Archive for March, 2007



20
Mar

Orang Pekak Berjaya!!

Sewaktu saya di dalam dunia insurans dulu, satu nasihat yang saya terima dari mentor saya ialah.. “Jika anda ingin berjaya, jadilah orang yang pekak!”… pada waktu itu, konteks menjadi pekak ialah.. jangan mendengar apa-apa pun alasan yang diberikan oleh prospek anda daripada tidak membeli insurans dari anda.. dan insyallah.. anda akan berjaya. Kebanyakan, agen insurans gagal menjual insurans.. adalah kerana mereka terlalu mendengar alasan yang diberikan oleh prospek mereka.. kadangkala, alasan yang diberi oleh prospek adalah tidak munasabah… (Jika anda rasa, alasan “tidak ada duit” adalah alasan yang munasabah bagi anda untuk mengelakan diri dari membeli insurans, saya nasihatkan anda mencari alasan lain…  penjual2 insurans sudah mempunyai hujah standard yang bernas utk menangkis alasan seperti ini. )

Kini… nasihat yang sama saya baca di blog pakdi , tentang kisah katak pekak yang berjaya.

Juga di blog saudara irwan dahnil (Yeah! Kali ini saya berjaya mengeja nama irwan dahnil dengan betul) , jika anda ingin berjaya.. usah pedulikan apa orang kata!

Saya sememangnya setuju dengan nasihat tersebut.. dan bagi saya.. memang agak mudah untuk memekakkan telinga dan mentidak pedulikan kata-kata orang disekeliling yang saya gelar sebagai “pemusnah impian” ini.

Tetapi… entah macam mana, saya tidak dapat lari dari seseorang.. saya tidak mampu untuk memekakkan telinga dan lari jauh-jauh darinya. Orang itu…. adalah diri saya sendiri.

Sejak kebelakangan ini.. seperti ada satu suara dalam diri saya yang sentiasa menghalang saya daripada membuat sesuatu. Saya pun kurang pasti mengapa.. mungkin disebabkan terlalu banyak input & info yang akhirnya.. menyebabkan fikiran saya tidak habis-habis  menganalisa sesuatu perkara sebelum ia dilakukan. Akhirnya.. perkara tersebut.. terus tertunda.. dan tertunda… dan tertunda..

Adakah saya perlu berhenti menganalisa? Dan… “just do it”? …

Sehingga kini saya belum pasti lagi… saya masih lagi sedang menganalisa.. bagaimana projek saya yang satu ini, akan mampu serta memberikan kesan dan mengubah paradigma masyarakat kita di malaysia, tentang dunia perniagaan internet yang sebenar. Sekaligus menjernihkan semula nama perniagaan internet yang sudah mula sedikit tercemar dengan skim-skim #*%^.

Doakan saya berjaya dan saya amat memerlukan sokongan dari anda semua.

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

15
Mar

Kuasai Punca Pendapatan Anda

Suatu masa dulu, pendapatan internet saya yang utama adalah datangnya dari program google adsense. Pada mulanya, saya agak gembira dengan punca pendapatan tersebut, tapi setelah hampir setengah tahun menerima check dari google setiap bulan, saya mula terfikir…

“Sampai biler saya akan bergantung kepada punca pendapatan ini?”

“Berapa lama program ini akan bertahan dan apa akan terjadi jika google menutup program adsensenya?”

Suatu per”gantungan” yang amat nyata berlaku disitu. Berdasarkan persoalan itu, saya dengan segera memikirkan perkara-pekara lain yang dapat mengurangkan pergantungan punca pendapatan saya itu, saya tidak boleh bergantung selama-lamanya kepada program google adsense.

Jadi, setelah berfikir dan membuat analisa seketika… satu jawapan yang saya temui ialah.. “Memiliki Perniagaan Internet Sendiri Dengan Produk Sendiri” adalah LEBIH BAIK dari…

1) Menyertai mana-mana program affiliate
2) Menyertai mana-mana program internet MLM
3) Menyertai mana-mana program CPA/CPC
4) Menyertai mana-mana program HYIP & Pelaburan Internet yang mengarut..
5) Menyertai mana program-program Paid To Read/Surf/Click/Action and what so ever..

dan sebagainya… ini kerana, jika anda hanya bertindak sebagai “pekerja” dengan menyertai semua program-program tersebut tanpa anda mempunyai perniagaan internet sendiri, punca pendapatan anda akan bergantung kepada pihak lain.

