Antara Berniaga & Makan Gaji.. mana lebih baik?
April 2nd, 2007, by shuth

Antara Berniaga & Makan Gaji.. mana lebih baik?

Ini adalah satu persoalan yang kadangkala boleh menjadi sesuatu yang hangat untuk diperbincangkan.

Orang2 yang makan gaji biasanya akan memberikan hujah..

” Makan gaji ler senang.. cukup bulan mesti dapat gaji! Tak payah susah-susah nak pening kepala”

” Syarikat tempat saya bekerja amat bagus, selain dapat gaji yang tinggi, mereka turut memberikan saya perlindungan insurans, potongan KWSP, elaun rumah & kereta serta tanggungan perubatan untuk saya sekeluarga.”

” Saya kerja kerajaan, bila dah tua nanti senang! Dapat duit pencen!”

Manakala orang yang berniaga pula akan berkata..

“Berniaga lah bagus.. kan 9/10 rezeki tu adalah dari perniagaan”

“Dengan berniaga sendiri, saya adalah bos dan saya bebas untuk melakukan apa yang saya suka..”

“Haw! haw! haw!…Pendapatan saya kini adalah 9 kali ganda lebih banyak dari pendapatan sewaktu bekerja makan gaji dulu.”

Bila memikirkan persoalan ini, kadangkala, ia membuatkan saya merasakan seperti, berhenti kerja dan membuat perniagaan sendiri sepenuh masa itu adalah lebih baik, tetapi kadangkala, pada satu-satu masa, saya merasakan, bekerja makan gaji itu pun sesuatu yang baik juga.

Sehinggalah suatu hari, saya berbual dengan seorang pakcik yang telah bekerja makan gaji seumur hidupnya… saya bertanyakan beliau, mengapa beliau masih terus bekerja walaupun umurnya sudah melebihi umur pencen? Tidak teringinkah membuka perniagaan sendiri? dan saya turut bertanyakan pendapat beliau tentang persoalan diatas, mana yang lebih baik diantara makan gaji dengan berniaga sendiri?.

Dan jawapan beliau….

“Sebenarnya… ia bukanlah sesuatu perkara yang penting untuk menentukan yang mana lebih baik… asalkan anda gembira dengan apa yang anda lakukan! Itu lah yang terlebih baik.”

Pling!…

Selepas itu saya tersedar… sesetengah orang sememangnya amat gembira untuk bekerja makan gaji. (Yer! Saya jumpa ramai orang macam ini) . Mereka suka dengan kerja yang mereka lakukan, mereka gembira dengan semua rakan-rakan di tempat kerja dan mereka hidup gembira dengan keadaan itu.

Dan sesetengah orang pula, sangat gembira menjalankan perniagaan sendiri sendiri, mereka bebas melakukan apa yang mereka suka lakukan, mereka gembira dengan hasil pendapatan yang mereka perolehi dan mereka hidup gembira dengan keadaan itu.

Jadi? Apa masalahnya?… As long as you happy… it’s a great thing, isn’t it?…

Sesetengah orang memang tidak mengimpikan untuk menjadi jutawan, dan sesetengah orang memang tidak boleh bekerja atas arahan orang lain.

Walau apa pun pilihan anda…. antara makan gaji dengan berniaga sendiri? Pastikan anda gembira melakukannya…

YOSH!

P/s: – Saya? Buat masa ini, saya gembira melakukan kedua-duanya… ho! ho! ho!… why you must choose one if you could take both?

Apa pendapat anda pula?

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

42 comments Subscribe Comments

  1. Eh betul jugak tu bro shuth huhuhu thanx ;)

  2. ..antara makan gaji dgan bekerja sendiri…mana baik??..sama juga dgn mana yang baik antara jadi boss sendiri atau jadi kuli boss…betul kata bro… yang penting kita gembira melakukan apa yg kita suka dan jadi diri kita sendiri…[ paling tak gembira bila takder duit..ahaks!.]

  3. hohoho… Ramai orang silap paham sebenarnya… Ramai yg anggap nak hidup berjaya kena berniaga jer. Saya amat takut orang yg berfikiran bahawa berniaga je la jalan keluar segala-galanya. TIDAK. Jangan sesekali fikir mcm tu. Setiap orang tu perlu buat apa yg dia rasa perlu buat sahaja. Berniaga, makan gaji, semuanya terserah kepada diri masing2.

