Seringkali saya mendengar alasan… daripada orang-orang yang hendak mula menceburkan diri di dalam perniagaan internet mengatakan mereka teramat sibuk dengan kerja pekerjaan tetap mereka. Balik rumah sudah letih… tak boleh nak duduk depan komputer lagi. Hujung minggu pula, sibuk untuk melayan keluarga dan membawa keluarga keluar bersiar-siar. Jadi, memang takde masa nak buat website ke atau nak tulis ebook ke atau nak buat apa-apa yang berkaitan untuk memulakan perniagaan internet. Tak sempat la.. takde masa..
Biasa dengar tak masalah macam nie?! Mungkin anda pun pernah mengalami masalah ini. Saya pun sendiri mengalami masalah ini. Terasa seperti diri ini terlalu sibuk sangat. Pada mulanya, saya menyangkakan… mungkin saya kekurangan ilmu di dalam “menguruskan kerja dan waktu”… jadi.. seperti biasa.. saya pun mencari dan membaca buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut, iaitu ilmu pengurusan masa. So.. adalah 2-3 buku saya dah baca mengenai pengurusan masa ini.
Hasilnya?… saya masih lagi merasakan diri saya tidak cukup masa.
Kemudian, saya bertanya kepada rakan-rakan IM yang lain..   konon-kononnya, nak korek skitlah rahsia mereka, macam mana mereka  menguruskan waktu?
Tetapi, you know what?
Mereka pun semua sibuk tak cukup masa macam saya!! Oh!
Akhirnya.. saya cuba untuk menerima hakikat.. rupa-rupanya, masalah sibuk kerja & tiada masa ini bukanlah masalah saya seorang.. tapi semua orang menghadapi masalah yang sama. Jadi.. saya pun mula menganggap.. ia adalah “normal”. Tiada apa yang perlu dirisaukan.
Walaupun fikiran saya cuba mengatakan perkara ini adalah masalah biasa, tetapi hati saya seperti tidak dapat menerimanya.
Maka, terjadilah perselisihan pendapat di antara “si tanduk dua” dengan “si cincin bulat” di dalam diri saya.
Si tanduk dua kata, “Ala.. biasalah nie.. semua orang pun tak cukup masa, tak perlu nak risau apa!”
Si cincin bulat pula kata.. “Tidak! Sebenarnya,  kau masih belum menjumpai punca yang sebenar kepada masalah ini. Sekaligus menyebabkan kau tidak dapat mengatasinya. Jangan putus asa, cari lagi sampai jumpa punca masalah tersebut.”
Tips 1 Perenggan: Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita haruslah terlebih dahulu mencari & mengenalpasti terlebih dahulu punca permasalahan tersebut. Jika anda merasakan anda sudah tahu apa punca masalah tersebut, dan kemudian membetulkannya, tetapi didapati masalah tersebut masih belum selesai, itu bermakna, punca tadi adalah salah. Sila cari punca yang lain.
Jadi, saya terus mencari dan mencari…  akhirnya.. saya dah dapat beberapa perkara yang mungkin menjadi punca dan penyebab mengapa saya selalu tidak cukup masa untuk menyiapkan dan melancarkan projek perniagaan internet saya yang baru.
Antaranya…
1) Tidak fokus… yer… saya sebenarnya telah merancang beberapa projek untuk dijalankan pada tahun ini. Tetapi, seringkali fokus saya terganggu disebabkan  kehadiran “peluang-peluang”  baru yang nampak mengiurkan. Akibatnya, saya seringkali hilang fokus dan semua projek yang dirancangkan tidak dapat dilaksanakan.
Solusinya? Saya akan abaikan dulu semua email2 promo yang masuk ke dalam mailbox saya. Tidak perlu risau tentang akan terlepas peluang, peluang boleh dicipta.
 2)  Tidak penting.. salah satu sebab mengapa saya suka menanguh-nanguhkan projek yang saya rancang dan lebih mementingkan benda lain seperti berehat, lepak-lepak tengok TV,  chat, bekerja lebih masa dan sebagainya. Sebab saya tidak meletakkan kepentingan projek peniagaan internet saya sebagai perkara yang paling penting dan utama. Yer.. jika anda rasakan anda terlalu sibuk dengan kerja pejabat anda sehingga sanggup bekerja lebih masa hingga ke malam, jelas sekali, anda merasakan projek perniagaan internet anda adalah sesuatu yang tidak penting, bagi anda kerja anda adalah lebih penting. Sebab itulah anda selalu mengadu, terlalu sibuk dengan kerja anda. Cuba anda letakkan “projek perniagaan internet” anda lebih penting dan utama daripada ”kerja-kerja pejabat anda”.  Saya pasti, sesibuk mana pun anda, anda akan cuba  mencuri-curi masa untuk membuat projek perniagaan internet anda.
