Aku seekor ikan jepun?

Mungkin ada yang sudah tahu dan dengar kisah ini. Tapi tidak mengapalah, jika dah tahu, anggaplah ia sebagai ulangkaji.

Orang-orang di jepun sememangnya amat gemarkan ikan yang segar. Namun begitu, kawasan penangkapan yang berhampiran pantai agak kekurangan ikan. Perkara ini telah memaksa, nelayan-nelayan di jepun untuk pergi lebih jauh lagi ke kawasan perairan pantai dalam untuk menangkap ikan. Semakin jauh mereka pergi, semakin lamalah masa yang perlu diambil untuk mereka pulang membawa hasil tangkapan mereka.

Disebabkan tempoh pulang yang lama itu, ia telah menyebabkan ikan-ikan yang ditangkap, menjadi kurang segar apabila sampai di pelabuhan. Dan rakyat jepun, tidak sukakan rasa ikan-ikan tersebut.

Untuk mengatasi masalah ini, nelayan-nelayan jepun telah mengambil langkah drastik dengan memasang peti sejuk beku di dalam bot mereka. Dengan itu, semua hasil tangkapan yang diperolehi akan terus disejukbekukan sewaktu di tengah laut lagi. Kaedah ini, telah membolehkan nelayan-nelayan jepun untuk pergi lebih jauh, dan tinggal lebih lama lagi di laut. Namun begitu, citarasa rakyat jepun sememangnya agak cerewet, mereka dapat merasakan perbezaan antara rasa ikan segar dengan ikan yang telah disejuk-bekukan, dan mereka, tidak sukakan rasa tersebut.

Bagi memenuhi permintaan ramai rakyat jepun yang inginkan ikan segar, maka, nelayan-nelayan di jepun pun menukarkan peti beku yang terdapat di dalam bot mereka dengan tangki yang berisi air pula. Dengan itu, semua ikan yang ditangkap tidak lagi akan disejuk bekukan, tetapi ia akan dimasukkan ke dalam tangki air tersebut agar ikan tersebut dapat terus berenang dan hidup apabila sampai ke pelabuhan.

Namun begitu, disebabkan tangki simpanan yang kecil maka, ikan-ikan tersebut tidak dapat bergerak bebas dan sering berlanggar dengan ikan-ikan yang lain, ini menyebabkan ikan-ikan tersebut penat dan akhirnya, mereka berhenti bergerak. Apabila sampai di pelabuhan, ikan-ikan tersebut masih hidup, tetapi ia sudah tidak bergerak selama beberapa hari. Dan rasa ikan ini, tetap kurang enak dan rakyat jepun tidak gemarkannya. (Fuh.. cerewet betul rakyat jepun nie)

Jadi? Apa lagi yang perlu dilakukan oleh syarikat-syarikat nelayan di jepun ini untuk memastikan ikan-ikan yang ditangkap sentiasa segar apabila sampai di pelabuhan? Jika anda dilantik sebagai “consultant” kepada industri perikanan di jepun ini, apakah yang akan anda cadangkan?

Anda nak tahu apa yang mereka lakukan seterusnya?

Mereka masih lagi mengekalkan tangki air tersebut di dalam bot mereka, cuma pada kali ini, mereka letakkan seekor ikan jerung kecil di dalam setiap tangki tersebut.

Dan anda nak tahu apa berlaku?

Ikan jerung kecil tersebut telah membaham ikan-ikan yang lemah, tetapi, ia tidak banyak, hanya sedikit sahaja, manakala ikan-ikan yang selebihnya selamat kerana mereka akan terus bergerak dan cuba melarikan diri dari ikan jerung tersebut. Ini adalah antara soal hidup dan mati beb!. Hasilnya, apabila sampai di pelabuhan, semua ikan-ikan tersebut masih lagi hidup, masih bergerak dan ini membuatkan ikan-ikan tersebut terus segar.