    Mcm Shuth kata, bg yg happy bekerja, itulah dunia mereka. Jangan dipaksa-paksa mereka berniaga. :) Yg mana suka berniaga, janganlah disia-siakan bakat berniaga yg mereka ada. Jangan jadi pemusnah impian dan hidup orang lain.

    Ukur baju di badan sendiri.

  4. Tak ambik dua2, rugi pulak. Sementara makan gaji ni, meniaga kecil2lan ok juga, asal saja tak mengganggu tugas harian. Prepaid satuuu…. :-)

  5. Betul jugak kat Pakcik tu. Menarik artikel ni terima kasih shuth.

  6. kalau takde pekerja, sapa yang nak bekerja untuk bos? :D
    kerja sendiri? penat tu beb. jadi bos way to go! hehe..

  7. Memang betul 9/10 rezeki tu dari perniagaan tapi jangan lupa bila berniaga peningnya pun 9/10 juga. Ha! Ha!

  8. aku >> yer.. betul tu.. kalau semua dah jadi bos, sapa pulak nak jadi pekerja nanti?

    kak rosh >> yup! itu memang saya setuju sangat.. he! he! he!..

  9. By ummi on April 3rd 2007

    ummi (aku le) : mak, ayah, ingat nak balik smnjg la,keje kat sane..senang nak balik kg..

    cik are (mak aku) : duk sabah kan elok tu,keje gomen lak tu, elaun banyak..jgn pindah semenjung..leh ngak mak jalan2 makan angin

    pak ali (bapak aku) : elok la keje kat sane, x yah la balik semenanjung, kat sini ko pening nanti, kalo duk kl lagi la..banjir la…bila banjir, keta rosak, umah naik air, brg2 umah rosak,mcm2 nanti maslh timbul..elok la duk sabah tu..elaun pun banyak…

    ummi : yo la mak..huhuhu

  10. makan gaji best.. buat kursus kawen pun best.. yang penting ada keghairahan untuk meningkatkan integriti

  11. Emmm… saya dalam Dilemma Melayu ni…

    Baru- baru ni, saya ada sertai kursus keusahawanan… mmm untuk syarat dapatkan loan, saya diberikan pilihan:

    “Berhenti daripada kerja saya dan Menjadi Usahawan Sepenuh Masa atau tak dapat loan” Camner ni… dua-dua saya minat, tak tahu nak buat pilihan.

    Teringat sebuah lagu..”Walau kita dihadapkan , dengan pelbagai pilhan mengapa sering terjadi pilihan tak menepati.”

    Jangan la terjadi kepada saya….

  12. ummi>> kalau happy duk kat sabah tu.. ok lah tu. tapi kalau tak happy… hmmm… ckp kat mak & ayah ummi nak kahwin kat sana.. kompen dia suh balik cepat2.. ho! ho! ho!… err.. ke dah kahwin?

    allwan>> yer.. yg penting happy.

    zahiramli>> loan mara ke?.. terpulanglah pada zahir, tapi personally, kalau saya, saya memang kurang minat buat loan untuk memulakan perniagaan. Tapi kalaubuat loan untuk kembangkan bisnes sedia ada.. saya lebih suka begitu. Apa-apa pun.. cuba buat solat istikharah. Good Luck!.

  13. pilihan di tangan sendiri kerja makan gaji pun dah sampai puluh ribu
    jadi aper yang hendak di fikirkan…………………
    tapi setiap perkara yang kita lakukan ada kebaikkan dan ada kelemahannya…. oleh itu fikir-fikirlah

  14. Kekadang kerja makan gaji ini ada stressnya bila idea, penat lelah tidak dihargai, tp semua tu saya salurkan keatas aktiviti2 luaran seperti internet marketing, puas sebab segala kejayaan adalah hasil usaha dan idea & kreativiti kita sendiri..tak de siapa yang menghalang..kita boleh buktikan pada dunia sejauh mana kita boleh pegi sebenarnya jika tidak terhalang di tempat kerja akibat birokrasi dan politik..kerja kat luar juga mampu menolong meningkat social & communication skills, networking skills, negotiating skills, business & marketing skills yang boleh membantu kejayaan di tempat kerja.. Yang bagus kalau dua2 kerjaya dan kerja sendiri berjaya..Kerja luar juga boleh menolong kita membuka minda kepada dunia baru yang lebih luas dari skop kerja di pejabat lantas lebih mematangkan fikiran kita.

