalam dunia perniagaan internet. Kita perlulah handal dan pandai membuat website yang cantik!
Maka, belajarlah saya tentang dunia pembangunan web, bermula dari asas pengaturcaraan, sehinggalah kepada rekabentuk grafik dan multimedia untuk web. Banyak software pembangunan website serta bahasa pengaturcaraan website berjaya saya kuasai, seperti flash, photoshop, dreamweaver, css, xhtml, asp, php, javascript, SQL dan sebagainya yang berkaitan dengan dunia pembangunan laman web.
Hasilnya, saya berjaya membangunakn website yang cantik, menarik , tertarik dan mendapat pujian dari ramai pelawat (yg terdiri dari rakan-rakan sepejabat dan sekelas). Dari segi “duit”? Satu sen pun tak masyuk….
Selepas kegagalan itu.. saya cuba menyelidik apa kekurangan website saya, nak kata tak cantik, dah lawa giler dah website saya nie.. siap ada animasi flash lagi. Oh!.. mungkin website saya tidak cukup “content” /maklumat yang menerangkan dengan lebih terperinci tentang perkhidmatan yang saya tawarkan (masa tu saya buat servis web design).
Jadi.. saya pun buat website baru dan kini, saya meletakkan portfolio, serta maklumat mengenai perkhidmatan saya dengan lebih terperinci lagi. Setelah siap, saya pun dengan senyuman panjang lebar mengupload website saya yang baru itu dan menghebahkannya kepada rakan-rakan di YM dan forum. Seperti biasa… saya berjaya mendapat pujian yang berbakul-bakul banyaknya mengatakan website saya sangat cantik pada masa itu. Itulah sahaja yang mampu saya perolehi.. pujian yang sudah pastinya tidak boleh ditukarkan dengan apa-apa barang makanan atau pakaian atau apa-apa keperluan hidup. Arghh! Saya mahu DUIT! bukannya pujian.
Kemudian, selepas itu, saya berfikir panjang… mungkin disebabkan perkhidmatan web design sudah terlalu kompetetif, sebab itulah servis saya tidak laku. Jadi, saya bertukar pula kepada bentuk produk. Sedang baik pula, saya diperkenalkan oleh abang ipar saya tentang satu produk MLM yang sungguh menakjubkan dan boleh menyembuhkan segala macam jenis penyakit. “Ah ha!.. bagus juga kalau aku jual ubat nie secara online”.. kata saya sekuat-kuatnya menggunakan microphone yang terdapat di surau.. di dalam hati.
Kini saya mempunyai produk yang hebat + website yang cantik dan menarik di internet. Pasti saya akan jadi kaya.. ho! ho! ho!.. saya ketawa sambil melompot-melompat di atas katil berspring… di dalam hati.
Setelah setahun berlalu… saya berjaya menjual.. 3 botol ubat ajaib tersebut secara online dengan keuntungan setiap botol.. bernilai RM1.50.
It s*�% man….  saya menangis sambil menghempaskan diri di atas katil dan memukul-mukul bantal dengan kedua-dua belah tangan… di dalam hati.
Setelah itu, saya berhenti sebentar dari membuat apa-apa projek baru, saya buat study dan buat research selama 6 bulan sepenuh masa secara sendiri, menggunakan kemahiran mencari maklumat yng saya pelajari sewaktu di universiti dulu. Saya baca banyak artikel serta ebook tentang cara-cara berniaga di internet. Setiap hari saya akan membaca antara 5-10 artikel mengenai dunia perniagaan internet. Pada masa tu buku dr. irfan khairi tak keluar lagi dan tiada blog2 bahasa melayu yang menulis tentang dunia perniagaan internet seperti sekarang. Semua bahan rujukan adalah di dalam bahasa inggeris.
Setelah 6 bulan membuat study. Saya pun merancang satu projek  baru… hasil dari research dan study yang telah saya lakukan. Saya dapati, produk yang paling laris, sebenarnya ialah produk yang dapat menyelesaikan masalah orang.
