Pelaburan Internet…. Scam?

Saya baru sahaja tamat membaca satu laporan khas yang ditulis oleh Azizi Ali berkenaan Swisscash, Skim Cepat Kaya & Lain-lain Pelaburan Maut.

Swisscash Pelaburan Haram
Laporan ini anda boleh dapati dari website Azizi Ali di http://millionairesplanet.com/books_specialreport.htm dengan harga RM19.90. Saya rasa, ia adalah satu pelaburan “ilmu” yang berbaloi sebelum melaburkan wang kita ke mana-mana skim pelaburan dan akhirnya lesap begitu sahaja.

Dalam report ni, ada diterangkan, apa itu pelaburan offshore…. saya pasti… apabila anda membaca laporan ini, anda dapat rasa, bagaimana diri anda diperbodoh-bodohkan oleh orang bodoh yang tidak tahu langsung apa itu pelaburan offshore tetapi berlagak pandai bercerita tentang pelaburan offshore yang kononnya boleh memberikan pulangan berlipat kali ganda secara “tetap”. (Maaf jika ayat saya agak kasar…)

Turut diceritakan dalam report ini tentang sejarah skim pak man telo, dimana hampir 50,000 orang telah menyertainya dengan anggaran wang pelaburan sebanyak RM100 juta.

Apabila anda mengetahui tentang sejarah skim pak man telo ini, anda boleh lihat, sejarah ini sedang berulang pada masa ini. Bagaimana orang ramai yang menyertai skim ini, sanggup mempertahanan skim ini mati-matian. Bagi mereka, semua orang yang kata skim pelaburan ini tipu…… adalah penipu. Tidak kiralah orang itu makcik kantin ke, tukang kebun ke, penoreh getah ke, doktor ke, penasihat kewangan ke, mufti ke ataupun jutawan sebenar pun! Jika orang itu kata skim pelaburan yang mereka sertai itu adalah tipu.. bagi mereka, orang yang cakap itulah yang penipu. Mereka akan kata, orang tersebut busuk hati, dengki, tak boleh tgk orang senang dan orang yang cakap skim pelaburan mereka sertai itu tipu, tidak tahu apa-apa kerana mereka belum masuk dan sertai lagi pelaburan itu.

Ho! ho!.. satu alasan yang sungguh kurang bijak!…

Anda tidak perlu terjun dari bangunan untuk mengetahui bahawa jatuh bangunan itu adalah sesuatu yang menyakitkan dan boleh membawa maut. Anda tidak perlu membiarkan diri anda di patuk ular, untuk mengetahui dipatuk ular itu adalah sesuatu yang menyakitkan. Dan anda, tidak perlu menjilat tahi, utuk mengetahui tahi itu busuk.

Sejarah pak man telo sudah mengajar, jadi mengapa perlu biarkan ia berlaku sekali lagi? Anda boleh lihat bagaimana orang ramai kehilangan wang berpuluh-puluh ribu di dalam skim pak man telo dahulu.. dan situasi dulu, saling tidak tumpah dengan apa yang berlaku sekarang.

Apa yang paling pelik, jika seseorang penasihat kewangan dan jutawan yang boleh menjadi jutawan kerana kebijaksanaan mereka menguruskan wang serta pelaburan mereka serta bijak mengendalikan dana-dana pelaburan di bank. Turut dituduh tidak tahu apa-apa tentang skim mereka. Oh! Jika orang tersebut boleh menguruskan pelaburan serta dana-dana di bank.. memahami segala selok belok urusniaga perdagangan dan instrument pelaburan yang ada di dunia ini, saya tidak nampak mengapa mereka tidak boleh faham dengan skim pelaburan anda.

Jadi… sudah-sudahlah, berhentilah dari menyertai dan mengajak orang ramai menyertai scam pelaburan internet ini!

Kalau scam, kenapa saya masih dapat wang tiap2 bulan tepat pada masanya?

Helloooo…. do you know what is “scam” means?