Solusinya? Saya mestilah mementingkan dan mengutamakan perniagaan internet saya dari perkara lain. Anggaplah.. sesuatu yang buruk akan berlaku jika saya tidak berjaya menyiapkan projek perniagaan internet saya. Yer!.. Sesuatu yang amat-amat buruk dan mengerikan.. seperti saya akan mati kelaparan..  kereta saya ditarik dan rumah saya akan dilelong. Seriously.. manusia biasanya tidak akan berusaha jika mereka berada di dalam keadaan yang selesa (“comfort zone” ialah kunci kepada perasaan malas & kehidupan yang “biasa-biasa” sahaja)
Ada beberapa lagi punca yang saya rasakan mengapa saya sentiasa sibuk dan tiada masa untuk memulakan “projek peniagaan internet” saya yang baru, tapi macam yang ramzwatcher cakap. Saya memang suka cerita dari “A” sampai “K” sahaja…
YOSH!.. dah gi sambung buat projek perniagaan internet anda.
kalo a sampai z, ramailah yang duplicate ke, ape2 jelah
hehehe.. dari a sampai dato’ k… tu pun dah cukup menceriakan pembaca dengan idea2 dan buah fikiran yang bernas.
memang inilah puncanya: tiada fokus.
Memang sibuk sesangat sehingga tertangguh projek yg telah dirancangkan! Lebih2 lagi jika bisnes spt saya.
Letih dan penat jangan cerita… semangat tu sentiasa ada. Tapi bila depan computer screen, blank!! Plan ke mana.. fokus ntah ke mana..
Sindiran paling bestt… “ada masa terluang tu.. luangkanlah pula utk anak-anak…”. heheh!!
Apapun, nantikan April dan May ini!!
He! he!… nampaknya, banyak produk tempatan akan dilancarkan pada bulan april dan may ini…
Perkembangan yang bagus.. tapi perlu dilakukan dengan berhati2.. silap timing, tak laris plak nanti..
Menarik post shuth kali ni. Bila projek baru akan keluar shuth?
Satu yg aku suka blog shuth ni ialah: asal aku bacaaa aje mesti terkena batang idung aku, asal terkena batang idung aku je mesti aku baca..
Kau memang best shuth!
Kenakan batang idung aku lagi!
Shuth, masalah masa dan komitmen byk menjadi punca selama ini pada diri aku.. Huhuhu..
oh ho, saya perlu mencarik sebab utk desperate. Takut kereta kene tarik? xde kete lagi. Takut mati kelaparan, insyaAllah scholar masuk bulan2..
Hanya 1 aje terfikir skang nie: Anggap 1 perkara yang sgt2 mendesak dan memerlukan wang…
oh,kumpul duit kawin! hehe
Maizul >> Bila projek baru akan keluar? Hmm… tak sure lagi.. kalau kuar nanti akan saya war-warkan
Ramzwatcher >> Kumpul duit kahwin?.. tak perlu susah2… dapatkan je buku “maskahwin yang hilang” kini disertakan dengan beberapa bonus yang menarik… he! he! he!..
Blog Shuth nie mmg bestla…very lively
Eks? Sempat lg Shuth promote maskahwin :p sy kn kluarkn beyond maskahwin r plak..keh keh.
Sy dh jumpe blk 1 sbb utama desperate tp personal punyalah. No.2 lak mau cari superbike honda cbr, no.3 kahwin. So kn cari buku lain dlulah sblm buku maskahwin :p
p.s: komen ini adalh dr mobile…
akhirnya..ada juga orang buat post pasal benda ni..huhu..dari dulu tercari-cari..dalam dilema dibuatnya sekarang..sebab dok pening kepala, asyik pikir takda masa..
terima kasih shuth..jasamu dikenang..
nampaknya shuth dah mendahului mengakui. maknanya bukan saya keseorangan dalam masalah ni. Hlang Fokus, tengiur ngan offer baru hmm apa lagi pas ni ekk…Meamang banyak benda nak buat solusinya macam yang dicadang oleh shuth atau kalo penah baca blog saiful sham siapkan yg per;ukan siapkan terlebih dahulu projrk lain KIV.
p/s : terimakasih shuth tolong saya tempohari.
memang betul kata-kata itu .hilang fokus sebabnya sekarang ni saya tgh buat ebook pasal infertiliti .target mula-mula tu masa baru balik dari workshop azwan hujung bulan febuari mesti siap ,tapi sekarang ni dah minggu ke 2 mac masih tak siap-siap.Bila buka internet macam -macam nak baca ,akhirnya ebook tak dapat buat.Lepas ini insyaallah saya akan give 1st priority to my ebook
assalamualaikum.first time taip2 kat blog otai shuth ^:)^
erm.kekangan masa.uwaa..
kene ltk diri kite dlm keadaan desperado.sebab mase desperate la kite keje kuat.think fast.
cth pling sng.desperate kene keja anjing.mana bole lompat,panjat,kita buat.walaupun biasanya kita berjalan kaki aje.huahhua
nice post shuth
shuth memang byk pengalaman bercerita..
TAHNIAH!!
Shuth memang bagus ar.. Idea yang bernas mcm org kata mula2 kena define, pastu analysis..