Dipendekkan cerita, saya hasilkan sebuah website yang diberi nama “sempoihosting.com”, sebuah website yang menyediakan perkhidmatan webhosting secara timbang kati. Menyelesaikan masalah yang sering dialami oleh banyak freelancer dan orang-orang yang baru hendak berjinak memilki website di internet. (Freelancer biasanya memerlukan ruangan web yang kecil sahaja untuk meletakkan website pelanggan mereka, manakala orang2 baru yang nak memiliki website pula, mereka ini agak gementar untuk mengeluarkan modal yang banyak untuk membeli domain dan hosting bagi website mereka.)
Oleh itu, di sempoihosting, saya menyediakan produk yang dapat menyelesaikan masalah orang + website yang agak simple dan menarik + autoresponder untuk memujuk mendidik bakal pelanggan. Alhamdulilah, usaha saya berhasil… sudah setahun setengah sempoihosting berjalan.. dan kini ia mempunyai pelanggan seramai seribu lebih orang dan telah memberikan pulangan keuntungan sebanyak.. RMXX,XXX setahun.
Kuiz pantas!.. Apakah yang menjadi kunci kejayaan saya?
Website menarik?
Produk yang bagus yang dapat menyelesaikan masalah orang?
atau.. Sistem autoresponder dengan kandungan yang baik?
Kuiz Tamat! Saya berikan jawapanya kepada anda….
Jawapannya yang sebenar….
ialah…
ILMU!
Saya hanya berjaya setelah  saya berhenti seketika… IQRA’, belajar dan bertindak. Oh! Saya tahu, mungkin sudah ada yang bosan mendengar nasihat yang sama berulang-ulang. Tapi… itulah hakikat sebenarnya, dalam al-quran pun dah kata, tidak sama kedudukan antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.
Jadi, tuntutlah ilmu banyak-banyak dan rajin-rajinkanlah membaca… dibawah ini, ada satu report mini  yang saya rasa amat berbaloi untuk dibaca oleh semua orang yang ingin berjaya di internet. Downloadlah dan bacalah… PERCUMA sahaja.. tidak perlu bayar apa2. Klik sahaja pada banner kat bawah nie…
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.


aku tak bosan bila ko selalu cakap pasal ilmu, sebab aku yakin perihal kepentingan ilmu perlu diberi penekanan yang kerap.
Ya.. saay rasa masa Shuth ‘x jadi’ tu disebabkan ilmu yang kurang. Semuanya berdasarkan logikal. Betul x?
Asas yang penting ialah ILMU!
Mula-mula memang kena ikut cara susah dah tau susah baru tahu cara mudah/senang tu ada sebenarnya.
Shuth pengalaman sebenarnya banyak mengajar kita. Saya pun baru nak bermula dengan cari pendapatan dari internet.
Harap member yang lain pun boleh membantu.
Thanks
saya dah download buku tu and ia memang menarik. tambahan, beliau pn share byk link ebook yang lain spt ebook virus yang berguna tapi percuma
Syok oh…bila shuth cerite ttg perniagaan internet.Lain sangat…lebih2 lagi ttg pengalaman.
Pendapat saya:-
Pendedahan tentang pengalaman orang lain boleh kita gunakan untuk diri sendiri.. Setidak-tidaknya kita tak melakukan kesalahan yang sama..
Berniaga di internet memang menyeronokkan. Pengalaman paling manis saya adalah apabila menerima pembayaran pertama saya dari hasil jualan e-book di web saya.
Betul ke dgn menggunakan kaedah internet mudah untuk menjana wang???/
assalammualaikum.
Saya sebenarnya dah lama nak belajar berniaga dalam internet, malah saya ada beberapa prodk yang dibuat sendiri,tapi cuma saya tak pandai nak mempromosinya ,tambahan pula jika menggunakan internet (web) semua kena faham bahasa ingeris lagi buat pening kepala saya.Kalau boleh ada dalam bahasa malaysia dan dibuat tutorial langkah demi langkah barulah baik, maklumlah kadang-kaang tak faham bahasa inggeris.
Tolonglah saya,kerana saya juga ingin berjaya maklumlah nak sara anak bini.
Roslan
Kulim Kedah.
assalamualaikum! minat saya berniaga dalam internet bermula setelah saya dihadiahkan sebuah labtop,saya tahu potensinya baik tapi ianya juga berresiko bila berdialog dengan orang orang yang tak bertanggung jawab sebab itu sampai hari ini saya masih mencari mereka yang benar benar jujur, diharap pihak Tuan dapat membantu.
salam kenal dari indonesia