Scam di dalam kamus oxford bermaksud “dishonest plan to making money”, atau dalam bahasa melayunya, suatu rancangan yang tidak jujur di dalam membuat duit, lihat perkataan yang di “bold”kan itu.. ia adalah “rancangan”

Jadi… apabila saya menyeru, jangan sertai sesuatu pelaburan itu, kerana ia adalah scam.. ia bermaksud, jangan sertai pelaburan tersebut, kerana ia adalah merupakan satu rancangan yang tidak jujur yang berniat untuk menipu wang anda.

Tetapi, yang sedihnya, ramai orang yang salah faham dengan maskud scam ini. Bagi mereka, selagi website tersebut membayar mereka, maka, ia bukanlah scam. Ia hanya akan dikatakan scam apabila website tersebut sudah tidak membayar mereka lagi…

Sekali lagi…. helllooooo…. itu dipanggil “fraud” bukan lagi “scam”.

Scam = rancangan jahat untuk menipu wang anda ( pada fasa ini, mereka akan memberikan anda maklumat yang tidak jujur tentang bagaimana wang anda akan berganda, kononnya, offshore investment, commodity, warrant dan apa2 sahaja nama yang pelik dan sedap didengar, dan yang pastinya, anda tidak tahu apa-apa pun mengenainya) = masih membayar, bertujuan untuk mendapatkan lebih ramai lagi mangsa

Fraud = penganjur cabut lari (dilakukan selepas kuota mangsa & keuntungan mereka sudah mencukupi atau sistem mereka sudah tepu dan tiada lagi mangsa baru yang dapat dicari) = tidak lagi membayar anda

Itulah kesilapan yang seringkali dilakukan oleh orang-orang tamak yang pemalas tetapi mahu kaya. Mereka sangkakan, yang “fraud” itu scam.. dan yang “scam” itu adalah jujur dan murni. Dan pihak yang jujur dan murni di dalam menegur mereka, di panggil pula sebagai pendengki, busuk hati, bodoh, tak tahu apa-apa dan sebagainya. Oh! Sadisnya…

Nota Ulangan: Scam bermaksud suatu rancangan yang berniat jahat untuk menipu wang anda, ia bukan bermaksud.. “website yang tidak membayar”, usah terkeliru. Manakala, website yang sudah tidak membayar pula, dipanggil “fraud” bukan “scam” lagi. Dan apabila fasa “fraud” ini berlaku, masa itu, barulah anda akan tahu, betapa bijak & jujurnya orang yang menegur anda sebelum ini.. tetapi, pada waktu itu, anda sudah terlambat.. wang anda sudah pun lesap.

Jadi…. bukakan minda, lapangkan dada…. tuntutlah ilmu, jangan mudah terperangkap dan menjadi mangsa dengan website-website scam yang banyak berselindung dengan nama “pelaburan internet” ini.

============================
Terbaru Mengenai Pelaburan Internet
============================

Majlis Fatwa Perlis Haramkan Pelaburan Internet (updated)

Berita Dari Singapura : Swiss Cash Haram

Pelaburan Internet Lebih Buruk Dari Makan Babi : Mufti Perlis

Berita Utama Metro Ahad:Pelaburan Saham Neraka

Mufti Terengganu & Johor Haramkan Pelaburan Internet : Berita Metro

Selamat membaca dan menuntut ilmu.. YOSH!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

43 thoughts on “Pelaburan Internet…. Scam?

  1. Pingback: Skim Cepat Kaya Internet Haram Disisi Agama

  2. thanks shuth inform pasal buku ni. Baru2 ni ada classmate yg suggest satu pelaburan offshore ni pada sy. Selamba minta sy laburkan $120. Ingat sikit ke? Biasalah fresh graduate nak cari duit lebih, tp pakai hentam jer.