Anda tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan sama ada punca pendapatan anda itu akan terus hidup atau mati.. jika ia hendak ditutup oleh pemilik perniagaan tersebut… ia akan ditutup tanpa anda sempat untuk berkata “Jangan…!!!!”. Anda tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalangnya.. punca pendapatan anda boleh hilang pada bila-bila masa sahaja dalam sekelip mata.

Suatu lagi kelemahan, jika anda TIDAK mempunyai perniagaan sendiri dengan produk sendiri. Anda tidak mampu berbuat apa-apa untuk memperbaiki mutu/kualiti produk yang anda pasarkan. Jika anda pernah bergiat dengan aktiviti-aktiviti pemasaran yang banyak berhubungan dengan pengguna/pelanggan, anda pasti akan sering mendengar rungutan-rungutan serta komen-komen dari pelanggan yang membeli produk yang anda pasarkan. Tetapi, sebagai pekerja orang yang hanya bertindak sebagai tukang pemasar, anda tidak mampu berbuat apa-apa dengan produk tersebut. Anda hanya mampu menyampaikan sahaja rungutan tersebut kepada pemilik produk dan berharap.. pihak pemilik produk tersebut akan berbuat sesuatu. Tetapi lazimnya, mereka tidak akan berbuat apa2. Sekaligus… tugas anda sebagai pemasar akan menjadi semakin sukar.. dan pendapatan anda akan menjadi semakin nipis kerana “expectation” anda terhadap produk tersebut semakin kurang dan lemah..

Satu lagi sebab mengapa anda perlu kuasai punca pendapatan anda ialah sebab “keuntungan”.. jika anda memiliki perniagaan dengan produk anda sendiri. Anda berhak menentukan berapa keuntungan anda! 20%? 50%? 70%? atau 100%?

“Yerla… itu kalau untung? kalau rugi macam mana pulak?” ujar makcik zaharah sambil memotong bawang merah.

Itupun sebenarnya adalah salah satu kelebihan jika anda memiliki perniagan sendiri dengan produk sendiri. Jika anda rugi! Anda mampu untuk menangani dan memperbaiki segala kelemahan yang menyebabkan kerugian tersebut!
- Mengubah ayat salesletter?
- Menambah cara penerimaan bayaran?
- Menaikkan/mengurangkan komisyen?
- Menguatkan lagi usaha promosi?
- Mengoptimunkan lagi SEO bagi website anda?
- Menambah baik kualiti produk anda?
- Hatta.. menukar webhosting & nama domain jika perlu…

Semuanya di dalam “kuasa & tangan” anda…

Jadi… usah lagi fikir-fikirkan… sekarang masa untuk bertindak! Menyertai mana-mana program-program penjanaan wang di internet, hanyalah sesuai untuk pendapatan jangka pendek sahaja. Kini sudah tiba masanya untuk anda mempunyai produk sendiri dan perniagaan internet sendiri! demi masa depan yang lebih cemerlang! gemilang dan terbilang!

Anda mampu mengubahnya!… ho! ho! ho! YOSH!

07
Mar

Sibuk Kerja & Tiada Masa…

Seringkali saya mendengar alasan… daripada orang-orang yang hendak mula menceburkan diri di dalam perniagaan internet mengatakan mereka teramat sibuk dengan kerja pekerjaan tetap mereka. Balik rumah sudah letih… tak boleh nak duduk depan komputer lagi. Hujung minggu pula, sibuk untuk melayan keluarga dan membawa keluarga keluar bersiar-siar. Jadi, memang takde masa nak buat website ke atau nak tulis ebook ke atau nak buat apa-apa yang berkaitan  untuk memulakan perniagaan internet. Tak sempat la.. takde masa..

Biasa dengar tak masalah macam nie?! Mungkin anda pun pernah mengalami masalah ini. Saya pun sendiri mengalami masalah ini. Terasa seperti diri ini terlalu sibuk sangat. Pada mulanya, saya menyangkakan… mungkin saya kekurangan ilmu di dalam “menguruskan kerja dan waktu”… jadi.. seperti biasa.. saya pun mencari dan membaca buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut, iaitu ilmu pengurusan masa. So.. adalah 2-3 buku saya dah baca mengenai pengurusan masa ini.

Hasilnya?… saya masih lagi merasakan diri saya tidak cukup masa.

Kemudian, saya bertanya kepada rakan-rakan IM yang lain..   konon-kononnya, nak korek skitlah rahsia mereka, macam mana mereka  menguruskan waktu?