  15. By Yana_Ariz on April 12th 2007

    Emm… perkara ni biasa la difikirkan orang. Sebenarnya tak kisah makan gaji ke atau berniaga lebih baik. Yang penting duit masuk tiap-tiap bulan. Macam aku sendiri…… kerja dengan gomen, jadi tiap-tiap bulan ada gaji, hjg tahun tunggu bonus berapa gomen nak bagi. Husband aku pulak berniaga….. fresh mart. Ada pekerja… makan gaji jugak namanya. Apa-apa pun hidup mesti happy selalu.

  16. jangan paksa diri anda bekerja… jangan pula paksa diri anda berniaga… dan jangan juga paksa diri anda bekerja sendiri…

    selalunya kena ikut kemampuan kita jika nak buat apa-apa kerja ke arah mengkayakan diri kita sendiri…

    apahal pun selamat maju jaya…

  17. By hishamudin on April 21st 2007

    askm semua, aku kalau nak pegi keje memang liat sangat tapi kalaui pegi berniaga memang semangat , mungkin keserasian aka dalam bidang bisness betul kata kau orang , jika kita tak minat pada sesuatu keja itu jangan teruskan dan kita tak akan cemerlang sampai bila2 pun, tapi kalau keje yg kita minat kita buat dengan penuh semangat insyaallah kita akan berjaya.

    so tahaun depan aku berazam akan berhenti kerja dan tumpukan perhatian dalam bidang perniagaaan……insyallah berjaya

  18. By ayu on April 22nd 2007

    :) , yes. Love & do it both way!! sekarang ni tgh jeling² kt KLCI direct share market pulak.

  19. By JOE on July 24th 2007

    Memang kerja makan gaji senang . cukup bulan dapat duit. tapi sampai bila..asyik ikut orang je. DONT BE A FOLLOWER BE A LEADER.. kita perlu usaha ..sesungguhnya hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam …jika kita masih di takuk sama kita adalah orang yang rugi .. INGATLAH TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMA …

  20. By nasron on November 15th 2007

    salam….aku setuju gak…dua2 bagus….aku ade kelulusan..kos engineering…tp aku rase aku lebih minat berniaga….background aku pn berniaga…xpe la lari dari kos…aku belajar pn just nk dpt diploma…nati org kate x berpelajaran pulak…sampai spm jea….sebenarnye berniaga ikut kepada kemahuan kite…kalau rajin dapat la duit lebih tp kalau malas duit pn x cukup…

  21. By Mohd Hami on January 25th 2008

    kelebihan makan gaji :- (1) tidak perlu modal
    (2) kerja malas gaji tetap dibayar
    (3) ada tea time ( minum sampai 2 jam )
    (4) out station ( balik lambat-lambat )

  22. makan gaji ke, berniaga ke atau apa saja yg di lakukan selagi hayat di kandung badan….kadang2 manusia tu tak hanya boleh buat apa saja yang dia suka tapi latihlah diri supaya suka apa yang perlu dia buat ( makan gaji ke, berniaga ke atau apa saja yg halal)….tapi bila pikir2 letih macam tu…..pikir2 lah apa keadaan diri kita masa ini…ha ha ha

  23. By SITI LYNDA on March 10th 2008

    KADANG-KADANG NAK TIKAM JAK BOS…ERMMM…HAHHA
    TAH LAH BILA DAH KEJA SENDIRI PENAT.
    KERJA NGAN ORANG RILEKS TAPI BORING…
    KERJA SENDIRI..BANYAK OWANG PULA….
    ERMMM IKUT SUKA HATI LAHHH HATII BUAT KEJA TU OK LAH TAK BANYAK STRESS YANG MEMANG SEDIA ADA
    DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA….