  3. ko sedar tak ko ada bakat menulis? :D sekali lagi terasa nak paparkan tulisan ko. tapi takpelah, fokus blog aku dah berubah.. huhuhu.. apapun, pasni aku nak suruh ‘yang bangang’ rujuk sinilah untuk pemahaman yang jelas supaya ‘tak bangang’ lagi.

    yang bangang lagi, yang membuatkan aku bengang, bila jumpa ayat ni,”nasib baiklah aku dah pulang modal”. F off. selfish of the lowest of its kind.

    maaflah teremosi sket :D

  4. Saya rasa ramai orang dalam dilemma bila baca tulisan Shuth kali ni. Bukannya apa, memang ramai yang dah terjebak tapi tak nak mengaku dah kena scam. Alasannya, mereka masih dapat duit on-time tiap-tiap bulan. Itu masa dia masih dapat pulangan la. Bila dah tak dapat, senyap gitu je. Tak mengaku pernah masuk pelaburan tu pun.

    Dulu ada sorang Melayu ni promote Swisscash kat saya. Saya tanya, pelaburan ni ikut syariah tak. Nak tahu apa dia cakap? Syariah committee hanya ada kat Malaysia je, tak de kat international market! Maksudnya, syariah compliance tak boleh digunapakai kat luar Malaysia. Saya pun gelek kepala. Tak guna berdebat dengan orang macam ni. Nampaknya, duit telah mengaburi pandangan halal & haramnya.

    p/s – Dulu pernah labur dalam ASB. Tapi sekarang tidak lagi.

  5. mungkin penglibatan orang yang besar2 cam menteri/bekas kewangan menjadikan program2 sebegini popular dan diterima pakai..

    setuju dengan aku, ada sesetengahnya yg masuk sebab mereka tau mereka masih awal dan sempat balik modal. Nasib baik, mereka dapat lebih….

  6. saya rasakan shuth mmg berbakat menulis. penah masuk kusus menulis ka?
    adalah menjadi tugas memberitahu kpd masyarakat bahawa pelaburan swisscash tidak sah. Kepada yang bangang tu, teruskan kebangangan anda. jagn pomot org ikut serta supaya jadi bangang kuasa 2.

  7. Sebut pasal bakat menulis.. entahla.. saya rasa saya tulis biasa-biasa sahaja.. takde apa pun yang menarik..

    Masa saya pergi seminar azizi ali itu dulu pun.. dia bukan ajar pasal gaya menulis.. tapi dia ajar lebih banyak kepada bab2 teknikal seperti…
    - berapa ketebalan yang sesuai bagi sebuah buku,
    - bagaimana mencari bahan serta maklumat untuk menulis,
    - bagaimana menulis tajuk yang berkesan,
    - apa yang perlu ada pada cover buku, bab pertama serta belakang buku,
    - bagaimana mendapatkan testimonial,
    - macam mana nak publish buku ,
    - berapa duit yang kita boleh buat dengan menulis buku serta cerita-cerita menarik mengapa kita perlu menjadi penulis buku.

    Tentang gaya penulisan, saya rasa itu lebih kepada pengalaman sendiri dan bagaimana bentuk personaliti anda.

    Tetapi, apa yang menarik, saya pernah membuat satu survey di internet tentang “your right job”, keputusan yang saya diberikan.. saya akan mendapat upah yang paling lumayan jika saya bekerja sebagai “creative writer”..

    Oh!.. mungkinkah saya perlu bertukar kerjaya selepas ini?

    Eh? skang tgh cerita pasal pelaburan internet.. bukan pasal bakat menulis. Back to the topic please..

  8. Pingback: Peluang Perniagaan Internet, Usahawan Internet Malaysia Berjaya, Cari Duit, Motivasi » Laporan Khas Pelaburan Maut oleh Azizi Ali

  9. Terima kasih atas info anda. Insyallah saya akan beli gak report tu dan buat darinya dengan menjual report tersebut pada pelabur swisscash! (jangan sesapa tiru:D)

  10. Info yg sangat bagus.. terutama tentang beza “scam” dengan “fraud” tuh.. sy pun baru skang paham erti sebenar scam atau fraud online investment nih..

    Tq bebanyak..

  11. “penulisan yang menarik… berguling pada mereka yang sedang memakan cili ketika ini. report azizi ali satu kemestian. esok malam menerjah MPH untuk mendapatkan report tersebut.”

    apa pendapat anda mengenai penulisan saya tersebut? setaraf shuth? ngeh ngeh ngeh…

  12. Nice man.. really nice!

    Scam= perancangan= masih bayar duit
    Fraud= penganjur cabut lari

    kalau 2 mender nih pon xleh nak bezakan, konfemla anda akan di bangang2kan oleh org yg bangang.. heheh

    nih kalau mamat kat thread skim cepat kaya saya baca nih mesti berbulu jer masing2.. hahaha!!