==================
Pengajarannya
==================

Kita perlukan “jerung” di dalam hidup kita untuk menjadikan hidup kita lebih “hidup” , “segar” dan “enak”. Jerung di dalam kehidupan bolehlah di umpamakan seperti cabaran2 serta tekanan2 yang wujud dalam kehidupan kita. Tanpa sebarang cabaran atau tekanan, hidup kita akan menjadi “bosan” dan “biasa-biasa” sahaja.
Jadi, usah gentar dengan segala cabaran & tekanan yang anda hadapi di dalam kehidupan ini, ia sebenarnya akan membuatkan anda lebih bertenaga dan lebih berjaya.

P/s:- Jika anda inginkan sedikit motivasi untuk memulakan perniagaan internet anda, bayangkan hari ini, anda dipecat dan dibuang kerja. Jika anda boleh membayangkannya, pasti anda akan dapat menyelami, bagaimana perasaan menjadi seekor ikan kecil yang ditangkap dan dikurung bersama-sama ikan jerung di dalam sebuah tangki air yang kecil. Fuh~~~ gerun seh…

Anyway, seperti yang pernah saya nyatakan, cuba kuasai punca pendapatan anda sebanyak mungkin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 thoughts on “Aku seekor ikan jepun?

  1. Artikel yang menarik dengan kisah yang buat saya lagi tertarik. Untuk success kita perlu keluar dari comfort zone. Jika tidak kita masih lagi di takuk lama.
    Anggapalah cabaran dugaan perencah untuk kejayaan

  2. Kiranya jerung itu sebagai booster itu meneruskan perjuangan kita. Yang keduanya pengajaran dari cerita tersebut kehidupan kita perlu kreatif….begitu juga dalam perniagaan.

    Thanks Shuth… :)

  3. Wah ikan jerung tu… huhuhu gerun jugak dibuatnya… kalau bayangkan berhutang dengan Along ( ibarat duduk dengan dinasor ler ) lagi hebat rasanya.. kah2 :D

  4. takut juga dok ngan jerung. tu la masalah org kita. kalau bagitau supaya buat bisnes dan cabarannya seolah-olah dikejar jerung, tak nak nye diorang buat. nak tukar zon tu ada payah sket.

  5. Post yang cukup menarik. Post begini yang harus dicontohi supaya orang akan terus baca hingga ke hujung artikel. Betul apa yang shuth katakan. Manusia tidak boleh berada pada Zon selesa. Ini membuatkan kita lalai.. Jika dengan cabaran, saya pasti anda akan buat sebaik mungkin!!..

  6. Tu citer benar ke cerita rekaan? :D

    Apapun, kita memerlukan sesuatu yang membuatkan sentiasa berusaha kuat, tak boleh bermalas-malasan. :)

  7. Teringat masa kena kejar ngan anjing gila masa tinggal Kat Kepong dulu.

    Kalau tak lari dengan sekuat hati tentu aku digigit oleh anjing gila babas tu..tapi penat nak mampus.

    Nampaknya saya perlukan “anjing gila” tu lagi untuk majukan kerjaya saya

  8. Nope, ko bukan seekor ikan jepun, ko adalah shuth. hahaha..
    menarik cite ni. kalo aku nak buat koleksi, bleh?

  9. zahiramli >> anjing gila?.. gerun jugak tu.. kalau kena gigit.. leh jadi gila terus tu.. ho.. ho.. ho..

    aku >> nak buat koelksi heh? takleh.. sebab nanti aku nak bukukan semua isi kandungan dalam blog aku nie.. pastu aku nak jual dengan tajuk “Koleksi Cerita-cerita Ghairah”! ho! ho! ho!…

  10. Pingback: Mohd Sufian | Rahsia Perniagaan Internet

  11. best gak cite ni. akan ku jadikan pengajaran dalam hidup kat U ni..TQ shuth..

  12. Artikel ini benar2 telah membuka minda saya untuk terus maju dan mengeluarkan saya dari “conmfort zone”. Cool

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>