  24. By diana on June 18th 2008

    entahla….skng ni aku kje ngan orng…wlpn kje ok tp mcm ada sesuatu yg aku x puas hati nagan kje aku…rse mcm minat nk berniaga….tp kdg2 takut ngan risiko tp kalau x cuba kite x tahu.. so skng ni aku tgh try nk berjinak-jinak dgn perniagaan kecil2 lan …wlpun jual nasi lemak n anta ke kedai…sekurang2nye aku tahu dunia perniagaan….doakan kejayaan sye…..

  25. bagaimana nak mengurus wang dengan bijak?

  26. By mimi on September 12th 2008

    en zahiramli…sbnrnya,dlm dunia ni ada mcm2 busines.ada yg baik ada yg kurg baik.ada yg menekan & ada juga yg diberi kebebasan.pilihan ditangan kita.yg penting kena pandai pilih berdasarkan kajian & ilmu.jgn terburu2 & ikut2 org je dlm apa jua hal tanpa ilmu yg betul.bniaga xsemestinya sepenuh masa yg penting kita buat SEPENUH HATI.pengalaman sy sendiri berniaga sambil belajar.alhmdulillah.ok.cuma kena pandai bahagi masa.time busy busines letak tepi sebab x terikat ngan sapa2.time blaja kena belajar betul2.time keje kena keje betul2.di luar waktu keje nak berniaga itu pilihan yg baik.bukan satu paksaan.kawan2 sy ramai yg berniaga sambil belajar,sambil kerja, dll.alhmdulillah.mereka berjya.perniagaan yg kita nk buat juga kena tengok pulak jenis mcm mana sbb kita perlu seimbangkan dengan komitmen yg kita bole beri utk kedua2 hal tersebut, belajar/kerja & niaga.

    sebagai contoh, pnigaan yg saya ceburi sejak nov 2004 adalah jenis pniagaan yg very simple.jual barangan keperluan harian spt ubt gigi,berus gigi,sabun mandi,sabun basuh,syampu & all other toiletories,makanan,minuman,ubatan,kosmetik dll.semua barang ni bersaskan herba baik utk kesihatan & setiap barang ada nilai mata.melalui nilai mata ni sy mendapat duit sebagai pendapatan tetap saya setiap bulan.sy memilih perniagaan ini kerana ia merupakan barangan keperluan harian setiap org.jadi,utk jualan xde masalah.akan berlaku repeat sale setiap bulan.alhamdulillah, bila tamat master, saya keluar dr universiti dalam keadaan saya dah ada pendapatan 4 agka setiap bulan.alhamdulillah syukur..apapun yg kita buat kena bijak ambik peluang,kreatif & bekerja secara smart bukan bekerja keras

    jika ada yg ingin tahu lebih lanjut atau berkongsi pengalaman, saya sedia untuk berkongsi dengan anda semua.boleh hubungi neoronet@yahoo.com / 013-3805650

    “KEJAYAAN ADALAH SEBUAH PERJALANAN”

  27. By noordin on August 31st 2009

    Tajuk ni dah lama tiada komen, tapi masih relevan kan?
    Yang penting dapat duit halal – usaha sendiri ke makan gaji ke sendiri pilih lah.

    Cuma nak bagi hujah, “Kerja sendiri adalah saranan Tuhan sebaliknya makan gaji saranan gomen”. Orang makan gaji sentiasa dikejar inflasi. Kenaikan tahunan dan sebagainya akan sentiasa dimakan oleh inflasi, iaitu kenaikan harga barangan pengguna yang ramai tidak sedar.

    Orang makan gaji dikejar institusi kewangan, kerana buat loan untuk berniaga. Tapi kalau bisnes ok, macam Shuth, nak servis loan tak jadi masalah besar. Lagipun harga barangan ditentukan oleh peniaga/usahawan. Mereka akan pastikan nilai yang diletak sentiasa ambil kira faktor inflasi. Natijahnya, kos yang terlibat untuk keluarkan sesuatu produk akan di tanggung oleh pengguna.

    Berdasarkan argumen ringkas di atas, nampaknya kelebihan memihak kepada usahawan. Tapi kalau tak mampu berusaha elok makan gaji.