    BTW, mmg shuth amat berbakat! best gielr baca style penulisan shuth!

    sekian,
    Robotys

  13. Pingback: Masa Depan Industri Jualan Langsung @ MLM di Malaysia at JimieRay Dot Com

  14. meke ni kita cakap pun tk dengarnya…kes nya dik mal…siap akak agkt nk support down payment utk ptama kali..kes..kes..kes…mcm itu pun ada!

  15. Pelaburan yang terbaik ialah ilmu yang baik dimanfaatkan dengan baik.

    “Jangan Kerana Guruh Di Langit Air Di Tempayan Di CurahKan”
    “Jangan Kerana Kelipan Kaca, Pemata Di Tinggalkan”
    ” Jangan Kerana Kilauan Wang, Halal atau Haram tidak dihiraukan”

    Memang adat manusia, kesilapan demi kesilapan
    Masih ada waktu, kembalilah ke jalan yang benar…

  16. Pingback:   Selamat Datang by | Pelaburan Islam | Saham Amanah |

  17. dah takdo jalan n tak nampak carabuat duit tu yg terlibat tu so paham je le org kita ni duit nak, kerja tak ado, mcmn! kepala pening hutang banyak so apa cara yg mudah dan halal

  18. pelaburan internat tu bagus untuk menyelesaikan hutang yang ada.kita bukan le orang kaya macam pertejemahan tu.mereka banyak wang kerajaan bagi. bagi kami yang tak keja degan kerajaan ni semua faedah tak dapat tak macam dia orang yang keluarkan fakta tu.ingatlah duit kita yang labur bukan duit diaorang.baru nak senang sikit ada aja yang bangkang.ini semua untuk negara kita juga.bayangkan usd 1 juta kita antar ke luar negara dan pulangannya usd 1.8 juta selepas 100 hari negara kita dapat. tak ke dapat mengubah kehidupan orang kita.pikirlah .

  19. Hanya satu yang saya harapkan. Berilah peluang kepada yang dah melabur tu ambil balik modal mereka. Jika tidak, ramai yang tertawa sorang2 atau berlari sambil tangan bergaya memegang stering kereta. Bila nampak orang dihadapan, mereka menjerit : – ” Hoi ! Ketepi lah. Tak nampak Mercedes aku ni nak lalu…! ”
    Dialog macam tu saya pernah dengar sewaktu kes Pak Man Telo dulu… Kesian kan ?

  20. betul tu sedare suth…ada satu lagi pelaburan internet yang kononnya diilhamkan oleh org kite..baru je terima promotenya…berape bayar tu..fical index kah..mujur tak join yg dipromote tu…

    macam kawan saya dah kena…bila contact upline tu always je not in service…kesiannya..

    hati-hatilah bila memnadu pada yang dah tekena tu

  21. Pingback: Maklumat penting perniagaan Internet | Sumber Pendapatan

  22. Pingback: KAEDAH-KAEDAH SEBENAR BUAT DUIT DI INTERNET «

  23. saya mencari info tentang scam, mampir di blog ini, makasi infonya about scam. newbie nih kasih saran ya

  24. sedih nyer saye…saye ni student,patutnye x serabut pale pikir duit coz ade yg m’bantu..tp sampei ble lak kan nk nyusahkan org…so,bleh x sedare cite sket pasal mlm..saye dah join 1…x tau nk proceed ke x…bingung…

  25. Pingback: LAPORAN KHAS, KEMPEN “CELIK DUIT INTERNET” | BijakIT - Dunia Tanpa Sempadan

  26. Semlm shuth baru aje reject iklan aku pasal bende-bende mcm nie kat WC..aku mmg dah agak akan kene reject pasal aku pun x berape berkenan dgn program mcm nie…tp sbb kawan baik aku mintak tolong sgt-sgt, terpakse jugak la aku try hantar iklan tu…nasib baik shuth reject…huhu

  27. Pingback: Kempen Celik Duit Internet « Successsor Global Trade Resources

  28. Salam Shuth,

    Tapi ada juga yang tertipu. Otai-otai pun ada juga terkena. Pelik. Sudah banyak amaran ada tapi masih dan masih ada yang join. Sebabnya, konsep yang diperkenalkan berjaya “menggugat” minda mereka. Duit maa..

