Saya pasti ramai pembaca-pembaca blog ini yg telah tahu, bahawasanya, untuk berjaya, kita perlu meletakkan diri kita di luar “zon selesa”. Tetapi persoalannya?… Bagaimana untuk meletakkan diri kita di luar zon selesa?
Adakah kita perlu berhenti kerja?..
Adakah dijamin, jika anda berhenti kerja.. maka anda akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai cita2 anda?..
Persoalan ini seringkali juga menghantui fikiran saya…”Eee~~~… hi~! hi~! hi~! hi~!….” (sound effect).
Perlukah saya berhenti kerja? Adakah dengan berhenti kerja saya akan berusaha dengan lebih gigih? Benarkah pekerjaan “makan gaji” saya inilah, punca mengapa saya bermalas-malasan?
Ok! Nanti dulu.. kita berbalik dulu kepada soalan pokok? Mengapa kita mengatakan “untuk berjaya kita perlu keluar dari zon selesa”?…
Sebabnya… untuk berjaya, kita perlu berusaha gigih dengan sepnuh usaha dan tenaga, dan untuk berusaha dengan kekuatan itu, kita perlulah berada pada kedudukan yang sedikit “terancam”, iaitu dengan berada di luar kawasan ”zon selesa” kita…
Betulkan? Setuju?….
Jadi, disini, saya ingin membawa satu persoalan… benarkah? Kita hanya akan berusaha sepenuh daya hanya apabila kita berada di luar zon selesa?
Pling!?…. Kini, kita ada satu persoalan yang agak “menarik” untuk difikirkan…
Setelah beberapa minggu memikirkan persoalan itu…. saya menjumpai satu jawapan. Sebelum saya beri anda apa jawapan saya…. suka saya nyatakan, ini hanyalah pendapat dari pemikiran saya.. ia boleh jadi betul dan boleh jadi salah.. jadi.. anda tidak perlu menerimanya bulat2… tapi anda boleh terimanya secara kotak-kotak.. ok! ok! maaf, kurang lucu..
Apa yang saya fikirkan….  apakah tiada faktor lain yang akan membuatkan seseorang itu akan berusaha dengan sepenuh daya untuk mencapai cita-citanya? Adakah hanya “berada di luar zon selesa” itu sahaja caranya?….
Saya rasa tidak…. bagi saya, saya tidak perlu berada di luar zon selesa untuk menjadikan diri saya berusaha dengan “sepenuh daya!”.
Apabila anda berada di luar zon selesa… apa yang akan memaksa anda untuk berusaha dengan gigih adalah “keadaan” anda.. dimana keadaan anda agak “terancam” pada waktu itu…. dan itu sememangnya satu faktor yang akan membuatkan anda berusaha lebih gigih..
Tetapi sebenarnya, ada faktor lain yang boleh membuatkan kita beruasaha dengan gigih selain daripada faktor “keadaan”, iaitu, dengan menggunakan faktor “dalaman”…. dimana saya suka menggelarkannya sebagai “keghairahan”…. (orang jawa kata “passion”)
Yer.. anda boleh lihat tiger wood, nicole david dan ramai lagi… saya rasa, mereka berjaya bukanlah disebabkan mereka berada di luar zon selesa… mereka tidak pernah merempat, tak makan 2-3 hari, tinggal di pondok, makan siput dan sebagainya.
Tetapi mereka berjaya, disebabkan ”keghairahan” mereka di dalam mengejar impian mereka. Jadi.. disini, selain dari faktor persekitaran (berada diluar zon selesa) , faktor dalaman (keghairahan) juga sebenarnya boleh merangsang diri kita untuk berusaha dengan lebih gigih!
Persoalan baru……
Untuk berada di luar zon selesa.. kita mungkin boleh berhenti kerja.
Tetpi untuk mewujudkan ”keghairahan” dalam diri..  macam mana pula?.. apa yang perlu kuta lakukan?