Tetapi, you know what?

Mereka pun semua sibuk tak cukup masa macam saya!! Oh!

Akhirnya.. saya cuba untuk menerima hakikat.. rupa-rupanya, masalah sibuk kerja & tiada masa ini bukanlah masalah saya seorang.. tapi semua orang menghadapi masalah yang sama. Jadi.. saya pun mula menganggap.. ia adalah “normal”. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Walaupun fikiran saya cuba mengatakan perkara ini adalah masalah biasa, tetapi hati saya seperti tidak dapat menerimanya.

Maka, terjadilah perselisihan  pendapat di antara “si tanduk dua” dengan “si cincin bulat” di dalam diri saya.

Si tanduk dua kata, “Ala.. biasalah nie.. semua orang pun tak cukup masa, tak perlu nak risau apa!”

Si cincin bulat pula kata.. “Tidak! Sebenarnya,  kau masih belum menjumpai punca yang sebenar kepada masalah ini. Sekaligus menyebabkan kau tidak dapat mengatasinya. Jangan putus asa, cari lagi sampai jumpa punca masalah tersebut.”

Tips 1 Perenggan: Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita haruslah terlebih dahulu mencari & mengenalpasti terlebih dahulu punca permasalahan tersebut. Jika anda merasakan anda sudah tahu apa punca masalah tersebut, dan kemudian membetulkannya, tetapi didapati masalah tersebut masih belum selesai, itu bermakna, punca tadi adalah salah. Sila cari punca yang lain.

Jadi, saya terus mencari dan mencari…  akhirnya.. saya dah dapat beberapa perkara yang mungkin menjadi punca dan penyebab mengapa saya selalu tidak cukup masa untuk menyiapkan dan melancarkan projek perniagaan internet saya yang baru.

Antaranya…

1) Tidak fokus… yer… saya sebenarnya telah merancang beberapa projek untuk dijalankan pada tahun ini. Tetapi, seringkali fokus saya terganggu disebabkan  kehadiran “peluang-peluang”  baru yang nampak mengiurkan. Akibatnya, saya seringkali hilang fokus dan semua projek yang dirancangkan tidak dapat dilaksanakan.

Solusinya? Saya akan abaikan dulu semua email2 promo yang masuk ke dalam mailbox saya. Tidak perlu risau tentang akan terlepas peluang, peluang boleh dicipta.

 2)  Tidak penting.. salah satu sebab mengapa saya suka menanguh-nanguhkan projek yang saya rancang dan lebih mementingkan benda lain seperti berehat, lepak-lepak tengok TV,  chat, bekerja lebih masa dan sebagainya. Sebab saya tidak meletakkan kepentingan projek peniagaan internet saya sebagai perkara yang paling penting dan utama. Yer.. jika anda rasakan anda terlalu sibuk dengan kerja pejabat anda sehingga sanggup bekerja lebih masa hingga ke malam, jelas sekali, anda merasakan projek perniagaan internet anda adalah sesuatu yang tidak penting, bagi anda kerja anda adalah lebih penting. Sebab itulah anda selalu mengadu, terlalu sibuk dengan kerja anda. Cuba anda letakkan “projek perniagaan internet” anda lebih penting dan utama daripada ”kerja-kerja pejabat anda”.  Saya pasti, sesibuk mana pun anda, anda akan cuba  mencuri-curi masa untuk membuat projek perniagaan internet anda.

Solusinya? Saya mestilah mementingkan dan mengutamakan perniagaan internet saya dari perkara lain.  Anggaplah.. sesuatu yang buruk akan berlaku jika saya tidak berjaya menyiapkan projek perniagaan internet saya. Yer!.. Sesuatu yang amat-amat buruk dan mengerikan.. seperti saya akan mati kelaparan..  kereta saya ditarik dan rumah saya akan dilelong. Seriously.. manusia biasanya tidak akan berusaha jika mereka berada di dalam keadaan yang selesa (”comfort zone” ialah kunci kepada perasaan malas & kehidupan yang “biasa-biasa” sahaja)

Ada beberapa lagi punca yang saya rasakan mengapa saya sentiasa sibuk dan tiada masa untuk memulakan “projek peniagaan internet” saya yang baru, tapi macam yang ramzwatcher cakap. Saya memang suka cerita dari “A” sampai “K” sahaja… :D

YOSH!.. dah gi sambung buat projek perniagaan internet anda.