  29. Pingback: zuraidizainol.com » Blog Archive » Usah lagi tertipu dengan skim pelaburan haram & skim cepat kaya di internet!

  30. Pingback: Buat Duit Di Internet | iluvsuperstore.com

  31. Pingback: Usah lagi tertipu dengan skim pelaburan haram & skim cepat kaya di internet! | FR e-Design : From KL With LOVE

  32. Pingback: Usah lagi tertipu dengan skim pelaburan haram & skim cepat kaya di internet!

  33. Salam kpd shuth & pembaca yg bijak2 semua… tlebih dulu saya mengucapkan tahniah kpd shuth yg sudi memberikan pesanan khidmat masyararakat mengenai macam2 benda berkaitan dengan $$duit$$ di internet. Tidak dinafikan 100% memang benar apa yang dikatakan. Cuma saya nk highlight sikit tentang pelaburan forex. (anda tidak digalakkan meniru apa yg saya lakukan ini). Sblm anda melakukan urusan forex (tips) :-

    1) Pastikan anda mempunyai ILMU yg CUKUP utk trade forex kerana prinsipnya adalah Large Rewards means Large Risk. (Dlm setiap website broker mmg dah jelas tulis perkataan ni selalunya kat bawah sekali…) dengan kata lainnya – KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL LAUTAN DALAM JANGAN DIDUGA.

    2) Anda selidik dahulu latar belakang pihak broker, kalau boleh pergi sendiri ke negara terbabit sbb semua broker boleh claim yg mereka ber – regulation dengan mana2 institusi kewangan mana2 negara. (HAHAHA – agak mustahilkan…???)

    3) Mmg ada broker yg SCAM (pastikan juga anda faham apa sebenarnya maksud SCAM ini juga) – tetapi tidak semua. (Akibat nila setitik rosak susu sebelanga). Satu lagi, anda perlu tahu apa sebenarnya maksud “HARAM” dan “HALAL” bagi konsep kerajaan kita sekarang ini… Petikan dr cerita P.Ramlee – “jual ganja halal, jual belacan haram” – kenapa ye??? HALAL bg pemimpin (saya tidak mahu menggunakan kerajaan, sbb kerajaan adalah kita sendiri) , HALAL bagi pemimpin adalah “BERCUKAI” dan HARAM bagi pemimpin adalah “TIDAK BERCUKAI” – anda fikir2 kan lah… sekiranya platform itu dari luar negara, sudah tentu tidak ada hasil dari setiap transaksi yg dilakukan- pendek kata rakyat masyuuk, pemimpin 0…maka HARAM lah urusan transaksi tersebut… betul kan…? tidak syak lagi.. hahahha… mana taknyer, 3 trillion!!! tu ada kat dalam forex tu!! x abis makan bro!!) . kalau tak nak membebankan rakyat kenapa harga kereta nasional mahal dan cukai kereta import begitu membebankan 300%, sedangkan kualiti tidak langsung setanding, mcm langit dan bumi… kalu nk jaga ekonomi pun janganlah membebankan rakyat… (saya tidak bermaksud politik langsung) terus terang dua2 pihak saya bangkang sbb dua2 pentingkan diri sendiri. rakyat yg tidak bersalah, miskin dan macam2 lagi jd mangsa… betul tak….

    4) Di antara beberapa Broker forex ni sebenarnya adalah syarikat yg besar dengan modal pelaburan yg berbillion dan juga well established. Anda perlu pastikan broker mana yg patut anda pilih.