Oh!… soalan tu saya tinggalkan kepada anda…. dah tak sempat dah nie.. saya kena balik kg dulu! Nanti saya akan pikir-pikirkan sewaktu di dalam perjalanan pulang ke kampung!
Sementara itu… mungkin anda boleh berikan jawapan dan pandangan anda dulu di ruangan komen.
Bye~~ (ikut suara sinchan).
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























Pendapat saya. Dengan suasana kerja saya sekarang, saya tetap merasakan bahawa mungkin saya akan mengalami ‘mimpi ngeri’ selepas bersara nanti. Saya merujuk buku Jutawan Dari Planet Jupiter daripada Azizi Ali. Justeru itu, saya tetap perlu melakukan sesuatu untuk keselamatan kewangan saya selepas bersara nanti. Mimpi ngeri itulah yang menimbulkan ‘keghairahan’ dalam diri saya. Soal keluar dari kerja makan gaji itu boleh ditentukan kemudian.
Nak timbulkan keghairahan yer
Baca buku yang “Ghairah” . Contohnya buku2 kisah2 orang yang berjaya, apa yang diaorang dapat setelah berjaya dari segi material, kepuasan dan sebagainya.
Ataupun semangat untuk membuktikan kepada diri sendiri aku lah yang terhebat. “I’m The Greatest” seperti kata Mohammad Ali.
untuk menimbulkan keghairahan ketika bekerja, buat apa saja yang anda suka buat ketika waktu bekerja, misalnya menyanyi dengan suara yang “bisa-membuat-ujan-turun” atau ikut nyanyi lagu Mp3 yang dipasang ketika buat kerja di komputer..
bagi diri saya, tiap minggu saya letak matlamat yang mahu saya capai. Seperti kata Irfan Khairi, saya akan gunakan apa saja cara (tentunya yang halal) untuk mencapai matlamat itu. Saya tulis setiap hari dan baca setiap masa dari pagi hingga ke malam…untuk lebih menyemarakan lagi semangat, saya letak gambar Irfan Khairi di monitor pc saya ( aiseh, pecah rahsia) sebagi suntikan inspirasi.. thanks Shuth, for the good post!
shueqry
http//shueqry.blogspot.com
bro…nak timbulkan keghairahan betul jugak yer baca ler buku yg ghairah seghairahnyer…tapi kalau setakat membaca jer tak jadi juga kalau tak BERTINDAK macam nicol akibat keghairahanya utk mnjadi #1 dunia beliau bertindak dgn melipatkaligandakan usaha traning sehari 8 jam..nah hari ni still dinobatkan sbg #1 dunia…jadi bila kita dah ghairah..ghairah-ghairahkanlah utk bertindak…8:)
apa yg perlu kita lakukan?
utk mewujudkan keghairahan dlm diri..
atau keinginan yg meluap2..
salah satunya ialah dengan memupuk perasaan cemburu.. kot?
bila kita cemburu lihat org lain jd jutawan.. kita pun bersemangat nak ikut jejak langkah dia.. bukan nak pi kebas duit dia..
ini pandangan je kan..
keluar zon selesa bukan bermaksud merempat.
Mak Minah confirm dapat jual 100 biji karipap sehari.
dan cara mak minah nak keluar dari zon selesa adalah, cuba jual karipap 200 biji sehari pula.
2 bulan kemudian, mmg mak minah confirm dapat jual 200 biji karipap sehari. maka, keluar utk dari zon selesa, mak minah cuba jual 400 biji karipap pula.
proses itu berlaku berterusan dalam kehidupan. mari tadabbur surah al-Insyirah.
bila kita rasa kita boleh releks byk sgt, itu tanda kita masih di dalam zon selesa.
awal thn hari tu, sy ditendang dr zon selesa oleh parent sy. No more duit poket dan apa2 kelebihanpun sbb sy reject peluang jadi lecturer yg parent sy dptkan untuk sy.
Jadi bermulalah episode survival, bygkan saya tinggal dirumah sewa di shah alam dan tidak bekerja (grad bulan 11 thn lps).