    Noordin

  28. salam..berkenaan persoalan bro suhaimi tu..kedua2 tu ada bagus dan x bagusnye..mcm sy sendiri skrg ni keje mkn gaji.kekadang penat keje nge org ni..under control..dah hampir 7 tahun sy keje mkn gaji..kalu boleh nak je berenti buat keje sdiri..duk pikir2 pada bg org lain senang, better bg diri kita senang.untuk info bro suhaimi sy ni keje dalam bidang latihan n kemahiran..industry oil n gas and maritime..kalau lah sy ada modal sndiri, mau je bukak pusat latihan sdri..walau cmanapun..soal keje ni sebenarnye..depends pada individu..asalkan HAPPY n SENANG HATI..tp kalau sy, sy pilih keje sndiri.

  29. By jefer on September 7th 2009

    P/S:FIKIR-FIKIRKAN BERSAMA…

    *KEHIDUPAN ANDA AKAN SAMA 10TAHUN AKAN DATANG SEKIRANYA PERKARA YANG SAMA ANDA LAKUKAN HARI INI, ESOK DAN SETERUSNYA..
    (CTH:MAKAN GAJI)

    *LAKUKAN PERKARA YANG PATUT ANDA BUAT BUKANNYA PERKARA YANG ANDA SUKA BUAT..

  30. nak kaya, kita berniaga

  31. betul cakap kawan2, yang penting apa yang kita buat, kita mesti happy. tak kiralah kita keje gomen atau berniaga. namun kena ingat, nak senang hanya berniaga saje. tapi kalau nak diarahkan selalu kerjalah makan gaji. aku kalau ada tapak berniaga boleh dapat 10k hingga 20k, dah lama aku cabut lagi berniaga. ada banyak duit aku boleh gi haji usia muda, bersedekah, melancong, rumah besar, keta besar……..samapai bila aku nak kerja bawah orang?? dok gitu guuuu?

  32. Saya dan isteri cuti tanpa gaji setahun,baru nak mula berniaga, modal memang belum cukup. Cita-cita besar, modal penghalang. Untuk itu buat permulaan kami online, jual baju kanak-kanak dan kasut crocs. Berniaga di Pasar Tani dan akan datang nak masuk saja bazar malam..tempat dah penuh tapi kami nak redah saja..tak boleh jadi stok beku tak terjual. If tak ada hutang memang lagi happy berniaga ni, walaupun pendapatan masih kecil tidak boleh lawan pendapatan gaji kami ..setakat ini rasa ok. Cabaran tetap ada, lebih-lebih lagi terpaksa jadi peniaga jalanan. Cita-cita kami nak ada kedai baju kanak-kanak dan menjadi pemborong.Kedai dah sewa, tapi sebab banyak hutang kami terpaksa tangguh dulu operasi kedai tu.Stok yang ada belum cukup untuk penuhi kedai, jadi penuhi canopy sajalah jawabnya. Isteri saya tak pernah berniaga..may be ini adalah pengalaman yang harus kami lalui..mana boleh tiba-tiba terus nak senang dan kaya, betul tak?.. pendapatan makan gaji kami berdua >RM6k..sbb tuh rakan-rakan kata kami buat kerja gilaaa.he..he…

  33. Kadang kala dalam hidup ni kena buat kerja gila-gila..
    Dunia usahawan tidak sama dengan dunia makan gaji. Perspektif usahawan juga berbeza. Usahawan bila tengok suatu produk baru, dia fikir macamana boleh tingkatkan dan beri nilai tambah agar boleh dipasarkan, buat duit. Orang makan gaji fikir bagaimana dapat beli produk terbaru, belanja duit. Memang dunia mereka tidak sama..

  34. Salam En Zahiruddin,

    Jangan risau. Actually semua orang dalam dunia ni ” gila “, gila wang, gila pangkat, gila kuasa,gila perempuan, dll. Yang penting kalau kita buat kerja ‘ gila ‘ yang boleh menukarkan hala tuju hidup kita dan tidak menyalahi undang2 dan ugama , biar lah apa orang nak cakap. Saya pun sama macam ni dulu, tapi sekarang dah ok sangat. Tunngulah nanti Shuth publish ebook saya menegenai hal ni.

  35. By ijah on June 6th 2010

    Salam Brother Zahiruddin,

    Saya sangat setuju dengan pendapat tu.
    carilah rezeki dengan cara yang kita suka, asalkan tak membelakangkan agama dan undang2.