    5) Hanya orang yg kurang ilmu sahaja yang menekankan bahawa forex ini adalah SCAM semata-mata sedangkan ada diluar sana yg setiap hari mengaut keuntungan hasil daripada “teknik trading yg berkesan – bukan robot ye !!!” – sebab itulah ilmu yg cukup diperlukan. (TIADA JALAN SINGKAT UNTUK KAYA!)- dan forex adalah satu bidang di mana “JARANG-JARANG” (kata2 dalam nujum pak belalang ni) trader yg mampu SURVIVE!!! – ingat betul2 dan pastikan melekat di hardisk cpu anda.

    6) Pendek kata ukur diri anda dahulu sebelum trade. Maaf bukan nk merendahkan sesiapa – kalau pencapaian akademik tu setakat SPM jer, nasihat saya lupakan lah forex utk SELAMA-LAMANYA, baik makan gaji jer. Sbb org yg bertaraf IQ tinggi & genius sahaja yg mampu membaca & memahami situasi dan sifir2 di dalam forex. Perlukan deria ke-6, adakah anda mempunyai deria tersebut???, tnya diri sendiri… sebab anda perlu belajar, belajar, belajar, belajar dan practice,practice,practice satu teknik yang anda sendiri faham dan boleh dipercayai 120% tanpa sebarang rasa BOSAN n JEMU… (makan masa berbulan, malah mungkin setahun)- SANGGUPKAH ANDA???

    7) Dan akhir sekali, jangan laburkan KESEMUA wang anda atau SEJUMLAH BESAR wang anda sebab sebenarnya — part ni yg best nih!!! – Sekiranya anda mempunyai segala kriteria seperti apa yg saya sebutkan di (6) td – anda sememangnya “born to trade” dan percayalah… dengan hanya cthnya 50 dolar yg anda laburkan… percayakah ianya mampu menjadi beribu dolar sekiranya teknik anda benar2 berkesan, dengan kata lainnya anda “nujum pak belalang” – level yg lebih tinggi dari “masta” & “guru”… sebab sebarang untung rugi dlm trading adalah berada di TANGAN anda sendiri. Tiada sesiapa yg boleh menukarnya kecuali tuhan.

    8) Kalau dah 2 tahun anda trade forex tetapi tidak lagi KAYA atau bergelar jutawan… nasihat saya… no offence – LUPAKANLAH FOREX! sebab percaya lah, rezeki anda bukan di forex.. lebih baik anda mengusahakan perniagaan yg lebih rendah risikonya.

    9) Last but not least… ni hukum syarak… kalu nk hasil dari forex tu HALAL dari segi hukum… jangan float melebihi 3 hari… sbb sekiranya trade anda floating lebih dari 3 hari maka jatuhlah hukum HARAM ke atas hasil anda itu… pendek kata anda WAJIB mampu melakukan spot forex (< 3hari).. untung2 jugak bro tapi hukum tetap hukum… hasil tu anak bini yg nk makan bro… kita nk anak yg genius macam kita gak… taat pada tuhan dan agama, negara tidak diwajibkan…. hahahaha…. sendiri mau ingat ler…

    10) Sekiranya ingin berhubung dengan saya dan mempelajari ilmu tentang forex ini, saya alu2 alukan… (utk yg betul2 nk belajar sahaja, bukan yg dah tahap masta/guru yer… sbb saya pun masih dalam pembelajaran lagi… tapi saya dah beat "masta" saya!!! hahahaha…. bukan dari hasil profit tetapi dari segi "penentuan trend utk trading" … penting tu… sbb trend is your friend..
    email saya di rosdi9877@yahoo.com

    Salam…

  34. Pingback: PANDUAN MEMILIH PERNIAGAAN ONLINE » Blog Archive » PELABURAN INTERNET

  35. Pingback: Panduan Kedai Online | Buat Duit Di Internet

  36. Pingback: Pelaburan VS Perniagaan Internet – Yang mana jadi Pilihan?

  37. Pingback: LAPORAN KHAS, KEMPEN "CELIK DUIT INTERNET" - 18 MAY 2007 | MWA Webmaster

  38. Pingback: Pelaburan VS Perniagaan Internet | adylife

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>