Kuasai Punca Pendapatan Anda
Suatu masa dulu, pendapatan internet saya yang utama adalah datangnya dari program google adsense. Pada mulanya, saya agak gembira dengan punca pendapatan tersebut, tapi setelah hampir setengah tahun menerima check dari google setiap bulan, saya mula terfikir…
“Sampai biler saya akan bergantung kepada punca pendapatan ini?”
“Berapa lama program ini akan bertahan dan apa akan terjadi jika google menutup program adsensenya?”
Suatu per”gantungan” yang amat nyata berlaku disitu. Berdasarkan persoalan itu, saya dengan segera memikirkan perkara-pekara lain yang dapat mengurangkan pergantungan punca pendapatan saya itu, saya tidak boleh bergantung selama-lamanya kepada program google adsense.
Jadi, setelah berfikir dan membuat analisa seketika… satu jawapan yang saya temui ialah.. “Memiliki Perniagaan Internet Sendiri Dengan Produk Sendiri” adalah LEBIH BAIK dari…
1) Menyertai mana-mana program affiliate
2) Menyertai mana-mana program internet MLM
3) Menyertai mana-mana program CPA/CPC
4) Menyertai mana-mana program HYIP & Pelaburan Internet yang mengarut..
5) Menyertai mana program-program Paid To Read/Surf/Click/Action and what so ever..
dan sebagainya… ini kerana, jika anda hanya bertindak sebagai “pekerja” dengan menyertai semua program-program tersebut tanpa anda mempunyai perniagaan internet sendiri, punca pendapatan anda akan bergantung kepada pihak lain.
Anda tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan sama ada punca pendapatan anda itu akan terus hidup atau mati.. jika ia hendak ditutup oleh pemilik perniagaan tersebut… ia akan ditutup tanpa anda sempat untuk berkata “Jangan…!!!!”. Anda tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalangnya.. punca pendapatan anda boleh hilang pada bila-bila masa sahaja dalam sekelip mata.
Suatu lagi kelemahan, jika anda TIDAK mempunyai perniagaan sendiri dengan produk sendiri. Anda tidak mampu berbuat apa-apa untuk memperbaiki mutu/kualiti produk yang anda pasarkan. Jika anda pernah bergiat dengan aktiviti-aktiviti pemasaran yang banyak berhubungan dengan pengguna/pelanggan, anda pasti akan sering mendengar rungutan-rungutan serta komen-komen dari pelanggan yang membeli produk yang anda pasarkan. Tetapi, sebagai pekerja orang yang hanya bertindak sebagai tukang pemasar, anda tidak mampu berbuat apa-apa dengan produk tersebut. Anda hanya mampu menyampaikan sahaja rungutan tersebut kepada pemilik produk dan berharap.. pihak pemilik produk tersebut akan berbuat sesuatu. Tetapi lazimnya, mereka tidak akan berbuat apa2. Sekaligus… tugas anda sebagai pemasar akan menjadi semakin sukar.. dan pendapatan anda akan menjadi semakin nipis kerana “expectation” anda terhadap produk tersebut semakin kurang dan lemah..
Satu lagi sebab mengapa anda perlu kuasai punca pendapatan anda ialah sebab “keuntungan”.. jika anda memiliki perniagaan dengan produk anda sendiri. Anda berhak menentukan berapa keuntungan anda! 20%? 50%? 70%? atau 100%?
“Yerla… itu kalau untung? kalau rugi macam mana pulak?” ujar makcik zaharah sambil memotong bawang merah.
Itupun sebenarnya adalah salah satu kelebihan jika anda memiliki perniagan sendiri dengan produk sendiri. Jika anda rugi! Anda mampu untuk menangani dan memperbaiki segala kelemahan yang menyebabkan kerugian tersebut!
- Mengubah ayat salesletter?
- Menambah cara penerimaan bayaran?
- Menaikkan/mengurangkan komisyen?
- Menguatkan lagi usaha promosi?
- Mengoptimunkan lagi SEO bagi website anda?
- Menambah baik kualiti produk anda?
- Hatta.. menukar webhosting & nama domain jika perlu…
Semuanya di dalam “kuasa & tangan” anda…
Jadi… usah lagi fikir-fikirkan… sekarang masa untuk bertindak! Menyertai mana-mana program-program penjanaan wang di internet, hanyalah sesuai untuk pendapatan jangka pendek sahaja. Kini sudah tiba masanya untuk anda mempunyai produk sendiri dan perniagaan internet sendiri! demi masa depan yang lebih cemerlang! gemilang dan terbilang!
Anda mampu mengubahnya!… ho! ho! ho! YOSH!
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Yup… produk sendiri adalah cara terbaik untuk meraih pendapatan yang lumayan
p/s: patut lerr pedih mata… rupa2nya makcik zaharah dok memotong bawang merah. haha
huhuhu, bila la nak ader produk sendirik nih…. T__T
Betul tu shuth..actually, life is depends 100% on our hands..be on your path, follow your way…but, ingat juga Allah jua lah yg memberi rezeki.
agak senada dengan satu post aku..
tapi di sini, penerangan cukup jelas. syabas.
makcik zaharah: ‘ pening kepale makcik nak memperbaiki segala kelemahan tu, jang oi.. tengok anak makcik, keje gomen, kan senang… bulan2 dapaaaaat jugak makcik merase.’
hahaha.. termelalut plak..
Memiliki Produk Sendiri? Apa Yang Boleh Aku Buat Yek…
1. Tulis Buku… (Belum Pasti Topik Yang Bagus…Bagi Idealah sikit)
2. Laman Iklan Sendiri
Tahun ini Aku mesti siapkan 2 projek ni… Yosh
“setuju” kata kak midah sambil memerah kelapa untuk dijadikan santan. hehe
kalau nak berjaya dalam bisnes kita perlu sentiasa berlatih. macamana nak berlatih kalau takde bisnes sendiri, produk sendiri, sistem perniagaan sendiri? sama macam orang nak main bola, tapi takde bola sendiri hanya bergantung kat member je punya bola je. kalau member tu pindah rumah ke last2 kenalah beli bola sendiri..
bisnes kita yang kita cipta sendiri adalah tempat untuk kita berlatih dan terus berlatih sampailah kita berjaya menjadi usahawan yang cemerlang gemilang dan terbilang..
salam
Memang hajat dihati nak miliki produk sendiri tetapi… buat masa sekarang cari modal dengan menyertai program affiliate dulu…
sekali lagi,
saya ada terbaca tentang penyataan saudara di atas, saya amat2 TERUJA untuk memiliki bisnes internet sendiri. saya punyai rangkaian produk tertentu untuk saya ketengahkan produk2 trading saya sendiri. diharap saudara sedia membantu saya dari semua sudut dan selok-belok bisnes ini. saya amat berharap agar saudara membantu say dalam memerealisasikan impian saya ini. misi, visi dan impian saya pada masa mendatang. lebih2 lagi saya ini masih lagi menganggur dan mencari sumber pendapatan utama dan harian dalam menyelesaikan hutang ptptn saya yang semakin hari semakin kompleks. cekik darah dibuatnya. saya buntu!
harapan dan doa saya untuk semuanya terbaik dan dalam kesejahteraanNYA. amin…
julia
mempunyai cita2 untuk menjalani bisnes sendiri.
013-6329986