    Skang ni saya pun on the way nak berhenti keje kat tempat sekarang. dapat je keje lain, terus nk berhenti.

    haha., dah tak tahan lagi dengan keje skrang,
    silap sikit potong bonus, silap sikit dapat warning letter. tak diberi peluang langsung untuk biasakan diri dengan task baru.

    selamat tinggal bos! hehe. nak buka biness kecil-kecilan…Amin.

  36. By fik on June 13th 2010

    aslkm.. sy pun sama cam keadaan ijah, sbln lg insyaAllah jika tiada apa apa masalah, sy akn brenti kerja makan gaji.. Keadaan diri sy semasa berniaga dgn bekerja makan gaji amatlah berbeza, sy lebih seronok berniaga terutamanya apabila mendapat keuntungan y banyak.. kalau xdpt untung pun kte rasa puas hati sbb kte da usaha sunguh2.. selain itu alhamdulillah hati sy begitu tenang sekali skrg ini.. itulah y saya cari cari selama ini.. walaupun keluarga n rakan2 menentang, namun sy lebih tahu apa y sy inginkan di dalam hidup ini..

    saya juga..
    SELAMAT TINGGAL BOS!!!

  37. Pada pendapat saya, makan gaji merupakan salah satu peniagaan..kita menjual tenaga kita. Kita penat bekerja, kemudian kita menerima hasil..cuma yang membezakan makan gaji dan berniaga adalah dari segi hasil yang diperoleh..jika makan gaji, hasil yang kita dapat adalah setimpal..tapi bila kita berniaga hasil yang kita dapat adalah lumayan..contohnya mereka yang lepasan SPM yang bekerja makan gaji hanya menerima hasil yang setimpal dengan tahap SPM..tapi lepasan SPM yang berniaga boleh menerima lebih dari tahap SPM mereka..dan itulah yang dikatakan sebagai lumayan..

  38. By KHAIRUDIN MALIKI on June 14th 2010

    Pada pendapat saya lah, tak perlu lah kita peningkan kepala memikirkan yang mana satu lebih baik sama ada “makan gaji” mahupun “berniaga”… Pasal kedua-duanya ada KELEBIHAN dan KELEMAHAN tersendiri. Apa yang penting, kita GEMBIRA MELAKUKANNYA. Ikut jer prinsip Dr HM Tuah Iskandar al-Haj amalkan ni(…salah seorang idola saya…): “Buat sesuatu dengan suka, semua kerja jadi mudah. Buat sesuatu dengan terpaksa, semua kerja jadi menyampah”. Haah… Apa macam? Bereh… Kalau nak buat kedua-duanya serentak (Makan Gaji + Berniaga), mungkin buku “Makan Gaji Tetapi Kaya” dan “Hidup Tenang Walaupun Berhutang” tulisan Shamsuddin Abdul Kadir boleh membantu anda. Untuk makluman anda semua, beliau ni juga adalah salah seorang idola saya juga. Ho..ho…ho… Yosh !

  39. By Mr Ah Chai on July 15th 2010

    Salam

    Nak kerja makan gaji atau berniaga sendiri, kedua-keduanya pun baik…tapi yang paling penting ialah jangan sampai kedua-duanya membuatkan kita mengabaikan SOLAT. Setiap rezeki akan lebih berkat dengan kita menjaga tahap kualiti solat yang kita lakukan setiap waktu….wallahualam

  40. By zu on July 28th 2010

    dua2 memang bagus, yang penting rezeki yang kita dapat tu berkat, kalau makan gaji mangla sederhana jer hidup tak la samapi kaya raya, api bila mak dan abah kat kg tidak dilupa, slat tidak tinggal rezeki berkat, cukup dan sentiasa tenang dan bahgia, tapi kalau duit banyak mana pun..bilka rezeki tak berkat..hidup macm melarat, jiwa terkongkong walau duit banyak…
    lagi hebat bila kaya raya.. rezeki berkat..tu namanya bahagia dunia akhirat. jadi sama-samala kita menambahkan pendapatan meningkatkan kemajuan..berniaga mang baik tuk tambah pendapatan.


Add your comment