Persaingan… baik atau buruk?
======
Episod 1
======
Saya berasal dari muar, johor. Sesiapa yang tinggal di muar atau pernah pergi ke muar, mungkin tahu mengenai tempat-tempat makan yang menarik di muar. Salah satu tempat makan yang terkenal dan sering mendapat tumpuan ramai, ialah kawasan gerai di “stesyen bas pagoh” di muar. (Di bandar muar ada 2 stesyen bas, satu dipanggil stesyen bas pagoh, dan satu lagi dipanggil bas stesyen batu pahat. Nama tersebut diberikan kerana, bas yang menghala ke pagoh akan berhenti di “stesyen bas pagoh” manakala bas yang menghala ke batu pahat, akan berhenti di “stesyen bas batu pahat”, mengapa bas tersebut tidak berhenti di satu tempat sahaja? Jangan tanya saya… sila tanya masjlis perbandaran muar. Tapi yang pastinya.. kedua-dua stesyen bas tersebut, terletak di bandar muar, bukan di pagoh ataupun di batu pahat)
Di stesyen bas pagoh, dimana tempat-tempat bas parking pada waktu siang, akan berubah menjadi kawasan medan selera selepas pukul 7 malam. Terdapat banyak gerai jenis “stall” akan mengelilingi kawasan tersebut… dimana, di bahagian tengahnya, diletakkan kerusi dan meja untuk pelanggan makan. Apa yang menarik.. setiap gerai disitu, akan menjual makanan yang berlainan, dari mee bandung, nasi goreng, mee goreng, yong tau fu, mee kari, nasi ayam, hinggalah kepada minuman sejuk dan panas. Tiada satu pun gerai yang menjual makanan yang sama... setiap gerai menjual makanan yang berbeza-beza. Apa yang lebih menarik.. untuk memesan makanan ini, anda tidak perlu pergi dari satu gerai ke gerai yang lain untuk memesan makanan yang berbeza. Anda hanya perlu duduk, dan pekerja dari mana-mana gerai yang nampak kedatangan anda akan datang kepada anda dan mengambil order.
Anda boleh order apa sahaja menu dari mana-mana gerai, dan pekerja gerai tersebut akan mengambilnya dan akan memberitahu gerai yang terlibat untuk menghantarkan makanan tersebut kepada anda… lebih menakjubkan, pekerja tersebut, tidak sesekali akan menawarkan atau memaksa anda memesan makanan dari gerainya. Jika pekerja tersebut adalah pekerja dari gerai nasi lemak, dia tidak akan sesekali memaksa anda untuk memesan nasi lemak dari gerainya.
Kini setelah hampir 15 tahun… kawasan itu masih lagi dikunjungi oleh ramai orang dan masih lagi meriah.
Oh! Satu perkara yang unik di medan selera ini, anda dikehendaki membayar makanan anda sebaik sahaja dia dihidangkan di atas meja anda. Jadi, keluarkan duit anda siap-sipa selepas anda membuat order.
=========
Episod 2
=========
Pada tahun 1999, saya telah melanjutkan pelajaran di UKM dan sekaligus mula meng”habitat’kan diri saya di bangi. Pada waktu itu, saya seringkali keluar makan bersama rakan-rakan di salah sebuah medan selera di bangi ini. Di kawasan medan selera tersebut, terdapat banyak kedai makan dan ramai orang datang ke situ, tetapi, yang peliknya, semua gerai disitu, mempunyai menu masakan yang sama. Setiap gerai, pasti ada menjual mee goreng, nasi goreng, tomyam, nasi lemak dan sebagainya. Ada lebih kurang 5 kedai makan.. dan kelima-limanya menjual benda yang sama.
Selepas 5 tahun berlalu…. hanya tinggal 1 kedai makan sahaja yang masih dibuka di kawasan itu… itu pun seperti “hidup segan mati tak mahu”.
=========
Kesimpulan
=========
Saya tidak pasti… apakah faktor yang menyebabkan kejayaan medan selera di muar, dan apakah punca ke”bangkrap”an kedai-kedai makan di bangi ini. Saya tidak pasti… ini kerana.. apabila “sesuatu” itu berjaya.. ia biasanya disebabkan olehn banyak faktor & sebab…. begitu juga jka “sesuatu” itu gagal… biasanya, ia akan disebabkan oleh banyak faktor & sebab.
Tetapi, yang pastinya, diantara banyak-banyak sebab itu, pasti akan ada satu “sebab’ yang lebih menonjol (lebih dikenali dengan nama “penyebab utama”) daripada sebab-sebab yang lain, yang menyebabkan, sesuatu itu berjaya atau gagal.
Anda rasa…. apa sebab utamanya?
========
Soalan Survey
========
1) Jika anda ingin membina blog, adakah anda akan memilih niche perniagaan internet?
2) Jika anda ingin menulis ebook, adakah anda akan memilih topik “buat duit di internet”?
3) Jika anda ingin membuat seminar, adakah anda akan membuat seminar mengenai cara-cara buat duit di internet?
