Terima kasih kepada semua yang telah memberikan jawapan dan pandangan yang bernas bagi soalan kuiz sebelum ini. Semua jawapan adalah bagus2 belaka.
Okla… selepas sehari membuka soalan kuiz… saya akan berikan jawapannya hari ini. Jawapan ini mungkin tidak betul bagi sesetengah orang.. tetapi inilah pandangan saya tentang “Waktu yang sesuai untuk bermewah-mewahan”..
Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, kedudukan pendapatan bulanan manusia ini ada 3 jenis, negatif / 0 / positif. Dan seringkali, apabila cashflow bulanan seseorang itu bertukar sahaja menjadi positif.. kita akan mendengar..
“Bulan nie ada duit lebih sikit!.. Ingat nak angkat handphone baru lah!”..
“Bulan depan dapat bonus, ada duit lebih.. aku nak tukar sportrim keta baru”
 ”Dah 6 bulan dapat income RM20,000 nie.. bulan depan aku nak angkat keta merc/bmw/honda accord… barulah nampak bergaya!. Barulah lagi ramai akan jadi downline aku!..”
Itulah antara ayat-ayat yang seringkali kita dengar apabila seseorang itu ada duit lebih sedikit. Tidak kiralah orang itu rakan kita, adik beradik, sedara-mara dan tidak ketinggalan juga, diri kita sendiri.
Pantang cashflow bulanan positif sikit.. mulalah berangan-angan untuk bergaya dan bermewah-mewahan. Sindrom ini menjadi lebih menonjol kepada orang-orang yang berjaya meningkatkan pendapatan mereka secaar mendadak dengan cepat (biasanya hasil skim cepat kaya, MLM piramid dan sebagainya).
Orang-orang yang perasan kaya cepat ini, “BIASANYA” tidak mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang konkrit. Jadi tidak hairanlah jika mereka ini akan menjadi sedikit gelojoh apabila ingin hidup bermewah-mewahan.
Pendapatan cashflow bulanan yang positif, sebenarnya bukanlah tiket untuk hidup bermewah-mewahan. Tetapi, masa yang paling sesuai untuk menikmati kemewahan hidup hasil daripada kekayaan yang telah anda usahakan, adalah apabila….
“NILAI BERSIH ANDA POSITIF”
Apa itu nilai bersih? Nilai bersih ialah apabila nilai aset anda melebihi nilai liabiliti anda.
Waktu yang sesuai untuk berfoya-foya menikmati hidup mewah adalah apabila nilai bersih anda terus positif walaupun anda menambahkan liabiliti baru ke dalam portfolio kewangan anda.Â
Skerang, kira berapa aset anda dan liabiliti anda. Contohnya, jika aset (RM100,000)Â anda dan liabiliti pula (RM95,000). Maka nilai positif anda ialah Rm100,00 - RM95,000 = RM5,000
Setelah mengetahui nilai bersih anda hanyalah RM5,000… maka jika anda ingin bermewah-mewah.. pastikan harga barang mewah anda itu tidak melebihi nilai RM5,000.
Ipod? Handphone? Laptop? Sport rim?….Gunakanlah duit itu untuk menghadiahkan diri anda.Inilah waktunya untuk anda memberikan ganjaran kepada diri anda. Nak hadiah mercedes? Oh no!.. tunggu networh anda menjadi positif RM500,000 ribu.
Bagi diri saya, itulah prinsip yang saya pegang. Jika saya ingin bermewah-mewah dan menghadiahkan diri saya sesuatu yang mahal/berharga, saya akan pastikan nilai networth saya sudah menjadi positif terlebih dahulu, dan bukannya, berdasarkan cashflow. Bagi saya, mempunyai pendapatan bulanan sehingga RM20-30ribu serta mempunyai nilai cashflow yang positif setiap bulan.. bukanlah petanda yang sesuai untuk bermewah-mewahan.
Jika anda bermewahan-mewahan berdasarkan nilai cashflow bulanan anda semata-mata, saya berani jamin… dalam beberapa tahun lagi.. anda akan “back to the square”. Kembali semula kepada keadaan asal. Banyak hutang dan hanya cukup-cukup sahaja setiap bulan. Sebab itulah anda boleh lihat.. ramai orang yang jadi kaya dengan cepatnya.. biasanya tidak akan berkekalan. (kalau ikut kata orang-orang tua.. mereka akan kata sebab.. duit tu tak berkat!).. sebenarnya, mereka ini tidak mempunyai pengetahuan asas yang kukuh tentang menguruskan kewangan.
====
Jadi.. berdsarkan jawapan yang saya nyatakan di atas…. pemenang kuiz bagi kali ini, hanya dimenangi oleh seorang sahaja, iaitu.. saudara Sabri Saifulsham yang telah memberikan jawapan yang tepat dan sama di fikiran saya.
Tahniah sabri.. sekejap lagi saya emailkan ebook tu. So.. insyallah hujung tahun nie bolehlah tunaikan niat anda untuk berumahtangga itu…. ho! ho! ho!..
====
Kepada pembaca lain.. usah kecewa… saya ada satu hadiah untuk anda semua pada entri kali ini. Software “simple” untuk mengira nilai bersih anda. Klik link dibawah untuk download.
Mengira Aset dan Liabiliti Anda
Wassalam… Yosh!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




Latest Comments
kutar, kutar, kutar, mr.eims, laila [...]
titan, dauz, shuth, sham
Budak Gas, taukey, Abdul Rashid Basar, zool, oktant [...]
EDEK, AbgDie, anas, shuth, rusmaini
rps, rps, epit, aku, aku [...]