Sekarang kadar berusaha sy lebih tinggi berbanding ketika di zon selesa. Dimana, saya mencari pendapatan melalui internet bukan hanya utk tambah duit poket tp utk dapatkan perbelanjaan keperluan seharian sy.
Agak mencabar, tp sy sendiri dah janji pada parent akan buktikan apa yg sy lakukan skang boleh lepas bukan setakat keperluan harian.
Insya-allah mungkin 3-4 bln lagi, duit dr internet ni akan sy hulurkan pada mereka. Kawan2, doakan sy yerk.
(maaf membebel panjang plak)
aku sekarang berada di zon selesa dan tak mau berubah.
jangan tiru macam saya. hahah. percaya ke?
untuk ghairah, kita perlu ada matlamat.
matlamat aku sekarang adalah matlamat orang bujang
wah… banyak juga replynya.. panjang2 & bernas2 pula tu.. terima kasih semua yang mereply.
Selepas 2 hari memikirkan bagaimana untuk meningkatkan keghairahan dalam diri?.. nampaknya, jawapan saya hampir sama dengan jawapan yang diberikan oleh rakan2 lain….
Iaitu dengn “MOTIVASI”…
Bagaimana untuk mendapatkan motivasi?.. Macam kawan2 cakap kat atas tu..
- baca buku motivasi seperti buku2 kejayaan & sebagainya
- tuliskan matlamat dan baca hari2
- pergi seminar
- bergaul dengan orang2 berjaya..
- dan baca blog ini hari2.. ho! ho! ho!…
Pendapat saya pula tak semesti dalam perniagaan kita berada dalam confort zone dalam pekerjaan juga kita kena keluar dari confort zone cth Ali seorang kerani di sebuah bank dan bercita cita hendak menggantikan manager tempat dia bekerja patutkah kita mentertawakan Ali tentang keinginanya itu, sudah pasti boleh tetapi bagi Ali itu adalah cabaran keluar dari confort zone belajar tentang semua produk, ambil exam paper, dan macam macam lagi to qulified dan tawakal…
Ditempat kerja tindakan pro aktif kita adakalanya membuka mata bos/management tentang potensi kita sebagai leader so ambil peluang untuk keluar dari confort zone dan perbaiki pencapaian kita…
Kalau nak tinggalkan ‘zon selesa’, kena hati2. Pastikan ada solid plan dulu. Bahaya kalau pakai redah je. Bagaikan masuk hutan tanpa bekalan & peralatan.
ramai yang terfikir bila dah mendapat pekerjaan setanding dengan taraf pendidikan sudah berada di zon selesa.. untuk keluar dari zon selesa sudah pastinya cabaran yg hebat! bagi saya motivasi diri dan jugak semangat amat perlu sahut cabaran.
bagi saya mungkin ada benarnya kita keluar dari zon selesa ni.. tapi bukan bermaksud kita perlu menyusahkan diri sendiri.
apa yang kita perlukan ialah “mencabar diri kita” buat perkara yang takkan kita buat kalau kita still dalam zon selesa.
macam cadangan pakdi tu memang saya setuju sangat. bila kita cabar diri kita.. kita akan lebih berusaha untuk pergi ke tahap yang lebih baik.
zon selesa memang selesa laa… kalu dah biasa selesa memang takkan kuar dari zon selesa…
zon selesa akan kembali kepada zon selesa semula…
wahahha
Ala…senang ja tu, maintainkan diri dengan suasana yang selesa dan jangan cari benda yang buat tak selesa pulak. Kan ke haru…
lipat empat kali gandakan usaha baru boleh selesa selamenya
huhuhu
zon selesa…satu zon yg kadang2 kita dah rasa kita d zon yg btul.Unless tiba2 org datang cabar kewibawaan atau maruah kita…then mulalah kita tak selesa..So, moral of d story kadang2 kitA patut cari musuh coz Enemy jer yg sedarkan kita dr ZON SELESA…Komen skit..