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

untuk ketiga-tiga soalan, jawapannya: bergantung kepada supply and demand.
Oh ho, saya dah terbuat benda yang sama tapi nasib baik ada jugak kelainannya..
tapi pada pandangan sayalah, better buat sesuatu yang lain sket tapi still dalam kategori yang diminati..
Yer.. actually, anda boleh sahaja kalau nak buat blog / ebook/ eminar pasal buat duit di internet.. tapi pastikan ada sedikit kelainan.
Contohnya,
-Buat duit di internet dengan menggunkan Blog
-Buat duit di internet dengan menggunkan Ebay
-Buat duit di internet dengan menggunkan Forum
-Buat duit di internet dengan menggunkan MySPace
-Buat duit di internet dengan menggunkan YouTube
dan sebagainya….
hurmmiey..kecenderungan tertiru sebab tgok keteguhan kejyaan org lain tu byk menguasai diri…
dik mal mula dgn niat mcm ni juga..tp niat dik mal..utk explore niche yg btul2 close dgn diri..n got potential to stay…
almost find it…
nak lak join 40 days challenge ramz..tol tk ramz?
jika saya dah berjaya dalam perniagaan internet… mungkin saya memilih menulis buku fizikal tentang perkara lucu,sedih, pedih yang berlaku sebelum berjaya… buku tu kira macam novel tapi ada mesage tertentu atau lucu….
contoh; title of book : gadis cantik mengoga lelaki buruk
jalan ceritanya macam ni, seorang gadis cantik berkelulusan universiti dalam bidang perniagaan cuba mengoda lelaki buruk yang genius. lelaki buruk itu tidak tahu menggunakan kelebihan dia… tetapi perempuan cantik itu tahu implement kelebihan lelaki itu dalam perniaggan dan cuba untuk mengorek rahsiai dengan pelbagai cara…pendek cerita mereka berdua dihapkan ke hadapan tribunal hak asasi,… perempuan itu tidak mampu membayar denda yang dikenakan..untuk menyelesaikan masalah…perempuan cantik itu pun sanggup berkahwin dengan lelaki buruk itu…ahhh cerita bersambung..
Kalau nak buat pasal perniagaan internetpun JANGAN TERLALU UMUM kecilkan sedikit skop anda
awak asal muar ye, sekampung la kita ye, saya kat jln temenggong ahmad, awak kat mana?
dulu masa belajar di utm, selalu bas benti kat pagoh.kat situ ada tempat bas berhenti..tapi makan sana mahal.selalu beli coklat jee..:)
keâ€bangkrapâ€an kedai-kedai makan di bangi??saya orang bangi..saya tengok byk aje kedai2 makan yang berkembang..ade ke yang bengkrap..
nurul >> kat bangi memang banyk kedai makan… tapi perasan tak kedai2 makan yang kat petronas, dekat ngan kolej al-marbawi ukm, kat kawasan kedai mazris dan cd zombie… kat belakang pasar bangi.. kat situ kan dulu banyak kedai makan.. skang kan.. dah tinggal satu je..
ooo saya perasann..mmg tul pun.dah tak hidup dah kat situ.kesian gak member sy yg duk kolej tu.terpaksa jalan jauh kat shell nak beli nasi.tapi kalu g kat depan billion skrg..menimbun2 kedai makan
Pelanggan xder kut sebab area tu agak tersorok sket, so tak ramai orang yg tau. Saya dulu time study kat UKM, selalu datang gerai sekitar Shell dan gerai Sate Kajang Hj Samuri. Siap ader pasar malam lagi.
orang muor rupanya….
1) Jika anda ingin membina blog, adakah anda akan memilih niche perniagaan internet?
2) Jika anda ingin menulis ebook, adakah anda akan memilih topik “buat duit di internet�
3) Jika anda ingin membuat seminar, adakah anda akan membuat seminar mengenai cara-cara buat duit di internet?
Jawapan
1) Tidak. Saya ada niche lain
2. Tidak. Saya sedang tulis ebook berniche masakan
3. Tidak.
1) Jika anda ingin membina blog, adakah anda akan memilih niche perniagaan internet?
-Ya, tapi selepas niche saya yg lain berjaya
2) Jika anda ingin menulis ebook, adakah anda akan memilih topik “buat duit di internet�
-No, kecuali kalau ader permintaan aka desperate buyer
3) Jika anda ingin membuat seminar, adakah anda akan membuat seminar mengenai cara-cara buat duit di internet?
-Yes, kalau dah xder mender lain nak wat dah..
“Menyongsang arus” ada baik nyer. Lebih-lebih lagi kita jadi yang pertama. Buat bagi berjaya.. biar orang yang ingat sampai tahap gaban, kalau di sebut jer product dot dot dot tu ….orang akan terus merujuk kepada kita.
Bersaing kena pakai otak juga, jangan ingat nak bersaing jer pastu masing-masing x dapat apa2…
saya berminat nak jual produk melalui intrnet..tpi masih tak tau nak mulakan dan nak buat web..boleh encik ajarkan…t.q